Sunday, November 8, 2009

Warkah buat Penyokong Kelantan

Bola. Secara definisi melalui mata kasar, yakni 2 biji mata yang bulat, ianya merupakan satu aktiviti sihat yang melibatkan proses kejar mengejar satu objek yang berbentuk bulat. Objek bulat itu bukan duit syiling. Bukan guli. Dan juga bukanlah dadu. Tetapi ianya digelar bola.

Nak mengenali bola dengan lebih dekat? Sila beli sabun Breeze pek promosi. Anda akan dapat Bola percuma. Siap ada tandatangan yang digenerate oleh mesin di kilang. Menarik bukan?

Okey. Sudah dengan definisi. Yang uniknya aktiviti ini ialah tangan tidak boleh dipakai sama sekali. Kalau anda pakai tangan, anda akan disepak, diterajang dan diberi kad merah percuma.

Tak apa. Bukan kad saman. Tidak perlu bergegas ke balai polis berhampiran untuk minta diskaun. Tak perlu. Oh, melainkan anda adalah penjaga goal, maka anda dibenarkan untuk menggunakan tangan anda..Ikut suka tangan kanan atau kiri.. Bagi pengejar bola yang lain, pakailah apa jua selain daripada tangan.

Faham? Tu yang belakang tu dengar tak? Dengar? Faham semua? Bagus murid murid.

Semalam Malaysia demam lagi. Demam bola. Entah macamana bola boleh jadi penyakit, aku pun kurang pasti. Tapi demam je. Takde pulak tuberculosis bola. Bola Pox. Hairan jugak aku. Selsema bola pun aku tak pernah dengar lagi.

Pasal game semalam, sukacita aku maklumkan bahawa aku tak tengok langsung game tu. Sebab aku tak minat. Bukan tak minat bola. Tapi tak minat bola tempatan. Panggilah aku lupa daratan. Gelarlah aku tak membantu kemajuan bangsa. Kutuklah aku bersifat pro eropah. Ikut suka kau orang. Hakikatnya aku tetap tak minat. Aku tak tahan tengok bola tempatan. Ketandusan dari segi semua aspek.

Semalam macam biasa, terjadi macam yang aku predict. Tak. Aku tak predict gol. Sia-sia. Tapi aku predict penyokong kelantan buat hal. Aku rasa satu Malaysia dah predict benda ni. Lebih-lebih lagi Hasbullah Awang.

Penyokong Kelantan? Heh. So aku ada sedikit ucapan buat kipas susah mati team Kelantan.

Jom kita baca list:

1) Team Kelantan menang, kau orang diam. Buat-buat sopan. Tapi bila Kelantan kalah. Kau orang buat perangai. Kenalkah kau game bola? Yang mana ada menang, seri dan kalah?

2) Team Kelantan kalah, kau orang mula bakar sana, bakar sini. Dah la team Kelantan terlepas hadiah utama, kene siap sedia kot kene denda pulak.

3) Bila Kelantan kalah, kau lempar mercun. Kau bakar stadium. Apa kau ingat dieorang nak start balik game lepas kau buat camtu? Apa kau ingat dia nak tukar result game dari 3-1 ke 1-3?

"Ohh, demi penyokong Kelantan yang kecut dan tak nak kalah, jadi Negeri Sembilan kalah"

4) Kau orang memberontak, sebab Kelantan kalah. Yang mana sebab Kelantan main macam budak budak. Habis tu kalau kau bagus, kenapa kau tak pergi main? Baru kau rasa macamana bestnya main sambil hujan mercun. Baru kau nak sumpah orang yang lempar mercun tu 7 keturunan.

5) Kau datang stadium awal-awal, cari port menarik. Buat pertama kali bukan sebab nak usha awek. Tapi semata-mata sebab nak tengok game. Nak tengok pemain kejar mengejar bola. Tapi bila team kau hampir kalah, kau lempar mercun. Main mengelat. Lelaki kah kau?

6) Kau orang kerja bidang professional. Nampak hebat gila. Tapi kau tak matang.. Tak nak terima kekalahan. Cuma pandai guna taktik kotor. Macam budak sekolah.

Aku tak sanggup nak buat sampai 10 point. Takut tak pasal-pasal blog aku kene caci maki hamun dan sumpah seranah. Tapi sumpah, aku geram dengan penyokong kelantan. Langsung tak boleh terima kekalahan.

Dieorang telah menjatuhkan lagi maruah bola sepak Malaysia yang telah sentiasa terjatuh.

Jadi sebelum belog aku diserbu. Sekian untuk entri hari ini.



Gambar? Tak jumpa lagi gambar penyokong kelantan.

No comments: