Saturday, October 30, 2010

Hari ini

Minggu exam ni sebenarnya tak begitu mengokong.

Cuma aku terlalu muak dan letih dengan segala suapan yang tak mengikut giliran. Mungkin aku perlukan ketenangan.

.
.
.

Terengganu. Jangan lupa sambut aku pulang..

Friday, October 29, 2010

Cerita hari ini

Duduk.


Fokus.

.
.
.
.
.




"Mana mood study ni??!"

Dem.

Thursday, October 28, 2010

Antara bisnes, kanak-kanak dan mamak.

Tetiba teringat zaman dulu-dulu, sewaktu aku masih kecil. Zaman yang mana aku belum kenal apa itu dunia, siapa itu perempuan dan apa fungsinya manusia. Dimana akal aku masih belum boleh berfungsi secara sendiri. Perlu ada suapan dan bimbingan untuk berdiri dan memerhati.

Secara automatiknya, apa yang aku tahu pada masa itu adalah keriangan. Aku ingin sentiasa riang. Bagaimana aku boleh riang? Dah tentu dengan bermain. Aku tak peduli apa pasal orang sekeliling aku sedih. Ada yang bunuh diri. Ada yang sepak terajang. Apa aku kisah? Lantak lah. Dieorang tak jumpa cara untuk riang agaknya. Fikir aku pada masa itu.

Satu satunya benda yang penting dan perkara yang paling sirius pada waktu itu bagi aku adalah bermain. Wajib bermain kurang-kurang 6 jam sehari. Hampir-hampir sama jugalah dengan waktu kerja pekerja sektor awam sekarang ini. Begitu berdisiplinnya aku ketika itu.

Dan aku juga masih ingat jenis permainan yang menjadi kegemaran aku pada waktu itu, iaitu...


Ding Dang bersama-sama tora!

Benda ni bagi aku berseni. Terlalu banyak unsur-unsur keunikan yang susah untuk diterangkan.

Macam ni ajelah, kau tengok kedai sekeliling kau. Cuba ingat balik, sejak zaman kau kecik sampai sekarang, dah berapa kali kedai tu bertukar tuan. Dan berapa kali kedai tu tutup, rombak, buat baru, buka, then tutup balik? Cuba ingat. Flip flop dunia. Aku yakin dah berkali-kali.

Tapi benda ni tak. Adik aku dulu pun sempat lagi main. Malah adik aku yang baru darjah satu still lagi main benda ni. Kalau fikir-fikir balik, berapa sangat untung syarikat dieorang dapat atas satu jualan produk ni? Tak banyak mana pun kalau nak banding dengan syarikat-syarikat besar yang tutup dek kegawatan ekonomi masa 1998 aritu. Tapi, still syarikat ni tak lingkup-lingkup. Lain ceritalah kalau syarikat lain dah ambil alih produk ni. Yang tu memang aku tak tahu menahu.

Cuma satu benda yang aku tahu. Syarikat ni bukan saja buat satu produk untuk keuntungan, tapi dia buat satu produk yang orang lain akan ingat sampai bila-bila. Dia buat satu produk yang menjadi nostalgia dan memori indah bila kau dah besar panjang dan jadi orang yang kurang berguna.

Tak caya? Pergi mana-mana, jumpa orang yang umur dalam linkungan 20-an, tanyalah apa itu Tora, apa itu Dingdang. Pasti dia akan gelak, dan wajah akan jadi berseri.

See?

Nak berbisnes bukan susah pun. Cuma jangan duk fikir untung je. Macam kedai mamak khulafa ni, aku makan tengahari pun kat RM 10. Ape cer? Dilemma aku hari ni. Haish!

Tuesday, October 26, 2010

Aku si pemurah

Aku balik dari kedai.

Letak helmet kat atas lantai, buat keluar semua barang baru beli, susun teratur.
Roti & telur aku letak atas rak, air botol besar aku letak dala
m peti.

Kawan aku datang kat tepi..

"Oh, teri
ma kasih..susah-susah je." Ujar beliau.

Sopan sekali.
Aku kalau orang yang sopan ni, secara oto
matik perangai aku jadi sopan jugak.

"Sa
ma-sama..." Aku jawab. Bersahaja.

.
.
.


"Oh, nanti siapa-siapa yang nak lulus exa
m, kalau nak minum air tu sila-sila la hulur kat aku seringgit ye.."

Aku pun cepat-cepat
masuk bilik. Dah tahu nak kena sumpah.

