Thursday, October 13, 2011

Review

iranya agak lambat saya habis menonton cerita bini-biniku gangster. Mungkin kerana saya terlalu berdukacita dengan cerita melayu sebelum ini (keluar wayang sebelum cerita ini). Dimana sebuah cerita biasa, klise dan dipenuhi jalan cerita yang lemau, entah kenapa diberi tepukan gemuruh. Ya, saya merujuk cerita hantu bonceng.

Saya ada alasan kukuh. Ya, memang saya sebelum ini tidak percaya dengan sebarang komen di arus media perdana. Tapi, cerita itu dilakonkan oleh Juliana Evans. Masakan hati saya boleh berkata tidak pada lakonan Juliana Evans? Ya, saya admit. Dia bukan pelakon hebat. Tapi entah, lelaki mana boleh katakan tidak pada dia?

Hari ini, dengan kesempatan masa yang terluang, saya sempat menonton BBG.

Mungkin jalan cerita belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan cerita mandarin atau hollywood. Tapi bagi saya, jalan cerita ini patut diberi pujian. Ada satu semangat untuk membawa kelainan dalam cerita melayu. Kisah ketua kongsi gelap yang dibawa oleh watak perempuan.

Disini akhirnya saya dapat buktikan perasaan saya sebelum ini, bahawa Yana Samsudin adalah pelakon yang hebat. Dia berjaya membawa watak lemah lembut dan kasar pada masa yang sama. Malah dia berjaya membawa watak sebagai seorang isteri yang comel walaupun dengan kerjaya sebagai ketua kumpulan gangster.

Cuma, hati saya masih melekat pada pendapat bahawa Intan Ladyana tidak seberapa. Entah, dia sekadar berjaya membawa watak yang tidak keras lakonannya. Tapi dalam lemah-lembut, dia gagal meninggalkan kesan. Dalam watak keras, dia gagal menunjukkan aspek keras. Dia masih tersekat di celah-celah usaha untuk menjadi seorang pelakon hebat.

Dan mengenai Sam. Tidak perlulah saya ulaskan. Sam kini dianggap sebagai role-model. Apa yang dia bawa, dan ekspres sebagai seorang pelakon dikira sebagai kayu pengukur.

Ending cerita ini sedikit menghampakan. Mungkin ini lumrah cerita melayu yang hebat, terpaksa diakhirnya dengan penyudah yang tidak seberapa. Tapi biarlah, saya masih boleh berekspretasi dengan jalan cerita sendiri untuk kepuasan sendiri.

Next on the list adalah Nasi Lemak. Berminggu sudah saya bersedia untuk menonton di pawagam, tapi hasilnya hampa. Akhirnya hanya sempat download. Tak mengapalah. Sama sahaja kan?

Monday, October 3, 2011

The state of mind

Apabila seorang yang jahil mula bercakap isu ketuhanan, isu yang membabitkan kefahaman terhadap hadis dan quran, hukum dan hakam, itu boleh dikatakan satu tanda akhir zaman. Itu kata-kata ustaz. Tipu ustaz, tipulah aku. Tapi sekarang ini, aku yang jahil ingin bercakap tentang agama. Akhir zaman? Yes, it is.

Tapi, perihal dunia sekarang terlalu pelik. Terlalu taksub dan heboh dengan liputan-liputan kebodohan yang seperti tiada pangkal hujung. Kita tidak perlu jadi seorang genius untuk mengetahui di mana kebodohan pemikiran dan amalan sekarang, tetapi kita perlu menjadi seorang genius untuk mula berfikir dengan akal, tanpa biased dengan perasaan sendiri, bahawa kita kadang-kadang tidak selalunya betul.

Dalam islam yang memeningkan, sekarang ada soal hudud. Perlaksanaan hudud bukan senang, it is a matter of time and intellect. Dalam soal ini, aku nampak jelas kenapa PAS bekeras ingin melaksanakan hudud. Ada dua pendapat. Satu, mungkin Nik Aziz merasakan kewajipan melaksanakan hudud sekarang. Dan pemimpin pas, seperti yang aku katakan tadi, merasakan dirinya adalah betul. Well, mereka ada orang alim ulama, why not?

Second point, PAS tiada cara lain. They have to relied on their history. Supaya orang nampak konsistensi di dalam pentadbiran. Malah, in a fair point of view, jikalau PAS tidak mengamalkan hudud, kerajaan akan menuduh PAS tidak tetap pendirian. So what's left?

Dalam soal hudud, pendapat aku yang jahil memang seharusnya diabaikan. Tapi, aku bersetuju dengan pendapat Dr Maza . Hudud adalah satu mekanisma. Di saat dunia penuh kejahilan, suasana Islam tidak hadir, dicelah mana keadilan dapat dikembalikan? Keadilan yang ditekankan, itu yang pertama di dalam Islam. And please don't say Dr Maza is wahhabi. Please accept that you are too stupid for another explanation.

Itu soal tepian. Sekarang, ramai golongan muda yang kononnya menjadi pengikut ustaz dan mula mencapai tahap 'maksum' telah pertikaikan hukum hakam sendiri. The time has come for malaysian to prepare a guideline untuk sesiapa menjadi ustaz.

Ustaz memainkan peranan penting dalam society hari ini. Jadi biarlah ustaz dari golongan yang berpelajaran. Sekurang-kurangnya yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan berfikir secara bijaksana. Biarlah hanya orang yang ada master dalam syariah, phd dalam pengajian hadis yang digelar ustaz.  Kata-kata ustaz lebih diterima pakai dari kata-kata ahli sains, cikgu dan pemimpin. Even ustaz tadika sekalipun. In such way, mungkin ini perkara bagus.

Tapi itu hanya jika ustaz betul-betul berfikiran seperti ustaz. Apa yang memeningkan adalah ustaz tidak begitu bijaksana, dan rakyat terlalu buta. Apa yang diluahkan oleh ustaz aku ditelan mati-matian. Tapi sebenarnya bukan dalam semua perkara, hanya perkara-perkara yang boleh menampakkan bijaksana dalam kaca mata mereka. Tidak boleh memakai baju pink, tidak boleh konvo. Kalau betul tak boleh konvo kerana baju konvo blablabla, kenapa tak ada ulama atau mufti yang persoalkan terlebih dahulu? I dont think you are too stupid to think that way.

Berpuluh tahun umat Islam ditelan zaman. Dipinggir, mundur dan kekal miskin. Yang kaya sekadar menjadi boneka kebodohan kristian. The only reason yang mulim jumpa adalah mereka mundur angkara kristian, yahudi dan atheis. Mereka menjadi mangsa. Kristian mereka-cipta itu. Yahudi mereka ini. Dan umat islam menjadi mangsa. This is another stupid crap. Islam tak pernah salah, dan seharusnya Islam itu kekal kuat dan megah. Tapi hakikatnya rakyat Islam ditindas,miskin dan mundur adalah kerana wujudnya golongan macam ni. They blame other too much, without realizing that they are actually the problem of Islam. Their thinking, their state of mind is causing islam to sink.

Their habit, mengharamkan itu, ini tanpa sebarang usaha untuk mencipta atau mencari jalan keluar supaya umat Islam dapat menikmati kesenangan yang sama adalah contoh, yang mereka inilah punca masalah.





Sunday, September 25, 2011

"Kadang-kadang kita sekadar perlukan beberapa hirupan kopi untuk mengatakan, indahnya!"

Saturday, September 3, 2011

Update Raya

Rasanya sudah sampai masa untuk aku buka cerita tentang Raya. Ya, Raya. Hari di mana semua orang merayakan hari raya. Hari untuk bersuka-ria.

Mungkin atas dasar beberapa faktor, suasana raya tidak begitu mengena dengan jiwa aku tahun ni. Tiada bait-bait dalam sanubari yang terkinja-kinja berlari ingin menikmati hari raya ini. Sekadar serpihan hati mengata, hari ini hari raya-jadi ayuhlah seru sedikit semangat untuk merayakannya. Setakat itu saja.

Aku kira, ini disebabkan oleh cuti. Dahulu, atau tahun-tahun sebelum - dalam 3 tahun sudah, aku tak rasa nikmat berbuka di rumah. Suasana puasa aku hanya ditemani makanan bazar dan bilik hostel ataupun rumah sewa. Ketika orang sibuk berterawih aku sedang berborak kosong di dalam bilik atau sedang memegang sebatang pen sedang kepala girang terbayang-bayang hari raya ketika pensyarah sedang taksub bercerita.

Hujung minggu pula sibuk dengan perkiraan cuti Raya. Bilamana terdapat test/kuiz yang cuba untuk mencacatkan suasana hari raya, aku lebih rela membiarkan test/kuiz mencacatkan aku, semata-mata kerana aku ingin cuti, ingin menikmati raya. Tapi tahun ini, aku diberi kurnia cuti nun lama sebelum raya hatta sebelum puasa lagi. Jadi, aku disini, dalam kelompok kehidupan yang aku selesa dan sebati. Di celah-celah dunia pelusuk Terengganu. Dikelilingi saudara sendiri, tempat tinggal sendiri, suasana negeri sendiri. Ya, tiada test, tiada kuiz, tiada pensyarah. Yang ada hanya aku dan masa terluang.

Jadinya, dari mana hendak aku seru nikmat raya. Ada apa disebalik atmosfera raya yang mana hari untuk pulun makan setelah sebulan kelaparan itu? Tapi mujurlah, hikmahnya adalah ruang untuk aku bersenggama dengan kemalasan terawih makin kecil. Bila di kampung, terawih perlu rajin. Semangat perlu dikerah.

Dan bila tiba hari raya, aku kembali dihantui sketsa-sketsa trauma bersalam. Ini kisah lama, tak-bukan sekadar lama, ini fakta diri aku. Disebabkan beberapa kisah sadis yang memalukan aku ketika bersalam kira-kira sepuluh tahun yang lepas, aku jadi trauma terus bersalam. Aku takut aku terus dimalukan dengan sketsa-sketsa memalukan itu. Itu masalah bagi aku-kerana siapa kisah/kira apa masalah/trauma aku? Yang penting bilamana aku gagal untuk menunaikan acara bersalam, aku boleh dikira/dituduh kurang adat. Walaupun itu sebenarnya satu lagi fakta tentag diri aku - tak ada adat. Oh, bab tu aku salahkan Datuk Ketemenggungan.


