Thursday, December 31, 2009

Harapan Terburai

Sedang aku berharap Man U akan membuat satu kejutan yang hebat dengan kalah apabila menentang Wigan, tetiba mereka membuat kejutan dengan menang besar.

Dan aku berasa amat celaka sekali.

Tuesday, December 29, 2009

Renungan Detik Ini





"Kenapa kita suka menghina seseorang, hanya kerana satu kesilapan kecil...Sedangkan dosa dan pahalanya hanya Tuhan saja yang tahu?"

-Encik Pemikir Tahap Mourinho-





Monday, December 28, 2009

Mungkinkah sejarah bakal berulang?

Sepanjang seminggu ni hidup aku ligat berkejar. Tak sempat nak bermukubuka, tak sempat nak berutusan yeeepi, dan langsung tak sempat nak menconteng seketika disini.


xxxxx


Petang ni sempat online, aku jengah berita bola. Ingat nak tulis segmen BBC [Berdiri Bersama Chelsea]. Tapi tak jadi. Aku rasa nak berkabung dulu lah. Tunggu Chelsea tamatkan kejayaan seri dengan cemerlang ni. Baru aku boleh tulis dengan ceria. Seceria teletubbies bersuka ria.

Kalau malam ni seri lagi bersama Fulham. Chelsea bakal berseri di tangga ke 2 atau mungkin 3 tak lama lagi. Kalau nak ikut rekod pula. Sejarah mencatatkan bahawa keadaan bakal mengulang sejarah ketika Chelsea bersama Lelaki Lagenda Bumi yang Special bernama Jose Mourinho.

Tak lama selepas rekod seri tanpa kalah dengan jayanya yang dicipta oleh Mourinho pada musim itu, Lelaki Lagenda ini kena pecat. Ya. Oleh sebab yang demikian, Ancelotti patut berkira-kira juga. Kerana Roman Abramovich bukanlah sesiuman yang disangka. Gilanya mengalahkan Abu Dhaby.

Sebab itu lah Rafa Benitez patut buat kenduri...betapa beruntungnya dapat pemilik yang miskin lagi papa kedana. Kerana anda bebas kalah dan seri bila-bila masa. Tak menang pun tak apa. Tanpa mengira tangga ke berapa.

Anda suka no berape? 8? Duduklah di tangga ke 8. Pemilik akan berkata. Bagus. Bagus. Awak hebat. Jom sambung kontrak 3 tahun lagi.

Meskipun dalam hati beliau berkata. Celaka kau Benitez. Jahanam kau Benitez. Berapa banyak tangga lagi kau nak naik..? Bila kau nak suka nombor yang rendah sikit nilainya...?

Tapi

Tak kisahlah macamana, Benitez tetap tersenyum ceria. Si Wenger pula barangkali sedang sibuk berkira-kira bila nak rasa takhta.. Ferguson semalam menarik nafas lega. Dan aku rasa Ancelotti mungkin sedang berkira-kira.


Sekian. Tak sempat nak mengarut lebih-lebih. Bimbang aku akan tercarut pula.

Saturday, December 26, 2009

Bermulanya era yang baru

Semalam hidup aku gundah gulana.

Cair otak aku.
Ligat berfikir.
Tapi kekal buntu.


Ok. Sudahlah dengan ayat tatabahasa broken yang tinggi.


Aku tak tahu lah hidup aku sekarang serba sempurna ke tak. Tapi nak tak nak aku tetap nak melangkah kedepan. Maju setapak. Cewah. Celaka punya ayat.

Semoga keputusan aku buat ni tepat. Doakan aku tak berubah jadi cilanat. Moga-moga jauh daripada remaja remaja jahanam.

Oh. Mungkin ada yang pening. Aku malas nak cerita. Sebab tak ada orang nak kisah. Aku tahu. Tapi tadi aku buat keputusan yang ubah masa depan aku.

Maju betul zaman sekarang. Tak perlu susah-susah. Cuma dengan 1 klik, masa depan aku terus bakal berubah. Canggih gitu.



Shah Alam. Jangan kau bunuh aku.

Thursday, December 24, 2009

Robert Frost-2 Roads

Hari ini cuaca mendung. Dah seminggu keadaan begini. Macam biasa, Ayub tetap aktif di dalam kamarnya meskipun cuaca begitu.

Biarlah cuaca mendung, hujan ataupun cerah. Dia kool sahaja. Tidak gusar. Cuma janganlah petir. Nanti tidak keruan dibuatnya.

Wajah Ayub hari ini sugul. Tidak seperti orang mati bini. Tapi seolah-olah orang mati akal pikiran. Tak terdaya befikir lagi.

Pantang orang tua-tua mati akal pikiran.



"Fikir selagi boleh. Kau anak jantan. Dan Si jantan tak mudah mengalah. Biar kau tidak mampu melangkah. Tapi pastikan kau sentiasa mampu berfikir."



Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinga Ayub. Pesanan ayahnya itu sentiasa tersemat di hati.

Tapi kini dia benar-benar buntu. Buntu mencari jalan penyelesaian. Dia seolah-olah sampai ke 2 jalan yang bercabang. Jalan yang tiada berpapan tanda. Sama seperti sajak Robert Frost. Jalan itu tiada nama. Tiada papan tanda. Tiada apa-apa. Tapi Ayub tahu. Kedua-dua jalan itu ada perangkap. Jerangkap samar barangkali. Mungkin periuk api. Mungkin juga perangkap tikus.

Ah. Memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan dia pening.

Tetiba akalnya kembali berfungsi. Dia kembali ligat berfikir. Hoh.



Tok Moh! Tok Moh!



Nama dukun itu bermain-main di fikirannya. Tidak dikira lagi syirik. Tidak dikira lagi kufur. Dia bertekad. Tok Moh buleh membantunya. Ah. Cuma meminta pertolongan. Tidak mengapa barangkali. Ujarnya di dalam hati.

Lantas dia berlari ke keluar rumah. Tidak lupa dia memakai selipar Crocs hadiah daripada yang istimewa itu hari. Setelah disautnya Crocs tersebut, dia berlari dengan pantas ke rumah Tok Moh.

Tok Moh hairan melihat muka Ayub. Berpeluh. Pelik. Muka yang penuh dengan misteri. Seolah-olah mengharapkan Tok Moh mengungkai misteri tersebut.



"Saya ada hajat Tok Moh..saya tak tahu lagi macamana nak buat keputusan. Tolonglah Tok Moh"...



"Oh. Itu kacang aje. Cakaplah. Asal ada pengeras. Tok Moh sedia membantu..."



"Begini Tok Moh..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Saya buntu. PS3 atau Xbox 360 yang patut saya beli? Duit ptptn banyak lagi tak habis ni....."

Lantas Tok Moh buat buat bizi. Angkat telefon. Panggilan penting kononnya.....padahal berdering pun tidak.....




p/s- Streamyx aku dah kembali ke pangkuan jalan. Mudah-mudahan tak buat hal lagi......

Perkhidmatan Streamyx Super Cool~

Sejak 2 hari lepas, aku baru perasan, betapa pentingnya internet dalam hidup aku.

Streamyx macam biasa, tidak pernah gagal dalam mendukacitakan pelanggannya dengan servis yang super celaka.

Entah kenapa, seluruh tempat di area aku tak dapat internet.

Segera aku telefon streamyx. Konon nak maki hamun sumpah seranah, siap dah plan nak puji W1Max. Alih-alih suara si gadis cute manis di gangang. Terus suara aku bertukar super gentleman. Ala-ala pelanggan setia streamyx gitu.

Kemungkinan kabel rosak katanya. Malas aku nak tanya lanjut-lanjut, walhal banyak soalan yang memang aku nak tanya. Nanti nanti lah. Tak sampai waktu. Mungkin aku tunggu suara si Mamat di ganggang.

Ketiadaan internet membuatkan aku menjadi sedikit terencat. Tidur selama mungkin. Diselangi dengan PES yang dah buat aku jadi bosan, sebab selalu menang. Otak mula menjadi tepu. Beku. Tak boleh nak fikir ligat-ligat.

Sekarang....online di tempat yang ada wireless free. Lagi memusykilkan aku. Ada pulak internet kat sini...Entah kenapa.


So...


Semoga internet hadir kembali ke rumah aku.



p/s- kepada konco-konco, tunggu nanti aku dapat internet aku buat kerja. Jangan bimbang. Hehe.

Monday, December 21, 2009

Cerita Hebat yang Gagal Dengan Jayanya

Cerita ini gagal dengan hebat sekali.

Tapi aku kagum. Kagum dengan pengarahnya. Berjaya membuat satu cerita dengan plot yang hebat, tetapi keseluruhan cerita yang celaka.

Tajuk cerita : ACCIDENT



Aku download cerita ni pada dasarnya sebab Louis Koo yang berlakon. Mamat ni hebat. Buleh bawak pelbagai watak dengan jayanya. Kalau cerita lawak, memang menjadi lawak dia. Kalau seriyes. Memang menjadi seriyes dia. Dalam cerita ni, dia seriyes. Tapi sebab cerita yang bangang, dia pun jadi bangang jugak.

Nak sinopsis lengkap. Tengok sini

Plot cerita ni hebat. Buat aku sangkut untuk 30 minit yang pertama.

Dia berkisar pasal satu group pembunuh upahan, yang membunuh mangsa dengan men 'set up' satu kemalangan. Dalam bahasa 'keling' nya, dieorang buat pembunuhan tu nampak macam satu eksiden. Kemalangan. Hebat bukan? Kerja dieorang pulak begitu professional. Puting rokok pun dieorang tak tinggal kat tempat kejadian. Tu buat aku teruja dengan cerita ni awal-awal.

So aku ingat cerita ni berkisar tentang plan dieorang nak set up kemalangan lah. Dapat kes besar ke hape ke. Tapi tak.

Celaka punya direktor sekolah darjah berapa entah. Dia buat cerita ni pasal lain. Pasal salah sorang dalam group tu mati kerana eksiden. So, Loois Koo sebagai ketua kumpulan ingat ada group lain nak bunuh dia dengan menggunakan cara yang sama, iaitu menampakkan kes tu sebagai satu eksiden.

Lepas kemalangan tu, cerita ni berkisar tentang Loois Koo menyiasat seorang diri..siapa yang nak bunuh dia. Dia ada suspek sorang. Pastu, dia bunuh makwe suspek dia tuh. Pada masa tu jugak baru dia tahu, yang teman dia yang mati hari tu memang disebabkan oleh kemalangan. Bukan sebab ada group lain nak bunuh dia. Then? Loois Koo dibunuh oleh suspek tu...The End.

Memang cilanat direktor cerita ni. Kalau la dia ubah sket jalan cerita ni, mesti dah kaw kaw hebat. Mau box office.



p/s- Chelsea pun cilaka jugak. EPL tengah krisis sekarag nih.. Team atas liga berebut nak join team bawah. Nak teman Liverpool katanya..

Saturday, December 19, 2009

Semalam untuk Hari ini

Sejak semalam, aku dah ada plan untuk hari ni.


Iaitu tengok cerita 2012. Dah berminggu dalam cakera keras (read:hard disk). Tapi tak tengok tengok.

Macam biasa, aku ada masalah dengan cerita yang panjang-panjang. Sampai 2 jam lebih. Pantang nenek moyang aku tengok cerita lama-lama.

Meskipun cerita tu sedap tahap dewa.


So..tadi.

Aku mulakan cerita tu sambil breakfast. Dalam pukul 10.


Dan.


Akhirnya tamat cerita tu dengan lunch. Pukul 3.



Tak tahu lah bila aku boleh tengok cerita direct tanpa rehat....






p/s- Menuju ke arah 1 cerita 1 hari~

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah

Saya.

Dengan ini.

Ingin mengambil kesempatan ini.

Yang sekaligus memudahkan.

Kerja saya yakni...

Untuk mengupdate blog ini.

Pada hari ini.

Dengan.

Ucapan ini.





Salam Maal Hijrah.




Cepat doakan moga aku ber"idea" kembali....

Thursday, December 17, 2009

Anak Kecil Berlari Pantas

Pertamanya.

Tahniah lah aku ucapkan kepada pemain-pemain, jurulatih serta krew-krew di sebalik tabir team Malaysia yang dengan slamber lagi macho nya menghukum Vietnam 1-0.

Syabas. Syabas. Dan Syabas.

Keduanya.

Betapa sentimental nya perlawanan kali ini. Malaysia telah kempunan emas sejak 1989. Satu jangka masa yang agak panjang. Syahdu sekali. Tapi yang lagi syahdu. Vietnam telah memecahkan rekod benua asia apabila berjaya menjadi satu-satunya team yang berjaya mara ke final buat tiga kali berturut turut disamping beserta rekod kalah berderet juga tiga kali berturut-turut. Oh, tidak lupa juga rekod kegagalan mereka mendapatkan emas sejak tahun 1959. Tahniah kerana masih lagi mengekalkan rekod tersebut.

Syabas. Syabas. Dan Syabas.

Ketiganya.

Malaysia bermain dengan bagus sekali hari ini. Pertahanan Malaysia tidak lagi bermain seperti game menentang Laos tempoh hari . Bagi aku, di atas padang tadi, pertahanan Malaysia lah yang paling bagus. Walaupun kadangkala ada sedikit kesilapan yang mungkin sengaja dilakukan oleh mereka.

Goalkeeper Malaysia juga tidak lagi mengulangi perbuatan kurang siumannya sewaktu menentang Laos di mana pada perlawanan tersebut, beliau seolah-olah terlupa skrip apabila membiarkan gol entah apa-apa kepada Laos.

Cemerlang sekali beliau hari ini. Juga sedikit pujian apabila merelakan dirinya mendapat kad kuning demi kejayaan Malaysia. Satu teknik yang aku suka bila team yang aku sokong guna. Tapi kalau team lawan guna, aku sumpah seranah.

Syabas. Syabas. Dan Syabas.

Keempatnya.

Para pemain kita sepatutnye lebih kreatif. Ni macam sama je serangan dieorang. Aku malas nak komen panjang-panjang. Nanti orang tuduh tak bersyukur. Tapi...perlu diingatkan, masih banyak lagi yang kene perbaiki. Masih banyak. Ingat tu.


p/s- Lain kali harap pemain serta jurulatih dapat jaga tingkah laku masing-masing walaupun excited kerana menang. Sawan aku sekejap tengok laki sama laki bercium di padang tadi. Apekejadahnya. Haha.

Tuesday, December 15, 2009

Anak Kecil Bertatih

Kalau ikut kan hati, aku nak kutuk kaw kaw pemain malaysia semalam. Tapi aku sedar jugak, dieorang dah berjuang mati matian nak menang. Dan last-last menang jugak. Tak baik kalau aku kutuk sangat. Tak bersyukur kata orang.

Okey. Pasal game semalam. Bagi aku, bukan Malaysia yang patut dipuji, tapi Laos yang patut dikutuk sebenarnya. Tapi, memandangkan Malaysia pandai mengambil kesempatan di atas kelemahan Laos, kita pujilah Malaysia. Syabas. Syabas.

Gol pertama aku tabik. Hebat sekali. Bukan calang-calang orang mampu score camtuh. Ni membuktikan Malaysia tak lagi di takuk lame. Dah berada di atas landasan yang baru.

Tapi, macamana pun Malaysia kene perbaiki lagi pertahanan dieorang. Aku pun heran jugak, sekali laos serang, sume pemain duk kat kotak penalti. Defence gile gile. Tinggal 2 orang je kat atas. Tapi, entah macamana, pemain Laos tetap boleh cilok masuk.

Kalau defence terus macam ni, aku rasa agak mustahil nak menang dengan Vietnam. Yang mana kita semua tahu Vietnam jauh lebih hebat daripada Laos.

Main main jugak. Slot kelakar tak dilupakan oleh para pemain Malaysia. Paling lawak semalam adalah minit ke 30. Apekejadahnya, baru skor 1 gol, baru minit ke 30, pemain Malaysia dah buat lambat masa. Apekejadahnya? Aku tak henti henti tunjuk gusi semalam.


Apa-apa pun, aku harap Malaysia dapat lakar 1 lagi sejarah. Tunjukkan Malaysia yang sebenar. Dan semoga anda terus melawak di atas padang sambil skor. Sekian.

Monday, December 14, 2009

Pelangi

"Dimanakah pelangi..?"

Lelaki itu tertanya-tanya kepada dirinya sendiri. Dia agak keliru. Tiada mengerti. Entah mengapa..secara tiba-tiba pelangi tidak muncul kembali. Tidak seperti dahulunya. Ketika pelangi sentiasa menerangi dunianya.

"Merajukkah ia...?"

Lelaki itu tertanya-tanya lagi. Puas sudah dia berfikir. Sepanjang pelangi menerangi dunianya, tidak pernah dia menyinggung pelangi. Tidak pernah. Ya. Dia amat yakin sekali.

Apa yang telah terjadi? Malangnya jawapan itu tiada ia ketemui.

Setelah penat berfikir, dia duduk di atas bangku...rehat seketika.

Dia menghela nafas panjang-panjang. Merenung nasib dan masa depannya. Hidupnya kini ibarat mayat. Tidak termampu lagi untuk terus melangkah. Dia perlukan pelangi. Pelangi yang sentiasa menerangi.

Di kala kesuraman itu, dia mengimbas kembali kenangan silam.

Hidupnya dahulu dalam kegelapan. Tiada asas. Tiada pegangan. Tiada tujuan. Hinggalah ke satu masa, pelangi datang dan menerangi dunianya. Betapa indahnya dunianya selepas itu. Penuh dengan warna. Sentiasa berseri.

Bukannya pelangi tidak pernah menerangi dunianya sebelum ini, tetapi dulunya dia tidak pernah mengendahkan kehadiran pelangi. Dia tidak peka akan sekelilingnya. Dia biarkan kejahilan mengaburi pandangannya. Pelangi dibiarkan sendiri.

Dan sekarang, ketika pelangi tiada, fikirannya berkecamuk kembali. Seolah-olah dia tidak lagi mampu untuk berdiri.




Dimanakah pelangi?




Akhirnya dia terpaksa menyendiri.....sambil berharap untuk bertemu pelangi kembali....

Sunday, December 13, 2009

Apabila Otak tepu untuk Berbicara...

Dah 2 hari aku duk terperap kat rumah. Masuk 3 hari sah sah otak aku cair. Boring teramat.

Sekarang sebab takde aktiviti sangat, aku duk buat marathon Nur Kasih. Heh. Pasti ada yang perli aku. Peduli. Cite ni boleh "neutralize" sikit otak aku yang dah agak tepu ni.

Ayat-ayat dia aku suka. Kalau ada perbicaraan ilmu, memang nampak yang dieorang tu berilmu.


Sekian. Aku ingat nak buat review. Tapi aku rasa dah agak terlambat. So aku tak buat la.




"Tapi, saya dah lama tinggalkan Islam....."



"Islam tak akan tinggalkan kamu....."








Lalala~

Berdiri Bersama Chelsea [ Live bersama BBC]

Kalau ikutkan mood, jangan harap aku update blog malam ni. Mau aku maki maki orang kat tepi. Malangnya sume dah menyepi.

-------

Game tadi. Aku tak tahu lah nak komen apa. Chelsea main bagus. Kawalan bola kemas. Cukup kreatif. Gerakan pelbagai. Jauh sekali lah kalau nak banding time lawan Manchester City hari tu.

Tapi kenapa result 3 sama?

Jawapan aku. Tuhan yang menentukannya. Lagi satu, tuah tiada bersama Chelsea. Sejujurnya lah bagi aku, everton tak layak pun nak rasa seri. Tapi realitinya dieorang seri. So, seri lah.

Abang Drogba arini bermain cukup hebat. Kagum Mak Cik Cleaner Stadium tu tengok. Siap duk terbayang nak buat menantu. Padahal anak takde pun. Okey. Berbalik kepada Abang Drogba. Aku rasa skill die dah agak mengagumkan sikit sikit. Tadi ada 2 3 kali dia pamer skill. Hebat sunggoh! Tu pasal hari ni score 2 gol.


Okey, pemain seterusnya yang harus dipuji malam ni adalah Anelka. Mamat ni acap kali turun naik turun naik padang. Banyak jugak dia hasilkan gerakan menarik. Last-last dapat jugak die score 1 gol malam ni.

Kelemahan Chelsea malam tadi mungkin sebab bek yang longlai. Ashley Cole & Ivanovic bagi aku agak okey. Tapi Carvalho & Terry. Agak lembap. Dieorang lah yang aku rasa bertanggungjawab untuk gol yang ke 2 dan ke 3 everton.

Everton entah ape ape. Dieorang patut buat kenduri kesyukuran. Entah macamana tanpa serangan direc, tanpa gerakan yang menarik, dieorang dapat score 3 gol.

Gol yang pertama cantik. Aku tak nafikan. Hasil daripada free kick. Gol yang kedua. Hasil daripada corner kick kalau tak silap aku. Yang pasti bukan serangan direct jugak. Begitu lah jugak gol ke 3. Hasil free kick lagi.

Saha tak buat apa-apa, tapi score. Hebat bukan? Itulah Striker sejati. Bila dah tamat jurusan yang terakhir, tak perlu lagi transform jadi orang Saiya sebelum score. Bola akan datang dengan sendirinya, menyerah diri untuk disumbat ke dalam gol.

Dari segi analisis kasarnya tanpa melihat kepada game, Chelsea dah mula goyah. Kehilangan rentak. Dulu 4 game direct menang besar. Sekarang 4 game direct tanpa menang. Apekejadahnya?

Saturday, December 12, 2009

Ini Sejarah untuk Dicatat

Tiba-tiba suasana ceria. Tapi lelaki itu nampak berduka....


"Namun Malaysia bangkit dengan corak permainan yang lebih kemas dan mantap...."



Kata lelaki itu dengan penuh kecewa....


Kita boo same mereka..boo~


Pemuda itu pula berkata:

"Terima Kasih Mak, Ayah, Abang, Acik, Angah, Kak Ngah, Comel si Kucing, Garfield si Teddy Bear, Spongebob....dan oh tak lupa kepada Si Mak Cik Cleaner Stadium tu yang tak henti-henti memberi sokongan kat saya..Terima Kasih banyak-banyak..."



Cuma tolak sikit je bola, dah jadi hero. Senang betul.











Aku pulak senyap. Tak terkata.....

Malaysiakah itu? Tanya mereka pula.....

Friday, December 11, 2009

Merah itu Saga

Tajuk hari ini adalah satu seni bagi aku. Sebab tiada kaitan.


Hari tu, alang alang ke JB, aku singgah ke MPH.

Almaklumlah, dekat KT ni tak tahu lah apa yang ada. Hanya 1 kedai buku yang aku iktiraf. Yang lain entah ape ape punye kedai. Mane entah peniaga lain, asyik bukak kedai makan. Tu je yang dieorang tau. Kalau korang datang KT, tengok lah sekeliling. Kedai makan bersepah sepah.

Okay. Berbalik kepada topik.

Aku ingat nak cari shopping mall yang besar sikit, tapi dah alang-alang aku duduk dekat Taman Universiti, Jusco kat situ ajelah yang aku pergi. Dekat.

Tapi sedikit mengecewakan, MPH kat situ bagi aku agak kecik lah berbanding MPH lain. Pilihan buku tu agak terhad.

Masuk je dalam kedai tu, terus belek buku. Ada satu buku tu agak menarik perhatian aku. Tengok dari cover je aku dah berminat. Aku selak muka dalam, terus tertarik. Aku pun terus dan terus membaca. Tak hirau makhluk makhluk kat tepi. Syok sangat.

Pastu, lepas habis dekat 10 ms, aku rasa macam dah terlampau lama je duk kat sana. Tutup buku. Konon konon nak beli. Pusing tengok harga. Deym.







Letak balik.













Apekejadahnya buku tebal tak sampai 500 m/s harga cecah hampir hampir RM70..Nanti online, aku plan nak cari ebook punye version. Haha.

Wednesday, December 9, 2009

Dari Retina Si Pemuda yang Teruna

Dalam usaha mencari sesuatu bagi meligatkan putaran di sekitar otak, kadang-kadang kita memerlukan sesuatu yang unik dan juga pelik. Macam entri ini.


Dari Retina Si Pemuda yang Teruna.


Jiwa perlukan kebebasan. Supaya tidak mudah memberontak. Inilah agenda utama. Namun sayang, falsafah dan fahaman dunia membataskan itu. Kebebasan itu sentiasa terbatas.

Pemikiran tidak harus tersekat dan terbatas pada perspektif biasa manusia. Kita perlu melihat dunia dari sudut yang mengancam dan juga kreatif. Usah biarkan pandangan lama terus menekup muka kita, lantas membutakan kita daripada pandangan modernisasi dunia.

