Thursday, September 9, 2010

Entri Malam Raya

Update sempena syawal.

1) Penyimpan Mohon Besar dah umum sejak semalam lagi, esok raya. Sepanjang aku kecik, sampailah aku besar, orang sama je yang duk umum raya. Gila dedicated beliau. Tak pencen!

2) Trend pertama kali di facebook, orang ramai pakat wish raya guna gambar yang di'alter' menggunakan photoshop. Kad maya elektronik katanya. Ini bermakna satu kesenian dan juga kebudayaan dah hilang. Tak ada lagi posmen hantar kad raya. Setem dan sampul surat kat pejabat pos pun dah tak laku dah. Tokei-tokei kedai yang jual kad raya semua nampak pening. Bisnes dah tak jalan. Ada yang kutuk dan caci maki. Ini semua gara-gara si yahudi Mark Zuckerberg katanya. Aku bercadang nak sarankan beliau tubuh satu kelab "I Hate Mark Zuckerberg" dekat facebook. Masuk akal tak? Tapi apa-apa pun, satu lagi trend dan kebudayaan baru dah tercipta. Dunia dah maju. Ye dok?

3) Mesej raya pun dah berpusu-pusu masuk dalam henset. Aku syak telefon aku dapat kejutan budaya malam ni. Kadar mesej masuk melampaui batas. Kalau dulu rata-rata paling maksima 2 mesej per hari termasuk mesej celcom, sekarang tetiba dapat 20 mesej per hari. Uniknya, ada beberapa mesej sama. Paling kelakar, siap ada mesej dari orang lain, tapi kat bawah ada trademark orang lain. Sah-sah mesej forward.

4) Bagi menghormati kawan dan juga sebagai adat bersosial, agak kurang sopanlah kalau aku tak balas mesej tu semua. Meskipun mesej forward, aku rasa lebih afdhallah kalau aku balas. Tapi aku balas dengan unsur minimalis. Tak main mesej lawa, ayat berayat segala. Mesej aku cuma "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". Cukup kan?

5) Bila aku main internet je, mula ada suara sumbang kutuk-kutuk aku. Tak reti nak menolong? Aku sebagai anak soleh, terpaksa redha je. Nak buat macam mana, family aku ni pandai mengugut. Tak main ugut baju raya, tak boleh berbuka puasa segala. Dia main kasar. Ugut potong internet. Ah sudah. Kalau tak ada internet, mau kejutan budaya aku kat dalam rumah ni. Macam mana nak feel raya kalau internet tak ada? Jadi, aku yang memang dah sedia rajin ni terpaksalah rajin-rajinkan diri lagi.

6) Tadi, 8.30 malam 9 september, yakni beberapa jam sebelum raya, aku baru merajinkan kaki drive kereta ke bandar semata-mata untuk mencari songkok dan butang baju melayu. Sebelum ni tak terfikir pulak nak cari. Malam-malam ni baru gelabah. Biasalah. Aku dan perangai aku. Ayah aku pun buat muka selamber je tadi. Aku ingat mau nak ceramah politik 30 minit kat aku pasal tak cari awal-awal. Ok. Berbalik kepada suasana di bandar. Aku ingatkan hardcore dia punya jem, tapi tak. Salah. Jalan punyalah kosong! Maybe orang lain ramai-ramai pakat duk kat masjid kot. Bagus betul orang negeri aku!

7) Ini point panjang berjela.

Jadi ramadhan secara rasminya dah melabuhkan tirai. Suka aku renung dan imbas balik suasana ramadhan di Malaysia. Tak kisahlah dimana-mana, sebab corak dan celoteh manusianya sama.

Bermula 1 ramadhan, kita menyambutnya dengan penuh girang. Ramadhan. Bulan yang menjemput kepada kebaikan. Maka 1 ramadhan, berpusu-pusulah orang pakat ke masjid untuk solat terawih.

Bila tiba 15 ramadhan, angka-angka di masjid tadi susut. Lagi susut dari saham proton. Daripada angka kasar di awal ramadhan, secara tiba-tiba, angka tersebut susut separuh kepada separuh angka tadi. Selepas kajian dibuat, para pengkaji mendapati terdapat unsur-unsur konspirasi di situ. Dicelah manakah?

Mereka-mereka yang susut bilangannya di masjid ini tak lain tak bukan masing-masing sibuk memperjuangkan wang-wang mereka di tempat beli belah. Wanita dengan kerakusannya , lelaki dengan kebimbanganya. Di sini kehebatan wanita terserlah. Kerakusan wanita dalam soal 'shopping' memang tak terlawan oleh kaum lelaki. Kalau selalunya kaum ini cepat letih dan lemah bila puasa, tapi tidak bila berhadapan dengan baju, beg dan kasut. Lelaki pula ada yang baut-buat letih. Terkejut agaknya tengok nafsu bini/gf yang shopping sampai lupa diri guna duit siapa.

Tapi, sedarkah kita. Hakikatnya Aidilfitri itu adalah untuk mereka yang telah berhempas-pulas menunaikan ibadat sewaktu ramadhan. Sedangkan majoriti daripada kita meninggalkan ibadat sewaktu ramadhan, semata-mata untuk menyiapkan diri demi Aidilfitri?

OK.

Jadi dimalam yang sejuk , internet separa lembab dan mesej sama tak henti-henti masuk ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN (SHR,MZB)

Sekian.

p/s : Aku tak tahan nak rasa masakan raya ni. Dah lama gian nak rasa lemang yang betul-betul true.

2 comments:

alkisah said...

bro, raya ni kau ada pos kad raya tak?

eyemeroll said...

Gua sejak azali lagi memang takde bagi kad-kad raya ni. Keh3x.