Mujurlah. - mujurlah raya tak lama. Sekadar kelip beberapa kali, 3 hari raya sudah dirai. Dan aku masih disini, bersaki baki dengan trauma sejak azali. Duit raya, heh. Mujurlah tak begitu mendukacitakan hati. Setelah berusai mood raya, maka bolehlah aku berkira-kira mood belajar pula. Lagi seminggu dua. Harapnya aku boleh kerah otak untuk kembali berfungsi setelah hampir 4 bulan terbengkalai mati. 

Thursday, August 25, 2011

Cerita Pendek 10


Pak Yaakob ambil dua botol air mineral, dijinjit rapi. Sampai di pintu kereta, perlahan diletakkan air tadi. Hazrin terkebil-kebil di tempat duduk penumpang. Matanya galak memerhati di sekeliling taman. 

Kosong. Hanya ada keluarga Cheng Siew sedang berehat di bawah pokok. Anaknya, Fak Choi leka membaca tanpa hirau sekeliling. Hazrin senyum sinis. Heh.

Selesai segala, Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya mereka berdua. Bini Pak Yaakob, Habibah tak ikut sama. Biarlah, urusan lelaki katanya . Tak pula Pak Yaakob membantah. 

Jam ditangan dikerling. 
.
“Alah, lambat dah ni.” Kereta dihidupkan seraya dipandu melaju.

Selang 20 minit, mereka sampai di perkarangan rumah Bomoh Tamsi.  

Bomoh Tamsi kelihatan sudah lama menunggu. Perlahan-lahan Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah gelap-gelap samar. Kesemua tingkap dibiarkan tertutup. Hanya sedikit cahaya menerobos dari dinding tingkap. Hazrin ternganga. Pertama kali jejak kaki rumah bomoh. Bukan calang-calang pengalaman baginya. Penuh alatan-alatan pelik. Puaka.

Pak Yaakob dan Hazrin dijemput bersila menghadap Bomoh Tamsi.

"Jadinya, macam aku cakap tadilah Tamsi. Si Hazrin ni.." Belum sempat dihabiskan coretan ayat, Bomoh Tamsi sudah pun mengangguk.
.
"Biasalah, budak-budak. Nak kena minum air jugak baru menjadi, iye dak?" Balas Bomoh Tamsi bersahaja.

Hazrin celaru. Entah sirius, entah jenaka. Riak muka Bomoh Tamsi yang bersahaja buat dia tidak dapat meneka. Molekkah andai dia cuba menguntum senyuman? Bimbang juga dituduh kurang sopan.Ah, lebih baik diam. Bungkam.

Bila tiada reaksi, Bomoh Tamsi berdehem. Tanpa buang masa, dia terus fokus kepada kerja.

“Bismillah..” Bomoh Tamsi mula baca mantera. Mulut terkumat kamit. Mata pejam rapat. Sesekali derum dengusan kuat membuatkan Hazrin terperanjat.

Selesai alunan mantera, Bomoh Tamsi hembus nafas beberapa kali pada Hazrin. Hazrin sekadar tahan. Biarlah apa harga pun, janji dia dapat yang terbaik.

“Balik nanti, minum dua kali sehari. Sebelum ambil ujian pun minum jugak. Jangan lupa selawat sebelum baca.” Bersungguh Bomoh Tamsi menerang. Hazrin dan Pak Yaakob mengangguk. Muka lega. Masa depan makin cerah.

OOOOOOOO

Hazrin reguk liur. Mukanya kerunyut. Guru kelas, Aspalela mula baca keputusan UPSR.

Beberapa kali Hazrin cuba sedapkan hati. Dia yakin, Bomoh Tamsi sudah menolongnya. Dia sudah banyak minum air, sudah banyak makan kismis, dia juga sudah banyak telan kurma. Pasti boleh, pasti.

“Muhammad Hazrin Yaakob, 1B 4C” Hazrin diam. Bungkam. Celaka, jiwanya makin meruntun. Hati makin tunggang tunggit. Sepotong ayat penyesalan mula berterabur dalam benaknya.

.
.
.

“Fak Choi, 4A 1B. Tahniah Fak Choi.”

Fak Choi pandang Hazrin. Pandangannya mula sinis. Heh!

Saturday, August 20, 2011

[Klasik] Perang di Bulan Syawal

Lepas selongkar balik entri lepas, aku jumpa balik video ni. Tak ada sebab apa pun, cuma saja-saja aku rasa nak repost entri ni.

Nampak macam aku rajin update sikit. Dok gitu?




Macam dah perang zaman kesultanan melaka aku tengok.

p/s - Lepas kilas-kilas balik entri lama, baru aku perasan, jauh juga aku dah menyimpang. Dah tahap sesat bebenor rupanya. Keh3.

Thursday, August 18, 2011

Cerita Pendek 9

Hai, aku Leonel. Aku dahulunya jejaka tipikial di sisi dunia. Sentiasa cuba untuk terbang galak mecari sesuap sisipan cumbu cinta. Mencari sang purnama kononya secantik bidadari syurga.

Hari-hari aku sekadar menanti panahan tajam cahaya cinta. Biar ia terjunam rapat ke dalam hati aku, lalu angkat aku ke bersamanya ke alam maya. Aku sentiasa mimpi, panahan itu datang ketika aku sedang rakus menanti. Biar indah saat itu datang untuk aku hayati. Tapi penungguan aku ibarat tiada tepi, tanpa sebarang bukti ironi untuk meyakinkan hati. Aku sekadar menyaksikan hari berlalu pergi, meninggalkan aku sendiri.

Walau itu semua terjadi, aku tetap percaya pada diri. Biarlah tujahan-tujahan hamburan kesat ejek cuba datang meragut jiwa-jiwa keyakinan aku, aku tetap di sini.

Seolah seperti Superman yang gagah berusaha menyelamat, meski di-lontar dengan kriptonite angkasa. Itulah aku. Cuba menjadi sekental itu, cuba menahan halangan sepejal itu.

Tapi secara tiba-tiba, aku didatangani melankoli-melankoli seni. Membawa ribuan hamburan alunan pujaan untuk aku tatapi dan nikmati. Aku tanpa sedar, menjadi terlalu intim dengan melankoli itu, lantas kekadang timbul intimasi dalam nafsu sanubari. Aku ingin bercumbu khalwat dengan melankoli seni. Biar ia tahu, aku sentiasa bersyahwat.

Melankoli seni yang lembut akhirnya terpaksa menyelamatkan diri. Dia ambil kayu sakti-nya, (mengikut sejarah-sejarah sastera, kayu sakti adalah penawar segala duka, pengubah derita durjana. Dalam bahasa lain, kayu sakti adalah seperti dragon ball dalam versi realiti). Lalu dihayun laju dengan mantera bersemi, memanah aku serakus-rakus amanah.

Aku, akhirnya.

Terperap dalam kotak. Kotak berbentuk hati. Setengah jiwa mungkin berbangga. Alahai comel indah manisnya kotak berbentuk hati ini. Tapi, jiwa itu mungkin tidak tahu. Kotak berbentuk hati yang bersimbolkan cinta itu sebenarnya kota berbentuk punggung wanita. Ya, itulah asal simbol cinta. Simbol punggung wanita.


Wednesday, August 17, 2011

Meena, heroine of Afghanistan. Founder of RAWA.

Setelah 2-3 minggu, akhirnya aku berjaya menghabiskan buku memoir mengenai seorang tokoh di Afghanistan. Iaitu Meena Keshwar Kamal. Beliau dianggap seperti heroin kepada Afghanistan. I don't really know why I read her story, but really, the story is worth to read. Walaupun sisi penulisan yang dibawa oleh Melody Ermachild Chavis (penulis buku) sedikit tidak menyenangkan memandangkan kehidupan tipikal harian dipenuhi dengan ketakutan, pelarian, pembunuhan, dan tembakan, I'd still have the urge to read. Why? Sebab kisar kehidupan Meena adalah demi memperjuangkan Islam yang sebenar. Bukan seperti Islam yang didakwa oleh Taliban dan Al-Qaeda.


And I'd bet, most of the youngster mungkin tak pernah kenal siapa Meena, tak pernah tahu apa itu RAWA. What they know, Afghanistan is a Islamic countries, so it is a good country. Bagi aku, Taliban dan Al-Qaeda sama seperti Amerika Syarikat. Ekstremis, dan menjadikan pembunuhan satu rutin tipikal harian. Sirius, living in Afghanistan is like living in a hell. Lebih-lebih jika anda seorang perempuan.

Okay, let's get to the main point.

Meena adalah seorang gadis biasa. Cuma, dia dilahirkan dalam keluarga sedikit berada. Ayahnya merupakan seorang Arkitek. Back to the old days in Afghanistan, if you're a woman, untuk hidup dan bersekolah adalah satu mimpi. Hanya ada beberapa kerat wanita sahaja yang beruntung. Itupun jika dari golongan yang mempunyai wang. Oleh kerana Meena adalah tergolong dalam golongan yang beruntung kerana dapat bersekolah, dia mempunyai kesedaran tetang pentingnya ilmu, tentang betapa mundurnya orang Afghanistan, salahnya doktrin pemahaman Islam yang dibawa oleh orang Afghanistan dan most important, adalah layanan yang biased terhadap perempuan.

Pembelajaran di sekolah Meena adalah bukan sekadar makan dan suap. Dengan dibantu oleh guru, mereka mengadakan pembincangan terhadap ayat-ayat Al-Quran. Mereka bukan takat melafaz terkumat kamit like most of us do, but they tried to intepret it in the best way. Yeah, you don't have to hold a degree in Islamic studies to intepret Quran.