Usah terlalu mudah menerima sesuatu. Adakan kemusyikilan sedetik seketika. Persoalkan kewajaran dalam setiap perbuatan. Fahamkan. Dan kemudian serasikan fahaman itu dengan prinsip serta pemikiran. Akhir sekali, wujudkan konklusi sebagai rujukan diri.

Jangan gentar menerima perubahan. Seandainya panas, usah takut sekiranya hujan menjelma. Salji yang turut datang jangan dipersoalkan. Perubahan itu satu kemestian. Tapi jangan lupa untuk mengikut rentak perubahan. Menarilah bersama irama. Fahamkan, serasikan dan ikut satu persatu. Di akhiran,berusahalah bagi mewujudkan rentak dan irama sendiri.

Yang penting, kita ini berjiwa remaja. Harus sentiasa peka terhadap perubahan. Selalu inginkan kemajuan. Sentiasa dahagakan cabaran. Bersedia menghadapi dugaan.

-Salut-






Maafkan aku seandainya anda tidak faham entri ini. Kepala sedang ligat~

Update Zass

Online di kedai mamat di negeri lain memberikan sedikit perasaan yang berbeza.
Nak update pun rasa lain.




Tapi bez kat sini. WiFi dimana-mana. Setiap kedai.



Oh. Chelsea seri lagi. Deym. Tak habis habis degan mood sengaja tak nak menang.













Akhirnya aku dapat drive dari KT ke JB.....~

Monday, December 7, 2009

Review Cincai

Kalau ada yang perasan, sampai sekarang, masih belum ada sebarang review aku buat mengenai movie, drama mahupun anime. Bukan sebab aku tak layan benda-benda tu. Tapi sebab utama adalah disebabkan oleh ketiadaan panggung wayang di sini. Kalau tentang anime pulak, aku hanyalah jenis takat-takat layan. Langsung tidak berkelayakan untuk memberi review mahupun menilai anime-anime tersebut.

Tapi kali ni, aku nak memecahkan rekod tersebut dengan membuat sedikit ulasan ataupun review cincai.

Sebab dah takde kerja sangat, aku nak buat satu review tentang movie lama. Tapi agak best bagi aku.



Sargeant Bilko. Satu movie yang ringkas, penuh dengan lawak, dan mempunyai satu jalan cerita yang agak unik.

Sinopsis : Mengisahkan kehidupan askar yang tidak berdisiplin, diketuai oleh ketua yang kepala otak gila gila dan tak pernah serius. Konflik dalam cerita ni adalah bila si ketua askar ni yang bernama Sargeant Bilko dan konco konconya songlap duit askar rejimnya sendiri. Duit yang disonglap tersebut sepatutnya digunakan untuk kajian dan pembuatan kereta kebal ala-ala hoverkraf. Sebab tak cukup bajet, pembinaan kereta tu gagal. Rejimnya pulak diarahkan tutup sebab kegagalan tersebut. Oleh sebab tak nak rejim tersebut ditutup, Sargeant Bilko dan konco-konconya menggunakan pelbagai helah untuk menjadikan pembinaan kereta tu berjaya.

Rating lawak movie ni aku bagi 6/10. Lawak dia memang lawak. Walaupun kadang-kadang tak logik dan nampak dibuat-buat, persekitaran dan watak utama cerita ni membuatkan lawak itu tetap berkualiti.

Yang menariknya, cerita ni berkisarkan kehidupan askar. Kalau yang biasa-biasa, cerita tentang askar mesti yang berdisiplin, tegas dan kehidupan yang perit. Tapi dalam cerita ni, kehidupan askar tu macam best gila. Hari-hari berjudi, lepak-lepak, main game.

Yang takleh blah, dieorang berjaya menjadikan projek kereta tu satu kejayaan dengan menipu.

So, bagi aku kepada yang masih belum menonton cerita ni, sila download cepat-cepat dan layan.

Rating aku bagi movie ni : 7/10.

Sunday, December 6, 2009

Berdiri Bersama Chelsea [Live dari BBC]

Game malam ini adalah satu game yang menarik sekali kerana para pemain Chelsea telah bersepakat untuk mengumpul kad kuning satu sorang. Sape yang dapat kad merah kene blanje makan. Memandangkan, sume tengah berjimat, takde yang dapat kad merah.

Okey. Jom ikuti sedikit review cincai.

Style main nak kata lawa, tak lawa. Nak kata tak lawa, hah. Memang tak lawa..

Chelsea macam biasa, main tak bercorak-corak, tak berbunga-bunga, tapi produktif konon-kononya. Tup tup skor 1 gol. Hebat. Cukup hebat. Walaupun entah macamana dengan ajaibnya boleh dapat corner kick. Gol hasil terima kasih Adebayor kepada Anelka.

Drogba malam nih tak menjadi. Mungkin dia tengah emo. Kes aritu die tak menang Anugerah Skrin. Tapi dia pelakon hebat. Tak berputus asa. Macam biasa, dia berlakon dengan jayanya. Cuma dia gagal skor. Entah kenapa. Mungkin duk terbayang lagi ASK tuh.

Lampard plak malam ni buat skill sendiri. Dia tunjuk ego dia. Nak berbangga, walaupun Chelsea kalah, Chelsea tetap nombor 1 di liga lagi. Diulangi. Nombor 1. So, die pun tendang penalti sambil tutup mata. Given yang memang dah bukak mata luas-luas, dengan semangat yang bekobar-kobar menangkap bola itu.

Bangga sekali beliau. Teman-teman seperjuangan berterima kasih. Siap dapat ciuman dari de Jong.. Gay agaknye beliau. Mungkin ciuman tu tanda "nnti tunngu I kat dalam bilik rehat".

So, sebagai penutup review ini.....


Akhirnya Chelsea sengaja tewas kepada Man City dengan skor 2-1.

Saturday, December 5, 2009

Live Update dari Terengganu

Hidup di dalam istana ni kadang-kadang buat kita lupa kehidupan di kolej.

Ada orang cakap kehidupan kat kolej baru kehidupan sebenar. Tapi, aku asal dari istana ni, so ni la kehidupan sebenar aku.

Kehidupan istana adalah sebuah kehidupan di mana aku buleh bangun tido sesuka hati, tido bila-bila masa, melapah makanan bila lapar, tengok cerita bila buhsan, chatting bila online, facebook bila nak tegur teman.

Hoh. Indah sekali kehidupan di istana. Oh. Lagi satu, bila rasa nak exercise, sms teman-teman, jom main futsal.

Tapi celaka sekali semalam. Dek melayan karenah raja-raja di daerah lain, sempat main 15 minit je futsal.. Baru skor gol sebutir, terus habis masa. Apekejadahnya. Badan tak sempat nak panas.

Oh. Ada Mazzedor Akmar Sideck nak melaporkan keadaan di Terengganu.

Aku : Bagaimana keadaan di sana Zedor?

Zedor : Yoo anda disana. Ingin saya melaporkan disini, kepada sesiapa yang ingin membuat lawatan sesuka hati beliau ke KT, sila batalkan hasrat beliau sekarang juga. Saya ulangi. Sekarang juga! Kerana anda pasti tidak dapat menghayati cuti anda disamping hanya menyemak dan membuat sesakan jalan disini. Menyampah betol aku.

Aku : Hoh? Mengapa begitu Zedor?

Zedor : Dek Piala Monsung yang entah permainan ala barat jenis ape entah kebenda yang aku sendiri tak faham, KT sekarang ni bukan lagi KT yang kita kenal. Masuk saje anda ke jalan besar, terus jem. Apekejadahnya.

Aku : Jangan emo emo Zedor. Nanti aku blanje makan. Trimas di atas live update tersebut.



Deym tol. Tak best langsung keadaan kat KT skarang ni. Asyik jem. Nak jalan-jalan pun tak syok. Manusia-manusia duk kerumun ke Monsung Cup. Kalau aku tanye sorang-sorang, sah takde yang dapat jawab macamane nak main game tu.

Thursday, December 3, 2009

Dush Dush Dush

Kadang-kadang.

Kita rasa. Nak sepak-sepak sesuatu.


Bengang.
Nak ubah sesuatu.
Tapi tak dapat.


Nak terajang-terajang.
Tapi tak mampu.

Dan tak sanggup.




Jadi.


Pasang lagu kuat-kuat. Layan.

Langkahan Pagi

Bangun pagi....


Dengan langkahan langkahan tidak bertenaga..
Aku melangkah..dan membuka laptop....



Online....

Buka eurosport.



Deym.








Sambung tido balik. Sedih. Oh. Carling Cup je..

Wednesday, December 2, 2009

Cubaan Menembak

Sedang mencuba untuk memetik picu pistol

Tapi takut tertembak diri sendiri.



Hoh.

Tuesday, December 1, 2009

Membaca

Pemikiran remaja dan belia kita sekarang ni bagi aku terlampau cetek dan pelik. Ada yang terbawa-bawa idealisma barat, taksub dengan ideologi-ideologi mereka.

"Live the life to fullest."

Aku syak mat rempit, mat gian, dan segala apa mat kecuali "mat kacau" dan "mat despatch" terbawa-bawa dengan ideologi ini.

Sekarang ni, dalam pandangan remaja kita, membuat satu kebaikan seolah-olah menjadi satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mandatori. Malah, dieorang dengan sesuka hati mak bapak dieorang melabelkan golongan yang membuat perkara ini dengan terma terma mereka sendiri. Seolah-olah mencerca dan memandang rendah terhadap mereka walhal dari segi kepala otak yang logiknya, mereka yang mencerca inilah yang sewajarnya dicerca.

Ada yang mempersoalkan kata-kata aku ini. Di mana logik dan realistiknya kata-kata itu..?

Satu contoh paling ketara adalah membaca.

Suatu perkara umum, golongan yang terlampau asyik dengan buku dan sentiasa belajar 24 jam 7 hari seminggu dilabel dengan golongan nerd. Benar. Golongan ini tiada life. Aku sokong.

Tapi apa salahnya dengan membaca? Sumpah aku tak faham. Macam mana boleh dalam dunia ni dieorang kata golongan yang membaca ni nerd. Masih menjadi tanda tanya.

Kalau dieorang datang kutuk aku direct macam tu, aku boleh bagi 1001 sebab mengapa membaca lagi bagus daripada aktiviti anak-anak manusia ala beruk yang dieorang buat. Nak hadis, ayat Al-Qur'an, semua aku buleh bagi. Nak bukti kajian pun aku buleh bagi.

Apakah merempit lagi bagus dari membaca? Anak ikan keli pun dapat agak jawapan dia.


Ramai lagi yang anti membaca. Aku tak nak salah kan dieorang. Mungkin dieorang ada alasan sendiri. Ada yang bila tengok buku je terus tertido. Nak buat macamana, dah penyakit dieorang. Aku sedikit bersimpati.



Tapi bagi aku membaca sebenarnya memberi satu kepuasan. Semuanya bergantung pada bahan yang dibaca. Kalau lelaki baca novel romantis, gelarlah dia berjiwa sensitif. Aku pun tak faham kenapa novel jadi pilihan. Tapi kurang-kurang dia membaca. Menjana minda. Membuka lubang-lubang idea di dalam kepala otak kita.

Pabila aku rasa macam kosong. Boring. Sunyi. Aku pilih untuk membaca.

"It's fun to view something from someone else perspective."

Selagi kita tak membaca, selagi itu minda kita akan terus tertutup. Selama itulah kita akan terus terperap di dalam perspektif kita.

Bagaimana kita melihat dunia? Begitulah selama-lamanya. Mungkin ada diantara kita yang tunggu pengalaman untuk mengubahnya. Tapi mengapa harus kita tunggu sesuatu itu terjadi dahulu sebelum mengambil pengajaran dan membuat perubahan?

Fikir fikirkan.

Hujan

Dulu.


Lepas subuh.
Buleh pergi jogging.
Buleh pergi pasar,
Buleh meroyang-royang.


Sekarang.

Lepas subuh.
Takleh kemana-mana.
Sambung tido.
Takpun online.
Takpun tido.
Takpun online.









Sekarang hujan tak henti-henti balik. Syok sambung tido.



Air hujan kini turun dengan galaknya
Ibarat mata mutiara berseni halus,
Tiba detik jatuhnya ia ke lantai bumi,
Lantas berderailah kaca-kaca murni.

Akhirnya.

Menikam jiwa kalbu.
Insan si jejaka murni.





Hoh. Aku no komen. Ho Ho.

Monday, November 30, 2009

Ini Review Bola

Bukan niat aku untuk kurang hajar. Apatah lagi untuk mengutuk mahupun menyindir.

