Friday, December 31, 2010

Update Hari Lahir

Hari itu akhirnya tiba, tepat-tepat di penghujung tahun, 31/12. Suasana dalam rumah kayu itu riuh rendah. Ditemani cahaya pelita, suasana begitu tegang. Pintu sekejap terbuka, sekejap tertutup. Angin kencang menikam tulang bomoh, pawang, tabib dan tok bidan. Cemas semuanya sambil mulut terkumat kamit mencarut mantra.

" Yang laut, pulang ke laut! Yang darat , pulang ke darat! Jangan kau ganggu cucu ada
m yang baru ini! " Jerit Pawang Uda.

Bo
moh lain sibuk perasap kemenyan. Ustaz di sebelah sekadar melihat. Syirik fikirnya. Tapi, dia sendiri sudah tak berdaya lagi.

Di depan
mereka terbaring seorang perempuan muda. Dalam pertengahan 30-an. Wajahnya lesu. Pucat. Urat-urat marai jelas kelihatan. Badannya terketar-ketar. Darah membasahi kainnya. Tok Bidan masih rakus memberi sorakan.

"Push
mun, push! Jangan engkau tak push!" Berurat tekak Tok Bidan bagi mendengarkan suaranya yang tua itu. Bertahun sudah dia menjadi bidan, ini antara yang paling mencabar. Siapakah anak yang bakal dilahirkan. Dan apakah kaitan jasad anak ini dengan gangguan makhluk halus ini. Pasti bukan calang-calang. Fikirnya. Celaru otaknya bukan main.

Seekor dua biawak cuba
masuk ke dalam rumah. Segera dihalau saudara mara disitu. Cicak berbunyi tak henti-henti. Nun jauh kedengaran, jeritan musang sering bersahutan. membuatkan orang tua-tua tak sedap hati. Jeritan musang ketika melahirkan bayi, pasti satu petanda fikir mereka.

Saudara yang lain sekadar memerhati dengan penuh cemas. Siapakah gerangan cucu adam ini. Apakah yang dia akan jadi apabila besar kelak. Lahirnya bukan calang-calang. Si ibu hampir separuh mati. Si ayah pucat lesi. Bimbang dilihat bininya bertarung nyawa penuh mencabar sekali. Air mata si ibu sudah kering. Bukan tanda reda, tanda kehabisan air mata.

Selang beberapa ja
m selepas itu.

Ru
mah itu ceria. Bayi akhirnya selamat dilahirkan. Ibu tarik nafas lega. Ayah senyap, tak terkata. Bomoh, Pawang, Tabib dan Bidan semua mengesat peluh.

"Apa na
ma budak ini Su?"..... Tanya Pawang Uda pada si ayah..


" A
mirul. Amirulhafiz..." ujarnya dengan nada yang gembira

....

Ok. Gua beranak dekat hospital aje. Itu se
mua rekaan semata. Terimas pada yang wish selamat hari lahir. Gua terharu. Jangan wish touching-touching lain kali, kalau gua nangis, jatuh image gua!

Sunday, December 26, 2010

Cerita Pendek (5)

Dia sarungkan baju sejuk, ambil kunci, sekotak rokok dan handphone, lalu terus keluar dari rumah. Angin sejuk malam mula memamah tulangnya. Ngilu. Ah. Lega dirasainya. Suasana inilah yang bisa tenangkan pemikirannya, dan membolehkan dia bermain-main dengan benaknya sendiri.

Dia berjalan seorang diri
menyelusuri kawasan urban itu. Lagak manusia sekeliling dipandangnya tanpa hirau. Sinis pandangannya.

Berte
mankan rokok, dia seolah berjalan dalam dunianya sendiri. Kepalanya ligat berfikir dan bermain-main dengan falsafahnya sendiri. Itu memang kebiasaannya. Bila dia rasa kosong, tiada idea, hilang punca, dia akan berasmara dalam kelompok malam. Lampu-lampu jalan bisa menghiburkannya. Angin sejuk malam boleh mendodoikan fikirannya. Kesunyian malam boleh menajamkan fokusnya.

Dia ibarat jiwa
muda yang selalu bertelagah dengan arus semasa. Keadaan dunia yang bodoh dan kotor dipandangnya dengan penuh serius. Kadang-kadang pandangannya penuh dengan kejijikan. Tapi apakan daya, dia hanya seorang yang berjiwa muda. Tiada siapa mendengarnya. Tiada siapa menghiraukannya. Sebab itu dia suka suasana malam. Ada bulan, ada bintang, tapi tak banyak orang. Orang yang merosakkan kehidupan ini. Orang yang menghancurkan dunia ini.

Dia singgah di kedai 24ja
m untuk membeli setin minuman. Perlu ada kemanisan, bagi terus merancakkan pemikiran. Keluar dari kedai, dia cari satu sudut untuk berehat. Dia duduk di bus stop seketika. Gayanya seperti pengemis. Itu sudah kebiasaanya. Peduli kata orang. Kalau adapun orang saat itu, orang itu juga sama sepertinya. Dituduh kutu rayau. Dihina pengemis bangsa. Katalah dia anarkis sekalipun. Pedulikan. Itu manusia. Berasa betul, padahal salah. Berlagak alim, padahal hina.

Dia rakus
menikmati sisa malam. Khayal sekali perasaanya. Penuh perasaan. Lepas puas bersendirian, dia berjalan pulang.

Sa
mpai di rumah.

Tanpa bicara panjang dia tidur. Lepaskan segala kerisauan, pasrah pada malam, bergantung pada mimpi untuk membawanya pulang ke dunianya yang sebenar.

Friday, December 24, 2010

Teori Dunia

Tokoh falsafah dunia, Plato pernah mengeluarkan teori..

"At the touch of love everyone becomes a poet."

Jadi, kalau ada orang perasan hidup dan segala entri aku pelik akhir-akhir ini, jangan salahkan aku. Salahkan wanita.


Tuesday, December 21, 2010

Cerita Pendek (4)

Di tengah kota metropolitan itu, dia berdiri. Sediri seorang diri. Dibasahkan dengan hujan sedap-sedap bahasa. Dia tak ubah seperti orang gila. Orang gila yang sesat dan hilang akibat pembangunan pesat.

Dalam basah kuyup itu, dia merayau. Bukan mencari nasi, jauh sekali dari mencari wang, tapi dia mencari diri. Dirinya yang hilang. Ya, dia kehilangan dirinya. Saat itu, dia sedang rakus mencari identitinya. Siapa dia, siapa mereka? Satu persoalan yang sedang lunak bernyanyi dalam kepalanya.

Apabila buntu, dia mendongak kelangit. Langit luas, hitam, gelap tapi bercahaya. Dia suka. Dia dapat satu perasaan, yang mengatakan bahawa dirinya adalah cahaya dalam kegelapan. Agak mustahil fikirnya. Tapi perasaan tak pernah menipu. Dia tahu.

Dia mula pening, runsing, dan celaru. Fikirannya haru biru. Lantas, dia gagahkan kaki, lari sekuat hati. Dunia ini kejam. Kenapa seberat ini? Apa penyebab ini? Bagaimana bisa dia jumpa dirinya? Dia cuba berputus asa. Kerana apa yang dilihat dihadapannya adalah hitam, tanpa sebarang harapan.

Sedang kuat dia menghayunkan tangan, gagahkan kaki, dia terlanggar seorang gadis. Jatuh terjelopok gadis itu. Begitu juga dia. Dia rasa serba salah. Belum sempat dia membantu, dia terpesona.

