Monday, September 6, 2010

Kupasan sejarah hidup laptop

Ini kisah hidup ringkas sebuah laptop.

Hidup sebuah laptop sangat susah. Tak semua benda boleh jadi laptop. Kalau kau ambil lampu jadi laptop, konfem tak lama lepas tu akan pecah. Laptop tak boleh sensitif. Begitu susah sekali nak jadi laptop.

Hidup laptop mencabar. Laptop kena tahan tekanan. Setiap hari, kau akan ditekan. Tu tak kira lagi pengguna yang ketagih game typing. Kalau ada, nescaya lagi tertekan hidup laptop. Ditekan, ditekan dan terus ditekan. Tanpa belas kasihan! Tapi tak apa, kau ada teman. Nama tikus. Kadang-kadang tikus kongsi beban tekanan dengan laptop. So sweet~ Oh. Itu pun dengan mengabaikan gamers tegar. Kalau ada, hidup laptop tu sentiasa di hujung nyawa.

Hidup laptop kena berilmu. Pengguna laptop selalunya lembap. Dan tak ada otak berkapasiti tinggi. Jadi laptop kena berilmu. Kena tinggi kapasiti. Laptop tak boleh contohi tuan dia. Tak boleh masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Setiap kali ada input, laptop kena ada output. Output pulak kena simpan. Tak boleh hilang. Kalau hilang jugak, siaplah laptop. Nescaya dihipnosis (format) oleh tuan empunya. Hilanglah memori kanak-kanak laptop sejak dalam kilang lagi.

Hidup laptop kena jadi penghibur tegar. Kau kena pastikan, pengguna kau suka guna kau. Tak tensen. Bila dia bosan, kau kena bagi dia dengar lagu. Bila dia bosan lagi, kau kena bagi dia tengok movie. Gambar kena bagus. Sound kena elok. Kalau tak jangan harap ada orang nak beli kau.

Hidup laptop kena gagah perkasa. Tak boleh lembik. Laptop ada seorang musuh. Nama virus. Tapi dia ada sedara. Sedara virus ada pelbagai kaum. Ada kaum malware, spyware, adware, dan macam-macam lagi. Benda alah ni pantang kalau laptop tu lembik. Mesti dia nak rasuk laptop. Sebab itu laptop kena upah bodyguard. Tapi bodyguard laptop tak adalah ganas-ganas. Tak sampai tahap 3, 4, mahupun 5 line, tak sampai tahap perkasa, pekida dan sebagainya. Bodyguard laptop simple. Nama pun cute je. Contohnya panda, avira, kaspersky.

Susah betul nak jadi laptop ye!
.....

2 comments:

Iman's Umi said...

Kelakarlah kau...hmm sebut antivirus, laptop akak dlu ok je guna avira free, skali beli avira premium, semua dia detect smpi autorun dlm broadband dia block...rasa cam nk buang je Avira Premium x senonoh tu.

eyemeroll said...

Ish3x..bodyguard tu gila kuasa nampaknya.