Monday, October 25, 2010

Entri Serba Ringkas

Aku janji aku update blog aku bila mood datang balik.

...

Sunday, October 24, 2010

Ini Kisah Aku (Part 2)

Sambungan daripada part 1

***

Teringat pula di dungun, ketika aku masih mentah, aku buat keputusan tanpa berfikir panjang. Tak berfikir apa-apa kecuali pengaruh daripada sekolah dahulu, aku buat keputusan untuk ambil jurusan kejuruteraan elektronik di UiTM Dungun. Teruja untuk belajar. Tapi aku terlupa. Lupa tanya jiwa sanubari aku. Dan sekarang, aku terpaksa abaikan jiwa, tetapi fokus kepada realiti dan terus berjalan. Hidup tak semestinya ikut hati. Aku tiada pilihan. Lari dari keadaan bukanlah cara aku. That’s not how i was tought to be a real man. Oh, itu definisi aku bagi lelaki sebenar. Bukannya yang berotot raksasa dan tangkas bermain dengan dumbell.

Sepanjang aku di dungun aku tidak begitu menghadapi masalah. Walaupun pointer tak berapa nak hebat, tapi aku suka dengan sekeliling. Cuma sesekali aku merungut tentang pembangunan. Aku mula rasakan bahawa Terengganulah yang menyebabkan aku tak bebas. Jiwa aku meronta inginkan hiburan. Aku dahagakan pembangunan. Kononnya. Padahal aku tak berfikir panjang.

Setelah semester 3 diploma melabuhkan tirai, aku diberi tawaran untuk terus sambung ke Shah Alam buat Ijazah. Aku berfikir pendek sekali lagi. Tapi aku tahu, aku tak boleh untuk berterus-terusan buat keputusan yang tepat. Aku manusia. Tak akan lari daripada ralat. Aku cuma boleh memilih satu jalan, dan terus berjalan. Bila aku berjalan, aku tak akan pertimbang yang belakang. Tapi nak tak nak aku kena jadikan sandaran.

Sampailah satu masa aku belajar dengan diri sendiri. Aku tahu, keputusan yang tepat tak selalu datang. Tapi aku masih boleh untuk melayan arus keadaan. Aku tak boleh untuk terus menentang dan maki hamun diri sendiri atas kesilapan aku memilih jalan. Ini takdir aku. Dan aku percaya Tuhan dah sediakan jalan sendiri untuk aku. Selagi aku yakin padaNya, dia pasti sediakan aku dengan yang terbaik. Sudah sampai masanya untuk aku menerima hakikat bahawa halangan adalah hiburan.

Jadi setelah menyelesaikan segala urusan, aku mula berangkat dan memulakan hidup baru di Shah Alam. Satu permulaan baru dalam kehidupan aku. Ya. Tak kisah seburuk manapun keputusan itu, pasti ada hikmahnya. Aku mula membayangkan beberapa peluang yang aku bakal terlepas kalau aku tak sambung ke Shah Alam. Ah. Persialkan segala kerisauan. Ada laluan menanti untuk aku berjalan.

Di sini, pelajaran tak nampak begitu mudah. Tapi mujur dengan izinNya aku berjaya mendapat DL walaupun aku tahu aku yang terendah. Aku mula belajar satu lagi perkara. Pelajaran peting. Ya. Tapi jangan begitu taksub dengan pelajaran. Hidup juga sebenarnya adalah satu kitaran masa untuk kita buat apa yang kita suka. Sekali lagi jiwa aku meronta untuk bebas. Aku perlukan sesuatu yang menghiburkan.

Ketika aku sedang mencari titik hiburan untuk dinikmati di sini, aku mula perasan beberapa perkara. Aku mula terjumpa keunikan negeri Terengganu. Aku mula faham kenapa Terengganu mengasingkan dirinya dari pembangunan meskipun terpaksa dihina dengan kemunduran. Mereka yang menghina itu tidak faham dengan keunikan sebenarnya. Mereka tak sedar bahawa kebudayaan mereka telah pudar dimamah pembangunan. Tapi tak apa, perlu ada negeri seperti Terengganu di Malaysia untuk mengekalkan kemelayuan, dan perlu ada negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur untuk memajukan orang Melayu. Ianya bukan kebetulan. Tapi memang satu keperluan bagi seluruh warga melayu. Padahal berapa ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke barat. Membuktikan walaupun secara dasarnya Terengganu mundur, tapi masih ramai rakyatnya yang maju. Malah rakyat Terengganulah yang bersama memajukan Kuala Lumpur dan Selangor.

