Friday, October 16, 2009

Jangan Tunjukkan Kebodohan Anda Dengan Berlagak Bijak

Aku tak kisah kalau ada orang nak berbangga depan aku..
Tunjukkan kepandaian beliau..

Aku tak pernah kisah..
Kadang-kadang kalau aku kisah pun..
Aku buat-buat tak kisah je..

Kita idup ada prinsip. Baru boleh maju.
Dan aku memang berpegang kepada prinsip.

Jadi aku cukup pantang kalau aku jumpe orang yang bertentangan dengan prinsip aku.


Pantang.


Kalau anda benar-benar terer, aku akui ketereran anda.
Kalau aku jelez sekalipun, aku still akui ketereran anda.

Mudah kan prinsip tu?

Yang menyusahkan...

Kalau anda tak terer.
Tapi,
Buat-buat macam terer.

Itu aku cukup Pantang.

Tolongla brader.
Kalau kite dah tak terer.
Jangan la buat-buat terer.
Belajar la dari orang yang betul-betul terer.

Jangan nak tunjuk pandai la. Sebab tu akan menunjukkan betapa bodohnye diri kita.
Cuba berlagak depan orang yang lagi pandai adalah satu sifat yang amat bodoh.

Jangan berangan nak bercakap,
Kalau ilmu kita tak ada.
Jangan plak suke-suke menambah sendiri ilmu.

Kita tak pernah tahu betapa susahnye satu benda tu.
Dan kita tak akan tahu macamana cabaran sesuatu benda.
Melainkan kita pernah rasa sendiri benda tu.

Bercakap dan lihat.
Tidak boleh membuktikan apa-apa.

Jadi tolonglah..
Jangan tunjukkan kebodohan anda,
Dengan berlagak pandai.

2 comments:

penjenayah merah jambu. said...

oh,aku pun tak suka orang macam ni.
samalah macam orang yang tak tahu apa-apa pasal apa-apa yang aku dan kawan tgh bincangkan,tiba2 masuk campur,tapi tak tahu apa-apa.cakap macam bagus je,bila aku tanya,"pernah guna?","tahu tak benda tu tak praktikal?" dan dia jawab "entah,tak tahu,tak pernah guna".

then,kenapa cakap macam bagus gila hah?
attention?please lah,so cheap.

eyemeroll said...

oh..
mereka itulah kaum-kaum yang tak sedar diri.

haha