Thursday, August 25, 2011

Cerita Pendek 10


Pak Yaakob ambil dua botol air mineral, dijinjit rapi. Sampai di pintu kereta, perlahan diletakkan air tadi. Hazrin terkebil-kebil di tempat duduk penumpang. Matanya galak memerhati di sekeliling taman. 

Kosong. Hanya ada keluarga Cheng Siew sedang berehat di bawah pokok. Anaknya, Fak Choi leka membaca tanpa hirau sekeliling. Hazrin senyum sinis. Heh.

Selesai segala, Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya mereka berdua. Bini Pak Yaakob, Habibah tak ikut sama. Biarlah, urusan lelaki katanya . Tak pula Pak Yaakob membantah. 

Jam ditangan dikerling. 
.
“Alah, lambat dah ni.” Kereta dihidupkan seraya dipandu melaju.

Selang 20 minit, mereka sampai di perkarangan rumah Bomoh Tamsi.  

Bomoh Tamsi kelihatan sudah lama menunggu. Perlahan-lahan Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah gelap-gelap samar. Kesemua tingkap dibiarkan tertutup. Hanya sedikit cahaya menerobos dari dinding tingkap. Hazrin ternganga. Pertama kali jejak kaki rumah bomoh. Bukan calang-calang pengalaman baginya. Penuh alatan-alatan pelik. Puaka.

Pak Yaakob dan Hazrin dijemput bersila menghadap Bomoh Tamsi.

"Jadinya, macam aku cakap tadilah Tamsi. Si Hazrin ni.." Belum sempat dihabiskan coretan ayat, Bomoh Tamsi sudah pun mengangguk.
.
"Biasalah, budak-budak. Nak kena minum air jugak baru menjadi, iye dak?" Balas Bomoh Tamsi bersahaja.

Hazrin celaru. Entah sirius, entah jenaka. Riak muka Bomoh Tamsi yang bersahaja buat dia tidak dapat meneka. Molekkah andai dia cuba menguntum senyuman? Bimbang juga dituduh kurang sopan.Ah, lebih baik diam. Bungkam.

Bila tiada reaksi, Bomoh Tamsi berdehem. Tanpa buang masa, dia terus fokus kepada kerja.

“Bismillah..” Bomoh Tamsi mula baca mantera. Mulut terkumat kamit. Mata pejam rapat. Sesekali derum dengusan kuat membuatkan Hazrin terperanjat.

Selesai alunan mantera, Bomoh Tamsi hembus nafas beberapa kali pada Hazrin. Hazrin sekadar tahan. Biarlah apa harga pun, janji dia dapat yang terbaik.

“Balik nanti, minum dua kali sehari. Sebelum ambil ujian pun minum jugak. Jangan lupa selawat sebelum baca.” Bersungguh Bomoh Tamsi menerang. Hazrin dan Pak Yaakob mengangguk. Muka lega. Masa depan makin cerah.

OOOOOOOO

Hazrin reguk liur. Mukanya kerunyut. Guru kelas, Aspalela mula baca keputusan UPSR.

Beberapa kali Hazrin cuba sedapkan hati. Dia yakin, Bomoh Tamsi sudah menolongnya. Dia sudah banyak minum air, sudah banyak makan kismis, dia juga sudah banyak telan kurma. Pasti boleh, pasti.

“Muhammad Hazrin Yaakob, 1B 4C” Hazrin diam. Bungkam. Celaka, jiwanya makin meruntun. Hati makin tunggang tunggit. Sepotong ayat penyesalan mula berterabur dalam benaknya.

.
.
.

“Fak Choi, 4A 1B. Tahniah Fak Choi.”

Fak Choi pandang Hazrin. Pandangannya mula sinis. Heh!

Saturday, August 20, 2011

[Klasik] Perang di Bulan Syawal

Lepas selongkar balik entri lepas, aku jumpa balik video ni. Tak ada sebab apa pun, cuma saja-saja aku rasa nak repost entri ni.

Nampak macam aku rajin update sikit. Dok gitu?




Macam dah perang zaman kesultanan melaka aku tengok.

p/s - Lepas kilas-kilas balik entri lama, baru aku perasan, jauh juga aku dah menyimpang. Dah tahap sesat bebenor rupanya. Keh3.

Thursday, August 18, 2011

Cerita Pendek 9

Hai, aku Leonel. Aku dahulunya jejaka tipikial di sisi dunia. Sentiasa cuba untuk terbang galak mecari sesuap sisipan cumbu cinta. Mencari sang purnama kononya secantik bidadari syurga.

Hari-hari aku sekadar menanti panahan tajam cahaya cinta. Biar ia terjunam rapat ke dalam hati aku, lalu angkat aku ke bersamanya ke alam maya. Aku sentiasa mimpi, panahan itu datang ketika aku sedang rakus menanti. Biar indah saat itu datang untuk aku hayati. Tapi penungguan aku ibarat tiada tepi, tanpa sebarang bukti ironi untuk meyakinkan hati. Aku sekadar menyaksikan hari berlalu pergi, meninggalkan aku sendiri.