Terhenti seketika.

Dan, akhirnya aku tertiarap disini. Di sebuah bilik yang tenang dan aman. Berada di penghujung dan pengakhiran semester 2. Sedar tak sedar, sudah hampir 1 tahun aku disini. Sudah banyak pengalaman dan halangan yang aku tempuhi rupanya.

Sekarang, sedang bersedia untuk final exam. Meskipun mungkin aku bakal berdepan dengan ralat lagi dalam peperiksaan, tapi bagi aku benda ini adalah benda kecil. Apa yang penting adalah life. Gagal dalam pelajaran tak bermakna aku gagal dalam kehidupan. Tapi, itu juga tak bermakna aku tak boleh nak dapat keputusan yang gempak. Aku tahu aku boleh.

Cuma, aku malas.

Nak buat macamana?

Ini Kisah Aku (Part 1)

Kipas berputar dengan rakusnya. Suasana tenang. Langsir sedikit terbuka, membolehkan sedikit ruang untuk cahaya memasuki bilik yang gelap ini. Buku, kertas, wayar bersepah. Menandakan sudah lama bilik ini tidak diservis. Itu belum dikira lagi alat tulis serta kalkulator yang bergelimpangan bagaikan tiada tuan.

Aku meniarap di satu sudut. Berlapikkan tilam yang tak begitu empuk. Selesa sekali aku dikerumuni buku yang bersepah. Kaki bergoyang. Kepala terangguk-angguk. Asyik melayan lagu monoloQue. Lirik yang santun dan penuh unsur kemelayuan. Memang sesuai untuk dilayan ketika sepi begini. Sambil membaca buku “Malaysia & The Club of Doom”.Kontra, tapi satu padanan yang bagus.

Manusia-manusia yang lain sedang rancak berbincang diluar dekat ruang tamu. Formula dan penyelesaian dibahaskan. Teori terkumat-kamit dibibir masing-masing. Begitu asyik menghafal. Aku saja tidak turut serta, malas.

Setelah beberapa muka surat, aku membaringkan diri aku menghadap syiling. Sepi.

Tersenyum. Aku mula berkhayal. Membayangkan kembali peristiwa-peristiwa lama. Ah. Kenangan lama susah untuk dilupakan. Tak kisahlah sedih atau gembira.

Aku teringat ketika aku di sekolah menengah. Aku merupakan pelajar yang biasa-biasa sahaja. Tak hebat apa-apa. Matematik paling lembap. Masih teringat aku mengekalkan rekod 3 tahun tanpa lulus matematik sehinggalah PMR yang mana aku berjaya dapat B. Pasti sebab skema permarkahan direndahkan.

Heh. Siapa yang menyangka aku yang lembab matematik dahulunya kini seorang pelajar kejuruteraan. Biarpun result aku sedikit celaka, aku membuktikan bahawa matematik tak perlukan bakat. Sebaliknya memerlukan keringat dan kesabaran.

Aku teringat pula ketika aku di menengah atas. Aku berkawan dengan mereka yang taksub terhadap matematik. Orang yang berkepala matematik ni bahaya. Tak payah susah-susah nak belajar penuh semangat, sekali dua buat latihan dah dapat result yang gempak. Aku ingat bagaimana kawan-kawan sekeliling aku mempengaruhi aku untuk lulus matematik.

Matematik, walaupun satu ketika dulu aku elergik tapi sekarang aku dah energetik bila mendengarnya. Bukan lagi musuh aku. Tapi teori dan formula bakal dan sentiasa menghantui aku.

Itu kisah di sekolah.

Saturday, October 23, 2010

Life As We Know It

Bosan dengan dunia, kecewa dengan circuit, maka aku pergi melayan perasaan di TGV dekat Jusco Bukit Raya.

Konfius nak tengok cerita dengan label "sangat kelakar" atau "ketawa tak henti-henti, jadi aku pilih cerita yang tak ada label. Senang.

Tajuk : :Life as we know it.


Bagi aku cerita ni sangat padu dengan gabungan hero serta heroin yang mantap. Siapa tak kenal Katherine Heigl & Josh Duhamel? Sila angkat tangan dan sila google sekarang.

Dan lepas tengok cerita ni jugak aku rasa dia patut letak label ketawa tak henti-henti. Sumpah lawak cerita ni.

