Friday, July 29, 2011

Terengganu, negeri kelahiran Awang Goneng.

Sebagai seorang anak Terengganu jati, aku merasakan adalah satu dosa untuk tidak menyuarakan sebarang pendapat tentang permasalahan di Terengganu. Menghadirkan kembali diri ke sini dalam masa lebih kurang 3 bulan disebabkan cuti semester yang panjang, aku dapat rasakan satu perasaan yang sungguh mencelakakan minda.



Things are going so annoying. Aku seolah hidup dalam satu dimensi dan keadaan yang serba tak kena. Bukan aku nak berbangga dengan dunia luar yang aku diami sekejap, bukan aku lupa daratan- kalau lupa aku tak buat entri ni, bukan nak kutuk serba, tapi. Tapi things are so wrong here.

Terengganu sebenarnya merupakan satu negeri yang dimurahkan rezeki. Di sini sumber petroleum negara didapati. Ini adalah satu sumber yang sangat berharga, mahal dan secara hukum akalnya boleh menyebabkan negeri Terengganu akan kaya raya. Tapi realiti menunjukkan sebaliknya.

Untuk pengetahuan, tak ada shopping complex pun di Kuala Terengganu. Satu-satunya shopping complex terletak di kerteh iaitu mesra mall. Mesra Mall ni hak milik petronas, jadi tak perlulah nak soal kenapa tak letak di Kuala Terengganu dan sebagainya. Ironinya, ada sebuah bangunan yang sepatutnya telah beroperasi sebagai shopping complex sejak bertahun dulunya. Mula dibina mungkin sekitar 1998, kemudian tergendala angkara peralihan kuasa politik, kemudian kembali dibina, then selepas siap kembali terbengkalai mungkin untuk selamanya. Ada 2 kedai sahaja yang beroperasi iaitu di tingkat bawah, letaknya McDonalds & Maxis.

Tak ada siapa yang dapat beritahu aku jawapan yang lengkap kenapa bangunan ini dibiarkan terbengkalai. Kalau tidak menepati syarat keselematan, kenapa ada kedai dibenarkan buka? Dan kalau betul sekalipun, kenapa tak ada kerja pembaikian? Kalau teruk sangat, kenapa tak robohkan je? Membiarkan satu bangunan yang siap bercat tapi terbengkalai di tengah-tengah bandar adalah satu perkara yang sangat merugikan.

Jadi dengan ketiadaan shopping complex, di mana tempat penduduk K.Terengganu membeli belah? Jawapannya adalah Giant dan Mydin Mall. Mydin Mall ni aku syak dan dengar cerita dapat untung dalam berjuta-juta di sini. Tapi Mydin ni sebenarnya pengeluar barang yang kurang berkualiti. Giant yang kelihatan barangnya lebih berkualiti tidaklah begitu mendapat sambutan berbanding Mydin.

Kepada penggemar makanan, Terengganu boleh menjadi sebuah destinasi syurga. Makanan seoalah penjana ekonomi pertama di Terengganu. Pergi ke mana-mana, penuh dengan restoran dan gerai makanan. Tapi, kebanyakan kedai sekadar cukup makan. Asal boleh dapat untung namanya. Hanya ada beberapa kedai yang aku respek seperti NR-Cafe, The 2 Cafe, Ananas, Tropix, dan 2 3 kedai lain lagi. Kebanyakan kedai di sini langsung tak ada konsep.

Perkara yang paling buat aku terklilan adalah kedai buku. Buku memainkan peranan bagi aku, bukan takat sebagai satu hobi klise, nerdy dan geek, tapi buku adalah satu senjata penting dalam pembangunan umat manusia. Buku penting dalam meningkatkan tahap pemikiran, gaya hidup, daya saing, kreativiti dan sebagainya. Tapi sekali lagi menyedihkan aku, hanya ada satu kedai buku yang itupun bukanlah 100% menjual buku. Buku yang dijual pun tidak banyak. Hanya ada Popular yang letaknya pun di mesra mall,kerteh. Ini bagi aku adalah satu kedaifan yang amat sangat.

Ini semua disebabkan mentaliti minda penduduk disini sebenarnya. Daripada susah payah hendak belajar itu belajar ini untuk buka sebuah kedai yang lain dari yang lain, baik mereka sekadar buka kedai makan. Senang. Semua orang tahu memasak, ramai orang tahu cabang yang mana hendak masuk untuk buka kedai makan, semua orang makan. Jadi tunggu apa lagi? Kedai buku? Mana nak dapat buku? Ada ke orang nak baca buku? Berapa modal nak buka kedai buku? Semua ni tak ramai yang tahu nak menjawabnya. Ada pun yang tahu hanyalah cina. Melayu kat sini bila sebut aje cina, mula nak melatah. Tak ngam. Makan babi katanya. Daripada duk fikir ada ke tak market kedai buku kat sini, cuba tengok cina yang buka kedai buku tu. Jangan tengok kereta, tengok rumah. Cina memang tak main show off kereta besar macam melayu kebanyakan tu.