Walau itu semua terjadi, aku tetap percaya pada diri. Biarlah tujahan-tujahan hamburan kesat ejek cuba datang meragut jiwa-jiwa keyakinan aku, aku tetap di sini.

Seolah seperti Superman yang gagah berusaha menyelamat, meski di-lontar dengan kriptonite angkasa. Itulah aku. Cuba menjadi sekental itu, cuba menahan halangan sepejal itu.

Tapi secara tiba-tiba, aku didatangani melankoli-melankoli seni. Membawa ribuan hamburan alunan pujaan untuk aku tatapi dan nikmati. Aku tanpa sedar, menjadi terlalu intim dengan melankoli itu, lantas kekadang timbul intimasi dalam nafsu sanubari. Aku ingin bercumbu khalwat dengan melankoli seni. Biar ia tahu, aku sentiasa bersyahwat.

Melankoli seni yang lembut akhirnya terpaksa menyelamatkan diri. Dia ambil kayu sakti-nya, (mengikut sejarah-sejarah sastera, kayu sakti adalah penawar segala duka, pengubah derita durjana. Dalam bahasa lain, kayu sakti adalah seperti dragon ball dalam versi realiti). Lalu dihayun laju dengan mantera bersemi, memanah aku serakus-rakus amanah.

Aku, akhirnya.

Terperap dalam kotak. Kotak berbentuk hati. Setengah jiwa mungkin berbangga. Alahai comel indah manisnya kotak berbentuk hati ini. Tapi, jiwa itu mungkin tidak tahu. Kotak berbentuk hati yang bersimbolkan cinta itu sebenarnya kota berbentuk punggung wanita. Ya, itulah asal simbol cinta. Simbol punggung wanita.


Wednesday, August 17, 2011

Meena, heroine of Afghanistan. Founder of RAWA.

Setelah 2-3 minggu, akhirnya aku berjaya menghabiskan buku memoir mengenai seorang tokoh di Afghanistan. Iaitu Meena Keshwar Kamal. Beliau dianggap seperti heroin kepada Afghanistan. I don't really know why I read her story, but really, the story is worth to read. Walaupun sisi penulisan yang dibawa oleh Melody Ermachild Chavis (penulis buku) sedikit tidak menyenangkan memandangkan kehidupan tipikal harian dipenuhi dengan ketakutan, pelarian, pembunuhan, dan tembakan, I'd still have the urge to read. Why? Sebab kisar kehidupan Meena adalah demi memperjuangkan Islam yang sebenar. Bukan seperti Islam yang didakwa oleh Taliban dan Al-Qaeda.


And I'd bet, most of the youngster mungkin tak pernah kenal siapa Meena, tak pernah tahu apa itu RAWA. What they know, Afghanistan is a Islamic countries, so it is a good country. Bagi aku, Taliban dan Al-Qaeda sama seperti Amerika Syarikat. Ekstremis, dan menjadikan pembunuhan satu rutin tipikal harian. Sirius, living in Afghanistan is like living in a hell. Lebih-lebih jika anda seorang perempuan.

Okay, let's get to the main point.

Meena adalah seorang gadis biasa. Cuma, dia dilahirkan dalam keluarga sedikit berada. Ayahnya merupakan seorang Arkitek. Back to the old days in Afghanistan, if you're a woman, untuk hidup dan bersekolah adalah satu mimpi. Hanya ada beberapa kerat wanita sahaja yang beruntung. Itupun jika dari golongan yang mempunyai wang. Oleh kerana Meena adalah tergolong dalam golongan yang beruntung kerana dapat bersekolah, dia mempunyai kesedaran tetang pentingnya ilmu, tentang betapa mundurnya orang Afghanistan, salahnya doktrin pemahaman Islam yang dibawa oleh orang Afghanistan dan most important, adalah layanan yang biased terhadap perempuan.

Pembelajaran di sekolah Meena adalah bukan sekadar makan dan suap. Dengan dibantu oleh guru, mereka mengadakan pembincangan terhadap ayat-ayat Al-Quran. Mereka bukan takat melafaz terkumat kamit like most of us do, but they tried to intepret it in the best way. Yeah, you don't have to hold a degree in Islamic studies to intepret Quran.

Dari situ Meena mula ingin mengubah sistem Afghanistan. Undang-undang shariah yang digunapakai oleh Afghanistan ketika itu terlalu ekstremis. Dikaburi dengan pemahaman-pemahaman sempit. Sebab itu layanan terhadap wanita tidak adil. To them, wanita tidak layak buat kerja. Kehidupan wanita adalah di rumah. Dan suami dibenarkan memukul Isteri sesuka hati. To Meena, this is just not Islam. Not the real Islam.