Gadis itu, wajahnya ibarat puteri. Kalau ada bulan, dia boleh disamakan dengan bulan. Wajahnya seolah memantulkan cahaya. Rambutnya lembut, irasnya cantik. Boleh patahkan sejuta hati lelaki, dalam satu hari. Fikirnya.

Hatinya berdegup kencang. Begitu kencang. Tiba-tiba dia tersenyum.

Dia silap rupanya. Silap ketika menyangka dia adalah cahaya kepada kegelapan. Dia dah jumpa dirinya. Dan sebenarnya dia adalah kegelapan.

.
.

Dihadapannya itu adalah jawapannya. Ya. Gadis itulah cahayanya.....

Ah. Baiknya dunia, indahnya suasana...

Sunday, December 19, 2010

Update Cuti (8)

Satu masalah harian yang aku kena akui sebagai seorang student adalah ketidakcukupan wang. Sepertimana student-student yang lain, wang adalah salah satu perkara pokok yang perlu diambil kira tiap-tiap hari. Dan seperti kebanyakan student juga, aku adalah tergolong dalam mereka-mereka yang boros, dan agak tidak sedar diri.

Dan agak
mengecewakan, berusaha keras untuk mendapatkan biasiswa tampak bukan satu usaha yang mudah. Disamping ideologi "malas itu hebat",sistem keadilan yang diamalkan oleh kerajaan juga agak membantutkan peluang aku untuk mencilok sedikit biasiswa JPA. Nyata, kerajaan kita amat adil, dan hanya mereka yang benar-benar nerd dan sanggup membelakangkan life demi masa depan sahaja yang layak untuk menerima tajaan mereka. Kerajaan lebih prefer student yang hebat kokurikulum? Kepala lutut mak bapak dia. Janji tak pernah nak kota. Tak percaya? Tengok harga minyak sudah. Dulu janji tak naik tahun ni, alih-alih selamber dek naik. Orang buta senyum nampak gusi, next pilihanraya undi lagi.

Sebenarnya ada beberapa point yang aku tak puas hati dala
m isu pembahagian biasiswa. Sebagai contoh, JPA tak pernah adakan temuduga untuk biasiswa PIDN. Bermakna pembahagian biasiswa tak pernah telus. Katakan kau meniru, tak kena tangkap, dan dapat result gempak. Kau cuma perlu apply dan terus dapat. Apa cerita pulak siswa/siswi yang aktif kelab, result gempak tapi tak meletup? Apa guna jadi menteri kalau isu kecil macam ni pun tak dapat fikir?

Berbalik kepada isu wang. Dengan pinja
man ptptn dan gaya hidup kurang sedar diri ni, nyata duit tak pernah nak cukup.

Sedang rakus aku
memikirkan isu yang tak berkesudahan ni, dapat pula tawaran yang sedap. Buat sesuatu yang dapat jaminan income tiap-tiap bulan. Ya, sedap bunyinya.

C
uma masalahnya kepakaran aku dalam kejadah ni agak terhad. Dan aku tidak punyai sebarang sijil untuk menggelarkan yang diri aku ini berkemahiran. Juga, aku tak dapat nak jamin aku punyai masa yang cukup untuk buat kejadah ni tiap-tiap bulan.

Tak, ini bukan
mlm. Dan aku bukan ajak korang untuk join aku mahupun jadi orang bawah aku. Juga aku bukan nak promote mahupun puji benda-benda ni.

Aku cuma perlukan sedikit ketenangan, sambil memikirkan masa depan. Wang,masa dan belajar. Satu gabungan padu yang boleh buat aku pening kepala.


Saturday, December 18, 2010

Update Cuti (7)

Selalunya, dulu-dulu, kepala aku tak macam sekarang. Hidup aku dulu kosong. Jiwa, kalau kosong jawapannya parah. Kalau ikut kehidupan di kota metropolitan, bila rasa kosong, kau akan cari hiburan untuk diisi. Parah sikit lagi, kau akan cari ayam. Janji, jiwa kau penuh. Penuh dengan dosa? Dosa dah kemudian kira masa tu. Kalau di kota yang rendah diri, macam tempat aku berada sekarang, kau akan alih tumpuan. Cari kebodohan untuk berasmara dengan dunia sendiri. Berdiri pada paksi yang mana kau sendiri tak sedar kau cari.

Tapi itu orang lain. Bukan aku. Aku anak soleh. Orang kampung cakaplah. Aku tak tahu. Mungkin aku berjaya hipokrit depan orang kampung. Atau, mungkin juga aku memang soleh. Kau tak setuju? Tiada siapa kenal aku. Malah, dari sudut temubual aku dengan kawan sekolah dulu yang aku rapat sekarang, jelas dia masih tak tahu aku. Orang suka pandang aku dengan pandangan yang agak stereotaip. Dibutakan dengan fizikal aku, dibodohkan dengan mental sendiri. Perlu aku tunjuk siapa aku? Tak perlu. Dia yang tersesat dengan mazhabnya, biarkan. Bukan aku. Aku belum cukup alim, belum cukup ilmu, dan belum cukup baligh untuk memimpin orang yang sesat.

Ok. Itu cerita dulu, tapi versi baru.

Sekarang, aku lain sikit. Tak. Aku tak jadi lagi alim, ilmu aku pun tak cukup lagi, tahap baligh aku belum tahap dewa lagi. Tapi sekarang jiwa aku tak sekosong dulu. Aku jumpa teman yang aku gila 6 tahun dulu. Teman yang sekarang dinaik taraf teman wanita. Biarlah apa orang kata, yang penting dia tak buta. Seperti mereka.

Tadi, aku cuba ingat diri aku yang lepas. Aku cuba cari segala kenangan yang lepas. Ketika aku masih rakus mencari sesuatu untuk berhibur, mengisi kekosongan dan mencari kebenaran. Ok. Ayat aku mungkin boleh buat salah faham. Sampai sekarang, aku masih cari semua tu.

Aku jumpa, koleksi buku-buku aku yang lepas. Aku tersengih seorang diri. Heh. Buku-buku ini, yang berhabuk ketika ini, adalah buku-buku yang telah membentuk diri aku, minda aku, dan mainkan peranan yang penting dalam cara aku berfikir.

Aku senyum lagi. Buku-buku ini, kalau aku tak jumpa, beli dan pinjam, aku rasa aku akan jadi sementah dulu. Masih buta, tak jumpa apa yang dicari, dan hidup dengan pemikiran yang terbatas pada pandangan sendiri. Silap di mana, aku tak tahu. Tapi disebalik silap itu, ada satu prinsip yang telah lama silap tertanam pada diri sendiri. Prinsipnya, sentiasa yakin apa yang difikir adalah betul. Duduk atau berdiri tak penting, tapi yang penting kau kena berjalan. Belajar jatuh, bergolek dan berlari. Itu baru hidup. Prinsip dan cara berfikir tak seharusnya statik. Kadang-kadang perlu berubah, bila perlu.

Ok. Mungkin entri kali ni agak pelik. Biarkan. Bergelumang dengan falsafah memang kebiasaan yang menyeronokkan.

p/s - Aku batuk, pergi klinik dan doktor bagi ubat batuk kanak-kanak. Sial. Perlu ke aku simpan jambang baru nak tahu yang aku dah baligh bertahun-tahun yang lepas?

Tuesday, December 14, 2010

Update Cuti (6)

Disebutkan kisah, hari itu, terjadi satu perhimpunan. Himpunan bukan sembarangan himpunan.