Dari situ Meena mula ingin mengubah sistem Afghanistan. Undang-undang shariah yang digunapakai oleh Afghanistan ketika itu terlalu ekstremis. Dikaburi dengan pemahaman-pemahaman sempit. Sebab itu layanan terhadap wanita tidak adil. To them, wanita tidak layak buat kerja. Kehidupan wanita adalah di rumah. Dan suami dibenarkan memukul Isteri sesuka hati. To Meena, this is just not Islam. Not the real Islam.

Meena berasa wajib untuk dia memperjuangkan hak ini. Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa marah Meena adalah apabila orang Pashtun mengamalkan diskriminasi terhadap orang Hazara. Pashtun adalah bangsa majoriti di Afghanistan ketika itu. Hazara pula golongan minoriti yang dikatakan berketurunan daripada askar-askar mongol pada zaman Genghis Khan. Orang Pashtun melayan Hazara seperti harta peribadi sendiri. Kebanyakan orang Hazara menjadi hamba kepada orang Pashtun.

Setelah Meena perasan banyak ketidakadilan, dia bangkit berjuang. Setelah tamat sekolah dan berkahwin, Meena menubuhkan RAWA.

Apa itu RAWA? RAWA adalah satu pertubuhan aktivis yang ditubuhkan oleh wanita untuk wanita. Pada awalnya RAWA memperjuangkan hak asas wanita untuk belajar, hak-hak wanita, health care, dan juga kebebasan daripada kelaparan dan keganasan. Tapi selepas Afghanistan menghadapi ketidakstabilan politk dan sering dikuasai golongan agama yang ekstremis, RAWA terpaksa menambah perjuangan mereka untuk menuntut keamanan, kebebasan, demokrasi dan hak-hak wanita.

RAWA bagi aku adalah satu pertubuhan aktivis yang mampu mendokong fahaman moden, walaupun ditubuhkan di zaman agama Islam diinterpret dalam konteks yang begitu sempit. They prove that woman can think better than man.

Sisi kehidupan Meena kebanyakannya bertungkus lumus untuk  perjuangkan RAWA. Eventhough Meena was married, (married to FAIZ) they didn't lived together. Masing-masing mengikut haluan agenda masing-masing. Memperjuangkan idealogi masing-masing. But they still manage to had 3 kids.

Sadly, Meena akhirnya dibunuh pada tahun 1987. Walaupun Meena begitu teliti dalam memperjuangkan RAWA, (jaga keselamatan etc), she was assasinated by one of her most loyal supporters. Dua lelaki terlibat, dan salah satunya adalah Ahmad Sultan. Orang yang sentiasa mengikut Meena. (Tradisi Afganistan, perempuan perlu bawa lelaki ketika berjalan di luar). Dan ironinya, adik perempuan Meena berkahwin dengan Ahmad Sultan. But she's never knew that Ahmad Sultan is the one who killed her sister.


Walaupun bertahun telah berlalu, RAWA still existed till today. Cuba mempertahankan idealogi yang diperjuangkan sejah dahulu. Menentang keganasan di Afghanistan. Selepas Afghanistan dikuasai Taliban, keadaan menjadi lebih buruk. RAWA makin tersepit. Fahaman Taliban lebih ekstremis. Perempuan tidak lagi dibernarkan bersekolah dan bekerja.

And here's the best part of RAWA. Salah seorang ahli RAWA yang berani telah merakam insiden di mana Taliban membunuh seorang wanita di khalayak ramai. Wanita itu disabitkan dengan kesalahan membunuh suaminya, seorang kaki pukul.


 
Lupakan gangguan gambar, tunggu sampai babak akhir untuk lihat tembakan.


Apa yang terjadi di Afghanistan adalah berpunca daripada ekstremis. They all claimed that they bring the purest Islam, tapi hakikatnya mereka lupa pesanan dalam Al-Quran. Iaitu melarang umatnya daripada menjadi ekstremis, sebaliknya lebih kepada sederhana. Tahukah anda, even Taliban ni sibuk ajak berjihad kepada agama, hakikatnya Afghanistan menduduki tempat ketiga negara paling korup dalam dunia. Dipenuhi rasuah. Yet they claimed they bring the purest Islam? Oh, tuhan.

Keadaan di negara kita tidak begitu meruncing, tapi situasi hampir sama. Mempolitikkan Islam. Even azan dan bacaan Quran jadi isu. Question is, sejak bila Islam suruh paksa orang lain terima Islam? Menganggu orang beragama lain demi menunjukkan kesucian Islam bukanlah cara Islam. Jangan jadi ekstremis, please.

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Pendek 8

Bibir Farith kacip rapat. Mata pejam, tarik nikmat. Kepala seolah beralun merentasi neraca minda. Secangkir buih melekat disisi misai. Geliga, ligat mula menunjah derianya. Hati berteriak girang.  

Inilah rasa yang aku cari.

Diputar manja campuran tadi. Kali ini bertambah lagi satu gelas. Kepala beralun mengikuti rentak putaran. Sudah 2 tahun, sejak dia meninggalkan akademi barista. Selama dua tahun itulah, dikerah keringat, idea. Semata untuk cari rasa ini. Untuk cipta kopi sesedap ini.

Selesai semua, Farith letakkan gelas di dalam dulang. Keluar dari dapur, semerta menuju ke arah gadis di hujung kedai. Riak manis menanti dari tadi. Wajah manja pinta kopi.

"Nah, istimewa untuk Lynn." Farith sandar pada kerusi ditepi. Matanya galak memerhati. Rakus, debar. Menunggu reaksi Lynn.

Kalau wajah meruntun manja, menghiris senyuman di muka. Maka itu hari bahagia. Menu baru akan berambah di Cafe Hartamas itu. Melihat jiwa-jiwa yang tersenyum nikmat setelah menghirup kopi seni tangannya, itu satu kepuasan.

"Waah. This is great!" Senyuman Lynn mula menguntum.

Farith sengih, menahan girang yang berlagu dalam hati. Heh, buah hati sendiri dah puji.

#####

Tapi itu semua dulu, cerita lama. Buat seketika, Cafe Hartamas tak henti-henti terima pelanggan. Molek muda, tua, kaya semua singgah. Semata untuk kecap nikmat kopi seni tangan Farith.

Sekarang, Farith sekadar termenung. Menung basi seorang diri ditengah-tengah ruang kedai kosong. Muka berkerunyut. Entah mana silap.

Tiba-tiba Remy datang memasuki cafe. Nafas tercungap.

"Bos, saya dah tahu bos."

"Tahu apa?" 

"Sebab apa tak ada orang datang."

"Haa. Sebab apa?"

"Nah Bos tengoklah sendiri." Remy hulur handphone di tangan. Farith sambut. Facebook terparar.

Kopi di CAFE HARTAMAS telah disahkan haram oleh Jakim. Semua coffee drinks disahkan mengandungi E471 (Emulsifer r 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork). Sila sebarkan. Hubungi JAKIM 03-8886 400 untuk maklumat lanjut.

Farith hela nafas panjang. Cebik bibir. Tangan menggepal tahan amarah.

Melayu, melayu.

Saturday, August 13, 2011

Cerita Pendek 7

Ashraf sandar diri pada kerusi. Meja didepannya dipenuhi dengan pinggan kosong, tadinya penuh dengan santapan berbuka puasa. Nafas dihela panjang. Perut sudah segar dari kekembungan.  

Sekarang masa untuk kerja.  Tanpa malas, kudrat dipulas untuk berdiri.

Riak wajah Ashraf terselit sinis tawa. Fikirannya separa menerawang galak ke alam fantasi. Tersengih memikirkan habuan menanti. Dia melangkah laju ke belakang bangunan, bilik janitor dituju.

Pintu dikuak, perlahan-lahan dia melangkah masuk. Bilik itu kosong, sekadar terisi beberapa alatan janitor. Berhabuk, sekian lama tidak terjamah. Di penjuru bilik, sekujur tubuh gadis terikat rapi pada kerusi. Rintihan perlahan sekadar tersekat pada kerongkong. Kaki terkinja-kinja pinta dilepas.

Ashraf menghampiri dengan sengih mengada. Tangannya membuka plaster di mulut gadis itu.

"Lepas...lepaskan aku.." Kedengaran suara serak-serak manja, letih tak bermaya. Sudah hampir 15 jam gadis itu tidak menjamah makanan. Kali terakhir, sahur pagi tadi.

"Sabar sayang. Nanti lepas kita mesra, abang lepas ya." Baris jawapan Ashraf diserta dengan hila tawa. Bergema sorak suaranya.

Melihatkan rezeki sedia terhidang, Ashraf mula hela nafas kencang. Nafsu berkeroncong pinta dilempias. Sezarah dosa penyesalan sudah tidak dihirau. Padangannya jelas, tertacap pada liuk tubuh menggoda gadis itu. Dari benaknya, tubuh itu meruntum bersorak minta diperkosa.

Saat dia hampirkan bibirnya untuk cumbu manja, gadis itu bersuara.

"Kau..kau tak tahu hormat bulan puasa ke. Dasar jantan.." Tajam alunan ayat dalam nada yang lemah gemalai.

Ashraf henti. Tiba-tiba dia ketawa berdekah. Jiwanya meruntun ingin berbahas segala. Dia tahu, imannya memang sentiasa tunggang tunggit. Ramadan yang hadir kalau boleh ingin dia intim dengan ibadat. Tapi, tadi di pasar ramadan, tika sedang hangat dia bertelagah dengan nafsu makan, jiwanya secara tiba melaju.

"Kau pakai ketat-ketat, tonjol nikmat sedap waktu datang pasar ramadan. Sekarang kau tuduh aku tak tahu hormat bulan puasa?" Ashraf meninggi suara.

Bibir gadis itu tiba-tiba terkacip. Fikiran hingar, hati yang ingin pinta meraih simpati mula gundah gulana. Alahai hukuman tuhan.



Friday, August 12, 2011

Wordcomplex Friday

Pada awalnya aku fikir biarlah aku diam dan membisu. Biarkan isu ini akhirnya perlahan-lahan dilupakan dan tenggelam dalam arus kepesatan kronologi internet. Aku percaya, warga kita intelektual. Warga melayu kita bijaksana. Tapi, one thing menganggu aku. What if- benda ni menjadi cycle. Kehidupan kita memang seringkali berulang, dan isu ini juga mungkin berulang.