Meena berasa wajib untuk dia memperjuangkan hak ini. Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa marah Meena adalah apabila orang Pashtun mengamalkan diskriminasi terhadap orang Hazara. Pashtun adalah bangsa majoriti di Afghanistan ketika itu. Hazara pula golongan minoriti yang dikatakan berketurunan daripada askar-askar mongol pada zaman Genghis Khan. Orang Pashtun melayan Hazara seperti harta peribadi sendiri. Kebanyakan orang Hazara menjadi hamba kepada orang Pashtun.

Setelah Meena perasan banyak ketidakadilan, dia bangkit berjuang. Setelah tamat sekolah dan berkahwin, Meena menubuhkan RAWA.

Apa itu RAWA? RAWA adalah satu pertubuhan aktivis yang ditubuhkan oleh wanita untuk wanita. Pada awalnya RAWA memperjuangkan hak asas wanita untuk belajar, hak-hak wanita, health care, dan juga kebebasan daripada kelaparan dan keganasan. Tapi selepas Afghanistan menghadapi ketidakstabilan politk dan sering dikuasai golongan agama yang ekstremis, RAWA terpaksa menambah perjuangan mereka untuk menuntut keamanan, kebebasan, demokrasi dan hak-hak wanita.

RAWA bagi aku adalah satu pertubuhan aktivis yang mampu mendokong fahaman moden, walaupun ditubuhkan di zaman agama Islam diinterpret dalam konteks yang begitu sempit. They prove that woman can think better than man.

Sisi kehidupan Meena kebanyakannya bertungkus lumus untuk  perjuangkan RAWA. Eventhough Meena was married, (married to FAIZ) they didn't lived together. Masing-masing mengikut haluan agenda masing-masing. Memperjuangkan idealogi masing-masing. But they still manage to had 3 kids.

Sadly, Meena akhirnya dibunuh pada tahun 1987. Walaupun Meena begitu teliti dalam memperjuangkan RAWA, (jaga keselamatan etc), she was assasinated by one of her most loyal supporters. Dua lelaki terlibat, dan salah satunya adalah Ahmad Sultan. Orang yang sentiasa mengikut Meena. (Tradisi Afganistan, perempuan perlu bawa lelaki ketika berjalan di luar). Dan ironinya, adik perempuan Meena berkahwin dengan Ahmad Sultan. But she's never knew that Ahmad Sultan is the one who killed her sister.


Walaupun bertahun telah berlalu, RAWA still existed till today. Cuba mempertahankan idealogi yang diperjuangkan sejah dahulu. Menentang keganasan di Afghanistan. Selepas Afghanistan dikuasai Taliban, keadaan menjadi lebih buruk. RAWA makin tersepit. Fahaman Taliban lebih ekstremis. Perempuan tidak lagi dibernarkan bersekolah dan bekerja.

And here's the best part of RAWA. Salah seorang ahli RAWA yang berani telah merakam insiden di mana Taliban membunuh seorang wanita di khalayak ramai. Wanita itu disabitkan dengan kesalahan membunuh suaminya, seorang kaki pukul.


 
Lupakan gangguan gambar, tunggu sampai babak akhir untuk lihat tembakan.


Apa yang terjadi di Afghanistan adalah berpunca daripada ekstremis. They all claimed that they bring the purest Islam, tapi hakikatnya mereka lupa pesanan dalam Al-Quran. Iaitu melarang umatnya daripada menjadi ekstremis, sebaliknya lebih kepada sederhana. Tahukah anda, even Taliban ni sibuk ajak berjihad kepada agama, hakikatnya Afghanistan menduduki tempat ketiga negara paling korup dalam dunia. Dipenuhi rasuah. Yet they claimed they bring the purest Islam? Oh, tuhan.

Keadaan di negara kita tidak begitu meruncing, tapi situasi hampir sama. Mempolitikkan Islam. Even azan dan bacaan Quran jadi isu. Question is, sejak bila Islam suruh paksa orang lain terima Islam? Menganggu orang beragama lain demi menunjukkan kesucian Islam bukanlah cara Islam. Jangan jadi ekstremis, please.

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Pendek 8

Bibir Farith kacip rapat. Mata pejam, tarik nikmat. Kepala seolah beralun merentasi neraca minda. Secangkir buih melekat disisi misai. Geliga, ligat mula menunjah derianya. Hati berteriak girang.  

Inilah rasa yang aku cari.

Diputar manja campuran tadi. Kali ini bertambah lagi satu gelas. Kepala beralun mengikuti rentak putaran. Sudah 2 tahun, sejak dia meninggalkan akademi barista. Selama dua tahun itulah, dikerah keringat, idea. Semata untuk cari rasa ini. Untuk cipta kopi sesedap ini.

Selesai semua, Farith letakkan gelas di dalam dulang. Keluar dari dapur, semerta menuju ke arah gadis di hujung kedai. Riak manis menanti dari tadi. Wajah manja pinta kopi.

"Nah, istimewa untuk Lynn." Farith sandar pada kerusi ditepi. Matanya galak memerhati. Rakus, debar. Menunggu reaksi Lynn.