Himpunan itu, tidak melanggar mana-mana akta. Tiada sebarang senjata, kecuali sebilah pisau roti. Tiada disertai oleh mana-mana extremis, mahupun individu berhaluan kiri. Ya. Himpunan itu walaupun bukan calang-calang, tapi tetap mengikut undang-undang negara sendiri.

Himpunan itu terjadi atas satu dasar yang bernama reunion. Secara kasarnya, menghimpunkan kembali kawan-kawan lama, dalam satu pertemuan, bagi sembang kosong dan berhibur senda sesama sendiri. Tapi itu konsep reunion yang lampau. Yang lekang dek panas, dan pupus kerana ketiadaan facebook. Dengan adanya facebook, maka segala usaha perhimpunan itu dapat dimudahkan.

Ya. Terima kasih mark Zuckerberg. Tapi boleh tak tukar profile dan privasi facebook? Anda nampak bodoh dengan menjadikan facebook sedemikian rupa.

Ok. Itu kedian cerita.

Himpunan hari itu, terjadi dan berakhir dengan jayanya. Aku tak tahulah sejaya mana, tapi dari mata kasar aku, tak ada yang berdendam, amuk mahupun report polis pasal himpunan hari itu. Itu sudah cukup untuk menggambarkan satu himpunan yang berjaya aku rasa.


Dah baligh rupanya kawan-kawan aku.
(klik untuk tumbesaran)

Tapi, sejujurnya, aku tak dapat nak seru pun perasaan gembira lama tak berjumpa kawan lama. Sebab, separuh daripada ahli perhimpunan itu, aku jumpa tiap-tiap hari. Bukan calang-calang geng. Ahli wajib lepak berkelompok tiap-tiap malam jika rajin, dan jika ketagih rokok. Tapi, seperti aku katakan, sebab wujudnya facebook dan segala ini, mungkin term reunion perlu diubah satu hari nanti. Siapa tahu?

Asalnye plan nak buat bbq, tapi terpaksa ditukar kepada mcd sebab cuaca yang kurang menentu. Lagipun, ini adalah salah satu misi kearah terus memajukan perniagaan kapitalis di tempat kami. Aku heran apa? Janji ada double cheeseburger, dan sedap!

Lepas mcd, masing-masing pergi bowling pulak. Aku tak suka sangat main golek-golek bola guna tangan ni. Bukan satu exercise yang sihat. Lagipun, daripada tuju pin, aku lagi tertarik kearah longkang.Jadi, aku tak join. Agak membazir masa dan wang. Apa aku buat? Itu kedian cerita. Janji hepi dengan gadis gula.

Oh. Tak dilupakan, aku sebenarnya nak ucap terharu kepada ik. Sebab ada satu surprise birthday party. Aku mengambil masa kira-kira 5 minit untuk merungkai misteri kenapa ada kek happy birthday, dan sempena birthday siapa kek itu. Dan ironinya, lepas 5 minit baru aku tahu itu kek sempena birthday aku rupanya. Ya. Agak unik disitu. Kah3x.

Sekian.

Thursday, December 9, 2010

Antara kanak-kanak, belajar, dan masa depan.

Kadang-kadang aku tak faham, kenapa orang tua-tua suka fikir yang pelik-pelik khususnya untuk anak mereka?

Parents aku contohnya. Adik aku baru je tingkatan 2. Tahun depan masuk tingkatan 3. Dari report card adik aku, dieorang dah set nak hantar sekolah vokasional, tu pun kalau layak. Aku mahu terburai perut dengar .."sekolah vokasional, kalau layak". Apa tahap bebal kalau sekolah vokasional pun tak layak, aku tak tahu.

Aku tak tengok pun report card adik aku, sebab memang aku tak pernah kisah. Darah aku dengan dia hampir sama. Habis-habis bebal pun, aku tak rasa sampai tak layak masuk sekolah vokasional.

Yang pasti, aku sebenarnya tersenyum tengok adik aku. Di dalam proses peningkatan ke alam remaja, umur 14 tahun adalah 1 jangka masa umur yang sesuai untuk mencuba segala kegilaan. Rokok, video lucah, vendalisme, sesuai dirasai ketika umur ini. Sebab pada tahap ini kita boleh tahu dan alami perasaan mencuba gejala kuning yang penuh berahi itu. Berdasarkan pengalaman dan perasaan ini juga, kita boleh ambil iktibar untuk masa depan, dan perlahan-lahan lupakan tabiat berahi itu. Nanti besar, boleh buat modal berbangga time lepak. Heh. Rokok? Porno? Ketinggalan zaman tu sume!

Adik aku, walaupun cuba menipu aku dengan penuh skill, dia tak akan berjaya tipu orang yang ada pengalaman. Balik rumah, kaki berdarah macam jatuh motor, kata jatuh time main bola atas simen. Nak tercabut ulu hati aku. Apekejadah main bola ni. Tak pernah lagi aku jumpa dalam sejarah bola sepak, ada pemain injured berdarah macam eksiden motor. Kalau ada, ini memang case yang rare. Harian metro sepatutnya cepat-cepat buat liputan case macam ni.

Tapi itu buat aku tarik nafas lega. Bagi aku, adik aku masih dijalan yang betul. Akademik? Letak tepi dulu. Yang penting pengalaman. Dan cari segala aktiviti-aktiviti yang boleh membuktikan kejantanan semasa kecil. Parents aku duk bising banding adik aku dengan sepupu dia. Ya. Sepupu dia (sepupu aku) seperti seorang anak idaman. Belajar UPSR 5A (yang sering menjadi kebanggaan anak orang kg), dan menonjolkan ciri-ciri untuk pmr 8A.

Aku angguk. Konon-konon setuju adik aku kena marah. Tapi dalam hati, mujur adik aku tak ada ciri-ciri tu. Apekejadahnya baru tingkatan menengah rendah, balik sekolah, buat SKOR A, malam pergi tuisyen. Kesian bebenor kat budak tu. Tak ada life. Dia ingat umur 14 ni banyak kali buleh repeat ke. Time ni la nak rasa kegilaan dunia. Padahal, 8A pmr, tak pernah jamin boleh jadi doktor, lawyer mahupun engineer. This is bullshit. Asalkan result pmr sedap-sedap dah la.

Aku ingat zaman aku. Zaman menengah rendah boleh dikatakan ok. Walaupun aku tak banyak sangat aktiviti yang mencabar fizikal serta menonjolkan kejantanan, tapi aku buat apa yang aku suka. Pantang cuti, aku akan kerja jaga cyber cafe. Ini adalah heaven bagi student umo 14-15 tahun. Padahal, time ambil result pmr pun, aku tengah kerja dekat cc time tu. memang heaven. Ragnarok, Gun Bound, sume aku cuba. Friendster, forum, sume aku tibai belajar time tu. Itu hidup aku, kesukaan aku. Tapi tak adalah sampai tahap geek.

Dan sebebal-bebal aku, seteruk-teruk aku, aku masih boleh ikut arus keadaan yang sedikit betul walaupun agak tersasar. At least, masa depan aku masih ada walaupun agak suram. So, kenapa nak risau sangat? Hancur masa kecik, tak semestinya hancur masa depan. Hinggakan kadang-kadang aku rasa hancur masa keciklah yang membolehkan seseorang tu untuk ada masa depan yang cerah.

Sunday, December 5, 2010

Cerita Pendek (3)

Di malam yang gelap dan suasana suam-suam kuku, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia lihat jauh di luar tingkap, bulan masih tiada. Gelap gelita.

Dia rebahkan badannya ke katil. Kepala mula celaru.

Kemana bulan?