Melayu kita terlalu mudah percaya, melayu kita terlalu mudah taksub, melayu kita terlalu mudah menetapkan hukum. Aku serba salah dari mana aku hendak mula susun kata dan baris ayat untuk bercerita. Untuk aku pusing ke 10 tahun yang lepas di mana isu ini mula menular adalah kelakar.

Okey- aku tahu ramai yang sudah terpinga. Aku bercakap soal emel berantai-teori konspirasi-berita palsu and whatsoever yang palsu yang femes di facebook dan twitter - tak lupa blog.

Mungkin kebetulan atau tidak, dalam bulan ramadan ni saja sudah beberapa kali benda ni terjadi. I wonder, apa perkiraan tuhan terhadap perkara ini. Orang kita asyik menyebar dakyah-dakyah palsu yang mana mereka dibutakan dengan kebaikan. Kiraan aku senang, mereka menyebar fitnah. Jadi, dosanya seperti yang termaktublah. Tapi mungkin tak tepat, sebab mereka tak sedar itu palsu. Mereka tak sedar bahawa mereka ditipu. But, salah mereka jugak. Mereka tak selidik, mereka tak kaji. Apa mereka tahu, sebar-sebar-dan sebar. Sebab bagi mereka, this is a serious thing. Islam dalam bahaya. Islam sedang dihancurkan lawan. Apapun, tanyalah ulama/ustaz/orang-yang-pakai-kopiah.

Isu terbaru blogpot, sebelum tu syiling emas, lama sikit starbuck, lama lagi cadbury, lama lagi gegaran dari kerak bumi, lama lagi rangka tulang manusia. etc. Oh, tak lupa isu iluminati dan freemason. Isu kegemaran melayu.

Ya, aku tahu freemason tu betul. Iluminati tu ada. Kau baca perihal Adam Wishaupt. Kau baca Goldman Sachs. Kau tengok the arrival. Kau kaji serba serbi tentang teori konspirasi. In the end, the only thing yang kau jumpa adalah Islam sedang ditindas. Muslim dalam bahaya. Dajal hendak keluar. Pope menguasai dunia. Lalu kau takut, kau bacul. Jadi, kau tulis emel berantai/status berantai. Supaya ramai orang sedar, supaya lebih ramai orang takut, supaya lebih ramai muslim tahu, Islam sedang dihancurkan. Semua ini angkara pope/kristian/kafir laknat.

Soalan aku, di celah mana benda-benda tu boleh tolong majukan Islam. Supaya lebih ramai orang Islam waspada? Heh, kelakar. Waspada setakat mana pun, tak ada benda boleh buat. Dan ini memberi kau satu semangat baru, untuk mendapat sokongan muslim-muslim yang lain- iaitu dengan menunding jari kepada musuh Islam.

Sama ada ini satu habit umat islam sekarang, atau melayu - entah. Suka tunding jari. Bagi mereka, semua orang salah kecuali diri sendiri. Mereka ditindas. Semua orang salah kecuali orang Islam.

Benda ni sama seperti yang berlaku di Selangor- orang kita murtad. Lalu, benda pertama yang kita buat adalah cari individu yang bersalah. Cari anak haram mana yang berani murtadkan orang Islam. Itu prosedur pertama orang kita : cari salah orang. Perihal kenapa muslim tu nak murtad, kenapa muslim tu tergerak hati menyertai musuh, kita tak soal. Kita tak nak tahu. Islam itu betul, jadi kita pun betul. Maka secara matematiknya, mereka yang bukan Islam lah yang salah. Sama seperti yang diaplikasi oleh emel berantai : mereka salahkan orang dahulu.

Islam itu betul. Ya, benar. Tapi bila kita lihat di dunia, Islamlah yang paling mundur. Kenapa? Sekali lagi, kita salahkan Amerika Syarikat, kita salahkan orang kafir yang terlibat. Kita tak nak mengaku, salah kita. Islam itu satu, tapi cabangnya ada banyak. Wahabi, Sunnah dan Syiah. Sunnah terbahagi kepada 4. Hanbali, Hanafi, Syafie, Maliki. Syiah pula terbahagi kepada 3.

Ada dua persamaan disebalik setiap cabang yang terpisah ini. Satu- mereka beragama Islam. Dua - setiap mazhab merasakan dialah yang paling benar. Sebab itu ada orang kata haram ikut imam lain dalam ahli Sunnah. facepalm. Inilah sebabnya Islam mundur. Bayangkan, di persidangan pertubuhan Islam, ketua-ketua dari negara Islam berjumpa dan bersalam. Masing-masing senyum- tak kira mazhab apa. Tapi hakikatnya di negara sendiri, sesiapa yang tidak sealiran dengan haluan yang ditetapkan, akan dipenjarakan.

Berbalik kepada isu emel palsu - kenapa orang kita terlalu taksub? Jawapannya adalah sebab kita suka menyalahkan orang. Kita berpegang pada prinsip Islam betul, jadi kita betul. Dan kita adalah orang yang teraniaya.

Tapi sama ada kita sedar atau tak, orang yang lebih teraniaya adalah orang yang disalahkan dalam emel berantai. Makanan yang halal dituduh haram. Benda yang baik diajak boikot - semua dikaburkan dengan alasan Islam. Sudahlah, satu benda yang dicapai dengan emel berantai adalah Islam makin mundur.

Wait a minute. Mungkin ada yang tanya aku - kenapa aku sibuk bercakap soal Islam sedangkan topik aku pada awalnya adalah emel berantai? Jawapannya : 90% emel berantai yang aku terima akan dikaiktkan dengan Islam. Tak ada pula setakat ni aku dengar atau terbaca emel berantai Kristian ditindas. Kristian mangsa keadaan. Ironi kan?





Saturday, August 6, 2011

Narcicis minda

Masuk hari ni sudah 5 hari ramadhan berlalu. Sekejap, tapi jika diimbau ke belakang, banyak perkara sudah berlalu dan berevolusi. Cuti semester selama 4 bulan sudah hampir tamat. Bila aku imbau, aku dapati 2 bulan sebelum ini sudah aku cicirkan dengan banyak perkara yang aku rasa aku belum buat. Biasalah, manusia mana pernah puas.

Ada pengalaman yang aku suka, ada benda yang aku tak suka. Tapi tak mengapalah, seperti mana benda-benda yang dah lepas, aku biarkan. Aku masih muda, masih banyak masa untuk pergi sana, pergi sini uruskan segala perihal yang hati aku ingin. Walaupun aku sendiri tak tahu sebenarnya seberapa banyak masa yang anda.

If there is one thing yang aku sangat puas hati, adalah kerana aku sempat siapkan novel/copen/kisah separa panjang/ you-name-it- yang pertama. Banyak cacat cela sebenarnya. Plot tak kemas, ayat tak cukup smart, kualiti saspen kurang etc. Aku sedia terima komen dari pembaca di mana kelemahan, supaya aku boleh baiki. Tapi susah, susah aku nak tahu dekat mana yang tak menjadi, sebab rata-rata yang baca adalah orang yang minat hendak baca. Dengan semangat kendiri untuk baca. Jadi mungkin mereka sekadar simpan segala komen sendiri. Atau mungkin juga mereka tak ingin lemahkan semangat orang baru macam aku. Terima kasih je yang aku mampu tuturkan.

Pada awalnya aku mula tulis pemimpi mati tanpa sebarang satu rancangan untuk menjadikannya sebuah novel. Aku sekadar mencurahkan puluhan orgasma ayat yang bermain dalam kepala aku. Aku simpul, aku cantum dan kuntum. Tapi selepas makin lama, otak aku makin bercambah. Banyak pula yang ingin aku karangkan. Ketika itulah aku fikir, why not? I have a whole 3 months nothing to do. Sekadar kerja-kerja cincai yang langsung tak menganggu. Dengan semangat, aku pun mula cipta satu plot dan mengarang. Dan oh, plot pemimpi mati tidaklah begitu kemas rasanya. Sebab segalanya sekadar tercatat rapi dalam kepala aku. Aku rancang di dalam benak sendiri. Sampailah satu masa aku rasa aku perlu corengkan plot ini di atas kertas supaya aku nampak, supaya aku tahu bila masa aku rancang sesuatu keadaan. Tapi itupun sekadar corengan-corengan ayam. Jadi aku perlu admit, aku failed bab merancang. I need to work on that, I guess.

Dan akhirnya seperti yang dirancang, dan selepas hempas-pulas mencari idea sana sini, tersiaplah pemimpi mati. Aku lega. Tapi saat itu timbul satu perasaan baru. What if-, what if tak ada orang pun nak baca cerita ni. Ini memang perasaan yang sangat tak menyenangkan. Time tu aku sekadar fikir, well. Persialkan kalau tak ada orang nak baca. I put all my effort into this. Aku puas hati. Itu aja yang penting. Puas hati.

Mujurlah, selepas seminggu dua, ada juga orang yang sudi membaca. Setakat ini saja, blog pemimpimati sudah mencapai 660 pageview. Tak banyak untuk orang lain, tapi cukup banyak untuk aku. Biarlah tak semua orang yang masuk itu baca sampai habis, tapi sudah cukup bagi aku bila sebanyak 660 kali klik sudah berlaku dalam masa 10 hari sekadar untuk masuk dan menikmati apa yang terhidang dalam blog pemimpimati. Ya, sudah cukup untuk orang baru yang pacar seperti aku.

Enough untuk pemimpimati. Aku sedar satu perkara, benda yang paling banyak aku habiskan masa untuk cuti kali ini adalah membaca. Biarlah, biarlah aku dipaksa hidup dalam satu komuniti yang merasakan membaca itu hanya untuk skema/nerd/ tak cool, juga terpaksa hidup dalam sebuah negeri tanpa kedai buku, aku akan tetap membaca.