Jalan cerita yang ringkas dan simple. Romace tak melampau. Penuh dengan lawak dan ketawa. Memang tak rugi aku tak study demi cerita ni. Thumbs up.

Maaf tak dapat nak tulis panjang-panjang, masa tak mengizinkan.

rating aku bagi ; 4/5

Sekian.

Thursday, October 21, 2010

Decode bahasa Isyara Rooney

Petikan eurosport

Ok. Kepada sesiapa (terutamanya peminat mu), yang kurang faham, kurang mengerti dan tak mahu faham, biar aku terangkan secara ringkas maksud disebalik ayat rooney.

Kalau kita lihat, dia cakap "leaving to win trophies"

Tak payah nak decode macam kod binary, octal mahupun BCD, sebab dia bermaksud,

.
.
.
.

dia tak rasa mu akan menang banyak tournament season ni.

Kah3x.

Tuesday, October 19, 2010

Entri beraneka jenis.

Time study week ni terasa terlampau banyak pula yang nak dibaca.

Dari yang berkaitan dengan engineering, sehinggalah dunia sekeliling. Dari communication, power, electronic kepadalah ketidakseimbangan dunia, politik, sukan dan muzik.

Ini bermakna aku masih lagi tercari-cari satu subjek untuk diterokai. Sirius. Aku tak pernah dapat minat dan mengkaji sesuatu benda untuk satu tempo yang lama. Ya. Aku tergolong dalam orang yang cepat bosan. Termasuklah perempuan. Satu lagi isu yang komplikated.

I think i'm a bastard in the eyes of woman. Sebab bila sampai satu tahap, aku akan cuba melarikan diri. Cari bermacam jalan penyelesaian. Selalunya full of crap. Ajaibnya segala nonsense dan lame excuse yang aku bagi diterima. Well, doesn't matter if what I said is true or not, as long as the objective is achieved, that's enough. Dan akhirnya aku sendiri akan rugi.

***

Salah satu benda yang penting ketika aku teraba-raba subjek untuk diminati, adalah buku. Secara jujurnya, dah banyak buku aku cari, tapi susah nak jumpa yang betul-betul serasi dengan minat aku. Susah. Mahu tak susah kalau aku sendiri tak tahu apa yang aku cari.

2 buku dapat tarik minat aku sekarang ni. Buku tulisan Syed Akbar Ali bertajuk "Malaysia and the Club of doom". Lagi satu The Secret.

Buku Syed Akbar Ali dah pun aku start baca. Setakat ini masih lagi berjaya menarik minat aku. Penuh kritikan dan idealogi yang menarik. Beliau jelas nampak apa yang kita kabur. Satu benda yang menarik minat aku ialah sebab dia rujuk kepada Al-Qur'an secara dasarnya. Lupakan apa yang dikata 'cara islam', tengok dan rujuk Al-Qur'an balik untuk asas yang kukuh dan faham perkara yang sebenar.

The secret pula sebenarnya dah aku khatamkan cuti semester yang lepas. Tapi itu dalam bentuk ebook (pirate). Tak lain sebab harga buku tu agak menikam jiwa raga untuk aku beli. Jadi aku download. Tapi perasaan dan objektif buku tu kurang puas dinikmati bila dalam bentuk ebook. Jadi nak tak nak aku cuba mencari hardcopy. Terjumpa di library intec. Tunggu masa untuk aku pinjam.

***

Berkenaan bola, aku dah tulis beberapa carutan berkaitan perihal yang aku tak puas hati.

Boleh baca kat sini.

Stereotaip


***

Aku sedang dalam proses menulis cerpen. Dulu diawal time aku berblogging, aku dah pernah tulis cerpen hasil dorongan dari Dark. Dan hasilnya 100% celaka. Seperti budak tak reti menulis. Seolah-olah calon BM Julai.

Jadi sekarang aku cuba untuk buat fresh start. Harap-harap menjadilah.


Sekian.

Monday, October 18, 2010

Update Minggu Ini

Study week dah mula mencelikkan mata, at least mula menghiburkan aku dengan dunia tanpa kelasnya.

Aku tak balik kampung. Berbekalkan sedikit perasaan dan keinginan untuk lulus dengan jayanya dalam final, aku menguatkan iman untuk terus kekal di Shah Alam.

Cuma, itu baru sekadar cubaan untuk tak balik.

.
.
.

Belum lagi cubaan untuk study. Haish!

