Thursday, March 31, 2011

Rumah Hantu Versi Intec

Pagi tu, gua bersiap-siap pergi kelas macam hari-hari biasa. Mata kuyu lagi, tanda gua tidur tak cukup. Gua tidur memang tak pernah cukup kalau hari biasa. Gua bukan macam orang lain tidur 6-7 jam sehari. Gua kena tidur 9 – 10 jam. Sama dengan jadual tidur bayi. Baru gua cukup efektif dan produktif. Tapi gua tahu, lecturer tak nak ambil tahu semua ni, dia mana ada belajar perihal jadual tidur manusia. Jadi gua pendamkan saja.


Kelas hari tu 2 jam saja. Lepas tu kosong. Menandakan gua boleh sambung tidur lepas kelas. Study memang dah tak pernah terlintas dalam kepala otak.


Gua pergi kelas cincai-cincai aje, duduk borak-borak, online fesbuk, kemudian siap-siap balik. Gua mesej Dayang, bagitahu gua dah nak balik. Tak boleh tak mesej, nanti dia mengamuk. Gua juga yang susah.


Sebelum sampai rumah, gua pekena dulu roti telur 2 3 biji. Kasi hadam cepat-cepat. Nanti sampai rumah senang nak flush balik dalam jamban. 


Dipendekkan cerita, gua balik dan sampai rumah. Gua duduk rehat 2 3 minit, Dayang mesej suruh gua pergi teman dia masuk rumah hantu dekat intec. Bulu gua meremang. Gua sebenarnya bukan penakut, tapi gua elergik hantu. Rumah hantu sekalipun. Tapi sama macam kes lecturer gua tadi, Dayang bukan nak terima alasan macam ni, jadi gua akur. 


Gua cuba takut-takutkan Dayang 2 3 kali dengan harapan dia takut dan tak jadi nak masuk. Maka tak perlulah gua nak berhadapan dengan hantu jadian tu semua. Imej gua pun terjamin. Tapi skill gua tak menjadi. Dayang berkeras juga. Dem! Gua akur aje.


Sebelum masuk rumah tu, gua terkumat kamit lirik lagu nasyid. Yang mana gua ingat gua hentam aje.  Allahu, Imam Mutiara dan Keluarga bahagia antara top list feveret yang gua hafal.


Time nak masuk, gua terlekat dekat pintu masuk saja dekat 2 3 minit. Kena tarik. Tak, bukan hantu yang tarik. Tapi Dayang. Tak nak masuk. Tadi beriya.  Kalau ikutkan hati gua, gua nak buat-buat sweet dan ajak Dayang balik, tapi gaya tu tak macho. Tak gentlemen. Jadi gua terik Dayang masuk juga. Konon-konon berani.


Gua masuk, gelap gelita. Celaka, sikit habuk pun tak nampak. Dalam kepala gua dah boleh bayang hantu tu nak main-main dengan kejantanan gua. Tapi gua jalan juga. Jumpa hantuk sekor dua. Boleh tahan juga syirik muka hantu tu. Tak boleh jadi. Depan awek, mana boleh tunjuk bacul. Ini bukan lelaki namanya.


Jadi, gua buka henset.

Pasang lampu. 
 

Maka berjaya la gua keluar dari rumah tu dengan selamat dan kemachoan terjamin.

Thursday, March 17, 2011

17/3/11

www.hentamberambang.blogspot.com

Bye-bye for a while folks.

Sunday, March 6, 2011

One Step Closer

Mungkin saya, perlukan sedikit masa, untuk mengasingkan diri dan mencari segenap ruang untuk menjadi apa yang belum pernah saya jadi.

Jadi,



Blog ini akan kekal disini, tapi saya akan aktif di blog lain seketika. Kepada sesiapa yang merindui (kalau ada), sila pm facebook dan saya akan beritahu link blog baru saya.

Sekian.