Mungkin tak ramai yang ingat, surah pertama diturunkan adalah Iqra. Dan kita tak perlu menjadi seorang ahli agama sekadar untuk mengetahui kenapa tuuhan turunkan surah Iqra untuk pertama kali. Jadi aku harap, nafsu menulis dan membaca tak lari dari jiwa aku.

Thursday, August 4, 2011

Ustaz Wan Abe.

Masuk aje bulan Ramadan ramai orang mula bercakap soal agama. Di facebook, penuh dengan wannabe ustaz menjadikan hadis ataupun fatwa sebagai status. Tak kurang juga jenis yang mempersoalkan kenapa berpuasa tetapi free-hair. Semacam satu tradisi di facebook.

Tapi sama ada sedar atau tak, bagi aku golongan-golongan macam ni lah yang sebenarnya melemahkan agama sendiri. Menunjukkan kebebalan sendiri.



Pagi tadi ada satu status yang dah berkali aku baca. Starbuck disahkan haram, dan starbuck adalah penyokong dana yahudi. Jadi boikot. Ini idealogi golongan wannabe ustaz rsaanya . Ini jenis  tak reti nak membezakan yang betul dan benar - hak dan batil - dalam bahasa ustaznya. Sekarang ni, bukan status facebook yang boleh dijadikan sandaran sama ada sesebuah kedai/agensi/menu/minuman itu haram atau halal. Tetapi jakim. Dan dengan sekadar meletakkan nombor telefon jakim, tapi tukang penyebar status itu sendiri pun tak pernah telefon jakim sebenarnya, buat hape? Ini namanya menyebarkan fitnah. Nampakkah anda wahai wannabe ustaz? Nak tahu halal atau tak, buka google, taip jakim, masuk laman web jakim, pergi ke direktori halal dan search la sendiri. Percaya atau tak, hampir kesemua benda yang dikatakan haram di facebook dengan sumber jakim padahal adalah halal dalam laman web jakim sendiri. Tak caya?

Search sendiri : Direktori halal jakim

Dan untuk pengetahuan, starbucks adalah sebuah fast-food. Ini bermakna sesiapa yang ada modal, dan berminat boleh membuka sendiri cawangan fast food. Makanya, ada pekerjanya melayu, ada pemilik francaisnya melayu. Sumber kewangan dan hidup dieorang adalah bergantung kepada kedai ni. Jadi, dengan boikot sebenarnya kau sendiri memboikot sumber rezeki orang melayu dan islam. Faham? Jangan bagi aku soalan macam : tapi Starbuck tetap penyokong Yahudi, dan diasaskan oleh orang Yahudi. Ini benda yang paling bangang sebenarnya.

Tengok laptop yang kau guna. Kalau guna intel, pergi mamposlah kau dengan ideologi penyokong yahudi. Intel sendiri barangan israel. Facebook? Mark Zuckerberg seorang yahudi. The point is, kita orang Islam terlalu lemah untuk mereka barangan sendiri, tetapi kita ajak orang Islam untuk memboikot semua itu. Hasilnya? Islam yang makin mundur dan mundur. Orang Islam yang jadi pengebom berani mati di Amerika Syarikat tu sendiri sebenarnya orang yang jenis tak bersyukur. Sibuk ajak orang boikot sana, boikot sini, ajak bom sana, bom sini. Padahal makan minum dia daripada sumber yang diberikan oleh kerajaan Amerika. Sumber air disediakan oleh Amerika. Pakaian dibuat oleh orang Amerika. And yet kau nak ajak orang bom amerika atas dasar nama Islam? WTF.

Satu lagi masalah dengan wannabe ustaz adalah jenis yang mengkritik golongan jahil secara membuta tuli. Tahukah anda jika kau paksa  anak buat benda yang dia tak suka, kebarangkalian lebih besar adalah anak itu sendiri akan menjadi rebel-dan makin rebel. Salah seorang tokoh terkenal yang dilahirkan hasil daripada rebel adalah Adolf Hitler. Dia menyertai kem askar semata untuk menunjukkan yang dia rebel dengan ayahnya yang ketika itu mengabdikan diri kepada Austria-German.OK, that's not the point. Motifnya adalah, kau tak boleh nak paksa seseorang untuk mengikut arus agama dengan kritikan dan paksaan. Hidayah datang sendiri dari Tuhan. Bukan dengan  paksaan. Tersalah cara boleh mengakibatkan orang-orang jahil diluar akan terus memilih untuk jahil - Why should they join group yang suka mengkritik orang?. Padahal Ustaz kat luar sana sendiri tak pernah nak mengutuk orang yang jahil.

Daripada sibuk hendak mengutuk orang kafir, boikot sana, boikot sini, baik belajar sains dan matematik dahulu diam-diam. Cipta barang sendiri, produk sendiri. Jangan sekadar meniru hasil orang kafir. Islam tak akan berkembang dengan boikot, pahala tak lebih dengan boikot. Dan daripada sibuk mengutuk orang, belajarlah sampai habis dahulu. Kalau akalnya sekadar sedangkal, jangan dicuba berlagak pandai. Walaupun niat kononnya putih berseri untuk mengajak kebaikan, tapi ada caranya. Bukan sekadar dengan mengkritik membuta-tuli. Ada Nabi pernah mengkritik orang yang tak nak masuk Islam. Ada? Ada? Dan kalau kita rasa kita baik, tak jahil, buat benda betul, tak perlulah nak tulis status yang menunjukkan kita alim dekat facebook. Sebenarnya dengan cara tu, dalam hati kau dah ada sedikit riak. Jadi, apa hasilnya?

Be smart people.

Monday, August 1, 2011

Puasa: Kelaparan.

Esok hari pertama puasa untuk tahun ni.

Sebagai entri pertama di bulan ramadan, dan daripada mengelakkan satu entri khas semata untuk mengucapkan selamat berpuasa, adalah lebih afdhal kiranya kita menerjah jauh sikit ke dasar intipati untuk apa puasa itu sebenarnya? Aku yakin, ucapan -" puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan.",dah beratus kali berdesing di cuping telinga. Soalnya, pernah kita ambil kisah ke tidak?



Ni salah satu sebab kenapa kena puasa: iaitu Starvation. Orang barat-kafir laknat-yahudi-makan babi- yang tak pernah puasa tu tak henti-henti buat kempen untuk menangani masalah kebuluran. Masalah kebuluran ni sudah menjadi salah satu masalah global yang kritikal di dunia ketika ini. And this is what fasting is all about, supaya kita rasa apa ertinya hidup dalam kebuluran, untuk rasa bagaimana menjadi orang yang tak berkemampuan membeli walau secebis makanan. Irony, kita yang diwajibkan berpuasa sebulan dalam tempoh setahun- dapat feel sedikit macamana perasaan orang yang kelaparan - tak sedetik pun nak terfikir dan buat something untuk bantu orang yang berkenaan.

Golongan kaya sekadar sibuk mencari ruang alternatif untuk lebih kaya. Di Malaysia, di mana tempat maju, disitulah golongan kaya akan cuba untuk masuk dan buka empayar. Senang, lebih kaya. Walhal di negara barat, Amerika khususnya, golongan kaya raya akan sibuk berlumba mencari tempat yang masih mundur untuk dibangunkan. Berlumba untuk menjadi syarikat/individu yang memberi keperluan kepada orang yang memerlukan. Secara langsung = profit.

OK - back to the topic.

Melalui kajian - there is enough food to feed everyone in this world. Ini adalah fakta yang serius. Cuma hakikat yang menyedihkan adalah tak semua orang di dunia ini mempunyai kuasa membeli. Tak semua orang mempunyai wang, harta, mahupun apa saja untuk ditukarganti dengan makanan. Jadi apa yang tinggal untuk mereka makan? Kalau golongan tua tak apalah, bagaimana dengan bayi? Mereka seolah sekadar lahir untuk kemudiannya mati disebabkan oleh kebuluran yang padahalnya cukup rezeki disediakan untuk semua orang. Oleh sebab itu setakat ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan menghantar bantuan ke negera-negara yang memerlukan: afrika, bosnia etc. Dana cuba dikumpulkan sana sini. Ratio sebenarnya sekadar RM1/ 1 Dollar per person untuk memenuhi keperluan 1 billion orang yang kelaparan.

Persoalannya, selama mana benda ini boleh diselesaikan?

Menghantar bantuan makanan sememangnya sebuah jalan alternatif yang bagus. Tapi untuk satu tempoh jangka masa yang panjang, benda ini secara perlahan-lahan mengikis sistem ekonomi negara yang diberikan bantuan. Simple: bila ada orang di negara berkenaan yang mempunyai sumber makanan untuk dijual, tapi pada masa yang sama banyak sumber bekalan bantuan makanan yang sampai - let's say cukup untuk separuh daripada population , siapa lagi yang tinggal nak beli makanan yang dijual? Benda inilah yang buat para orang kaya raya yang pening kepala. Ekonomi secara perlahan-lahan menjadi mangsa.Please don't give bullshit like, persialkan ekonomi.

Jadi, daripada kita sekadar sibuk melafaz terkumat kamit selamat berpuasa, baiklah kita cuba sedar kenapa Islam wajibkan kita berpuasa. Sedang kita kabur dengan selera berbuka yang akhirnya terdampar di tong sampah, ada lebih 1 billion manusia yang tak punyai kuasa membeli, yang langsung tidak mampu untuk menikmati makanan yang dibuang itu.



Sedikit fakta - 35 thousand children die each day from hunger and hunger-related illnesses. These 13 million annual deaths can end if society intitiates already known solutions to the issue of ending hunger.

Friday, July 29, 2011

Terengganu, negeri kelahiran Awang Goneng.

Sebagai seorang anak Terengganu jati, aku merasakan adalah satu dosa untuk tidak menyuarakan sebarang pendapat tentang permasalahan di Terengganu. Menghadirkan kembali diri ke sini dalam masa lebih kurang 3 bulan disebabkan cuti semester yang panjang, aku dapat rasakan satu perasaan yang sungguh mencelakakan minda.



Things are going so annoying. Aku seolah hidup dalam satu dimensi dan keadaan yang serba tak kena. Bukan aku nak berbangga dengan dunia luar yang aku diami sekejap, bukan aku lupa daratan- kalau lupa aku tak buat entri ni, bukan nak kutuk serba, tapi. Tapi things are so wrong here.

Terengganu sebenarnya merupakan satu negeri yang dimurahkan rezeki. Di sini sumber petroleum negara didapati. Ini adalah satu sumber yang sangat berharga, mahal dan secara hukum akalnya boleh menyebabkan negeri Terengganu akan kaya raya. Tapi realiti menunjukkan sebaliknya.

Untuk pengetahuan, tak ada shopping complex pun di Kuala Terengganu. Satu-satunya shopping complex terletak di kerteh iaitu mesra mall. Mesra Mall ni hak milik petronas, jadi tak perlulah nak soal kenapa tak letak di Kuala Terengganu dan sebagainya. Ironinya, ada sebuah bangunan yang sepatutnya telah beroperasi sebagai shopping complex sejak bertahun dulunya. Mula dibina mungkin sekitar 1998, kemudian tergendala angkara peralihan kuasa politik, kemudian kembali dibina, then selepas siap kembali terbengkalai mungkin untuk selamanya. Ada 2 kedai sahaja yang beroperasi iaitu di tingkat bawah, letaknya McDonalds & Maxis.

Tak ada siapa yang dapat beritahu aku jawapan yang lengkap kenapa bangunan ini dibiarkan terbengkalai. Kalau tidak menepati syarat keselematan, kenapa ada kedai dibenarkan buka? Dan kalau betul sekalipun, kenapa tak ada kerja pembaikian? Kalau teruk sangat, kenapa tak robohkan je? Membiarkan satu bangunan yang siap bercat tapi terbengkalai di tengah-tengah bandar adalah satu perkara yang sangat merugikan.

Jadi dengan ketiadaan shopping complex, di mana tempat penduduk K.Terengganu membeli belah? Jawapannya adalah Giant dan Mydin Mall. Mydin Mall ni aku syak dan dengar cerita dapat untung dalam berjuta-juta di sini. Tapi Mydin ni sebenarnya pengeluar barang yang kurang berkualiti. Giant yang kelihatan barangnya lebih berkualiti tidaklah begitu mendapat sambutan berbanding Mydin.

Kepada penggemar makanan, Terengganu boleh menjadi sebuah destinasi syurga. Makanan seoalah penjana ekonomi pertama di Terengganu. Pergi ke mana-mana, penuh dengan restoran dan gerai makanan. Tapi, kebanyakan kedai sekadar cukup makan. Asal boleh dapat untung namanya. Hanya ada beberapa kedai yang aku respek seperti NR-Cafe, The 2 Cafe, Ananas, Tropix, dan 2 3 kedai lain lagi. Kebanyakan kedai di sini langsung tak ada konsep.

Perkara yang paling buat aku terklilan adalah kedai buku. Buku memainkan peranan bagi aku, bukan takat sebagai satu hobi klise, nerdy dan geek, tapi buku adalah satu senjata penting dalam pembangunan umat manusia. Buku penting dalam meningkatkan tahap pemikiran, gaya hidup, daya saing, kreativiti dan sebagainya. Tapi sekali lagi menyedihkan aku, hanya ada satu kedai buku yang itupun bukanlah 100% menjual buku. Buku yang dijual pun tidak banyak. Hanya ada Popular yang letaknya pun di mesra mall,kerteh. Ini bagi aku adalah satu kedaifan yang amat sangat.

Ini semua disebabkan mentaliti minda penduduk disini sebenarnya. Daripada susah payah hendak belajar itu belajar ini untuk buka sebuah kedai yang lain dari yang lain, baik mereka sekadar buka kedai makan. Senang. Semua orang tahu memasak, ramai orang tahu cabang yang mana hendak masuk untuk buka kedai makan, semua orang makan. Jadi tunggu apa lagi? Kedai buku? Mana nak dapat buku? Ada ke orang nak baca buku? Berapa modal nak buka kedai buku? Semua ni tak ramai yang tahu nak menjawabnya. Ada pun yang tahu hanyalah cina. Melayu kat sini bila sebut aje cina, mula nak melatah. Tak ngam. Makan babi katanya. Daripada duk fikir ada ke tak market kedai buku kat sini, cuba tengok cina yang buka kedai buku tu. Jangan tengok kereta, tengok rumah. Cina memang tak main show off kereta besar macam melayu kebanyakan tu.

Fast food? Hmph. Setakat McD, Keepsi dengan Pizza tu bersepahlah. Tapi yang ni boleh terima akal lagi la sebab rata-rata melayu memang tak ada modal nak buka fast food. Buka kedai warung sikit pun dah sibuk jumpa bomoh mintak pelaris, minta hantar saka bagai. Cemana nak majunya?Itu belum masuk kedai lain-lain lagi. Kedai cenderahati ada berapa je. Butik. Heh, cuba cakap butik apa aje yang ada dekat bandar Kuala Terengganu ni? Daif tengok tahu tak. Tahulah baju batik tu nampak melayu, tapi baju tu ke korang nak pakai tiap-tiap hari?

Kedai hobi memang mungkin tak pernah ada dekat sini. Sama ada tak ada orang yang tahu macamana nak buka kedai hobi, atau memang orang Terengganu tak suka hobi-hobi ni. Aku pun tak faham.

Mentaliti rakyat masih lemah, suka buat benda yang tak payah nak susah-susah sangat. Budak-budak remaja pun bukan main hancur aku tengok. Banding negeri lain, aku rasa negeri ni la paling ramai melahirkan mat rempit. Tiap-tiap petang cuti umum, cuti hujung minggu penuhlah satu bandar dengan mat rempit. Lebih-lebih area pantai. Polis kadang-kadang kena bodoh aje di mat rempit. Paling dramatik pun bawak kayu, naik moto kejar rempit. Apekejadahnye? Mat rempit beribu-ribu, polis naik moto setakat 5-10 orang. Kalau betul ikhlas, bawak la lori sekali kasi angkut motor suma.

Kerajaan bawah pimpinan Ahmad Said ni aku tengok tak adalah bebal sangat. Banyak kemajuan dia buat. Tapi dia tak cuba bawa rakyat mencuba satu benda lain, sekadar memperbetul apa yang rakyat salah buat. Contoh, masalah mat rempit. Dia tak bagi alternatif atau tunjuk benda lain untuk mat rempit buat, tapi dia sediakan medan untuk berlumba secara sah. Benda-benda macam ni dah lama sebenarnya buat, tapi hasilnya bukan makin kurang orang merempit, malah makin ramai yang merempit membabi buta kat jalan raya. Nak salahkan siapa? Tak boleh juga salahkan mat rempit, rata-rata puak rempit ni dari ceruk hulu. Kat sana tak ada apa. Kedai karaoke pun tak ada, wayang toksoh cakap. Bola pulak tak semua ada bakat.

Sebab itulah ada seorang rempit yang ketika ditemubual oleh 360 dengan lantang bersuara:

"Kami tak ada apa lagi yang henda dibuat pada hujung minggu. Tak ada wayang, tak ada shopping complex, tak ada pertandingan bola, yang ada cuma moto. Apa kami nak buat lagi? Rempit ajelah."

Mungkin benda ni normal bagi orang lain, dan biarlah dia. Tapi bagi aku, selagi tak ada individu yang main peranan dalam hal ni, selagi itulah negeri Terengganu ni akan terus jadi kerdil dan hanya kaya dengan adat dan budaya yang padahal makin luntur aku rasa.

Wednesday, July 27, 2011

Pemimpi Mati

Alhamdulillah, akhirnya cotengan separa panjang saya telah siap. Walaupun mungkin tidak begitu seberapa, tapi kepuasan menyiapkan sebuah kisah pendek adalah begitu mengujakan.

http://pemimpimati.blogspot.com/

Blog khas untuk kisah pendek pertama saya.

PEMIMPI MATI.

Entah kenapa, saya terpilih tema cinta yang pada hakikatnya begitu asing sebenarnya. Tapi tak mengapalah, tema cinta ni rasanya hip juga.

Harapnya ada yang sudi membaca yek.

Saturday, July 16, 2011

PHD

.

Badan Tomi kejap. Berderau darahnya. Ingin saja dikuatkan semangat dan pinta bayaran. Benda lain dia tak berniat masuk campur. Pizza dah terhidang di atas meja. Bayaran RM 25.50 cik. Eh, puan rasanya.

"Are you mad?" Tengking lelaki berbadan tegap. Dari muka, riaknya bengis. Kalau tak polis, mesti askar. Atau pun mungkin juga ahli perniagaan. Masakan polis dan askar boleh pakai Audi? Desis Tomi. Ahli perniagaan juga perlu bermuka bengis. Baru pekerja tak naik kepala. Tomi masih tak bergerak. Dari tadi pinggannya dipeluk perempuan muda disebelahnya. Berdasarkan resit, Elly namanya.

Kepala Tomi runsing. Celaka, kalau tak bayar pasti gaji kena potong. Tapi, lelaki di hadapannya masih tegap. Takut juga. Sekali penumbuk, tak terbangun aku nanti. Alahai, kerja macam ni pun ada risiko rupanya.

"No. He is my new boyfriend. You can go Remy!" Jerkah Elly seraya menguatkan pelukannya. Nafas Tomi kencang. Lepaskan aku, Rumah 2205 masih menunggu aku. Tapi dia pendam. Namun kata-kata itu sekadar tersekat di kerongkong.

"No he's not. He's pizza guy, Ingat I tak tahu?" Balas Remy. Kerongkongnya kering. Ubunnya mula gatal.

Tomi sudah tak tahan. Nanti gaji kena potong, masak. Aku perlu duit.

"I'm with her right now. I love her. Now, boleh tuan pergi? Jangan kacau Elly lagi?" Matanya tenung ke dalam mata Elly. Lepaskan aku lepas ni.