Kalau wajah meruntun manja, menghiris senyuman di muka. Maka itu hari bahagia. Menu baru akan berambah di Cafe Hartamas itu. Melihat jiwa-jiwa yang tersenyum nikmat setelah menghirup kopi seni tangannya, itu satu kepuasan.

"Waah. This is great!" Senyuman Lynn mula menguntum.

Farith sengih, menahan girang yang berlagu dalam hati. Heh, buah hati sendiri dah puji.

#####

Tapi itu semua dulu, cerita lama. Buat seketika, Cafe Hartamas tak henti-henti terima pelanggan. Molek muda, tua, kaya semua singgah. Semata untuk kecap nikmat kopi seni tangan Farith.

Sekarang, Farith sekadar termenung. Menung basi seorang diri ditengah-tengah ruang kedai kosong. Muka berkerunyut. Entah mana silap.

Tiba-tiba Remy datang memasuki cafe. Nafas tercungap.

"Bos, saya dah tahu bos."

"Tahu apa?" 

"Sebab apa tak ada orang datang."

"Haa. Sebab apa?"

"Nah Bos tengoklah sendiri." Remy hulur handphone di tangan. Farith sambut. Facebook terparar.

Kopi di CAFE HARTAMAS telah disahkan haram oleh Jakim. Semua coffee drinks disahkan mengandungi E471 (Emulsifer r 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork). Sila sebarkan. Hubungi JAKIM 03-8886 400 untuk maklumat lanjut.

Farith hela nafas panjang. Cebik bibir. Tangan menggepal tahan amarah.

Melayu, melayu.

Saturday, August 13, 2011

Cerita Pendek 7

Ashraf sandar diri pada kerusi. Meja didepannya dipenuhi dengan pinggan kosong, tadinya penuh dengan santapan berbuka puasa. Nafas dihela panjang. Perut sudah segar dari kekembungan.  

Sekarang masa untuk kerja.  Tanpa malas, kudrat dipulas untuk berdiri.

Riak wajah Ashraf terselit sinis tawa. Fikirannya separa menerawang galak ke alam fantasi. Tersengih memikirkan habuan menanti. Dia melangkah laju ke belakang bangunan, bilik janitor dituju.

Pintu dikuak, perlahan-lahan dia melangkah masuk. Bilik itu kosong, sekadar terisi beberapa alatan janitor. Berhabuk, sekian lama tidak terjamah. Di penjuru bilik, sekujur tubuh gadis terikat rapi pada kerusi. Rintihan perlahan sekadar tersekat pada kerongkong. Kaki terkinja-kinja pinta dilepas.

Ashraf menghampiri dengan sengih mengada. Tangannya membuka plaster di mulut gadis itu.

"Lepas...lepaskan aku.." Kedengaran suara serak-serak manja, letih tak bermaya. Sudah hampir 15 jam gadis itu tidak menjamah makanan. Kali terakhir, sahur pagi tadi.

"Sabar sayang. Nanti lepas kita mesra, abang lepas ya." Baris jawapan Ashraf diserta dengan hila tawa. Bergema sorak suaranya.

Melihatkan rezeki sedia terhidang, Ashraf mula hela nafas kencang. Nafsu berkeroncong pinta dilempias. Sezarah dosa penyesalan sudah tidak dihirau. Padangannya jelas, tertacap pada liuk tubuh menggoda gadis itu. Dari benaknya, tubuh itu meruntum bersorak minta diperkosa.

Saat dia hampirkan bibirnya untuk cumbu manja, gadis itu bersuara.

"Kau..kau tak tahu hormat bulan puasa ke. Dasar jantan.." Tajam alunan ayat dalam nada yang lemah gemalai.

Ashraf henti. Tiba-tiba dia ketawa berdekah. Jiwanya meruntun ingin berbahas segala. Dia tahu, imannya memang sentiasa tunggang tunggit. Ramadan yang hadir kalau boleh ingin dia intim dengan ibadat. Tapi, tadi di pasar ramadan, tika sedang hangat dia bertelagah dengan nafsu makan, jiwanya secara tiba melaju.

"Kau pakai ketat-ketat, tonjol nikmat sedap waktu datang pasar ramadan. Sekarang kau tuduh aku tak tahu hormat bulan puasa?" Ashraf meninggi suara.

Bibir gadis itu tiba-tiba terkacip. Fikiran hingar, hati yang ingin pinta meraih simpati mula gundah gulana. Alahai hukuman tuhan.



Friday, August 12, 2011

Wordcomplex Friday

Pada awalnya aku fikir biarlah aku diam dan membisu. Biarkan isu ini akhirnya perlahan-lahan dilupakan dan tenggelam dalam arus kepesatan kronologi internet. Aku percaya, warga kita intelektual. Warga melayu kita bijaksana. Tapi, one thing menganggu aku. What if- benda ni menjadi cycle. Kehidupan kita memang seringkali berulang, dan isu ini juga mungkin berulang.