Sudah seminggu bulan tinggalkan dia. Dia sedih. Sangat sedih. Bulan ibarat temannya. Bukan sekadar teman, tapi teman yang sejati. Dia menangis, sedih, ketawa, lupa diri, semua bersama bulan. Sebab itu bila tiada bulan, dia jadi gila. Tak tentu hala. Perasaannya kecewa. Sangat berduka.

Cahaya bulan jarang sekali gagal ceriakannya.

Dia masih ingat saat dulu. Saat dimana dia mula menghayati bulan sepenuhnya. Ketika dia dan bulan mula-mula menjadi teman. Ironinya, saat bulan hadirkan diri itu, dia sedang bergelumang dalam dunianya. Dunianya diambang kegelapan. Sejarah hitam.

Suatu ketika dulu, setelah beberapa peristiwa, dia ditinggalkan sendiri. Semua manusia-manusia lain tinggalkannya. Tinggallah dia terdampar di tengah-tengah jalan raya di sebuah kota metropolitan. Saat itu dia begitu kecewa. Berduka lara. Jahanam semuanya. Fikir dia.

Tapi, dalam sibuk dia melayani perasaan sedih dan jahatnya itu, dia sedar. Dia tak sendiri. Dia ada teman. Teman yang akan menemaninya. Biar 1000 tahun lagipun, temannya itu tetap akan bersama. Fikirnya. Itulah saat dia menghayati bulan. Kerana, jika tiada bulan, malamnya itu bakal jadi gelap gelita. Gelap tanpa makna. Tanpa tujuan.

Dan kini, tanpa dia sedari, dia sendiri lagi. menyendiri. Termenung di suatu sudut, sambil ternanti akan bulan. Ya, dia akan setia menanti.

Bermula saat itu, bilamana malam menjelma, dia akan duduk di pinggir tingkap. merenung jauh ke luar. mengharapkan cahaya akan kembali lagi. menanti akan waktu dulu-dulu untuk berulang lagi.

Pulanglah bulan....

Wednesday, December 1, 2010

Review CPD

Saat aku menaip review ni, bahang kekalahan Real Madrid kepada Barcelona masih lagi terasa. Extremis-extremis bola masih lagi giat melakukan sesi penganjingan terhadap peminat Real Madrid. Kekalahan Real Madrid ini (yang aku lebih suka lihat dari sudut kekalahan Mourinho) sememangnya memberi impak yang hebat kepada aku. Ini kerana lelaki psiko bernama Mourinho itulah insan yang bertanggungjawab mengajar aku serba serbi tentang dunia objek bulat. Malah, kerana dialah aku meminati bola secara kasarnya.

Atas alasan kekalahan itu juga, aku ha
mpir-hampir buat keputusan untuk bersara dari meminati bola. Aku sudah hampir sedia untuk meminati sukan renang berirama, sukan berkuda mahupun sukan golf. Malah, aku rasa aku punyai cukup alasan objektif untuk pertahankan diri, seperti yang diusulkan oleh Bart Ahmad dalam buku CPD. Mujurlah, CPD memberi aku semangat untuk terus kekal dengan dunia bola. Terima kasih CPD!

Ok. Sekarang bercakap pasal CPD pula.

Cerita Piala Dunia, atau na
ma manjanya CPD adalah sebuah buku pasal bola kononnya yang ditulis oleh Lucius Maximus. Buku ni, bagi aku sewajarnya diletakkan sedikit description seperti, "bukan sekadar bola", "bola dari sudut lucius", ataupun "bola, global dan dunia sekitarnya".

Sebab apa? Sebab, CPD bukanlah buku yang bercerita mengenai bola seperti kita biasa baca. Bukan. Sudut bola yang dipandang Lucius lebih menarik. Dia melihat objek bulat itu dari segi sejarah, geografi, ekonomi dan politik. Gila bukan? Begitulah gilanya rasa bila baca buku ni.

Bukan setakat itu saja, melalui CPD juga, aku boleh tahu apa peranan Captain Tsubasa, boleh berlagak di depan rakan-rakan bila bercakap soal sejarah bola, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan bola di Brazil, kontroversi Maradona, masalah politik Paraguay dan sebagainya. Ya. Dan kau tak akan dapat tahu ini semua dari mana-mana buku bola lain. Aku jamin.

Lucius bagi aku sudah terlebih layak untuk menggantikan Shebby bagi terus bercerita pasal bola di kaca tv.

Sebagai bonus, juga ada cerita dari pengulas sokernet. Contohnya cerita kanak-kanak fdaus ahmad,ulasan tahap menteri bola dari pipi, kisah vovin dan sebagainya.

Cuma, aku rasa sebagai usaha menebalkan lagi CPD ni, sewajarnya dieorang letak artikel bertajuk "Bicara Bola" nukilan Lucius lama dulu. Sebab dari situlah baru aku dapat tahu, betapa dewanya pendangan Lucius terhadap bola, dan betapa pentingnya artikel itu bagi membuka mata untuk diadakan satu revolusi bola di negara kita.

Jadi, kepada yang masih belum beli, aku sarankan sila kumpul syiling sekarang. Tak mahal. Juga tak rugi.

Sekian review aku kali ini.

Tuesday, November 30, 2010

Cerita Pendek (2)

Saya dah berkenalan dengan gadis gula sejak sekian lama. Wajahnya tidak pernah saya lupa. Lirik matanya boleh buat saya gugur, jatuh terjelopok ke dunia. Lebih-lebih lagi dunia khayalan. Lantaran itu, renungannya tidak pernah saya berani amati.

Dulu, lama dulu, ketika saya mula kenal gadis gula, saya tak pernah tegur gadis gula. Bila saya jumpa dia, saya senyum. Tapi dia tak nampak. Sebab saya senyum dalam hati. Dalam hati lebih ikhlas. Fikir saya.

Bilamana malam muncul, gadis gula akan wujud dalam dunia khayalan saya. Dalam dunia itu, hanya ada saya, gadis gula, dan bintang. Saya tak sertakan matahari. Sebab saya takut gadis gula panas terbakar. Kalau panas, muka gadis gula jadi merah. Saya tak suka. Saya tak sertakan bulan. Sebab saya tak nak gadis gula tidur tinggalkan saya. Saya sertakan star (bintang), sebab gadis gula suka makan honey star. Saya tahu dia suka.

Satu hari, saya tengok gadis gula jadi masam. Saya tertanya. Kalau gula dah jadi masam, apa rasanya nanti? mungkin kelat, mungkin pahit. Saya kurang pasti. Saya tanya pada gula, apa sebab dia masam. Dia cakap, sebab dia sedih. Ini buat saya jadi marah. Siapa berani buat gadis gula sedih? Bila saya marah, saya jadi tak tentu hala. Saya boleh bertukar jadi hulk, saya boleh bertukar jadi ultraman, mahupun superman. Bergantung kepada mood saya.

Tapi, saya bimbang gadis gula takut dengan semua itu. maka, saya jadi gentleman. Saya ramahkan diri dengan gadis gula. Saya cuba fahami dan selami kemanisan gadis gula. Sebagai balasan, gadis gula cerita belaka pada saya.

Lepas dengar, saya sedih. Tapi saya tak menangis.

Saya ambil hati saya, saya ukir tulisan. Saya bagi pada gadis gula, saya suruh dia simpan. Pada hati itu, saya ukir segala janji saya pada gadis gula. Saya janji tak akan buat dia masam, saya janji akan jadi hero, saya janji akan jadi superhero gadis gula.