Wednesday, October 13, 2010

Ini cerita aku nak cerita

Bila otak dah lesu, time ni lah kita perlukan segala apa jenis benda yang boleh hiburkan minda.

Biar kekecewaan yang dialami semasa menghafal serta memahami teori yang kompleks dan serabut terubat.

Mungkin benda ini telah dijadikan sebagai pasangan. Yeah. Good things always come in pairs.

Kalau aku, lagu tu memang sentiasa mengiringi aku time study. Kalau tak ada, maka agak mustahillah aku nak study. Ye. Begitulah jahiliahnya student seperti aku.

Jadi bila dah letih, otak tak boleh nak hadam, mata tak boleh usha, dan fikiran dah tak boleh nak catch up, aku kena henti. Lari daripada muzik. Jauhkan diri daripada sebarang teori ilmiah.

Time ni kebiasaannya aku akan cari alternatif yang simple. Hiburan yang ringkas, tapi berkesan. Bukan sembarangan hiburan kerana kalau silap boleh buat mood aku lari, dan terus-terusan caci maki satu hari.

Selalunya, aku pilih untuk layan Chuck. Tak pun House. Tapi sekarang, ada satu lagi boleh buat minda aku jadi tenang.

The Big Bang Theory.

Cerita dia ringkas, padat dan berkesan.

.
.
.
.


Walaupun sumpah sikit pun aku tak faham lawak dia.

Apa aku kisah. Janji boleh buat aku tenang.

Monday, October 11, 2010

Makan Malam

Dilemma malam-malam.

Restoran berkelengkapan internet dengan kelajuan snailmyx tapi dengan kehadiran tikus.

atau.

Restoran bekelengkapan internet tanpa boleh akses internet tapi tanpa kehadiran tikus.


Bikin gua runsing saja. Senang-senang gua makan kat kedai takde tikus, online kat kedai ada tikus. Selesai.

Papehal, esok gua MUET. Harap gua boleh tiru slang sam bunkface.

Sunday, October 10, 2010

Update Ringkas

Walaupun malas, tapi tetap kena update.
Itu adalah idealogi seorang blogger yang tegar.

.
.
.

Ya. Aku cuba untuk update tanpa sebarang isi.

Lihat entri terbaru di

eyemeroll.com

Friday, October 8, 2010

Peperiksaan

Lagi tinggal 1 minggu sebelum study week.

Tanda-tanda angin serta ribut kencang bakal bermula. Muet. Test. Exam. Benda ni bakal serang aku serentak. Aku dah nampak benda ni awal-awal lagi. Seawal cuti raya. Tapi aku tak kisah.

Bodohlah aku kalau sibuk nak mencari alasan, mencari titik-titik penafian semata-mata untuk melarikan diri dari cabaran semasa. Cabaran seorang pelajar. Pengalaman. Penting beb.

Kalau orang tengok peperiksaan dari sudut ilmiah semata, itu dieorang punya pasal. Dieorang punya suka kalau nak fikir yang peperiksaan tu semata-mata untuk menguji kebijaksanaan dan kemahiran menghafal. Aku pun pernah fikir macam ni.

Ya. Memang peperiksaan menguji kecekapan menghafal semata.

Kalau kau tengok realiti, keadaan semasa, berapa banyak daripada pekerja hari ini yang masih menggunapakai apa yang dipelajari semasa masih belajar dulu untuk buat kerja? Aku jamin tak ramai. Tak ramai yang masih ingat apa yang dia belajar. Lepas exam, semua lupa.

Kalau bidang engineering, tengok dekat lab, dekat tempat kerja, pasti ada buku rujukan. Buku tu jugak yang digunakan untuk buat analisis, perkiraan dsb. Kalau realiti boleh tengok buku, kenapa tak peperiksaan? Bukan ke salah satu objektif setiap universiti adalah untuk mendidik dan melahirkan pelajar seperti yang dikehendaki oleh industri?

Sebab tu aku rasa pointer tak penting langsung dalam menentukan pelajar mana paling cemerlang. Pointer cuma boleh dijadikan penanda aras.

Bagi aku peperiksaan adalah ujian mental. Ujian mental awal untuk dunia sebenar.

Bodohlah orang yang gila berbangga dapat pointer tinggi-tinggi.

Monday, October 4, 2010

Semalam

Semalam aku letih yang teramat. Letih mengalahkan mat bangla. Lagi letih dari pekerja khidmat sosial yang buat kerja terpaksa suka rela.