Tidak pernah langsung terlintas di hati aku untuk berbuat demikian. Tapi sila benarkan untuk aku melepas geram.



Dulu, time aku kat kolej, telinga aku pernah berdesing. Bukan berdesing kerana aku dikutuk. Tapi berdesing kerana team aku dikutuk.

Mereka mengutuk aku tak kisah. Tapi silap dieorang mengutuk didepan aku. Dieorang bukan sengaja agak-agaknya, tapi aku tetap dengar. Bila aku dengar, sudah pasti aku beri reaksi, sebab aku seorang manusia.



Arsenal punye supporter : Hek eleh. Chelsea bukan ganas sangat. Tengok, game semalam kalah dengan team tu. Arsenal menang besar kowt dengan team tu. Chelsea takat boleh menang dengan team-team biasa je.

Manis sekali kata-kata dieorang. Bercampur belacan. Tapi aku tak emo. Sebab aku bukan jenis yang suka emo. So aku balas slamber.

Aku : Ho Ho. Tu la pasal. (kata-kata yang aku rasa tiada makna.)



Dalam hati aku, dieorang lupe rekod pertemuan Chelsea & Arsenal. Dieorang ni peminat tegar bola sepak atau tak. Aku tak tahu. Semasa Jose Mourinho, Arsenal sememangnya tiada can dengan Chelsea.


Tapi, berbekalkan sejarah itu, aku mengukir senyuman. Tak perlu dibalas kata-kata itu. Aku sedar, kita tak akan kemana-mana kalu asyik berpegang pada sejarah. Sejarah hanya untuk dirujuk dan mengenal diri, bukan untuk dijadikan kebanggaan.


So, aku menantikan game semalam dengan penuh khusyuk


Dan. Sejarah telah dicipta sekali lagi.


Arsenal 0 Chelsea 3.



Di Stadium Emirates kebanggan dieorang. Aku tersenyum.






Tapi sayang. Aku berada di rumah. Ciss, Kalau kat kolej, dah lame aku buat party ni.

Friday, November 27, 2009

Jom Menimang Bola

Aku minat bola sudah sekian lame.
Sudah banyak game aku tonton.


Skill pemain-pemain juga sudah boleh ku hafal.



Tapi yang ni 1st time aku tengok.








Ni baru skill pemain bola sepak tegar.




Ada gaya. Skill. Dan memerlukan ketekunan yang tinggi.


Hari Raya

Hari ini tenang daripada biasa.
Tapi jalan raya sibuk daripada biasa.

Selalunya sesak kerana kereta,
Tapi..
Sekarang sesak kerana lori.

Tak tahu kenapa...
Semua lori bawa binatang.
Lembu yang sentiasa tersengih.

Mungkin dah jadi trend kot.
Almaklumlah sekarang semua nak jadi usahawan.

Semua nak ternak lembu.
Senang nak buat duit beribu.

Dan

Kepada encik lembu.
Tahniah kerana anda dikorbankan.



Aku rasa plan aku esok adalah duduk kat umah je kot dari pagi sampai maghrib. Dah jadi trend orang kat sini tak sambut Aidiladha ni macam Aidilfitri. Duk kat umah ni pun takat tunggu daging korban sampai kepintu.



Selamat Hari Raya Aidiladha~

Wednesday, November 25, 2009

Ilham

Ilham.




Sering tak datang bergolek.

Selalu menyorok kan diri.

Kalau jumpa pun hanya kecil molek.

Tak pernah menonjolkan diri.





Dam. Kenape susah sangat nak cari ilham.

Monday, November 23, 2009

Kenduri

Semalam berlangsungnya kenduri kahwin yang pertama kali.

Perkahwinan dari hukum hakam dan dari segi yang boleh dicapai otaknya merupakan satu perkara yang bagus. Baik dari segi mental, fizikal dan serba serbi.

Tapi, jika dikira dari sudut persiapan bagi menyiapkan program dan majlis tersebut, boleh juga dikira sebagai salah satu bentuk penyeksaan baik dari segi mental dan juga fizikal.

Apa taknya:

1) Orang lain nak kawin, aku yang kejar sana, kejar sini. Baru nak makan, dapat phone call. Baru nak masuk toilet, dah dapat mesej. Suh pergi sana. Pergi sini. Tapi kadang-kadang bez jugak. Rasa macam YB.

2) Pengantin nak pergi mana-mana, takkan nak bawak kereta. So, aku jugak jadi driver. Drive full dan half time. Tapi yang sedih, gajiless.

3) Handphone aku cap ala ala ayam belanda. Sekali terkejar-kejar dalam hujan, handphone terbang bersama-sama. Setia betul dengan aku. Dah tak pasal-pasal pecah berderai. Dah pecah, mandi air hujan pulak.. Oh, kalau bersimpati jangan lupa kelik nuff.

4) Bila majlis dah hampir hampir nak siap, semua yang terlepas pandang, aku terpaksa urus. Terkejar kejar sana dan sini. Berlari lari ayam disitu. Berjalan jalan disini. Tekan pedal minyak kesana. Kayuh beskal kesini.

5) Bila majlis dah habis. Hati mula girang. Macam banduan baru dapat keluar dari lokap. So memang tak sabar-sabar nak relax. Tapi. baru nak relax, sikit lagi nak sampai ke bulan, dah dapat call. Sila kemaskan barang anda. Kene angkat barang. Kena kemas barang lagi. Hoh.

Ah. Sekarang aku dah free. Dah dapat enjoy balik.






Oh. Ini bukan luahan. Ini adalah teks ucapan semata-mata.

Friday, November 20, 2009

Kereta

Kalau tak mampu.
Cakap je tak mampu.



Jangan nak berlagak.



Aku dah cakap.
Jangan buat macam ni
Dia buat jugak....






Ni kalau kira...
Dah tahap teruk ni.


Konon-konon ford tu....huh.

Thursday, November 19, 2009

Gosip

Gosip.

Kalau bab gosip. Umum sedia maklum bahawa perempuan adalah dalangnya.
Ya. Kamu wahai perempuan sekalian. Diulangi. Kamu!

Toksoh nak tuduh orang lain la. Kamu!

Okey. Sudah dengan aksi tuduh menuduh.

Gosip ni salah satu bidang yang sememangnya lelaki tak mampu nak tandingi perempuan. Siapa cakap lelaki terer semua benda...?

Tipu. Bab gosip lelaki memang kalah. Hoh. Time ni aku yakin mesti ada perempuan yang cakap lelaki terer semua benda. Gosip pun terer. Tengok, nak gosip lagi. Dasar perempuan.

Aku tak kisah dieorang nak gosip. Gosipla. Janji jangan gosip pasal aku.

Yang jadi masalahnya aku tengok, bila ada beberapa kerat perempuan ni yang nak gosip, tapi tanpa disedari dia cakap depan-depan.

Ye la, name pun gosip, mesti la cakap belakang-belakang. Takkan nak pi sok seh sok seh kat depan tuan dia kot. Mau kene pelempang. Tak pun tendangan gaya bebas ala ultraman kurang-kurang.

Aku rasa masalah ni disebabkan oleh cara diorang gosip tak professional. Takde skill. Main redah je nak gosip. Sampai depan tuan empunya badan sendiri pun tak sedar.

Ni, aku rasa perempuan-perempuan sekalian seharusnya mengikut contoh beliau-beliau nih. Ada skill. Versatil. Nampak keproan mereka disitu. Dan yang paling penting, tuan empunya badan tidak dengar. Tu 100% sure.

Cara dan Teknik bergosip dengan sebenarnya....



eh,aku dengaq kucing mak bedah ngandung anak luar nikah,.betoi ko?


Aku suka cara ni. Malah dieorang tak lupa untuk apply konsep fizik.

Wednesday, November 18, 2009

Kahwin

Macam biasa, apabila pemikiran di awan awangan, idea kering kontang, tapi semangat nak hapdet tu tinggi, maka akan terlahirlah entri berbunga ala ala daun yang tahap A.Samad Said pun tak faham lagi kalau baca.

Tu dikira sebagai menjawab teori si alam putar berkenaan entri semalam.

Entri Mula.

Kepada sesiapa yang masih tak tahu, dan ada keinginan untuk tahu. Disini aku ingin bagitahu. Pada 22hb ni kakak aku bakal berkahwin. Oh, tidak lupa juga abang aku. 2 orang sekali berkahwin dalam satu masa. Membuatkan aku dan abang aku yang sorang lagi agak jelez.



Jelez ke?



Agak jelez. Tapi tidak terlampau.



Kahwin. Satu destinasi yang jauh lagi aku nak pikir. Malah tak terdetik langsung lagi dalam hati aku. Apekejadahnya nak pikir kawin sedangkan umo aku muda lagi....Enjoy dulu beb. Tunjukkan kemachoan. Tak macho langsung kawin awal. Hoh. Aku pikir-pikir la.




Ah. Malas aku cerita pasal kawin. Cerita pasal kenduri lagi bez.

So, kepada sesiapa yang tinggal di Kuala Terengganu, mempunyai keinginan untuk makan free, maka anda dijemput untuk ke dewan Sri Budi yang terletak di hadapan SK SS1 pada 22hb ini sempena majlis perkahwinan kakak & abang aku.

So..dipendekkan cerita..

Jumpa disana.

Oh. Macam promote jom heboh pulak. Terover. Ah. Biarkan.

Tuesday, November 17, 2009

Kerusi & Nikmatnya

Cuti Sem. Satu jangka masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Mahasiswa. Satu keadaan dimana beliau-beliau buleh buat ape sahaja yang beliau beliau inginkan. Tido, FB, Gaming, Chatting, Spamming. Buatlah. Selagi kau bahagia. Buatlah.

Namun time cuti ni....dikala pagi menjelang petang, aku tak dapat nak rasa kerusi. Ya. Kerusi. Oh, rasa di sini bukanlah bermaksud merasa yang biasa.. Bukanlah bermaksud memakan, menghirup mahupun meminum kerusi. Sungguh tidak senonoh sekali perbuatan itu.

Sebaliknya merujuk kepada merasa erti kenikmatan kerusi. Aku tahu, engkau-engkau orang anak panglima. Anak menteri. Hidup mewah. Mewah setakat mana? Kau orang sahaja yang tahu.



Pernah tidur atas pasir?
Tak pernah.

Pernah duduk atas pasir?
Masa kecik-kecik dulu pernah.

Pernah rasa duduk atas batu?
Time lepak pernah.


Hoh. Jawapan yang langsung tidak memenuhi skema jawapan.



Nak merasa nikmat kerusi?



Caranya amatlah mudah. Cuba kau berdiri statik. Selama 2 jam. Nak lagi "kaw" ko berdiri lagi lama. Lagi bagus kau buat kerja berat. Selagi tidak melibatkan aktiviti duduk.



Then bila kau dah rasa macam nak tempah kubur, rasa macam dah nak bertaubat, tak nak buat lagi, carilah kerusi. Dan duduklah diatasnya. Jangan duduk mencangkung. Nanti kene lempang. Duduk macam manusia duduk.


Kemudian...


AHHHH....



Tak perlu aku ajar selebihnya.....


Masa tulah kau akan berterima kasih kepada encik yang mencipta kerusi.







Huh. Dikala malam-malam ilham datang bergolek-golek. Tapi sayang, tak dapat aku nak golekkan ke dalam belog.

Sunday, November 15, 2009

Pink

Apakah yang bermain dibenak anda..

Wahai lelaki-lelaki sejati..


Sekiranya bilik kesayangan anda..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Ditukar ke warna PINK?



Seriyes kemachoan aku tergugat.

Friday, November 13, 2009

Ludah Penyokong

Bila kita main bola, biar bersungguh.

Yang paling penting adalah semangat.. Jangan main kalau sekadar nak bermain-main.. Jangan pulak dipaksa bermain kalau tak mahu main. Mau nanti merajuk dalam padang. Naik gila pengadil. Mula la jurulatih menyamar jadi linesman. Tak ngaku team sendiri. Apekejadahnye?

Bila main, bola kena jaga. Pergerakan biar berseni. Gabungkan logik dan seni supaya menjadi satu. Bila dah bergabung, jangan lupa semangat setiakawan.

Bila main, tunjukkan yang kita ni manusia. Bertamadun. Beradat. Jangan disepak kepala lawan. Jangan dipeteh lawan yang tak melawan. Jangan ditanduk lawan yang menunduk.

Kita main sama lelaki. Jadi buat biar nampak game lelaki. Game anak-anak jantan. Game anak jantan tak perlu kasor-kasor. Tak perlu tumbuk sana tumbuk sini. Asal macho. Tu la game anak jantan. Macho. Diulangi. Macho.



Jangan jadi macam Kelantan. Main ntah apa apa. Diludah pulak oleh penyokong sendiri.



Isu berbangkit sebab Kelantan telah sah didenda.

Thursday, November 12, 2009

Perasmian Penutup

Maka dengan ini aku dengan penuh rasa hormatnya menutup entri berupa essei 700 patah perkataan.

Hoh. Kalau-kalau ada yang perasan la, sejak bermulanya minggu exam penuh tragis dan tragedi hari tu, aku banyak menaip entri berupa karangan.

Bukan apa. Bukan sebab aku rajin. Bukan sebab aku nak cari publisiti murahan mahupun untuk masuk peraduan karangan terbaik... Tidak. Tidak sama sekali.



Bak kata orang india. "Nehi He"



Tiada niat apa-apa. Saja. Sila anggapkan itu sebagai salah satu teknik aku untuk release tensen..




Esok last paper, esok balik. Ahh.








Oh. Kepada yang habis lambat. Sila jangan jeles.




Uh la la~

Tips ke Perpustakaan

Memecah kesunyian merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Malah agenda ini penting jika kesunyian itu disebabkan oleh tragedi yang tradis mahupun sadis. Hoh. Sastera gila ayat aku. Oh. Ayat ni kurang berkait dengan entri hari ini.

Semalam aku dijemput untuk join 1 kapel ni study. Dieorang yang ajak. Bukan niat aku mengacau orang date. Memang aku nak tolak. Tapi lepas fikir-fikir balik, atas dasar kemanusiaan dan sayangkan diri sendiri, aku terpaksa join. Dah dieorang ajak. Lagipun kalau aku tak pergi, peratusan untuk aku fail memecah meter tertinggi. Jadi, amatlah kurang siuman sekiranya aku tak pergi.

Join kapel study memang satu kerja yang pelik. Malah mungkin belum pernah dibuat orang. Tapi aku tak kisah. Agenda aku bukan untuk berkasih sayang, tapi untuk lulus.... Sebab dieorang ni best student. 2 sem dekan. Aku siapalah sangat. Mahasiswa yang tiap-tiap sem memegang rekod nyawa-nyawa ikan.

Ada 2 tempat glamer untuk kapel berkasih sayang ilmiah kat tempat aku ni, satu Food Court. Tu tempat paling femes, sebab tidak tertakluk kepada sebarang peraturan melainkan adat temenggung. Tempat ke 2 library. Tak ramai sangat pergi sini, sebab ada peraturan. Jadi kasih sayang perlu berlapik.

So, port aku malam tadi adalah library. Aku pun pergi la dengan bersemangat waja untuk menuntut ilmu. Aku sumbatkan segala barang-barang asas untuk study. Oh. Bagi mengelakkan mengantuk, jadi aku bawa coklat extra. Berbentuk tablet bujur. Boleh didapati di mana-mana kedai, dengan harga RM.4.60 sen. Kalau mahal dari harga tu, cari kedai lain. Kalau lagi murah, sila bagitau aku kat mana kedai tu.

Aku letak coklat tu dalam poket. Supaya senang nak capai. Tapi lain plak jadinya bila aku naik tangga kat library tu.

Library memang kita sedia maklum satu tempat dimana kalis bunyi. Tiada sebarang bunyi. Satu kelebihan bagi mereka yang memerlukan ketenangan maksimum untuk study.

Tapi bunyi coklat aku memecah kebuntuan. Naik satu anak tangga, bunyi "keceh"..naik lagi..bunyi lagi.."keceh"..sampai 4 anak tangga. "keceh..keceh..keceh keceh".....

Sume tengok aku. Waaaa...Siot la beliau-beliau. Kasi aku malu...

So..

Moral hari ini : Jangan bawa coklat dalam poket ketika anda ke library.

Tuesday, November 10, 2009

Teori

Kat dewan exam tadi, sume muka macho je time masuk. Konon-kononnya ada gaya gentleman. Masuk dalam dewan, tangan dalam poket. Huh. Tergugat iman si gadis-gadis.

Gadis-gadis plak time masuk, sume muka gabra. Takde muka konfiden. Kalo ada yang senyum pun, boleh cam senyum kambing. Sumbang bebenor cara dieorang senyum. Gigi pun nampak macam nak merekah je.

Tu semua berlaku bila budak-budak engineering yang exam. Memang dah macam tradisi, tak ramai perempuan dalam bidang engineering. Kalau ada pun dalam elektrik dan awam. Kejuruteraan Awam la yang paling ramai. Mekanikal? Toksoh cakap. Pengalaman aku paling ngeri time sekolah, masuk dalam kelas, 2 orang je perempuan. Rekod sepanjang aku bersekolah.

Sekarang aku amek elektrik. Ada la nampak perempuan sikit.

Bila subjek melibatkan pengiraan, perempuan susah nak challenge lelaki. Tu memang fakta. Tapi tak dapat aku nak sangkal, ada jugak perempuan yang dapat mengalahkan lelaki. Result aku pun sering dicabar perempuan. Hoh. Tercabar gila aku.

Tadi sume bajek masuk banyak soalan pengiraan. Tu berdasarkan statistik rekaan dan harapan dieorang. Tapi lain plak jadinya. Buka je kertas, penuh dengan teori. Opocot!. Sume terkejut. Mujur takde yang sakit jantung. Kalau tak, dah lame masuk ICU.

Selalu soalan dia bagi circuit, suh cari jawapn.

Tapi ni dia suh tulis cara-cara. Apekejadahnya.? Badan mula berpeluh. Suhu kat dalam dewan boleh dikatakan -5 darjah celcius. Tapi aku berpeluh. Ah. Sudah. Aku mula mengorak langkah. Langkah kearah pasrah.

Aku pusing kiri kanan. Hoh. Sume tengah pening aku tengok. Tiada lagi muka macho. Sume muka sakit. Muka tahan berak pun ada. Sakit perut, tapi nak jawab jugak. Agak aku la. Bagus. Yang penting semangat tu ada. Aku suka.

Tengok perempuan plak. Tak macam tadi dah. Perempuan selamba je aku nengok. Takde garu-garu tudung. Kalu ada pun takat tenyeh-tenyeh hidung.

Ahh..menyampah aku. Moga-moga aku tak repeat.

Monday, November 9, 2009

Bukumuka @ Mukabuku

Facebook.

Lagi cerita tentang facebook. Atau jika ditranslate ke dalam bahasa Malaysia dipanggil bukumuka / mukabuku. Mana-mana pun boleh diguna, selagi mana anda tidak ditertawakan. Owh, sila jangan rujuk di dalam kamus dewan, kerana ketika edisi kamus dewan yang terbaru dikeluarkan aritu, facebook masih belum lagi glamer. Dieorang pun belum kenal social networking website lagi time tu.

Berbalik kepada facebook.

Menatang kejadah ni dah menjadi trend. Secepat mana dia menjadi trend? Tidak pernah aku ingat, malas nak ingat, serta tak kuasa aku nak ingat.

Facebook adalah ciptaan Mark Zuckerberg. Ramai yang tak tahu. Hoh. Aku tak heran. Engkau orang bukan nak selongkar sejarah. Sejarah moden pun engkau orang tak baca. Sikit aku tak heran. Dasar remaja melayu. Pantang sejarah, pasti melarikan diri. Tengok aku. Slamber je bila nak belajar sejarah. Tak melarikan diri. Bersifat seperti seorang gentleman. Cuma mata aku tetiba terkejam. See?. Bukan salah aku. Salah mata aku.

Bukumuka ni baru lagi melonjak naik populariti dia..Sampai kesian pulak aku tengok kat rakan serperjuangan beliau, macam friendster,myspace dan blablabla. Hilang populariti begitu sahaja.

Friendster, dah macam vespa aku nengok. Hanya segolongan otai yang masih duk setia kat situ. Sadis sekali.Myspace pulak aku tengok sedikit bertahan. Boleh diibaratkan sebagai kereta saga lama. Masih ada bisa. Walaupun sedikit.

Tadi nak release tensen, macam biasa, bukumuka menjadi medan permainan aku. Aku mengusha application di sana. Ingat-ingat balik...dah agak lama aku tak main application kat bukumuka..

Usha punya usha....

Ada satu yang boleh dikatakan agak menarik.

"What's your japanese name?"..

Sekali aku tengok, aku dah dapat agak dia just generate name ikut suka mak bapak dia. Lagipun dah lama wujud website yang buleh generate nama kita ke dalam bahasa jepun. Tapi die generate merapu-rapu. Tipu. Mentang-mentang kita buta katana dan hiragana. Berani dia tipu. Mujur aku tak tertipu. Kau tertipu? Padan muka.

Tapi aku tak sangka cara apps ni agak kuno. Bukan kuno la, tapi lahabau. Tak pun orang Manir cakap Katandang.

Aku try masuk tadi.

Dia tanya, jantina, suka apa, nak pergi mana, nak makan apa, bla bla bla.... Oh. Dengan hati yang riang dan tak bersalah, aku jawab semua.

Tapi.

Apekejadahnya soalan-soalan tu....?

Facebook semakin popular. Tapi apps semakin mengarut.






Oh..




Nama aku dalam bahasa jepun...



Tsuyoshi. Yang bermakna gagah perkasa.

Sunday, November 8, 2009

Warkah buat Penyokong Kelantan

Bola. Secara definisi melalui mata kasar, yakni 2 biji mata yang bulat, ianya merupakan satu aktiviti sihat yang melibatkan proses kejar mengejar satu objek yang berbentuk bulat. Objek bulat itu bukan duit syiling. Bukan guli. Dan juga bukanlah dadu. Tetapi ianya digelar bola.

Nak mengenali bola dengan lebih dekat? Sila beli sabun Breeze pek promosi. Anda akan dapat Bola percuma. Siap ada tandatangan yang digenerate oleh mesin di kilang. Menarik bukan?

Okey. Sudah dengan definisi. Yang uniknya aktiviti ini ialah tangan tidak boleh dipakai sama sekali. Kalau anda pakai tangan, anda akan disepak, diterajang dan diberi kad merah percuma.

Tak apa. Bukan kad saman. Tidak perlu bergegas ke balai polis berhampiran untuk minta diskaun. Tak perlu. Oh, melainkan anda adalah penjaga goal, maka anda dibenarkan untuk menggunakan tangan anda..Ikut suka tangan kanan atau kiri.. Bagi pengejar bola yang lain, pakailah apa jua selain daripada tangan.

Faham? Tu yang belakang tu dengar tak? Dengar? Faham semua? Bagus murid murid.

Semalam Malaysia demam lagi. Demam bola. Entah macamana bola boleh jadi penyakit, aku pun kurang pasti. Tapi demam je. Takde pulak tuberculosis bola. Bola Pox. Hairan jugak aku. Selsema bola pun aku tak pernah dengar lagi.

Pasal game semalam, sukacita aku maklumkan bahawa aku tak tengok langsung game tu. Sebab aku tak minat. Bukan tak minat bola. Tapi tak minat bola tempatan. Panggilah aku lupa daratan. Gelarlah aku tak membantu kemajuan bangsa. Kutuklah aku bersifat pro eropah. Ikut suka kau orang. Hakikatnya aku tetap tak minat. Aku tak tahan tengok bola tempatan. Ketandusan dari segi semua aspek.

Semalam macam biasa, terjadi macam yang aku predict. Tak. Aku tak predict gol. Sia-sia. Tapi aku predict penyokong kelantan buat hal. Aku rasa satu Malaysia dah predict benda ni. Lebih-lebih lagi Hasbullah Awang.

Penyokong Kelantan? Heh. So aku ada sedikit ucapan buat kipas susah mati team Kelantan.

Jom kita baca list:

1) Team Kelantan menang, kau orang diam. Buat-buat sopan. Tapi bila Kelantan kalah. Kau orang buat perangai. Kenalkah kau game bola? Yang mana ada menang, seri dan kalah?

2) Team Kelantan kalah, kau orang mula bakar sana, bakar sini. Dah la team Kelantan terlepas hadiah utama, kene siap sedia kot kene denda pulak.

3) Bila Kelantan kalah, kau lempar mercun. Kau bakar stadium. Apa kau ingat dieorang nak start balik game lepas kau buat camtu? Apa kau ingat dia nak tukar result game dari 3-1 ke 1-3?