Gadis gula malu. Dia bagi balik hati itu. Dia cakap, tunggu saat hatinya mekar berbunga, baru dia akan simpan hati itu. Saya tak tak tahu nak kata apa lagi..

Saya cuma harap, saya boleh buat hati gadis gula mekar berbunga. Lagi harum dari bunga sundal malam. Lagi comel dari bunya raya.

p/s - ok, aku macam mula ketagih pada cerita pendek.

Sunday, November 28, 2010

Update Cuti (5)

Cuti kali ini, aku seolah-olah tersepit di antara kegilaan, semangat bebas inginkan hiburan dan kemuflisan. Satu gaya hidup yang cukup sempurna untuk mengajar aku erti pelarian, kemiskinan dan pengangguran.

Suasana di Kuala Terengganu dipenuhi dengan kedai-kedai biasa dengan pengusaha yang biasa-biasa. Tiada kedai yang terpampang notis "kerja kosong" dengan matlamat bersedia untuk mengupah mana-mana tenaga kerja muda yang hanya sedia berkhidmat selama 1 bulan.

Ini mengajar aku erti susahnya mencari kerja. Tanpa satu helai skrol yang terpampang tulisan ijazah, dan dengan satu syarat berkhidmat hanya sebulan, aku seolah-olah mencuba nasib yang sia-sia. Seolah-olah pasukan bola sepak malaysia turun menentang Jepun dan berhasrat untuk menang. Juga ibarat seorang ahli muzik yang tiada bakat (af contohnya), sedang melalui sesi ujibakat. Jawapan telah pasti, tapi tetap ikutkan hati yang gila ingin mencuba.

Aku masih tak nampak lagi kemana cuti kali ini menghala. Apa yang pasti, walaupun baru 2 minggu, beberapa kerja berani mati dan gila telah aku laksanakan. Semalam contohnya. Paling gila. Heh. Tapi, dia kata rasa macam gula. Aku tak tahu nak balas apa. Apa pun, tunggu 01.02.2012. Baru aku tahu gula tak gula, gila tak gila.

Bosan? Aku mengaku, menjadi teruna dan terperuk di dalam rumah boleh dikatakan satu azab siksaan yang perih bagi seluruh jantan yang sukakan kebebasan seperti aku. Tapi, perkataan bosan seharusnya aku buang jauh-jauh. Ibarat perasaan "sayang lebih" seorang suami yang berpoligami terhadap salah seorang isterinya. Walaupun timbul, tapi tak harus dilayan. Apa yang pasti, perlu dibuang.

Sebab aku tahu, kehidupan bosan inilah yang bakal aku rindu pada awal-awal sem hadapan. Walaupun mungkin hanya untuk beberapa hari, tapi kehidupan yang seolah-olah bosan inilah yang menghiburkan aku, yang membolehkan aku berehat seluruh fizikal dan mental. Lebih penting, membolehkan aku berasmara dengan segala hobi kegilaan aku.

Sekarang, aku cuma perlu tunggu dan alami , apa yang bakal jadi dengan cuti aku.

Sekian.

Update Cuti (4)

Hari itu, kecoh video si gadis pilih KLCC daripada mat rempit. Kesian mamat tu, tapi tahniah kepada aweknya. Kerana dengan berkat dan gaya hidup kelas kota metropolitan, dia masih boleh berfikir bawa mat rempit adalah spesis yang tak berguna mana jika dibandingkan dengan menara jagung berkembar.

Semalam, di dinding facebook seorang sang sahabat aku, terpampang pula video penuh gaya mamat entah dari pelusuk negeri mana, ditangkap dalam tandas, berduaan dengan aweknya. Seperti pelakon muda yang lain, aweknya cukup matang dan pro dengan mengenakan tudung penuh sopan. Sekali imbas tengok, siapa sangka perempuan penuh sopan intan manis itu sebenarnya jahanam perangainya. Siapa sangka?

Tadi, akibat kebosanan, aku cuba buka youtube. Search video pasal benda ni. Seperti yang dijangka bersepah video ni kat youtube.

Ratanya, anak melayu. Gadis melayu yang kononya dara, bertudung litup, anggun dan manis serta penuh sopan. Sekali tengok, pasti berangan nak jadikan bini. Dari penuntut kolej yang gilakan duit, sampailah kepada penuntut universiti yang kononnya islam.

Orang kita pula, seperti biasa. Tunggu ada kes, baru nak pungpangpungpang. Tapi paling lama pun seminggu. Lepas tu, kembali asal. Tunggu ada kes balik, baru nak pungpang semula.

Thursday, November 25, 2010

Cerita Pendek (1)

Dia pegang kotak itu erat-erat, kemudian dia simpan.

Tidak pernah dia buka kotak itu disiang hari. Kalau dia rindu sangat pun kotak tu, dia akan bercakap sendirian dengan kotak itu. Dia bagi ayat jiwang-jiwang pada kotak itu. Seolah-olah kotak itu sahabatnya. Bukan. Lebih dari sekadar sahabat.
menunjukkan yang dia sayangkan kotak itu.

Kawan-kawannya tanya, apa isi kotak itu? Dia jawab, rahsia. Dia sangat sayangkan kotak itu.
mana-mana dia pergi, mesti dia bawa kotak itu. Kawan-kawannya hanya memerhati perangai peliknya itu.

Sa
mpai la satu masa, dia sakit perut. Perut jahat! Desusnya dalam hati. Dia tak tahan lagi. Otaknya dah celaru. Dia kena ke tandas. Dia bencikan tandas. Tapi apakan daya, dia perlukan tandas sekarang ini. Jadi, dia berlari ke tandas. Dia terlupa akan kotak kesayangannya. Kawan-kawannya yang perasan, mula pasang niat jahat. mereka ambil dan buka kotak itu. Ada bintang. Bintang itu comel. Bintang itu kiut. Bercahaya. Lama kemudian, cahaya itu semakin pudar, dan akhirnya bintang tersebut hilang cahaya.

Bila dia pulang, dia tengok kotaknya terbuka. Dia jadi
marah. Sangat marah. Tapi bila dia tengok bintang, dia tak jadi marah. Biarlah bintang tersebut tak bercahaya, dia masih sayangkan bintang itu. Dia ambil, dan simpan kotak itu.

malam itu, dia duduk di luar rumah. Dalam kegelapan, dia cari kembali cahaya, untuk diberikan kepada bintangnya. Lepas bercahaya, bintang itu menyinarinya. Dia duduk keletihan, dan akhirnya tidur dalam kegembiraan.


Wednesday, November 24, 2010

Perbandingan mlm dan bisnes baju

Hari itu, tak lama dulu, ketika bajet 11 belum lagi diumumkan, juga ketika tiada lagi isu menara warisan, aku telah memulakan perniagaan baju.

Bersa
ma-sama abang aku sebagai rakan kongsi, dan modal yang minimal serta setimpal, kami memulakan bisnes tersebut. Berangan seperti tokoh-tokoh korporat yang lain, aku cadangkan nama busanamelayu. Dan nama tu kekal sehingga sekarang. Website online busanamelayu untuk mudah menerima tempahan juga ditubuhkan. Pendek kata, cukup syarat untuk jadi salah satu syarikat melayu. Dari melayu, untuk orang melayu. Biar racist, janji untung.

Untuk bulan perta
ma, aku cukup berpuas hati. Ulang alik dari pejabat pos untuk hantar baju tiap-tiap hari, duduk depan laptop bagi kemasikini website dan handle tempahan, serta lepak di kedai makan berjam-jam bagi promote baju dekat gadis-gadis. Hidup aku waktu tu walaupun tak kaya, tapi bagai syurga. Cuti sem paling heaven, sebab walaupun sibuk, duit masuk. Tak ada orang nak arah-arah, aku bos, aku pekerja.