Melayu kita terlalu mudah percaya, melayu kita terlalu mudah taksub, melayu kita terlalu mudah menetapkan hukum. Aku serba salah dari mana aku hendak mula susun kata dan baris ayat untuk bercerita. Untuk aku pusing ke 10 tahun yang lepas di mana isu ini mula menular adalah kelakar.

Okey- aku tahu ramai yang sudah terpinga. Aku bercakap soal emel berantai-teori konspirasi-berita palsu and whatsoever yang palsu yang femes di facebook dan twitter - tak lupa blog.

Mungkin kebetulan atau tidak, dalam bulan ramadan ni saja sudah beberapa kali benda ni terjadi. I wonder, apa perkiraan tuhan terhadap perkara ini. Orang kita asyik menyebar dakyah-dakyah palsu yang mana mereka dibutakan dengan kebaikan. Kiraan aku senang, mereka menyebar fitnah. Jadi, dosanya seperti yang termaktublah. Tapi mungkin tak tepat, sebab mereka tak sedar itu palsu. Mereka tak sedar bahawa mereka ditipu. But, salah mereka jugak. Mereka tak selidik, mereka tak kaji. Apa mereka tahu, sebar-sebar-dan sebar. Sebab bagi mereka, this is a serious thing. Islam dalam bahaya. Islam sedang dihancurkan lawan. Apapun, tanyalah ulama/ustaz/orang-yang-pakai-kopiah.

Isu terbaru blogpot, sebelum tu syiling emas, lama sikit starbuck, lama lagi cadbury, lama lagi gegaran dari kerak bumi, lama lagi rangka tulang manusia. etc. Oh, tak lupa isu iluminati dan freemason. Isu kegemaran melayu.

Ya, aku tahu freemason tu betul. Iluminati tu ada. Kau baca perihal Adam Wishaupt. Kau baca Goldman Sachs. Kau tengok the arrival. Kau kaji serba serbi tentang teori konspirasi. In the end, the only thing yang kau jumpa adalah Islam sedang ditindas. Muslim dalam bahaya. Dajal hendak keluar. Pope menguasai dunia. Lalu kau takut, kau bacul. Jadi, kau tulis emel berantai/status berantai. Supaya ramai orang sedar, supaya lebih ramai orang takut, supaya lebih ramai muslim tahu, Islam sedang dihancurkan. Semua ini angkara pope/kristian/kafir laknat.

Soalan aku, di celah mana benda-benda tu boleh tolong majukan Islam. Supaya lebih ramai orang Islam waspada? Heh, kelakar. Waspada setakat mana pun, tak ada benda boleh buat. Dan ini memberi kau satu semangat baru, untuk mendapat sokongan muslim-muslim yang lain- iaitu dengan menunding jari kepada musuh Islam.

Sama ada ini satu habit umat islam sekarang, atau melayu - entah. Suka tunding jari. Bagi mereka, semua orang salah kecuali diri sendiri. Mereka ditindas. Semua orang salah kecuali orang Islam.

Benda ni sama seperti yang berlaku di Selangor- orang kita murtad. Lalu, benda pertama yang kita buat adalah cari individu yang bersalah. Cari anak haram mana yang berani murtadkan orang Islam. Itu prosedur pertama orang kita : cari salah orang. Perihal kenapa muslim tu nak murtad, kenapa muslim tu tergerak hati menyertai musuh, kita tak soal. Kita tak nak tahu. Islam itu betul, jadi kita pun betul. Maka secara matematiknya, mereka yang bukan Islam lah yang salah. Sama seperti yang diaplikasi oleh emel berantai : mereka salahkan orang dahulu.

Islam itu betul. Ya, benar. Tapi bila kita lihat di dunia, Islamlah yang paling mundur. Kenapa? Sekali lagi, kita salahkan Amerika Syarikat, kita salahkan orang kafir yang terlibat. Kita tak nak mengaku, salah kita. Islam itu satu, tapi cabangnya ada banyak. Wahabi, Sunnah dan Syiah. Sunnah terbahagi kepada 4. Hanbali, Hanafi, Syafie, Maliki. Syiah pula terbahagi kepada 3.

Ada dua persamaan disebalik setiap cabang yang terpisah ini. Satu- mereka beragama Islam. Dua - setiap mazhab merasakan dialah yang paling benar. Sebab itu ada orang kata haram ikut imam lain dalam ahli Sunnah. facepalm. Inilah sebabnya Islam mundur. Bayangkan, di persidangan pertubuhan Islam, ketua-ketua dari negara Islam berjumpa dan bersalam. Masing-masing senyum- tak kira mazhab apa. Tapi hakikatnya di negara sendiri, sesiapa yang tidak sealiran dengan haluan yang ditetapkan, akan dipenjarakan.