Remy renung tajam. Kalau boleh dia ingin hadiah penumbuk. Tapi biarlah. "Fine!" Seraya itu dia capai kunci keretanya. Bam! Pintu ditutup kuat.

Tomi tersedar dari lamunan. Nafas ditarik. Dia masih berbaring malas. Di tepinya, Elly masih lena tidur. Senyum. Hai, siapa sangka. Jadi penghantar pizza pun boleh cari jodoh bini?

....

Saturday, July 2, 2011

REVIEW : PECAH

Setakat ni, dua tiga perkara dah aku selesaikan. Kerja, hampir setel. Biasiswa, pun hampir. A better life? Coming soon.

The only thing that i learned from my holiday was, kalau tak boleh hadapi masalah, tak apa. Lari je. Itu pandangan aku yang cukup konkrit sekarang ni. Lebih kepada realist, daripada idealist. Well, hidup bukan drama, cerpen mahupun komik dan manga. Kadang-kadang kita perlu give up, kadang-kadang kita perlu kalah. Kalah is kalah. No matter for what reasons.

*********

Sejak dua menjak ni, buku menjadi sumber hiburan aku. Meskipun dengan ekonomi yang cikai, aku masih dapat beli beberapa buku. Well, aku tak kisah belanja terhadap buku. Aku boleh terogasm ketika membaca.

Fokus aku sekarang ni terhadap fiksi. Lupakan seketika buku politik dan agama. Mari berorgasm dengan sedikit fiksyen. Dan untuk fiksyen sekarang ini, dah tentulah buku FIXI. Baru pulp dan urban. Kata oranglah.

Buku pertama aku baca adalah PECAH. Well, this is the best book i've ever read. Serius. Ianya ibarat membaca buku Aliya Elyana karya Vovin dahulu kala. Tanpa sebarang ayat-ayat romantik karat, geli-gelian, skema, hatta nerd sekalipun.

Gaya bahasa, agak tinggi. Mungkin tidak sesuai untuk mereka yang dahagakan bahan bacaan sempoi. PECAH membawa pembaca menjadi pemikir. Seolah sedang berfikir di atas papan chess. What happen after this. What should we do? Plot-plot yang disusun dengan teratur sekali bakal membuatkan pembaca sentiasa saspen.

Pada setiap penghujung bab pula sama seperti pengakhiran setiap episod drama korea. Terasa bersalah kalau berhenti membaca. Hati terkinjal-kinjal mahu tahu apa cerita. Apa kes. Apa jadi. Apa kaitan? Dan buat seketika mungkin pembaca akan bersuara, WTF?!

Ending? Mungkin tak seperti yang aku harapkan. Tapi untuk menghubungkan setiap watak di dalam novel dengan permulaan latar yang berlainan, mengkaitkan dengan setiap plot, motif dan sosial adalah sesuatu yang tak tercapai akal aku.

Sirius, kalau mahu berjinak dengan dunia novel, tapi takut termuntah akibat karatan-karatan ayat, bacalah buku ini. Guarantee, kepala akan ligat.

Thursday, June 23, 2011

Def Leppard - Day after day

.
Cuti lama-lama ni sebenarnya hanya memberikan lebih banyak masa kepada gua untuk membazirkan masa. Kadang-kadang terfikir juga, berdosakah gua. Almaklumah, melakukan perkara yang sia-sia itu amalan syaitan. Ustaz cikgu sekolah gua kata. Lepak pun haram hukumnya. Gua ni dengar aje, Yang sedap gua ikut, yang tak sedap, insyaAllah nanti gua try ikut.

Gua bukan malas cari kerja, juga bukan sebab gua malas kerja, tapi begitulah. Kenapa gua nak berpeluh-peluh sedangkan gua boleh aje duduk goyang kaki sambil makan nasi bersenduk-senduk? Gua bukan memilih kerja, tapi entah kerja apa lah yang ada dekat negeri Terengganu yang tercinta ni. Usha sana, usha sini, semua kerja yang gua elergik. Apply sana, apply sini, semua kena rejek. Terfikir juga gua, tak laku sangatkah spm gua ni. Ni baru gua mintak kerja tahap kuli-kuli, belum try mintak kerja lepas dapat degree nanti. Itu pun kalau ditakdirkan gua sempat graduate lah.

Pun begitu, gua sentiasa mencuba untuk mengisi hari-hari gua dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Misalnya, pukul 10 pagi ke atas, gua dah standy dekat kantin sekolah. Gua menjadi penjual kantin. Gua cuba sedaya upaya dengan menerapkan segala apa yang gua belajar sebelum ini dengan menjual keropok, sosej dan kentang kepada budak-budak sekolah. Ekstrem punya kerja ni. Siapa cakap ni kerja biasa-biasa saja tu memang nak makan pelempang namanya. Perlu skill, ketabahan hati dan jari-jemari yang kental pada minyak panas. Bangla pun tak mampu lu tahu?

Selesai kerja kantin, gua akan balik rumah dan melayan mimpi indah sekerat dua. Scene tidur petang ni memang dah lama gua idamkan. Tapi dulu masa belajar tak sempat nak amal. Ni dah cuti, masyaallah. Nikmat susah nak terangkan dengan kata-kata. Kadang-kadang lepas bangun boleh khayal lagi, duduk seminit dua lepas basuh muka baru sedar ke alam nyata. Lepas bangun tidur, macam biasa, gua makan.

Baki malam gua tak dihabiskan begitu saja. Gua akan melepak ke mana-mana gua suka. Gua melepak bukan setakat lepak. Gua pergi tempat-tempat yang ada view cantik-cantik. Sambil lepak, boleh menghayati ciptaan Tuhan. Gua harap dengan menghargai ciptaan tuhan tu, dapatlah cover balik dosa gua melepak. Harap-haraplah.

Dan kehidupan gua diteruskan lagi dengan kitaran hidup yang lebih kurang serupa.

Indah kan hidup gua?

Wednesday, June 22, 2011

Nikotin dunia.

.

Saat cahaya matahari mula menerjah masuk ke dalam bilik, aku terjaga dari tidur. Aku lihat jam yang terletak disebelah katil, 9.00 pagi. Aku menghela nafas. Ah, cuti. Satu momen hidup yang sangat bererti. Biarlah aku berehat dan khayal di katil ini seketika lagi. Aku tarik gebar, aku terperanjat. Sekujur badan masih berbaring. Masih dibawa-bawa ke dunia mimpi yang penuh dengan gangguan illusi. Perempuan. Bogel.

Aku mula teringat. Fiona. Fiona tak pulang semalam. Celaka. Pukul 9.00 begini, mungkinkah dia boleh keluar dengan selamat? Tanpa curiga, tanpa mata, tanpa syak wasangka?

"Dear, wake up. It's 9.00 already." Aku cuba membawa Fiona pulang dari mimpi. Mimpi basi. Fiona mula membuka mata.

"Ala, rilex la. Could you give me another 30 minutes? " Fiona mula bersuara dalam suara manjanya.

Melihatkan mukanya yang manja, matanya yang mengada, dan bibirnya yang manis menggula, nafsu aku mula membuak. Terasa ingin menggomol badannya sekali lagi. Semalam, badannya telah aku ratah sepuas-puas. Ternyata belum puas.

Tanpa berlengah, aku mendekatkan mukaku ke arahnya. Aku cari bibirnya yang menggula, kucup sepuas hati. Badannya aku rangkul. Sekali lagi, aku hanyut dalam dosa. Kali ini, di pagi hari.

Selesai adegan berahi, aku masuk ke kamar mandi. Membersihkan diri. Fiona masih di katil. Letih  barangkali.

Dalam kesejukan air pagi, fikiran aku melayang.

Dah berkali aku buat begini. Fiona, kekasihku. Aku tak tahu selama mana aku boleh bertahan dengannya. Aku harap, selamanya. Aku tak mahu nanti digelar dayus. Meragut sepuas hati madu, kemudian ditinggalkan begitu. Aku, bukan begitu.

Tapi aku sedar. Aku tetap seorang yang dayus. Meragut apa yang belum aku punya. Bukan aku sengaja. Aku cuba untuk berkahwin. Berkali. Aku pujuk, rayu orang tua ku. Tapi pujuk rayuku ditolak. Alasan, duit. Alasan, belajar. Aku diam. Mereka tak faham, nafsuku membuak. Menghalang aku daripada berjumpa, hanya membuatkan aku jadi lebih memberontak. Bukan aku mahu, tapi itu lumrah ku.

Lalu aku terpaksa bergelumang dengan dosa. Mujurlah, masih belum pecah tembelang segala. Mujurlah, tak wujud bayi yang tak berdosa. Mujurlah. Tapi, sampai bila?

"Sayang, what are you doing in there?" Suara Fiona mengejutkan aku. Lantas, keringkan diri dan keluar. Fiona bogel di hadapanku. Aku tenung dia.

"Apa? Tak puas lagi?" Fiona bersuara mengada. "Heh, mengada. Dah. Pergi mandi cepat-cepat ya". Aku tegas.

Selesai bersiap, aku buka pintu. Ku lihat kosong. Bagus, mungkin Azman dan Fikri dah keluar jalan-jalan. Cuti lah katakan. Aku buka pintu rumah. Tiada bayang siapa. Koridor kosong. Bagus. Mudah untuk Fiona keluar. Sementara menunggu Fiona pakai baju, aku duduk di ruang tamu. Lagu Serj Tankian terpasang di handphone. Jiwa aku mula melayan alunan punk rock. Liriknya membuat aku hampir high.

"Sayang, may i go out now? " Aku terjaga dari lamunan. Fiona di hadapan aku. "Good, jom." Aku dan Fiona keluar. Selesai aku kunci pintu, kami menghala ke kereta. Aku hidupkan kereta, dan terus pecut laju ke rumah Fiona.

***

"Bodoh!" Aku mula cemas. Stering dipusingkan ke kiri. Hon ditekan. Fiona terhuyung ke kiri. Aku cuba membetulkan keadaan kereta. Stering dipusingkan kiri kanan. Gagal. Tayar dah tak cecah jalan. Celaka. Angkara kereta saga biru. Masuk simpang sesuka hati. Perempuan. Kalau tak reti, jangan bawak kereta. Menyusahkan orang. Kereta hilang kawalan. Berpusing. Di depan, aku lihat lori.