Nak dijadikan cerita, ada seorang sepupu aku yang join parti cepat kaya. Dia punya progra
m, kalau dengar memang sedap. Sesuai untuk semua melayu.

Seperti
mamat-mamat mlm lain, pantang ada peluang, mesti dia pancing. Berkali-kali dia promote kat aku. Aku, kalau orang nak promote join benda alah ni, aku tak kisah sangat. Layan je. Kalau tak dengar, kot-kot rasa hati pulak. Tapi, apekejadahnya promote siap kutuk aku punya bisnes. Kalau iman aku tak kuat, dah lama dah putus sepupu rasanya. Duk banding mlm dengan bisnes jual baju buat apa?

Sikit-sikit duk banding bisnes aku dengan
mlm. Takat nak kaya cepat dengan buat kerja sikit, toksoh pancing aku lah. Aku memang tak percaya.

.
.
.

Sa
mpai la aku balik cuti baru ni. Dengar cite sepupu aku tu dah stop buat mlm tu, sekarang bukak kedai. Bisnes jugak. Ok la tu. Lega aku dengar. Tapi, nak tahu jugak kedai apa..

Tup. Tup. Sa
mpai aku kat kedai beliau, aku gelak puas dalam hati. Kah3x!

Kedai baju rupanya...

Thursday, November 18, 2010

Entri Video (1)

Aku tak kisah sangat orang nak kutuk bola malaysia. Aku pun tak heran pemain malaysia main macam nak berak. Aku tak peduli pun bila pemain malaysia main macam budak kampung. Langsung aku tak emo bila fam sendiri nak jatuhkan kredibiliti bolasepak malaysia.

Asalkan....



Asalkan pemain kita tak buat aksi terlarang macam ni.

Please ye pemain malaysia.

.
.

Ok. Siapa lagi bebal. Goalkeeper atau Striker?

Update Cuti (3)

Hari itu, ketika aku masih di Shah Alam, bertemankan sebiji kereta aku pergi mencari apa-apa yang boleh menghiburkan hati.

Itu kerana hati aku tak tenang. Perlukan satu santapan mata dan jiwa untuk menenangkannya. Jiwa celaru. Otak kacau. Banyak kebimbangan yang bermain dalam diri aku. Sebab itu tak kira apa bala datang, aku akan tetap cuba mencari benda-benda yang aku kira boleh tenangkan aku, sekali lagi biasanya hiburan.

Di sini, beberapa hari ini, aku duduk dan bertafakur di rumah. Bertemankan kucing yang tak tahu hormatkan manusia, aku kembali hidup dalam keadaan yang tenang, tanpa sebarang kebimbangan. Benda ini seolah benda yang asing. Pelik. Setelah kebiasaan aku hidup dengan kebimbangan, hari ini aku boleh hidup senang lenang. Tanpa konflik.

Dah tentu aku sukakan kehidupan ni. Apekejadahnya aku nak lari dan pilih kehidupan yang penuh dengan konflik dan kebimbangan. Cuma, setiap benda ada pro dan cons. Begitu juga kehidupan yang ada konflik dan kebimbangan...

Bila hidup di Shah Alam, aku rasa otak aku lebih jalan. Perasaan yang bimbang buat aku lebih aktif berfikir. Sel-sel otak dengan cergas mencipta idea, kreativiti datang bersama.

.....

Sebab itu 2 3 hari ini aku rasa otak aku makin lembap.

Wednesday, November 17, 2010

Dengar pengumuman gua ni!

Dah masuk raya haji, jadi aku nak ucap raya haji lah buat semua silent reader sekalian.

Tak ada benda sangat aku nak cerita pasal raya haji ni, same je tiap-tiap tahun. Terima mesej pasal lembu, ayam, pisau, pastu update blog pasal muka lembu pucat, selamber, ayam berkokok, kambing, dan macam-macam.

Tak kreatif. Tapi aku sendiri pun tak ada idea nak ucap macamana lagi.

So, selamat hari raya ajelah.

Tuesday, November 16, 2010

Update Cuti (2)

Bila suasana dah tenang, tak ada sebarang komplikasi kehidupan, tiada kerumitan litar, dan tak ada lagi maggi sebagai sarapan, maka otak pun semakin malas nak jalan.

Idea mula kering, dan hilang.

Jadi, kerja nak update blog pun tak dapatlah nak jalan..

Sunday, November 14, 2010

Update Cuti (1)

Semalam akhirnya aku sampai ke K. Terengganu. Drive seorang diri dari Shah Alam ke K. Terengganu direct sememangnya satu kerja gila. Mujur ada bantuan insan (secara tak langsung) yang boleh menceriakan aku. Satu lagi kerja gila sebenarnya.

Pagi tadi lepas subuh aku tak tidur. Jadual semasa 'study week' dah jadi tabiat. Susah. Pagi-pagi kat sini tak banyak sangat aktiviti yang aku buat. Cerita kat tv pun tak ada yang sedap-sedap. Jadi, aku menghabiskan masa dengan online. Satu benda yang jarang gagal menghiburkan aku.

Lagipun, aku rindu suasana pagi di sini. Suram, tenang, dan tidak terlalu banyak pencemaran. Tiada kesesakan yang pasti.

Aku tak ada sebarang perancangan lagi setakat ni. Masih tercari-cari idea untuk cuti ini. Perlukan sesuatu untuk suapan jiwa. Segala benda yang aku rancang semasa 2 3 hari yang lepas kini dah hilang dari ingatan. Kalau 2 3 hari lagi aku masih macam ni, aku rasa aku mungkin akan tak sabar tunggu sem depan.

Ok. Cukup dengan update cuti.

.
.
.

Sekarang, aku rasa aku makin gila. Ada benda yang terlalu pelik terjadi dalam diri aku. Entahlah, aku pun tak reti nak beritahu.


Sekian.

Monday, November 8, 2010

Cerita Lagi

Aku baru perasan, yang dalam kerakusan aku mencari bahan hiburan, aku mula tersasur dari landasan. Tak, ini tiada kaitan dengan cerita perubahan aku hari itu. Bukan perubahan ini yang aku mahukan. Dan ini sememangnya bukan aku.

Kalau ada mesin waktu, mungkin aku perlu mengembara sekali lagi. Mengulangi segala detik yang aku ingin tinggalkan ini.

Kena betulkan segala kesilapan, dan biarkan aku jadi aku kembali.

Kepada peminat liverpool tersayang..

Semalam Chelsea kalah. Satu kejadian yang sedikit memalukan (kalah kepada underdog) dan menggangu konsentrasi aku.


Sebenarnya aku tak kisah sangat Chelsea kalah. Sebab Chelsea
masih lagi lead epl. Dan kemenangan diharapakan semalam adalah sebab nak jarakkan jurang dengan mancester yunaited.

Tapi, aku perasan satu benda se
malam.

Liverpool extre
mist.

.
.

Ok. This is a pheno
mena.

Once a lifeti
me, bila pasukan yang dahulunya kaya dengan sejarah kini hampir tinggal sejarah, dan akhirnya cuba bangkit semula untuk kekal dalam sejarah,.. di sinilah lahirnya liverpool extremist.

Cheer up liverpool fans. And be steady. You are actually still far away to "beat" Chelsea in EPL. Keh3x.