Berbalik kepada isu emel palsu - kenapa orang kita terlalu taksub? Jawapannya adalah sebab kita suka menyalahkan orang. Kita berpegang pada prinsip Islam betul, jadi kita betul. Dan kita adalah orang yang teraniaya.

Tapi sama ada kita sedar atau tak, orang yang lebih teraniaya adalah orang yang disalahkan dalam emel berantai. Makanan yang halal dituduh haram. Benda yang baik diajak boikot - semua dikaburkan dengan alasan Islam. Sudahlah, satu benda yang dicapai dengan emel berantai adalah Islam makin mundur.

Wait a minute. Mungkin ada yang tanya aku - kenapa aku sibuk bercakap soal Islam sedangkan topik aku pada awalnya adalah emel berantai? Jawapannya : 90% emel berantai yang aku terima akan dikaiktkan dengan Islam. Tak ada pula setakat ni aku dengar atau terbaca emel berantai Kristian ditindas. Kristian mangsa keadaan. Ironi kan?





Saturday, August 6, 2011

Narcicis minda

Masuk hari ni sudah 5 hari ramadhan berlalu. Sekejap, tapi jika diimbau ke belakang, banyak perkara sudah berlalu dan berevolusi. Cuti semester selama 4 bulan sudah hampir tamat. Bila aku imbau, aku dapati 2 bulan sebelum ini sudah aku cicirkan dengan banyak perkara yang aku rasa aku belum buat. Biasalah, manusia mana pernah puas.

Ada pengalaman yang aku suka, ada benda yang aku tak suka. Tapi tak mengapalah, seperti mana benda-benda yang dah lepas, aku biarkan. Aku masih muda, masih banyak masa untuk pergi sana, pergi sini uruskan segala perihal yang hati aku ingin. Walaupun aku sendiri tak tahu sebenarnya seberapa banyak masa yang anda.

If there is one thing yang aku sangat puas hati, adalah kerana aku sempat siapkan novel/copen/kisah separa panjang/ you-name-it- yang pertama. Banyak cacat cela sebenarnya. Plot tak kemas, ayat tak cukup smart, kualiti saspen kurang etc. Aku sedia terima komen dari pembaca di mana kelemahan, supaya aku boleh baiki. Tapi susah, susah aku nak tahu dekat mana yang tak menjadi, sebab rata-rata yang baca adalah orang yang minat hendak baca. Dengan semangat kendiri untuk baca. Jadi mungkin mereka sekadar simpan segala komen sendiri. Atau mungkin juga mereka tak ingin lemahkan semangat orang baru macam aku. Terima kasih je yang aku mampu tuturkan.

Pada awalnya aku mula tulis pemimpi mati tanpa sebarang satu rancangan untuk menjadikannya sebuah novel. Aku sekadar mencurahkan puluhan orgasma ayat yang bermain dalam kepala aku. Aku simpul, aku cantum dan kuntum. Tapi selepas makin lama, otak aku makin bercambah. Banyak pula yang ingin aku karangkan. Ketika itulah aku fikir, why not? I have a whole 3 months nothing to do. Sekadar kerja-kerja cincai yang langsung tak menganggu. Dengan semangat, aku pun mula cipta satu plot dan mengarang. Dan oh, plot pemimpi mati tidaklah begitu kemas rasanya. Sebab segalanya sekadar tercatat rapi dalam kepala aku. Aku rancang di dalam benak sendiri. Sampailah satu masa aku rasa aku perlu corengkan plot ini di atas kertas supaya aku nampak, supaya aku tahu bila masa aku rancang sesuatu keadaan. Tapi itupun sekadar corengan-corengan ayam. Jadi aku perlu admit, aku failed bab merancang. I need to work on that, I guess.

Dan akhirnya seperti yang dirancang, dan selepas hempas-pulas mencari idea sana sini, tersiaplah pemimpi mati. Aku lega. Tapi saat itu timbul satu perasaan baru. What if-, what if tak ada orang pun nak baca cerita ni. Ini memang perasaan yang sangat tak menyenangkan. Time tu aku sekadar fikir, well. Persialkan kalau tak ada orang nak baca. I put all my effort into this. Aku puas hati. Itu aja yang penting. Puas hati.

Mujurlah, selepas seminggu dua, ada juga orang yang sudi membaca. Setakat ini saja, blog pemimpimati sudah mencapai 660 pageview. Tak banyak untuk orang lain, tapi cukup banyak untuk aku. Biarlah tak semua orang yang masuk itu baca sampai habis, tapi sudah cukup bagi aku bila sebanyak 660 kali klik sudah berlaku dalam masa 10 hari sekadar untuk masuk dan menikmati apa yang terhidang dalam blog pemimpimati. Ya, sudah cukup untuk orang baru yang pacar seperti aku.

Enough untuk pemimpimati. Aku sedar satu perkara, benda yang paling banyak aku habiskan masa untuk cuti kali ini adalah membaca. Biarlah, biarlah aku dipaksa hidup dalam satu komuniti yang merasakan membaca itu hanya untuk skema/nerd/ tak cool, juga terpaksa hidup dalam sebuah negeri tanpa kedai buku, aku akan tetap membaca.

