Wednesday, October 7, 2009

EGO

Lelaki.

Egonye melampau-lampau. Begitu melampau. Atau dalam erti kata lain egonye bertingkat-tingkat.

"Lagi tinggi dari KLCC" Ujar sahabatku dengan penuh semangat.

Aku mengangguk. Tanda aku setuju dengan beliau. Ego lelaki memang tak boleh dinafikan, mengalahkan perempuan.

Kalau lelaki bercakap, pasti diselit kehebatan dirinya. Bagaikan dialah raja. Dialah penguasa. Dialah segala-galanya. Tiada manusia lagi hebat darinya. Begitulah lelaki.

Jarang sekali aku mendengar lelaki bercakap mengenai kelemahannya. Agak susah untuk mendengar perbualan itu.

Lebih-lebih lagi apabila dengan perempuan. Itulah penambah perisa kepada ego. Dihadapan perempuan, ego lelaki naik berganda-ganda. Kemachoannya amat dijaga rapi. Kerana disitulah letaknya ego lelaki.


Jadi....


Apakah yang akan terjadi

Apabila seorang lelaki...
Tewas kepada wanita...

Dalam pertandingan chess?


Teruna saya hilang mak...isk3..


Bengang tol. Hilang mood aku malam ni.


5 comments:

Unknown said...

umpama hilang virginity... erkk!!~~
ahaha...

hurmm...
susah nak cari laki yang humble. . .

eyemeroll said...

tau xpe..
malu siot..haha

sehumble2 lelaki tu..
ego die mesti tinggi jgk,,

eik`S noName said...

huhu..milo xpe2 aku tau gane perasaan mu....
lph ni kite lwn...tgk sape ......

Anonymous said...

ala. bagi alasan standard la.

"awak tu pompuan. saja saya bagi awak menang.

eyemeroll said...

@eik- heh..no hal..set time & place..i'll be there..hehe

@macha- hoh..x terfikir plak aku nk gune ayat tu..xpe2...aku bgtau minggu dpan kat die..haha