Tapi, walau letih macamana pun aku tak lupa tunaikan hobi sunat. Iaitu online dan cek segala perihal online. Benda ni kalau tak buat, mau boleh buat aku tidur tak lena, mimpi tak basah mana dan kadang-kadang boleh tersalah siaran mimpi ngeri. Aku tak nak benda macam ni terjadi.

Jadi berbekalkan semangat dan tenaga-tenaga ikan yang ada aku tetap pergi online kat mamak.

Aku cari tempat spesifik. Ni bukan nak online ringan-ringan. Jauh sekali nak online buat assignment. Jadi port kena betul-betul strategik. Selesa, jauh dari orang, spesifik untuk teropong awek, dan yang penting privasi. Benda privasi ni benda sensitif. Aku pantang benor kalau ada mamat yang duk tengok aku upadate blog. Awek takpe.

Lepas jumpa, aku order apa jenis minuman dan makanan yang patut. Buka laptop, sambung keyboard baru dan terus online dengan lahapnya.

Lepas dekat sejam, tengok kat tv ada bola. Man City lawan. Syok jugaklah. Teringat pulak Chelsea nak lawan Arsenal. Tapi lambat lagi. Berbekalkan tenaga yang ada, aku rasa memang tak cukup. Jadi aku batalkan niat nak stay kat situ sampai start game Chelsea.

Tanpa melayan Man City, aku terus online dan buat hal-hal yang patut.

Tengah syok, tetiba datang 3 orang budak kampung mana entah datang duduk kat tepi meja aku. Apekejadah? Fikir aku. Berlambak meja serta kerusi kosong kat lain, sebelah aku jugak nak dipilihya? Hensem sangatkah aku ni? Gaykah mereka? Tapi tak apalah, bukan meja aku. Alih-alih, datang lagi satu group. Mula duduk lepak macam pelesit sekitar aku.

Ini bikin amarah aku mendidih. Segala neuron-neuron marah yang selama ni meyepi mula aktif, Ramai tak ramai. Aku nak online. Segala carutan mula bermain di otak dan dijampi di bibir pada kadar yang perlahan.

Kalau ikutkan hati memang aku nak marah.

Tapi.

.
.
.
.
.
.

Dieorang pakai jersey Chelsea. Team peminat Chelsea agaknya.

Macamana aku nak marah?

Takpelah. Aku undur diri. Moga Chelsea menang ye! Mencarut aku dalam hati.

Sunday, October 3, 2010

Update Ringkas

Hujung-hujung minggu macam hari sabtu dan ahad ni amat-amatlah rugi kalau tak diimarahkan dengan jayanya.

Jadi, dengan penuh iktikad aku beserta Anas dan Syafik merancang satu pengembaraan tanpa arah tujuan. Baru betul-betul adventure dan remaja!

Maka tanpa sebarang bantuan arah angin, peta mahupun gps kami merentasi jalan raya ke mana-mana yang kami suka. Sunway Piramid, downtown Cheras dan Time Square menjadi sasaran.. Lokasi epic yang dirancang iaitu Batu Caves terpaksa cancel last minute.

Banyak pengalaman aku dapat.

Tidur pun sempat 2 jam je.

Tapi, yag penting aku dapat enjoy dan cari balik feeling yang aku hilang buat sekian lama.

Friday, October 1, 2010

Kaitan Kepercayaan dan Perasaan

Aku duduk menghadap makanan. Nafsu makan mula membuak. Saiz perut yang kecil kedian cerita.

Si A duduk dihadapan aku. Dengan santapan yang lebih kurang sama.

Disebabkan nafsu amarah membuak, masing-masing terus menikmati santapan dengan lahapnya. Seolah-olah menjadi hamba kepada santapan.

Tiba-tiba si A mengacau mood aku yang sedang ghairah melayani kenikmatan dengan memecahkan keheningan.

" I think love is actually about how you trust each other.." Sirius dengarnya.

Ini bermakna aku harus menukar mood sirius. Aku perlu mula menyusun metafora yang tak kisah apa janji berunsurkan sirius.

Dengan kadar segera aku membalas,

" Nope. I think love is actually about how you trust yourself, in falling in love with the person who you trust the most."

Padat. Penuh keyakinan.

.
.
.
.
.
.

Walhal aku sendiri kurang memahami isi tersirat di sebalik ayat tersebut. Penuh pengalaman konon. Keh3x.