Mungkin tak ramai yang ingat, surah pertama diturunkan adalah Iqra. Dan kita tak perlu menjadi seorang ahli agama sekadar untuk mengetahui kenapa tuuhan turunkan surah Iqra untuk pertama kali. Jadi aku harap, nafsu menulis dan membaca tak lari dari jiwa aku.

Thursday, August 4, 2011

Ustaz Wan Abe.

Masuk aje bulan Ramadan ramai orang mula bercakap soal agama. Di facebook, penuh dengan wannabe ustaz menjadikan hadis ataupun fatwa sebagai status. Tak kurang juga jenis yang mempersoalkan kenapa berpuasa tetapi free-hair. Semacam satu tradisi di facebook.

Tapi sama ada sedar atau tak, bagi aku golongan-golongan macam ni lah yang sebenarnya melemahkan agama sendiri. Menunjukkan kebebalan sendiri.



Pagi tadi ada satu status yang dah berkali aku baca. Starbuck disahkan haram, dan starbuck adalah penyokong dana yahudi. Jadi boikot. Ini idealogi golongan wannabe ustaz rsaanya . Ini jenis  tak reti nak membezakan yang betul dan benar - hak dan batil - dalam bahasa ustaznya. Sekarang ni, bukan status facebook yang boleh dijadikan sandaran sama ada sesebuah kedai/agensi/menu/minuman itu haram atau halal. Tetapi jakim. Dan dengan sekadar meletakkan nombor telefon jakim, tapi tukang penyebar status itu sendiri pun tak pernah telefon jakim sebenarnya, buat hape? Ini namanya menyebarkan fitnah. Nampakkah anda wahai wannabe ustaz? Nak tahu halal atau tak, buka google, taip jakim, masuk laman web jakim, pergi ke direktori halal dan search la sendiri. Percaya atau tak, hampir kesemua benda yang dikatakan haram di facebook dengan sumber jakim padahal adalah halal dalam laman web jakim sendiri. Tak caya?

Search sendiri : Direktori halal jakim

Dan untuk pengetahuan, starbucks adalah sebuah fast-food. Ini bermakna sesiapa yang ada modal, dan berminat boleh membuka sendiri cawangan fast food. Makanya, ada pekerjanya melayu, ada pemilik francaisnya melayu. Sumber kewangan dan hidup dieorang adalah bergantung kepada kedai ni. Jadi, dengan boikot sebenarnya kau sendiri memboikot sumber rezeki orang melayu dan islam. Faham? Jangan bagi aku soalan macam : tapi Starbuck tetap penyokong Yahudi, dan diasaskan oleh orang Yahudi. Ini benda yang paling bangang sebenarnya.

Tengok laptop yang kau guna. Kalau guna intel, pergi mamposlah kau dengan ideologi penyokong yahudi. Intel sendiri barangan israel. Facebook? Mark Zuckerberg seorang yahudi. The point is, kita orang Islam terlalu lemah untuk mereka barangan sendiri, tetapi kita ajak orang Islam untuk memboikot semua itu. Hasilnya? Islam yang makin mundur dan mundur. Orang Islam yang jadi pengebom berani mati di Amerika Syarikat tu sendiri sebenarnya orang yang jenis tak bersyukur. Sibuk ajak orang boikot sana, boikot sini, ajak bom sana, bom sini. Padahal makan minum dia daripada sumber yang diberikan oleh kerajaan Amerika. Sumber air disediakan oleh Amerika. Pakaian dibuat oleh orang Amerika. And yet kau nak ajak orang bom amerika atas dasar nama Islam? WTF.

Satu lagi masalah dengan wannabe ustaz adalah jenis yang mengkritik golongan jahil secara membuta tuli. Tahukah anda jika kau paksa  anak buat benda yang dia tak suka, kebarangkalian lebih besar adalah anak itu sendiri akan menjadi rebel-dan makin rebel. Salah seorang tokoh terkenal yang dilahirkan hasil daripada rebel adalah Adolf Hitler. Dia menyertai kem askar semata untuk menunjukkan yang dia rebel dengan ayahnya yang ketika itu mengabdikan diri kepada Austria-German.OK, that's not the point. Motifnya adalah, kau tak boleh nak paksa seseorang untuk mengikut arus agama dengan kritikan dan paksaan. Hidayah datang sendiri dari Tuhan. Bukan dengan  paksaan. Tersalah cara boleh mengakibatkan orang-orang jahil diluar akan terus memilih untuk jahil - Why should they join group yang suka mengkritik orang?. Padahal Ustaz kat luar sana sendiri tak pernah nak mengutuk orang yang jahil.