Fast food? Hmph. Setakat McD, Keepsi dengan Pizza tu bersepahlah. Tapi yang ni boleh terima akal lagi la sebab rata-rata melayu memang tak ada modal nak buka fast food. Buka kedai warung sikit pun dah sibuk jumpa bomoh mintak pelaris, minta hantar saka bagai. Cemana nak majunya?Itu belum masuk kedai lain-lain lagi. Kedai cenderahati ada berapa je. Butik. Heh, cuba cakap butik apa aje yang ada dekat bandar Kuala Terengganu ni? Daif tengok tahu tak. Tahulah baju batik tu nampak melayu, tapi baju tu ke korang nak pakai tiap-tiap hari?

Kedai hobi memang mungkin tak pernah ada dekat sini. Sama ada tak ada orang yang tahu macamana nak buka kedai hobi, atau memang orang Terengganu tak suka hobi-hobi ni. Aku pun tak faham.

Mentaliti rakyat masih lemah, suka buat benda yang tak payah nak susah-susah sangat. Budak-budak remaja pun bukan main hancur aku tengok. Banding negeri lain, aku rasa negeri ni la paling ramai melahirkan mat rempit. Tiap-tiap petang cuti umum, cuti hujung minggu penuhlah satu bandar dengan mat rempit. Lebih-lebih area pantai. Polis kadang-kadang kena bodoh aje di mat rempit. Paling dramatik pun bawak kayu, naik moto kejar rempit. Apekejadahnye? Mat rempit beribu-ribu, polis naik moto setakat 5-10 orang. Kalau betul ikhlas, bawak la lori sekali kasi angkut motor suma.

Kerajaan bawah pimpinan Ahmad Said ni aku tengok tak adalah bebal sangat. Banyak kemajuan dia buat. Tapi dia tak cuba bawa rakyat mencuba satu benda lain, sekadar memperbetul apa yang rakyat salah buat. Contoh, masalah mat rempit. Dia tak bagi alternatif atau tunjuk benda lain untuk mat rempit buat, tapi dia sediakan medan untuk berlumba secara sah. Benda-benda macam ni dah lama sebenarnya buat, tapi hasilnya bukan makin kurang orang merempit, malah makin ramai yang merempit membabi buta kat jalan raya. Nak salahkan siapa? Tak boleh juga salahkan mat rempit, rata-rata puak rempit ni dari ceruk hulu. Kat sana tak ada apa. Kedai karaoke pun tak ada, wayang toksoh cakap. Bola pulak tak semua ada bakat.

Sebab itulah ada seorang rempit yang ketika ditemubual oleh 360 dengan lantang bersuara:

"Kami tak ada apa lagi yang henda dibuat pada hujung minggu. Tak ada wayang, tak ada shopping complex, tak ada pertandingan bola, yang ada cuma moto. Apa kami nak buat lagi? Rempit ajelah."

Mungkin benda ni normal bagi orang lain, dan biarlah dia. Tapi bagi aku, selagi tak ada individu yang main peranan dalam hal ni, selagi itulah negeri Terengganu ni akan terus jadi kerdil dan hanya kaya dengan adat dan budaya yang padahal makin luntur aku rasa.

Wednesday, July 27, 2011

Pemimpi Mati

Alhamdulillah, akhirnya cotengan separa panjang saya telah siap. Walaupun mungkin tidak begitu seberapa, tapi kepuasan menyiapkan sebuah kisah pendek adalah begitu mengujakan.

http://pemimpimati.blogspot.com/

Blog khas untuk kisah pendek pertama saya.

PEMIMPI MATI.

Entah kenapa, saya terpilih tema cinta yang pada hakikatnya begitu asing sebenarnya. Tapi tak mengapalah, tema cinta ni rasanya hip juga.

Harapnya ada yang sudi membaca yek.

Saturday, July 16, 2011

PHD

.

Badan Tomi kejap. Berderau darahnya. Ingin saja dikuatkan semangat dan pinta bayaran. Benda lain dia tak berniat masuk campur. Pizza dah terhidang di atas meja. Bayaran RM 25.50 cik. Eh, puan rasanya.