"Ohh, demi penyokong Kelantan yang kecut dan tak nak kalah, jadi Negeri Sembilan kalah"

4) Kau orang memberontak, sebab Kelantan kalah. Yang mana sebab Kelantan main macam budak budak. Habis tu kalau kau bagus, kenapa kau tak pergi main? Baru kau rasa macamana bestnya main sambil hujan mercun. Baru kau nak sumpah orang yang lempar mercun tu 7 keturunan.

5) Kau datang stadium awal-awal, cari port menarik. Buat pertama kali bukan sebab nak usha awek. Tapi semata-mata sebab nak tengok game. Nak tengok pemain kejar mengejar bola. Tapi bila team kau hampir kalah, kau lempar mercun. Main mengelat. Lelaki kah kau?

6) Kau orang kerja bidang professional. Nampak hebat gila. Tapi kau tak matang.. Tak nak terima kekalahan. Cuma pandai guna taktik kotor. Macam budak sekolah.

Aku tak sanggup nak buat sampai 10 point. Takut tak pasal-pasal blog aku kene caci maki hamun dan sumpah seranah. Tapi sumpah, aku geram dengan penyokong kelantan. Langsung tak boleh terima kekalahan.

Dieorang telah menjatuhkan lagi maruah bola sepak Malaysia yang telah sentiasa terjatuh.

Jadi sebelum belog aku diserbu. Sekian untuk entri hari ini.



Gambar? Tak jumpa lagi gambar penyokong kelantan.

Saturday, November 7, 2009

WIRELESS

Semalam tiba-tiba tempat aku tak dapat wireless. Puas aku mencari, menunggu dan memerhati di skrin laptop, namun tidak muncul-muncul. Bukan takat kelibat, malah bayang-bayangnya sekali.

Aku duduk diam di satu penjuru bilik. Terasa seperti ingin menangis. Tapi aku kena kontrol macho, jadi aku buat-buat macam orang frust putus cinta je. Frust kerana wireless aku diculik.

Dalam hati aku, aku berharap agar wireless segera memunculkan dirinya kembali., sambil menyumpah-nyumpah makhluk yang bertanggungjawab menculik wireless aku. Idea aku terlampau banyak semalam. Melimpah-limpah. Tapi tiada tempat untuk dituang. Notepad? Ah. Menaip di notepad merupakan satu pengalaman ngeri. M.Word? No no no.

Disaat aku menulis entri ini, jeritan-jeritan sumbang penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan tidak kedengaran. Hairan. Exam esok! Kata mereka. Tapi aku faham. Tu alasan komunis.. Tidak liberal dan terbuka. Aku faham. Tidak perlu mereka jelaskan lagi. Aku mengangguk. Tanda malas nak layan.

Seexam manapun, aku pasti esok time Chelsea lwn Manchester Utd tetap akan penuh bilik tv. Disaat itu, pasti akan muncul kata-kata, "Ala, exam exam r. Bola tetap bola". See. Sekali lagi mereka memberikan alasan komunis yang mana berbentuk kata-kata dusta. Macam biasa, tidak perlu mereka jelaskan lagi. Aku mengangguk lagi.

Bola tempatan bukanlah taste dieorang. Secara jujur nya, aku juga tidak begitu mengendahkan bola tempatan. Kecuali team Terengganu dan T-Team. Tiada team ke 2. Tiada ke 3. Terengganu tersemat dihati. Cuma sayang, aku tidak kenal seorang pun pemain terengganu.


Exam aku tinggal 2 paper sahaja lagi. Aku dapat merasakan aura paper last. Seolah-olah memberi amaran. Kau bakal g*g*l. Ah..aku malas nak layan. Jadi aku buat-buat slamber. Supaya fikiran aku tenang. Tidak terganggu. Membolehkan aku menelaah PES sepuas-puasnya.

Sekian Entri Hari Ini.

Motif : Lepas gian tangan nak menaip.

Wednesday, November 4, 2009

Ditanggung Beres

Aku kekurangan idea pada ketika ini. Sama seperti rakan-rakan blogger yang lain. Sebagai contohnya....Darkk sudah membuat satu keajaiban di dunia blogging dengan mengepost puisi halimunan. Belum sempat aku bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya. Amat menarik sekali. Moga dia sudi berkongsi ilmu.

Aku agak kebosanan di kala senja tadi. Membuatkan aku membuang tabiatku dengan membaca buku.

Ingin aku kongsi, satu perkara, yang aku rasa, ramai diantara kita yang terlepas pandang.

Peh. Mungkin ada yang tersengih dan mengutuk aku didalam hati, ayat beliau amat tidak boleh blah sama sekali.


Mood aku serius. Tapi tidak seserius Sirius Black. Tidak seserius kekocahan berikutan Liverpool kalah 6 daripada 7 perlawanan. Juga tidak serius seperti Namewee mengutuk dan mencarut kepada TNB --> rujuk belog Macha.

Berhubung topik aku yang serius tadi.

Pernahkah anda menggunakan ayat mirip ataupun membawa makna yang sama seperti ini:

"Jangan bimbang, semuanya ditanggung beres,"
Berikut ialah pandangan Dr.Haron Din :

"Kata-kata seperti itu adalah dikesali dan ia sebaik-baiknya tidak diucapkan oleh orang Islam. Ini kerana, ianya menampakkan kejahilan berkenaan Islam yang ketara lebih-lebih lagi berkenaan akidah, tauhid dan kekuasaan Allah. Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah, kita sebaik-baiknya tidak mengatakan sesuatu kerja ataupun setiap projek yang dirancang pasti berjaya kerana kejayaan usaha dan rancangan itu bergantung pada kehendak dan kekuasaan Allah. Justeru kita perlu 'mengalas' ataupun menyandarkan ucapan dengan perkataan 'insyaAllah'. Qur'an ada menerangkan dalam surah al-Kahfi ayat 23 & 24 [sila rujuk sendiri]."





Sekian.







Pergh. Belog aku akhirnya mengandungi informasi buat kali pertama selepas renovate hari tu~

Tuesday, November 3, 2009

Facebook

Aku bangun awal pagi tadi. Semata-mata untuk study. Tak ku tahu berkat doa siapa, mungkin ikhlas dari dalam hati, aku akhirnya study. Satu perkara yang sememangnya tidak serasi dengan aku.

Tapi aku tidak terus study. Macam biasa, mukadimah study dimulakan dengan facebook, dan PES. Fifa telah aku buang jauh-jauh. Sebagai lelaki, aku terpaksa mengaku yang Fifa adalah perempuan pertama aku dahulunya, tapi dengan kehadiran PES10 sekarang ni, fifa tidak lagi menarik perhatian aku. PES10 jauh lebih menggoda. Bye-bye FIFA~

Lepas PES, aku facebook. Semalam aku men facebook smpai pagi. Jadi pagi tadi aku bangun, still takde ape ape update. So, aku mencari something untuk diupdate. Fikir punye fikir, aku try untuk update profile aku.

Update tu, update ni..then smpai la kat STATUS. Boring dengan status single,..Tak stylo. Tak macho. Ahh..tapi status ini penting untuk seorang playboy. Aku mencari-cari jenis status lain, tengok ada 1 menarik perhatian. It's complicated.



eyemeroll90

STATUS : It's complicated



Tak sampai 2 3 minit, dapat satu komen. "KOYA~"

Then masuk lagi 2 3 komen. Haish. Tak boleh jadi. Sume komen tentang aku punya status. Pening plak aku baca. So, aku tukar balik. Kembali asal, single. Tapi aku lupa. Lupa nak remove log aku. Ada jugak keluar, eyemeroll status changed from it's complicated to single.

Tak pasal-pasal jadi isu lagi. Datang pulak orang lain komen. Bile dieorang komen. Tak main komen halus. Tak main komen sempoi. Komen dieorang bercerita. Bercerita tentang aku. Orang Parsi cakap gosip. Ahh..Lagi pening aku.

Nak menyenangkan cerita, aku klik remove. Hilang semua skali. Heh, baru kosong. Takde orang komen.



Pentingkah status anda di facebook?


Ya, mungkin penting. Tapi status aku di FB tidak bersifat serius. Kalau tak faham, tolong buat-buat faham. Nak komen? Silakan. Tapi jangan reka short stories. Kerana tiada pembaca buku cerita di facebook aku.

Kalau aku tangkap korang buat lagi....



Akibatnya..........




Amek ko..rasakan!!


Monday, November 2, 2009

Hari ini..

Balik lepas exam tadi, tengok sume tengah kerumun komputer. Pelik aku. Aku tanye, dieorang tak jawab. Buat tak endah. Kecik ati aku time tu. Tapi aku still kontrol macho. Macam biasa. Buat-buat slambe..mujur takde orang perasan.

Dah orang tak nak kisah pasal aku, aku pun tak nak kisah pasal dieorang. Aku letih. Letih berjalan. Tapi aku tak kisah, sebab berjalan tu exercise. Membuatkan aku rasa aku sihat. Ahh..nanti mungkin aku akan dapat badan yang taff macam Mohammad Ali. Fikir aku. Tak pun keting sehebat ronaldo. Ahh.....

Aku baring atas katil. Lantas terlelap. Selalunya aku on9 dulu lepas balik. Tapi entah, bulan memanggil manggil aku. Aku hanyalah insan yang lemah. Siapalah aku untuk dibandingkan dengan bulan. Akhirnya aku tewas. Dan terpaksa ke bulan.

Lepas aku bangun tido tadi, aku cek mesej kat handphone. Ada 2. Aku bukak, 1 tu.."We are proud..bla bla bla..." Dengan serta merta mesej didelete.

Mesej yang ke 2 plak,

" Woit, kedingnya ko skang ni! Aku bla bla bla....."

Ahh..Mamat ni tak diajar. Kurang pendidikan am. Mental dia lemah. Mak bapak dia kerja siang malam, tak sempat nak ajar anak adat. Begitu banyak sekali tekaan yang aku dapat buat. Tu baru 1 mesej. Belum 2 mahupun 3.

Tapi Aku tersenyum. Isu keding. Sememangnya aku sedang bahaskan isu ni dengan seseorang.





Kedingkah aku?




Ya. Aku mengaku. Aku keding.

Aku bukanlah pelajar jurusan bio. Aku tidak pernah mempunyai ilmu bio melainkan dengan menonton cerita house md. Jadi aku hanya mampu menerangkan, berdasarkan kata-kata orang. Bukan kata-kata aku.

"Lu punye belat r, alalah masalah genetik. Lu punye belat takkan lebih dali **KG. Kalau ala pun, hanya 2 olang saja dari adik beradik u yang boleh lebih dali **KG."

Aku mengaku. Dialog itu diejaz.

Sape2 yang dapat memberi penerangan mengenai keistimewaan berat aku ini, amat dijemput untuk meninggalkan komen.


Gambar Ari Ini


Sunday, November 1, 2009

Doraemon datang lagi~

Dikala anda kebosanan..


Apa yang anda lakukan?


a) Menangis
b) Menggaru Kaki
c) Meluruskan bulu roma
d) Menari bellet di dalam bilik
e) Menulis surat cinta kepada diri sendiri


Sila pilih mana-mana yang berkaitan....






Idea terlampau kering. Pikiran aku dah pun bercuti. Ahh..macamana aku nak jawab exam...

Friday, October 30, 2009

Rutin Pagi



"Wonderpet..wonderpets..kami datang...

Membantu anda dalam kesusahan..."



Alarm aku berbunyi. Aku segera terjaga. Mata mengantuk, muka cengih. Masih tak nak berpisah dengan katil. Aku cintakan diaa..tidaaak!...Jangan pisahkan aku dengan katilll...

Tapi aku masih lagi waras. Lantaran itu, aku mengambil wuduk dan lekas solat.

Selepas selesai solat, aku membuka laptop. Aku ingat pesan orang tua-tua, juga sunnah nabi kalau tak silap aku, kalau tidur lepas subuh, rezeki kurang.

So, tengok jam, baru 6.30...

Tak tau nak buat apa, aku pun layan fifa. Ni baru fifa, belum PES lagi. Lawan lawan dan lawan, macam biasa, aku menang 3-0. Hebat sekali game tu. Oh, world class difficulties ye tuan tuan.

Selesai main, jam menunjukkan pukul 6.45....awal lagi, desus hati aku. Aku pun online la plak. Bukak facebook, eurosport, check emel..Komen kat belog orang, komen kat wall orang, dan sewaktu dengannya.


Rakus sekali aku on9..


On9 on9 dan on9..tengok jam dah 7.30.