Saturday, November 6, 2010

Cerita Sendiri

Setelah dikira, baru 1 bulan rupanya aku tidak pulang ke Terengganu. Mungkin faktor ketiadaan kelas membuatkan masa berjalan begitu lambat bagi aku disini. Masa yang kosong dan tersadai menanti untuk diisi memang memeningkan aku. Kalau masa itu berbentuk benda, mungkin aku akan sedekahkan kepada fakir. Kalau masa itu berbentuk wang, dah lama aku laburkan . Ramai tuduh masa itu emas. Mungkin mereka tak sedar emas sendiri tak boleh beli masa. Sedangkan aku punya begitu banyak masa sekarang.

Konsep sosial manusia tidak begitu rumit sebenarnya. Tiada manusia yang sukakan masalah. Asal ada ruang untuk ketenangan, di situlah akan adanya manusia. Disitulah bakal berkumpulnya manusia. Ketenangan selalunya diterjemahkan dalam bentuk hiburan.

Jadi sebab itu manusia seperti aku ini tidak akan lari dari hiburan. Lebih-lebih lagi bila begitu banyak masa yang terluang. Berhibur dengan cara timur tidak ada salahnya. Pergi jahanamlah mereka yang fikir hiburan itu berdosa.

Tapi bila terlalu banyak hiburan, buat aku terfikir. Berubahkah aku? Perubahan itu berbentuk subjektif. Aku mungkin mengatakan aku adalah aku. And I will not change. Tapi, sebenarnya benda yang tidak akan berubah hanyalah kata-kata itu. Who am I to isolate myself from this rapidly changing world?

Aku hanya tahu setakat itu. Aku masih samar di celah mana perubahan dalam diri aku.

Salah satu faktornya adalah kerana tiada siapa di sini yang tahu dan kenal identiti aku dari A-Z. Bila aku tunjukkan perangai, mungkin mereka sekeliling fikir itulah aku. Mereka tak tahu identiti aku sejak aku dilahirkan sebagai budak kampung.

Ok. Aku tipu. Ada beberapa individu yang kenal aku sampai tahap itu disini sebenarnya. Tapi itu kedian cerita. Terkecuali.

Cuma sebagai self-defence, aku tak rasa aku patut lari dan tutup segala perubahan. Life will always change. Salahkah aku adaptasikan diri kepada perubahan..?

.
.
.

At least I am always a kampung boy. Tempat lahir di surat beranak takkan bertukar. Pasti!

Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan meneka lagu!

Aku sedang mencari lagu.


Tapi aku sendiri tak tahu judul dia.

Ceritanya, aku se
mpat dengar dalam radio era malam tu. Time aku dengar betul-betul dah tengah chorus. Dia lagu rap, tapi diiringi dengan lagu rakyat.

Sebab tu aku tak senang duduk selagi tak ju
mpa lagu tu.

Antara cebisan lirik yang se
mpat aku catat.


"7 hari dan 7
malam ku tenung.......Puas bertemu di dalam mimpi girang gembira tak terkata.....Rindu hati datang kembali.....Abang-abang buka pintu, adik balik hai pukul 1....Adik-adik lekas pulang....."


Any hint?

Monday, November 1, 2010

Cerita Semalam

Di bulan yang penuh dengan cabaran ni, kita kena kreatif. Study tak boleh tinggal. Tapi kena berpada. Kena ada skill, kena ada waktu, dan yang penting kena ada mood.

Bila petang
menjelma, suasana nyaman dan angin sejuk-sejuk beku, amatlah mustahil aku nak buka buku. Jadi, daripada tidur aku dan roomate aku main fifa.

Fifa 11 kali ni lain
macam. Dia punya ketagih tu boleh mengalahkan tahap orang ketagih rokok. Dia punya feel tak reti aku nak cerita. Skill, grafik, audio, semua mantap dan gerenti 100% teramatlah melalaikan.

Aku selalunya boleh sa
mpai tahap legend kalau main pakai keyboard. Dah azali memang keyboard sebati dengan aku. Kalau pakai joystick, performance aku akan down. Aku akan main macamana liverpool main season ni.


Tapi, de
mi keadilan aku pakai joystick kelmarin..


Sa
mpai minit ke 80, seperti yang dijangka aku ketinggalan 3-1. Ni memang macam misi mustahil. Tapi aku tahu, tak boleh berputus asa. Kawan aku pula punyalah celaka. Bila dah lead, mula psiko segala. Harap iman aku teguh. Kalau tak dah lama jari kaki aku dalam mulut dia.


Sebab dah terlampau amarah, semua skill aku keluarkan. Segala idea dan kreativiti aku tonjolkan. Tup-tup. minit 89 aku skor 1. Heh. 3-2 kalah tak teruk sangat. Fikir aku.

Aku pun dengan se
mangat baru pulih, terus main lagi. Gelecek sana, gelecek sini. Pass sana, pass sini. Tolak pengadil, tolak pemain. Buat skill sikit, tendang. Senyap.


Gol!! Tepat
minit 90.


Dah jadi adat bola, kalau gol kena celebrate. Nak-nak pulak lawan dengan
manusia psiko. Kena double dia punya effect celebrate.

Aku dan roo
mate aku pun gelak sakan. Gelak setan. Lupa diri. Wahahahaha.


Tiba-tiba.

"HOOOOII!!!"

Suara jiran.


Keh3x. Tak sporting langsung jiran aku ni.


p/s - oh, aku
menang game tu 5-4.


Saturday, October 30, 2010

Hari ini

Minggu exam ni sebenarnya tak begitu mengokong.

Cuma aku terlalu muak dan letih dengan segala suapan yang tak mengikut giliran. Mungkin aku perlukan ketenangan.

.
.
.

Terengganu. Jangan lupa sambut aku pulang..

Friday, October 29, 2010

Cerita hari ini

Duduk.


Fokus.

.
.
.
.
.




"Mana mood study ni??!"

Dem.

Thursday, October 28, 2010

Antara bisnes, kanak-kanak dan mamak.

Tetiba teringat zaman dulu-dulu, sewaktu aku masih kecil. Zaman yang mana aku belum kenal apa itu dunia, siapa itu perempuan dan apa fungsinya manusia. Dimana akal aku masih belum boleh berfungsi secara sendiri. Perlu ada suapan dan bimbingan untuk berdiri dan memerhati.

Secara automatiknya, apa yang aku tahu pada masa itu adalah keriangan. Aku ingin sentiasa riang. Bagaimana aku boleh riang? Dah tentu dengan bermain. Aku tak peduli apa pasal orang sekeliling aku sedih. Ada yang bunuh diri. Ada yang sepak terajang. Apa aku kisah? Lantak lah. Dieorang tak jumpa cara untuk riang agaknya. Fikir aku pada masa itu.

Satu satunya benda yang penting dan perkara yang paling sirius pada waktu itu bagi aku adalah bermain. Wajib bermain kurang-kurang 6 jam sehari. Hampir-hampir sama jugalah dengan waktu kerja pekerja sektor awam sekarang ini. Begitu berdisiplinnya aku ketika itu.

Dan aku juga masih ingat jenis permainan yang menjadi kegemaran aku pada waktu itu, iaitu...


Ding Dang bersama-sama tora!

Benda ni bagi aku berseni. Terlalu banyak unsur-unsur keunikan yang susah untuk diterangkan.

Macam ni ajelah, kau tengok kedai sekeliling kau. Cuba ingat balik, sejak zaman kau kecik sampai sekarang, dah berapa kali kedai tu bertukar tuan. Dan berapa kali kedai tu tutup, rombak, buat baru, buka, then tutup balik? Cuba ingat. Flip flop dunia. Aku yakin dah berkali-kali.

