Monday, September 20, 2010

Double Triple Multiple Entri!

Akhirnya sampai jugak aku di Shah Alam.

Lepas hantar anas. Merewang aku sorang-sorang kat Sungai Buloh. Cuak jugak takut tersesat. Bukan cuak apa. Cuak kena bayar tol. Haish!

....

Tentang situasi aku sekarang.

Bila entah "feel" nak mari balik.

Sebab ni la kadang-kadang aku cuba untuk bersikap anti holiday. Sebab bila dah cuti, segala mood dan pemikiran yang tengah aktif akan jadi pasif balik. Bila dah habis cuti, semua tu perlukan masa yang lama dan persekitaran yang segar barulah nak aktif balik macam asal. Dan perasaan sementara masa tu nak sampai memang rasa macam celaka.

Tapi. Secara praktikalnya, holiday is holiday. Sama ada berfikir secara rasional ke tak. Cutilah masa untuk kita menikmati hidup. Cutilah yang memberikan masa untuk kita menjadi kita. Supaya otak menjadi tenang. Jadi, tak kisah apa yang bakal aku rasa, cuti perlu dinikmati.

***

Uniknya kali ni aku bawak kereta ke Shah Alam. Moto memang dah keluar dari topik.

Ini maknanya kebebasan. Kat mana aku nak merantau, lari dari keadaan, lepak-lepak, tergantung kepada aku. Asalkan duit masih tersemat di dalam dompet. Heh!

***

Aku tiba-tiba jadi malas nak update pasal bola. Bukan sebab tak ada feel. Juga bukan sebab bola dah tak ada seni.

Tapi sebab bola dah tak mengancam.

Tengok Chelsea. Menang memanjang. Baru 1 bolos. Apa ni? Bukan nak berbangga, mecarut atau riak. Tapi mana dia feel tengok bola? Mana perasaan saspen. Mana feeling sedih. Ye la, macamana nak sedih bila result pun dah tau?

Real Madrid pula aku tak reti nak cerita. Permulaan dia teramatlah slow. Mourinho tak jumpa lagi rentak rasanya. Saspen? Ada jugaklah. Cuma, satu kekurangan la liga adalah sebab dia tak ada banyak team yang hebat macam celaka. Yang ada cuma barca, real madrid, dan Valencia.Mana lagi team lain?

Selain daripada Barca VS Real. Real VS Valencia dan vice versa, mana lagi super (hujung minggu) game?

***

Malam ni ada dinner dekan. Aku rasa macam sial.

Buat apa aku pergi kalau pointer cukup makan? Dah tentu berbanding dengan orang lain yang ada time dinner tu, pointer akulah yang paling rendah.

Aku bukan cendekiawan. Aku bukan nerd. Dan aku tak hidup untuk study. Pergi celakah anda dengan anugerah anda.

Kalau ikutkan hati memang aku tak nak pergi. Tapi aku dah tersangkut dalam situasi mustahil. Dalam satu keadaan yang mana kalau aku melarikan diri, pasti aku tak lari dari soalan-soalan sumbang. Oleh mereka-mereka yang dari awal dah tahu tahap aku belajar.

Lagipun, dah orang bagi. Tak baik menolak. Ye dok?

***
Dah cukup rasanya. Tak boleh nak update panjang lebar.

Sebagai penutup. Aku bagi satu situasi kenyataan separa bodoh yang berlaku kat dalam kelas aku tadi.

***



"Melayu memang macam ni..."

.
.

" Bodoh!"

Kata lelaki melayu itu.

Aku syak dia bercakap dengan cermin.

Sekian.~

7 comments:

Cik Iylia Syafiqah said...

hehe..means dat u t'golong dlm student yg akan terima award la kan?
confuse**

alam said...

betul la apa ko kata pasal cuti tu..setuju3

orang-orang said...

lelaki tu patut cakap cam nie

"meleis memang macam ni...bodoh!"

eyemeroll said...

@ iylia - Dapat. Tapi tulah..susah nak explain. hehe

@ alam - dah lama tak tengok ko komen.

@ orang2 - aku syak dia tak pernah dengar pun meleis tu. haha

Cik Iylia Syafiqah said...

ha!susah explain??**tinking why!**
haha...

alam said...

wah,ko rindu komen aku ke milo.nanti aku komen slalu kalau tahap kerajinan aku 120%

eyemeroll said...

@ iylia - senang nak explain, tapi susah nak fahamkan. hehe

@ alam - aku ingat ko dah tak baca blog ni. hahaks.