Daripada sibuk hendak mengutuk orang kafir, boikot sana, boikot sini, baik belajar sains dan matematik dahulu diam-diam. Cipta barang sendiri, produk sendiri. Jangan sekadar meniru hasil orang kafir. Islam tak akan berkembang dengan boikot, pahala tak lebih dengan boikot. Dan daripada sibuk mengutuk orang, belajarlah sampai habis dahulu. Kalau akalnya sekadar sedangkal, jangan dicuba berlagak pandai. Walaupun niat kononnya putih berseri untuk mengajak kebaikan, tapi ada caranya. Bukan sekadar dengan mengkritik membuta-tuli. Ada Nabi pernah mengkritik orang yang tak nak masuk Islam. Ada? Ada? Dan kalau kita rasa kita baik, tak jahil, buat benda betul, tak perlulah nak tulis status yang menunjukkan kita alim dekat facebook. Sebenarnya dengan cara tu, dalam hati kau dah ada sedikit riak. Jadi, apa hasilnya?

Be smart people.

Monday, August 1, 2011

Puasa: Kelaparan.

Esok hari pertama puasa untuk tahun ni.

Sebagai entri pertama di bulan ramadan, dan daripada mengelakkan satu entri khas semata untuk mengucapkan selamat berpuasa, adalah lebih afdhal kiranya kita menerjah jauh sikit ke dasar intipati untuk apa puasa itu sebenarnya? Aku yakin, ucapan -" puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan.",dah beratus kali berdesing di cuping telinga. Soalnya, pernah kita ambil kisah ke tidak?



Ni salah satu sebab kenapa kena puasa: iaitu Starvation. Orang barat-kafir laknat-yahudi-makan babi- yang tak pernah puasa tu tak henti-henti buat kempen untuk menangani masalah kebuluran. Masalah kebuluran ni sudah menjadi salah satu masalah global yang kritikal di dunia ketika ini. And this is what fasting is all about, supaya kita rasa apa ertinya hidup dalam kebuluran, untuk rasa bagaimana menjadi orang yang tak berkemampuan membeli walau secebis makanan. Irony, kita yang diwajibkan berpuasa sebulan dalam tempoh setahun- dapat feel sedikit macamana perasaan orang yang kelaparan - tak sedetik pun nak terfikir dan buat something untuk bantu orang yang berkenaan.

Golongan kaya sekadar sibuk mencari ruang alternatif untuk lebih kaya. Di Malaysia, di mana tempat maju, disitulah golongan kaya akan cuba untuk masuk dan buka empayar. Senang, lebih kaya. Walhal di negara barat, Amerika khususnya, golongan kaya raya akan sibuk berlumba mencari tempat yang masih mundur untuk dibangunkan. Berlumba untuk menjadi syarikat/individu yang memberi keperluan kepada orang yang memerlukan. Secara langsung = profit.

OK - back to the topic.

Melalui kajian - there is enough food to feed everyone in this world. Ini adalah fakta yang serius. Cuma hakikat yang menyedihkan adalah tak semua orang di dunia ini mempunyai kuasa membeli. Tak semua orang mempunyai wang, harta, mahupun apa saja untuk ditukarganti dengan makanan. Jadi apa yang tinggal untuk mereka makan? Kalau golongan tua tak apalah, bagaimana dengan bayi? Mereka seolah sekadar lahir untuk kemudiannya mati disebabkan oleh kebuluran yang padahalnya cukup rezeki disediakan untuk semua orang. Oleh sebab itu setakat ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan menghantar bantuan ke negera-negara yang memerlukan: afrika, bosnia etc. Dana cuba dikumpulkan sana sini. Ratio sebenarnya sekadar RM1/ 1 Dollar per person untuk memenuhi keperluan 1 billion orang yang kelaparan.

Persoalannya, selama mana benda ini boleh diselesaikan?

Menghantar bantuan makanan sememangnya sebuah jalan alternatif yang bagus. Tapi untuk satu tempoh jangka masa yang panjang, benda ini secara perlahan-lahan mengikis sistem ekonomi negara yang diberikan bantuan. Simple: bila ada orang di negara berkenaan yang mempunyai sumber makanan untuk dijual, tapi pada masa yang sama banyak sumber bekalan bantuan makanan yang sampai - let's say cukup untuk separuh daripada population , siapa lagi yang tinggal nak beli makanan yang dijual? Benda inilah yang buat para orang kaya raya yang pening kepala. Ekonomi secara perlahan-lahan menjadi mangsa.Please don't give bullshit like, persialkan ekonomi.

Jadi, daripada kita sekadar sibuk melafaz terkumat kamit selamat berpuasa, baiklah kita cuba sedar kenapa Islam wajibkan kita berpuasa. Sedang kita kabur dengan selera berbuka yang akhirnya terdampar di tong sampah, ada lebih 1 billion manusia yang tak punyai kuasa membeli, yang langsung tidak mampu untuk menikmati makanan yang dibuang itu.



Sedikit fakta - 35 thousand children die each day from hunger and hunger-related illnesses. These 13 million annual deaths can end if society intitiates already known solutions to the issue of ending hunger.