Tapi benda ni tak. Adik aku dulu pun sempat lagi main. Malah adik aku yang baru darjah satu still lagi main benda ni. Kalau fikir-fikir balik, berapa sangat untung syarikat dieorang dapat atas satu jualan produk ni? Tak banyak mana pun kalau nak banding dengan syarikat-syarikat besar yang tutup dek kegawatan ekonomi masa 1998 aritu. Tapi, still syarikat ni tak lingkup-lingkup. Lain ceritalah kalau syarikat lain dah ambil alih produk ni. Yang tu memang aku tak tahu menahu.

Cuma satu benda yang aku tahu. Syarikat ni bukan saja buat satu produk untuk keuntungan, tapi dia buat satu produk yang orang lain akan ingat sampai bila-bila. Dia buat satu produk yang menjadi nostalgia dan memori indah bila kau dah besar panjang dan jadi orang yang kurang berguna.

Tak caya? Pergi mana-mana, jumpa orang yang umur dalam linkungan 20-an, tanyalah apa itu Tora, apa itu Dingdang. Pasti dia akan gelak, dan wajah akan jadi berseri.

See?

Nak berbisnes bukan susah pun. Cuma jangan duk fikir untung je. Macam kedai mamak khulafa ni, aku makan tengahari pun kat RM 10. Ape cer? Dilemma aku hari ni. Haish!

Tuesday, October 26, 2010

Aku si pemurah

Aku balik dari kedai.

Letak helmet kat atas lantai, buat keluar semua barang baru beli, susun teratur.
Roti & telur aku letak atas rak, air botol besar aku letak dala
m peti.

Kawan aku datang kat tepi..

"Oh, teri
ma kasih..susah-susah je." Ujar beliau.

Sopan sekali.
Aku kalau orang yang sopan ni, secara oto
matik perangai aku jadi sopan jugak.

"Sa
ma-sama..." Aku jawab. Bersahaja.

.
.
.


"Oh, nanti siapa-siapa yang nak lulus exa
m, kalau nak minum air tu sila-sila la hulur kat aku seringgit ye.."

Aku pun cepat-cepat
masuk bilik. Dah tahu nak kena sumpah.

Monday, October 25, 2010

Entri Serba Ringkas

Aku janji aku update blog aku bila mood datang balik.

...

Sunday, October 24, 2010

Ini Kisah Aku (Part 2)

Sambungan daripada part 1

***

Teringat pula di dungun, ketika aku masih mentah, aku buat keputusan tanpa berfikir panjang. Tak berfikir apa-apa kecuali pengaruh daripada sekolah dahulu, aku buat keputusan untuk ambil jurusan kejuruteraan elektronik di UiTM Dungun. Teruja untuk belajar. Tapi aku terlupa. Lupa tanya jiwa sanubari aku. Dan sekarang, aku terpaksa abaikan jiwa, tetapi fokus kepada realiti dan terus berjalan. Hidup tak semestinya ikut hati. Aku tiada pilihan. Lari dari keadaan bukanlah cara aku. That’s not how i was tought to be a real man. Oh, itu definisi aku bagi lelaki sebenar. Bukannya yang berotot raksasa dan tangkas bermain dengan dumbell.

Sepanjang aku di dungun aku tidak begitu menghadapi masalah. Walaupun pointer tak berapa nak hebat, tapi aku suka dengan sekeliling. Cuma sesekali aku merungut tentang pembangunan. Aku mula rasakan bahawa Terengganulah yang menyebabkan aku tak bebas. Jiwa aku meronta inginkan hiburan. Aku dahagakan pembangunan. Kononnya. Padahal aku tak berfikir panjang.

Setelah semester 3 diploma melabuhkan tirai, aku diberi tawaran untuk terus sambung ke Shah Alam buat Ijazah. Aku berfikir pendek sekali lagi. Tapi aku tahu, aku tak boleh untuk berterus-terusan buat keputusan yang tepat. Aku manusia. Tak akan lari daripada ralat. Aku cuma boleh memilih satu jalan, dan terus berjalan. Bila aku berjalan, aku tak akan pertimbang yang belakang. Tapi nak tak nak aku kena jadikan sandaran.

Sampailah satu masa aku belajar dengan diri sendiri. Aku tahu, keputusan yang tepat tak selalu datang. Tapi aku masih boleh untuk melayan arus keadaan. Aku tak boleh untuk terus menentang dan maki hamun diri sendiri atas kesilapan aku memilih jalan. Ini takdir aku. Dan aku percaya Tuhan dah sediakan jalan sendiri untuk aku. Selagi aku yakin padaNya, dia pasti sediakan aku dengan yang terbaik. Sudah sampai masanya untuk aku menerima hakikat bahawa halangan adalah hiburan.

Jadi setelah menyelesaikan segala urusan, aku mula berangkat dan memulakan hidup baru di Shah Alam. Satu permulaan baru dalam kehidupan aku. Ya. Tak kisah seburuk manapun keputusan itu, pasti ada hikmahnya. Aku mula membayangkan beberapa peluang yang aku bakal terlepas kalau aku tak sambung ke Shah Alam. Ah. Persialkan segala kerisauan. Ada laluan menanti untuk aku berjalan.

Di sini, pelajaran tak nampak begitu mudah. Tapi mujur dengan izinNya aku berjaya mendapat DL walaupun aku tahu aku yang terendah. Aku mula belajar satu lagi perkara. Pelajaran peting. Ya. Tapi jangan begitu taksub dengan pelajaran. Hidup juga sebenarnya adalah satu kitaran masa untuk kita buat apa yang kita suka. Sekali lagi jiwa aku meronta untuk bebas. Aku perlukan sesuatu yang menghiburkan.

Ketika aku sedang mencari titik hiburan untuk dinikmati di sini, aku mula perasan beberapa perkara. Aku mula terjumpa keunikan negeri Terengganu. Aku mula faham kenapa Terengganu mengasingkan dirinya dari pembangunan meskipun terpaksa dihina dengan kemunduran. Mereka yang menghina itu tidak faham dengan keunikan sebenarnya. Mereka tak sedar bahawa kebudayaan mereka telah pudar dimamah pembangunan. Tapi tak apa, perlu ada negeri seperti Terengganu di Malaysia untuk mengekalkan kemelayuan, dan perlu ada negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur untuk memajukan orang Melayu. Ianya bukan kebetulan. Tapi memang satu keperluan bagi seluruh warga melayu. Padahal berapa ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke barat. Membuktikan walaupun secara dasarnya Terengganu mundur, tapi masih ramai rakyatnya yang maju. Malah rakyat Terengganulah yang bersama memajukan Kuala Lumpur dan Selangor.

Terhenti seketika.

Dan, akhirnya aku tertiarap disini. Di sebuah bilik yang tenang dan aman. Berada di penghujung dan pengakhiran semester 2. Sedar tak sedar, sudah hampir 1 tahun aku disini. Sudah banyak pengalaman dan halangan yang aku tempuhi rupanya.

Sekarang, sedang bersedia untuk final exam. Meskipun mungkin aku bakal berdepan dengan ralat lagi dalam peperiksaan, tapi bagi aku benda ini adalah benda kecil. Apa yang penting adalah life. Gagal dalam pelajaran tak bermakna aku gagal dalam kehidupan. Tapi, itu juga tak bermakna aku tak boleh nak dapat keputusan yang gempak. Aku tahu aku boleh.

Cuma, aku malas.

Nak buat macamana?