Cermin pecah, telinga berdesing.

Putih, kelabu. Fiona terbujur ditepi seat aku. Pandangan kabur.

.
.

Tuhan, berilah aku peluang.

Pulang

Dah sampai masa, untuk aku pulang dan mula menjadi tukang karut, sekali lagi.

.
.


Maaf, dunia menulis terlalu terhibur untuk aku lupakan.

Thursday, March 31, 2011

Rumah Hantu Versi Intec

Pagi tu, gua bersiap-siap pergi kelas macam hari-hari biasa. Mata kuyu lagi, tanda gua tidur tak cukup. Gua tidur memang tak pernah cukup kalau hari biasa. Gua bukan macam orang lain tidur 6-7 jam sehari. Gua kena tidur 9 – 10 jam. Sama dengan jadual tidur bayi. Baru gua cukup efektif dan produktif. Tapi gua tahu, lecturer tak nak ambil tahu semua ni, dia mana ada belajar perihal jadual tidur manusia. Jadi gua pendamkan saja.


Kelas hari tu 2 jam saja. Lepas tu kosong. Menandakan gua boleh sambung tidur lepas kelas. Study memang dah tak pernah terlintas dalam kepala otak.


Gua pergi kelas cincai-cincai aje, duduk borak-borak, online fesbuk, kemudian siap-siap balik. Gua mesej Dayang, bagitahu gua dah nak balik. Tak boleh tak mesej, nanti dia mengamuk. Gua juga yang susah.


Sebelum sampai rumah, gua pekena dulu roti telur 2 3 biji. Kasi hadam cepat-cepat. Nanti sampai rumah senang nak flush balik dalam jamban. 


Dipendekkan cerita, gua balik dan sampai rumah. Gua duduk rehat 2 3 minit, Dayang mesej suruh gua pergi teman dia masuk rumah hantu dekat intec. Bulu gua meremang. Gua sebenarnya bukan penakut, tapi gua elergik hantu. Rumah hantu sekalipun. Tapi sama macam kes lecturer gua tadi, Dayang bukan nak terima alasan macam ni, jadi gua akur. 


Gua cuba takut-takutkan Dayang 2 3 kali dengan harapan dia takut dan tak jadi nak masuk. Maka tak perlulah gua nak berhadapan dengan hantu jadian tu semua. Imej gua pun terjamin. Tapi skill gua tak menjadi. Dayang berkeras juga. Dem! Gua akur aje.


Sebelum masuk rumah tu, gua terkumat kamit lirik lagu nasyid. Yang mana gua ingat gua hentam aje.  Allahu, Imam Mutiara dan Keluarga bahagia antara top list feveret yang gua hafal.


Time nak masuk, gua terlekat dekat pintu masuk saja dekat 2 3 minit. Kena tarik. Tak, bukan hantu yang tarik. Tapi Dayang. Tak nak masuk. Tadi beriya.  Kalau ikutkan hati gua, gua nak buat-buat sweet dan ajak Dayang balik, tapi gaya tu tak macho. Tak gentlemen. Jadi gua terik Dayang masuk juga. Konon-konon berani.


Gua masuk, gelap gelita. Celaka, sikit habuk pun tak nampak. Dalam kepala gua dah boleh bayang hantu tu nak main-main dengan kejantanan gua. Tapi gua jalan juga. Jumpa hantuk sekor dua. Boleh tahan juga syirik muka hantu tu. Tak boleh jadi. Depan awek, mana boleh tunjuk bacul. Ini bukan lelaki namanya.


Jadi, gua buka henset.

Pasang lampu. 
 

Maka berjaya la gua keluar dari rumah tu dengan selamat dan kemachoan terjamin.

Thursday, March 17, 2011

17/3/11

www.hentamberambang.blogspot.com

Bye-bye for a while folks.

Sunday, March 6, 2011

One Step Closer

Mungkin saya, perlukan sedikit masa, untuk mengasingkan diri dan mencari segenap ruang untuk menjadi apa yang belum pernah saya jadi.

Jadi,



Blog ini akan kekal disini, tapi saya akan aktif di blog lain seketika. Kepada sesiapa yang merindui (kalau ada), sila pm facebook dan saya akan beritahu link blog baru saya.

Sekian.

Friday, February 25, 2011

Lirik Kehidupan

Dalam renyai kehujanan itu, dia  terus melangkah gagah tanpa menghiraukan pakaiannya yang kian kuyup. Dengan gitar yang disandang dibelakangnya, langkahannya sedikit perlahan. Nyata, dia mula keletihan. Nafsunya letih, fizikalnya longlai, jiwanya, parah.

Dia cuba melarikan diri dari dunia seketika. Dari cengkaman nafsu malam yang menghiburkan sekalian penduduk urban. Dari kemabukan asmara yang manusia lain tercari-cari. Dia. Ingin. Lari.

Dia duduk di atas bangku, di sebuah taman. Suasana yang gelap dan kesejukan akibat titisan hujan segera mencengkam seluruh pelusuk tubuhnya. Tapi, dia selesa. Seolah-olah satu penyeksaan yang indah.

Ceritanya, pagi tadi dia bergaduh dengan Y. Y, gadis yang dia perjuangkan sekian lama. Y, gadis yang dia berusaha untuk cinta sampai kehujung dunia, sampai dia, tak mampu lagi untuk bernyawa. Itu, objektif hidupnya buat beberapa ketika.

Tapi, apakan daya. Dia, muak dengan karenah wanita. Wanita, kini hidupan liar yang bahaya baginya. Bila dia melihat wanita, ibarat dia sedang melihat harimau yang sedang melihat mangsa dengan penuh rakus. Bersedia untuk membaham mangsa.

Dia keluarkan gitar. Mencari lagu-lagu yang sesuai, untuk dia masuk melayang ke dunia penghinaan, dunia kekecewaan. Kemurungan kembali melanda dirinya. Dulu, sejak Y datang, kemurungan sudah hilang. Hilang dari sebahagian dirinya. Tapi tadi, kemurungan datang lagi.

Kini, dia sepi. Bertemankan sebuah gitar, sebuah melodi, dan serangkap lirik, dia cuba untuk berdiri.

Harap. Esok. Ada lagi.

Sunday, February 20, 2011

A cycle of life.

Hari-hari aku kini diteruskan dengan bab-bab yang mana tiada siapa boleh bagitahu aku tentang endingnya, mahupun klimaksnya. Tanpa sebarang pengetahuan terhadap plot-plot yang akan datang, cerita mengenai kehidupan adalah satu pengalaman yang penuh dengan saspen bagi setiap orang.

xxx

Cerita aku, hari-hari yang aku lalui sekarang adalah hari tipikal. Sama dan tak bermaya. Aku bangun tidur, ke kelas, makan, dan pulang. Di malam hari, dipaksa pula berasmara dengan buku dan nota yang mengandungi ilmu yang aku agak sensitif sebenarnya. Jika difikirkan, dipaksa berasmara sebenarnya membawa maksud dirogol. Tapi, agak kurang senonoh pula untuk menggunakan term dirogol lebih-lebih lagi dengan sesuatu yang sopan iaitu ilmu.

Hujung minggu ni, satu hari aku telah dicuri oleh UiTM. Modul (Program wajib uitm) adalah satu jenis aktiviti wajib yang kononnya diadakan bagi menyihatkan insaniah. Tapi, sebenarnya ianya sekadar membazir masa. Pada aku, kemahiran insaniah tak perlu dipaksa. Sebaliknya ia perlu disemai, diterap dan digoda. Ya, digoda. Kau perlu tergoda untuk melakukan semua ini. Memaksa, adalah kaedah orang-orang Sparta. Juga kaedah orang jabatan plkn. This is not how we should treat life. Tapi, siapa aku untuk menentang universiti. Mereka orang berilmu. Aku, orang yang baru nak belajar ilmu. Ibarat aku adalah prototaip, dan dia adalah model sebenar. Sekali lagi, gaya orang sparta.

Cerita lain,

Dalam dunia, ada 2 jenis orang. Satu, orang yang hidup dengan passion tersendiri, dan kedua, orang yang hidup untuk passion orang lain. Uniknya, ramai memilih option yang kedua. Majoritinya (yang memilih option kedua) adalah daripada golongan bijak pandai yang bertebaran di universiti.

Orang yang paling berjaya bagi aku adalah orang yang hidup dengan passion tersendiri. Kebanyakannya orang yang bergiat di dalam seni. Iaitu menghasilkan benda-benda yang orang cerdik pandai tak buat. Mencipta sesuatu dari hati, dengan menggunakan sepenuh pancainder a dari Ilahi. Berbeza dengan orang yang memilih option kedua. Mencipta sesuatu menggunakan teori, dengan menggunakan akal yang membuta tuli.

Sekali lagi, bila aku renungkan, aku sedar. Aku sedang dalam perjalanan untuk memilih option yang ke dua. I am well aware of this fact. Satu kelebihan yang ada pada option ke dua, adalah jalan yang selamat. Play safe dalam erti kata lain. Ketepikan sedikit kebebasan jiwa, demi kesenangan untuk jangka masa panjang. Life is hard huh?

I am totally not happy with it. This is crap. Aku dirogol berhari-hari dengan ilmu yang aku langsung tak minat. Aku terpaksa mencabul benda-benda yang asing dengan aku. Aku ditekan, ditolak, dan dipaksa. Untuk apa semua ini? Supaya satu hari nanti aku dapat jadi seorang insan kononnya berkelayakan untuk bekerja dengan seseorang. Untuk aku, menjadi hamba kepada manusia lain. Untuk, dikerah, dan membanting tulang 4 kerat, kepada orang yang ratanya belajar benda lagi senang daripada aku belajar.

Mana hak aku untuk kebebasan. Mana masa-masa aku untuk diluangkan? Mana, kesenangan yang kononnya aku cuba perjuangkan?

See, life is unfair.