Alamak. Dah lambat. Segera aku pun bersiap. Mujur toilet tak ramai orang. Mungkin sebab aku dah lambat kot.


Setelah selesai.






Aku pun berangkat pergi dewan untuk menjawab exam.......

Thursday, October 29, 2009

Percubaan Pertama

Karim diam. Mukanya jelas tak puas hati.

Crew production lembap. Tak produktif langsung. Memang Karim pantang dengan sikap demikian.

Kemudian Karim menjengah tempat lepak designer plak.

"Opocot" Karim melatah.

Terkejut beliau melihat muka designer seko-seko. Macam hantu. Mata lebam. Rambut tak terurus. Macam mat gian pun ada.

"Awok mung amek dadoh?" Karim cuba berjenaka.

Lantaran jenaka Karim itu, semua mata tertumpu kepada Karim. 5 mata bertentang 1. Tapi Karim lebih garang. Sebab dia yang bayar gaji. Jadi memang dia yang menang.

Ahh..Dieorang dah takde sense of humor. Pikir karim...

Karim membetulkan kot dan spek matanya.

"Aku dop puah ati dengan design sek sek mu. Wak balik. Aku nok siap esok. Kalu dop, mu sume "are fired"

Karim menunjukkan sifat tegas.

Wajah designer tak berubah. Dah letih dieorang berusaha. Tapi still design dieorang kene reject. Muka dieorang dah terlampau letih nak tunjukkan reaksi. Sudah 10 design dieorang buat, semua kene reject.

Lepas Karim pergi...



"Wattahel la bos tu"...

"Chiisi. Ini punya olang r, baik pergi mampos tau."




Tapi dieorang sedar. Dieorang makan gaji.....




Esokkannya dieorang present design ke 11 dieorang.

Menepati konsep, kemas, simple dan versatil. Takde sebab lagi Karim tak bersetuju dengan design demikian.

"Ini design kitorang." Dah takde tenaga lagi dieorang nak present. 3 hari berkerja keras.

Dalam masa 3 hari, 11 design dah dicipta. 10 direjek tanpa banyak soal.

Ringkas gila presentation diorang. Karim menjeling.

"You orang, belajar sampai SPM ke degree?" Takde slang lagi. Karim menunjukkan sifat professionalnya.

"Design macam ni, aku boleh buat tau tak? Aku nak yang lain dari yang lain! This is rubbish!" Ujar Karim. Kembali menunjukkan ketegasan beliau.

5 designer melihat sesama sendiri. Sorang daripada mereka mengunci pintu bilik mesyuarat tersebut. Karim keseorangan, di hujung meja.

Seraya itu, 2 orang designer tadi memegang bahunya. 1 orang merapati Karim dan mencungkil matanya. Perutnya ditoreh. Diperah pula limau nipis. Sorang lagi datang dan meleset garam.

Karim hanya mampu menjerit.

Aku kekeringan idea nak buat jalan cerita yang menarik. Aku makin kurang kreatif sejak dua menjak ni. Ahh..tapi aku berjaya membuat cerita ini. Apapun, inilah percubaan pertama aku.

Wednesday, October 28, 2009

MAHU KAYA?



PERINGATAN : INI BUKANLAH IKLAN SEBENAR

ANDA KEHABISAN DUIT?!


PERLUKAN DUIT SEGERA?


Jangan Bimbang!

KAMI ADA JALAN PENYELESAIANNYA!!

Cerita SUSU ANAK :

"Macamana ni bang, susu anak kita dah habis. Duit dapur yang abang bagi minggu lepas pun dah habis. Saya buat pergi beli baju baru. Dah lame saya mengidam tau. Ni ada sepasang lagi tak beli ni. Kasi la duit bang...Kang saya ceraikan abang baru tau."

Cerita HUTANG :

"Hutang kita dah keliling pinggang ni bang. Tak cukup pinggang abang, pinggang saya pun dah penuh jugak..... Saya tak kisah. Tapi sebelum abang meninggal, pastikan abang bayar habis dulu ea. Senang sket saya nak cari laki baru"


ANDA MEMPUNYAI MASALAH DIATAS?

JIKA YA!

ANDA DIJEMPUT MENYERTAI MAJLIS PENERANGAN KAMI!!


JANA WANG RM 5000 dalam masa 3 HARI!!!!



"Hebat benor!" Ujar Muniapathy Sanagaram Sinigula A/L Raju


Pasti anda pernah melihat iklan seperti ini. Sure pernah.


Begitu tertarik sekali bukan?


Sampai ada yang bila tengok iklan ni, siap plan nak berenti kerja. Nak buat full time. RM5000 dalam masa 3 hari. Pergh. Tak lame lagi aku lagi kaya dari Tony Fernandez.! Eiii!~~Beznye.

Sampai begitu sekali.


Tapi..


Tau tak kenapa top 10 orang paling kaya di Malaysia hanya ada 1 orang Melayu?










Sebab iklan di atas.





Asyik nak cari jalan mudah. Nak kaya cepat.
Sampai lupakan prinsip dan hukum dunia.


*Tapi kalau anda bermurah hati, anda dijemput mengklik iklan di belog ini. Jasamu amat dikenang.

Tuesday, October 27, 2009

Poligami

Pagi-pagi buta lagi aku dah naik bas. Jauh benar perjalanan aku kali ini. Dungun merupakan destinasiku. UiTM Dungun untuk lebih tepat. 91KM jauhnye. Jauh gile.

Dalam perjalanan, aku buat keluar MP3 Sony aku , pasang earphone berhampiran gegendang telinga, dan zass..aku melayan radio.

Aku dah agak boring dengar lagu yang ada dlm mp3 aku ni, radio je jarang layan. Layan skali skala bez gak.

Aku dengar HotFM. Aku agak tertarik dengan tajuk perbincangan HotFM arini, iaitu POLIGAMI yang berdasarkan kisah benar yang bermula daripada si suami mengenakan panggilan hangit kepada si isteri.

*Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu panggilan hangit - ianya adalah panggilan yang dihangitkan.

Serius bebenar pagi tadi. Tapi bez. Macam-macam komen. Yang gune alasan lama pun ada. Malas aku nak terangkan satu persatu. Aku tak sempat dengar sampai habis pun segmen tuh.

Tapi.

Okay. Aku ON kan mood serius.

MODE: SERIOUS

Aku single. Walaupun pandangan aku boleh dikotak katikan , aku nak beri pandangan jugak.

Aku nak akui kat sini. Kaum lelaki memang suka bercerita, bercakap atau mengarut tentang poligami. Ada yang cakap tanpa sebarang reaksi, ada jugak yang bercakap just untuk bergurau, dan ada yang cakap tanpa fikir langsung. Dieorang punye mulut, jadi dieorang punye suka. Korang punye telinga, pandai-pandai jaga.

Tapi jarang sekali kalau kita nak jumpe lelaki yang bercakap, atas dasar tanggungjawab dan memang beliau nak berpoligami.

Niat tu mungkin ada la kot nak berpoligami. Tapi jarang kita jumpa. Kalau jumpa pun, sorang 2 je yang berpoligami. Zaman sekarang la maksud aku.

Sekarang ni aku nak bercakap atas pikiran aku sendiri. Bukan atas dasar lelaki. (Tapi aku lelaki!)

Bagi aku, poligami tidak lebih daripada sekadar percakapan untuk gurau senda, dan sebagai pemanis mulut.


Poligami? Hell no! --> Mood Serious


Satu sebab je aku tak nak berpoligami.

Aku kedekut.

Kalau aku dapat gaji tinggi, katakanlah 5 ribu. Tinggi tuh. Lagi tinggi dari gaji pembacuh teh tarik dan penebar roti canai. Berdasarkan realiti la...

Bini ada 2. Anak ada 12.

Rela aku hidup membujang macam tu...........

Saturday, October 24, 2009

Test 2/2

Masuk je dalam dewan.

Mission 1 : Cari port sesuai.

Aku mengintai di seluruh sudut dewan. Memerhati sambil membuat penelitian. Dengan begitu rakus dan berhati-hati, aku kaji seluruh sudut tersebut. Setelah beberapa ketika, aku jumpe jugak tempat strategik untuk meniru. Ditengah dewan, belah kiri sekali.Ssudut terpencil.

Mission 2 : Teman

Port yang sesuai semata-mata adalah tidaklah memadai. Boleh dikatakan sia-sia. Aku perlukan teman. Teman yang kamcing. Kamcing dan bijak. Tapi tidak kedekut ilmu untuk dikongsikan bersama. Aku suka teman macam ni. Sanggup memberi tiru dan meniru. Pemikiran ala komunis.

Mission 3 : Tanda tempat untuk konco

Semalam aku tensen time study. Buat 1 soalan, tak dapat. Buat soalan lain, still tak dapat jawapan. Rasa macam nak gigit je tupperware kat atas meja. Sayang roomate aku xde. Kalo tak dah lame aku sumbat tupperware dalam mulut die.

Dikala itu jugak sorang mamalia msg aku.

"Ko study Tuto 31 - 37. Aku study 38 - 44. Kita bagi-bagi jawapn esok"

Dengan penuh keserian dan keriangan dimuka, aku membalas..

"Orait"

Maka, bermulalah rancangan meniru yang terakhir. Sumpah yang terakhir kali. Sebab test ni la test terakhir tok sem ni.

So, aku kene cari port untuk beliau dalam dewan ni.

Pusing kiri, dah ada kawan aku yang aku set nak tiru, Tengok depan, dah ada si gadis manis tapi kurang jelita, Pusing belakang, ada mamat yang muka macam tengah tahan berak. Pusing kanan, dinding. Opps. Aku ada masalah. Tak sempat nak buat pape, test dah pun start. Beliau tak datang lagi. So, bye bye my plan.....

Kesudahannya..

Akhirnya, aku tidak meniru. Sebaliknya kawan aku yang aku set nak tiru tu plak yang meniru aku. Siot betul. Tapi takpe, kurang-kurang aku ada teman nanti kalau aku fail test ni.

Konco aku untuk meniru plak? Tak habis habis marah kat aku kes tak simpan tempat. Aku buat-buat tuli. Slamber.




Jom meluncur bersama Barney~

Friday, October 23, 2009

Test 1/2

Test tadi....

Aku tak tau kenapa. Tapi aku berpuas hati. Nak kata aku dapat jawab. Mungkin semua dah tahu memang aku tak dapat. Tapi, deria aku yang ke 7.5 mengatakan semuanya berjalan dengan lancar.

Ada sedikit kekecewaan sebenarnya. Tak. Kecelakaan yang berganda to be exact.

Ada sesetengah student yang dah tau soalan. Direct soalan kuar. Bukan takat tau circuit apa yang masuk, tapi siap tahu macamana rupa bentuk circuit tu skali. Siot betul. Aku rasa nak sumpah kat dieorang.

Bukan nak sumpah sebab dieorang menipu. Dieorang nak menipu, dieorang punya pasal. Takde kaitan dengan aku.

Aku nak sumpah. Sebab dieorang tak share dengan aku. Katandang* (refer kat bawah)..



Cubaan meniru?



Kali ni aku terus terang, aku meniru.

Sumpah, aku tak ingat jawapan kepada soalan tu. Bukan tak ingat, tapi tak tahu dengan tepat. Dan kalau aku tak jawab soalan tu, ianya akan memberi efek kepada semua jawapan aku di atas kertas tu. Begitulah bahayanya soalan tu.

Soalan tu senang. Tapi aku tak dapat jawab. Aku agak menyesal la jugak. Tapi mujurlah aku dapat meniru dengan jayanya.



Soalan tu berbunyi..





"Lecturer's Name: .........."





Aku tahu name manja die je. Kang aku tulis name manja, lain plak jadinye...

*Katandang - Merujuk kepada dialek orang Terengganu di celah-celah daerah Manir. Biasa diungkapkan bila-bila masa dieorang nak guna. Maksudnya? Aku sendiri tak tahu.

Thursday, October 22, 2009

Peristiwa Jam 8 Pagi...

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


Pagi-pagi bute dah buat announcement. Ayam pun tak sempat nak berkokok lagi..

Selang 1 minit..

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


Darah aku membara...Darah muda macam aku ni mmg pantang dicabar...Nak-nak time aku tido...

Tapi aku sabar..Menandakan iman aku masih kuat...

Baru je nak sambung tido balik....

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


"WOII..Mak Bapak tak ajar ke suh hormat sket orang tido!!!"...


Tensen aku. Aku bertempik pun, bukan diorang dengar...Nak tidur..dah tak de selera...

Tak terfikir langsung aku nak join program tu. Biarlah mahasiswa-mahasiswa yang jauh lebih berguna daripada aku yang serta. UiTM ni dah cukup kemas bagi aku.

Ahh..nanti kang dieorang [orang kolej] datang bilik ke bilik...Aish..Aku mula runsing..pikiran dah tak tenang...



So..buat masa ni....

.
.
.
.
.
.
.
.


Aku sedang on9 di dalam almari.....

Wednesday, October 21, 2009

Tips untuk Study

Bile aku study math, biasanya aku suke makan chewing gum.

Kononnya dengan berbuat demikian, sel-sel otak kita akan lebih aktif.
Ada logiknya perkara tersebut. Aku tidak belajar bio, tapi aku tahu perkara tersebut.


Jadi


Bile aku study semalam, aku pun menguyah la Mentos Chewing Gum yang berharga RM1.20 (boleh didapati di mana-mana kedai runcit berhampiran anda)


Tapi bile aku berhadapan dengan soalan yang celaka.
Aku mula gelisah.
Bile gelisah, aku try untuk buat-buat slamber.
Konon-kononnye aku boleh jawab soalan ni..


Aku pun menguyah la dengan lebih pantas.
Disamping dengan harapan yang sel-sel otak aku akan jadi lebih aktif.

Dari segi matematik dan logiknya, sepatutnya begitu. Lebih pantas bermakna lebih aktif.


Tapi


Hasilnya..



Mulut aku jadi letih.



Dan bila letih....






Aku pun tido......


Metafora Kehidupan

Jangan klik butang pangkah yang bertanda X.

Kerana, anda telah sampai ke destinasi yang tepat.

Anda sebenarnya tidak sesat.
Tidak tersalah URL.
Tidak tersalah taip.
Tidak mengingau mahupun bermimpi.

Inilah blog yang dahulunya dikenali sbg..

The Rolling Eye's


Cume..selepas sedikit touch up..

Dan make up..

Setelah aku bedak-bedakkan (Silky Girl) ia sedikit..
Pakaikan maskara (Maybelline)..
Buat facial (RM30)..

Maka..wujudlah..



"Metafora Kehidupan"..



SEDIKIT NOTIS

Sekiranya anda pembaca setia blog ini, atau pun sekadar melawat, anda dijemput untuk beramai-ramai menekan-nekan ads di sekeliling blog ini.

Sekian Harap Maklum.

Monday, October 19, 2009

Hari yang berjaya

Semalam aku angkat laptop baru. Menggantikan desktop ku yang otai.

Aku angkat laptop TOSHIBA Satellite L510. Core 2 duo, dgn ATI Radeon graphic. Boleh tahan la jugak..

Kenapa bukan dell atau acer mahupun HP?

: Acer sux. Dell no luck. HP not a good choice.

Kurang-kurang boleh aku lepas geram main game. Graphic laptop ni agak power, COD 4 pun slamber dek je bleh main.

Hari ni plak, aku dapat bonus., Kelas batal. Bermakna satu hari aku free.

So, macam biasa, sbgai seorang mahasiswa, kita kene ada gaya mahasiswa. Pemikiran kena matang. Segala tindak tanduk haruslah di plan terlebih dahulu. Supaya masa pada hari ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Jadi, tanpa berlengah masa, aku pun plan la.

Kita lelaki takde la buat plan kene tulis-tulis. Takdela buat jadual stady siap print lekat kat notis board. Sume letak dalam kepala je. Yang penting disiplin. Heh, aku cukup berdisiplin. Agaknye la.

Kalau diikutkan, test Jumaat & Sabtu ni. Hari ni baru hari Senin. Stadi awal-awal ni agak tak praktikal bagi aku. Malam nanti la jenguk-jenguk nota skit. So, aku malas nk fikir panjang-panjang, dah dapat peluang, aku pun menghadap la laptop aku.

Tengah-tengah syok main, sedar-sedar dah zohor. Seraya dengan itu, marila sorang makhluk tu, menyapa aku dari belakang, tanpa memberi sebarang salam mahupun ucapan alu aluan. Style makhluk zaman sekarang kononnye..

"Oii..Kuiz esok ko dah stadi?"

Fuuh. Suaranye merdu. Lunak sekali. Tapi kontra benar dengan isi ayat itu. Kuiz..Dengan ligat neutron memproses perkataan KUIZ di dalam benakku.

Seraya dengan itu juga aku hampir mencarut. Tapi iman aku masih kuat. Mencarut itu berdosa. Jadi aku pendamkan ayat itu.

"Oh, malam nanti aku stady r"

Selambe je aku jawab. Padahal kepala dah pusing. Malam ni aku dah ada plan. Tapi esok kuiz.

Selalunye kuiz ni aku tak pernah kisah mane pun. Tapi markah Test 2 aku hari tu cukup membanggakan sekaligus membuatkan aku ketandusan markah.

Jadi aku pun tukar plan, petang kene stadi.

Lepas solat zohor, sblm stadi, aku layan fifa dulu, baru stadi lepas tu. Fikir aku.

So aku pun main la game. Main, main, dan main, Tengok jam.
.
.
.
.
.
.

6.30

.
.
.
.
.

Begitulah berjayanya aku pada hari ini. Dan sekarang sibuk melayan FB n Blog.

Jadi, apakah kesudahan kehidupan mahasiswa yang pandai membuat plan ini? Ikuti sambungannya di URL yang sama, jam yang berlainan, dan pada hari yang ikut suke beliau nak tulis entri hari ape.

Update yang pending

Update kali ini sedikit pending.
Mungkin terlewat 2 hari kalau kita kira ikut normal.
Kalau kira secara tak normal plak, agak merumitkan, jadi aku x nak kira.


Chelsea kalah 2 - 1.


Update kali ini pending bukanlah kerana aku malu. Bukanlah kerana aku sedih. Dan bukanlah kerana aku tidak mahu menjawab kritikan-kritikan penyokong liverpool mahupun yang anti-chelsea. Tiada sebab diatas merujuk kepada sebab update ini pending.

Secara overall, aku boleh katakan aku berpuas hati walaupun Chelsea kalah. Bagi aku mungkin faktor LUCK sedikit memainkan peranan. Dari segi taktikal, Chelsea tumpul di bahagian serangan, atau mungkin Aston Villa bermain dengan bagus. Aku tidak lihat game tu dari sudut Aston Villa, jadi aku tak dapat beri apa-apa komen mengenai permainan A.Villa.

Chelsea bermain bagus. Aku puji diorang. Dieorang sume kreatif. Seolah-olah diorang melukis diatas padang. Cukup cantik lukisan mereka. Pergerakan mereka tidaklah begitu sukar diagak, tapi dalam bentuk yang menarik. Membuatkan pihak lawan keliru.

Hasilnya, Chelsea sebenarnya menguasai perlawanan. Chelsea juga menguasai possession bola. Di bahagian tengah, Chelsea menguasai sepenuhnya. Sebab tu aku puji permainan Chelsea kali ini.

"Footbal is a game of passion."

Jadi, perasaan benci, berdebar-debar, dan sayang yang teramat sangat itulah yang membuatkan game ini menjadi sebati dengan diri anda. Sebab itu hari anda mungkin terasa seperti celaka apabila team anda tewas. Meskipun anda tidak mendapat apa-apa pulangan berbentuk wang mahupun kasih sayang daripada sokongan anda itu,, bola memang sebati dengan diri anda..

Friday, October 16, 2009

Jangan Tunjukkan Kebodohan Anda Dengan Berlagak Bijak

Aku tak kisah kalau ada orang nak berbangga depan aku..
Tunjukkan kepandaian beliau..

Aku tak pernah kisah..
Kadang-kadang kalau aku kisah pun..
Aku buat-buat tak kisah je..

Kita idup ada prinsip. Baru boleh maju.
Dan aku memang berpegang kepada prinsip.

Jadi aku cukup pantang kalau aku jumpe orang yang bertentangan dengan prinsip aku.


Pantang.


Kalau anda benar-benar terer, aku akui ketereran anda.
Kalau aku jelez sekalipun, aku still akui ketereran anda.

Mudah kan prinsip tu?

Yang menyusahkan...

Kalau anda tak terer.
Tapi,
Buat-buat macam terer.

Itu aku cukup Pantang.

Tolongla brader.
Kalau kite dah tak terer.
Jangan la buat-buat terer.
Belajar la dari orang yang betul-betul terer.

Jangan nak tunjuk pandai la. Sebab tu akan menunjukkan betapa bodohnye diri kita.
Cuba berlagak depan orang yang lagi pandai adalah satu sifat yang amat bodoh.

Jangan berangan nak bercakap,
Kalau ilmu kita tak ada.
Jangan plak suke-suke menambah sendiri ilmu.

Kita tak pernah tahu betapa susahnye satu benda tu.
Dan kita tak akan tahu macamana cabaran sesuatu benda.
Melainkan kita pernah rasa sendiri benda tu.

Bercakap dan lihat.
Tidak boleh membuktikan apa-apa.

Jadi tolonglah..
Jangan tunjukkan kebodohan anda,
Dengan berlagak pandai.

Tuesday, October 13, 2009

Dikala final exam mula menjelma...

Lagi 2 minggu sebelum Final Exam bermula. Kertas aku yang pertama bakal dijadualkan pada 30 Hb. Kertas Bel (English) je pun. Kacang je. 2 subjek killer plak duk hujung-hujung jadual.

Last paper 13 Hb. Alhamdulillah, dapat jugak aku balik awal sem ni. Turn aku nak membabaikan mereka yang telah babaikan aku pada sem 1 dan 2 dulu. Aku nak rekod video nanti. Biar diorang jelez.

Aku ada perasan la jugak, kalau dulu, student-student kat sini pasti tidak lari dengan perangai buruknya. Tapi skang ni, berubah dalam sekelip mata. Tak lain tak bukan, masing-masing duk berdebar dengan final exam.

Dieorang patutnya tiru contoh aku, relax je..Stay calm. Test 2 mat hancur, tapi tetap relax. Takde tanda-tanda menyesal, mahupun tanda-tanda nak study. Entah bile aku nak berubah.huhu...

Ahh, sebelum aku terlanjur topik,...Inilah antara perubahan di kampus aku yang sememangnya jarang dan mustahil sekali untuk berlaku...

1. Library penuh. Tapi senyap. Takde langsung suara-suara yang lari pitchingnya. Muka orang kat dalam tu plak seriyes gile. Macam dah takde perasaan gembira lagi dalam dunia ni. Macam perasaan Harry time berjumpa dengan makhluk yang jaga Azkaban tu.

2. Malam-malam kolej sunyi dan sepi. Kalau malam-malam yang biasa, pasti ada bunyi kanak-kanak terencat akal. Pasti ada yang menjerit. Diselang seli pula oleh deruan saki baki mercun yang belum habis. Ada jugak jenis yang berkaraoke dalam bilik. Satu set karaoke cukup lengkap. Rasa nak sepak-sepak je muka beliau yang berkaraoke tu.

3. Bilangan couple berdating mula berkurangan. Boleh dikatakan satu keajaiban, tanpa kehadiran ahli ahli dakwah mahupun ustaz-ustaz, mereka tidak lagi bersama-sama. You jump.,Fine.. I find another one later.

4. Food court sentiasa penuh. Dulu penuh orang dating. Tapi sekarang, nak kata berdating, macam tak logik. Satu meja 10 orang. Aku pun heran macaman boleh muat 10 orang. Slalunya aku duduk 4 orang pun dah tak cukup kerusi. Yang lagi hairan, saiz xxl pun ada jugak kat situ.

5. Bilik lecturer sentiasa penuh. Ini memang keajaiban. Dulu bilik lecturer sentiasa kosong. Sampaikan lecturer boleh tidur atas lantai je kalau tak sempat nak balik..Dah sure takde orang ambil kisah... Takde orang langsung yang nak jenguk. Skang ni, asyik-asyik ada student lawat. Ada tu lawat sekadar nak borak-borak kosong. Takde soalan pun nak tanya. Loyar buruk la tu.

6. Kaki tidur skang ni jadi kaki stadi.


"Ko buat pe mat? Tido ke?"

"Tak ah. Stadi"..

"Apa?!..Stadi??

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini.....
"

Sampai ada yang ingat dah nak kiamat.


Aku? Sentiasa relax. Hidup kene enjoy...Aku pegang prinsip tu.....lalala~

Ahh..entri kali ini tiada gambar...Harap maklum. Tak sempat nak upload.