"Are you mad?" Tengking lelaki berbadan tegap. Dari muka, riaknya bengis. Kalau tak polis, mesti askar. Atau pun mungkin juga ahli perniagaan. Masakan polis dan askar boleh pakai Audi? Desis Tomi. Ahli perniagaan juga perlu bermuka bengis. Baru pekerja tak naik kepala. Tomi masih tak bergerak. Dari tadi pinggannya dipeluk perempuan muda disebelahnya. Berdasarkan resit, Elly namanya.

Kepala Tomi runsing. Celaka, kalau tak bayar pasti gaji kena potong. Tapi, lelaki di hadapannya masih tegap. Takut juga. Sekali penumbuk, tak terbangun aku nanti. Alahai, kerja macam ni pun ada risiko rupanya.

"No. He is my new boyfriend. You can go Remy!" Jerkah Elly seraya menguatkan pelukannya. Nafas Tomi kencang. Lepaskan aku, Rumah 2205 masih menunggu aku. Tapi dia pendam. Namun kata-kata itu sekadar tersekat di kerongkong.

"No he's not. He's pizza guy, Ingat I tak tahu?" Balas Remy. Kerongkongnya kering. Ubunnya mula gatal.

Tomi sudah tak tahan. Nanti gaji kena potong, masak. Aku perlu duit.

"I'm with her right now. I love her. Now, boleh tuan pergi? Jangan kacau Elly lagi?" Matanya tenung ke dalam mata Elly. Lepaskan aku lepas ni.

Remy renung tajam. Kalau boleh dia ingin hadiah penumbuk. Tapi biarlah. "Fine!" Seraya itu dia capai kunci keretanya. Bam! Pintu ditutup kuat.

Tomi tersedar dari lamunan. Nafas ditarik. Dia masih berbaring malas. Di tepinya, Elly masih lena tidur. Senyum. Hai, siapa sangka. Jadi penghantar pizza pun boleh cari jodoh bini?

....

Saturday, July 2, 2011

REVIEW : PECAH

Setakat ni, dua tiga perkara dah aku selesaikan. Kerja, hampir setel. Biasiswa, pun hampir. A better life? Coming soon.

The only thing that i learned from my holiday was, kalau tak boleh hadapi masalah, tak apa. Lari je. Itu pandangan aku yang cukup konkrit sekarang ni. Lebih kepada realist, daripada idealist. Well, hidup bukan drama, cerpen mahupun komik dan manga. Kadang-kadang kita perlu give up, kadang-kadang kita perlu kalah. Kalah is kalah. No matter for what reasons.

*********

Sejak dua menjak ni, buku menjadi sumber hiburan aku. Meskipun dengan ekonomi yang cikai, aku masih dapat beli beberapa buku. Well, aku tak kisah belanja terhadap buku. Aku boleh terogasm ketika membaca.

Fokus aku sekarang ni terhadap fiksi. Lupakan seketika buku politik dan agama. Mari berorgasm dengan sedikit fiksyen. Dan untuk fiksyen sekarang ini, dah tentulah buku FIXI. Baru pulp dan urban. Kata oranglah.

Buku pertama aku baca adalah PECAH. Well, this is the best book i've ever read. Serius. Ianya ibarat membaca buku Aliya Elyana karya Vovin dahulu kala. Tanpa sebarang ayat-ayat romantik karat, geli-gelian, skema, hatta nerd sekalipun.

Gaya bahasa, agak tinggi. Mungkin tidak sesuai untuk mereka yang dahagakan bahan bacaan sempoi. PECAH membawa pembaca menjadi pemikir. Seolah sedang berfikir di atas papan chess. What happen after this. What should we do? Plot-plot yang disusun dengan teratur sekali bakal membuatkan pembaca sentiasa saspen.

Pada setiap penghujung bab pula sama seperti pengakhiran setiap episod drama korea. Terasa bersalah kalau berhenti membaca. Hati terkinjal-kinjal mahu tahu apa cerita. Apa kes. Apa jadi. Apa kaitan? Dan buat seketika mungkin pembaca akan bersuara, WTF?!

Ending? Mungkin tak seperti yang aku harapkan. Tapi untuk menghubungkan setiap watak di dalam novel dengan permulaan latar yang berlainan, mengkaitkan dengan setiap plot, motif dan sosial adalah sesuatu yang tak tercapai akal aku.

Sirius, kalau mahu berjinak dengan dunia novel, tapi takut termuntah akibat karatan-karatan ayat, bacalah buku ini. Guarantee, kepala akan ligat.