Thursday, September 30, 2010

muzik dan study.

Dato Fadzilah Kamsah merupakan salah seorang tokoh pemberi nasihat yang aku kagum.

Semua nasihat dia berasas. Tak terlalu mengikut dan menekankan teori semata. Tak banyak petua-petua seperti "kita seharusnya bla bla bla.." mahupun "kita sepatutnya blablabla".

Jadi, bila dia mengeluarkan satu teori nasihat yang sirius. Aku pun sirius.

Dia kata, jangan study sambil dengar lagu. Sebab apa? Aku tak ingat. Tapi mungkin sebab tak berkat. Seingat aku lah. Kalau salah sila tokok tambah. mungkin jugak sebab otak kita tak boleh nak hadam 2 input pada satu masa yang sama.

Aku tak berkemampuan untuk melawan. menuduh teori itu tidak berasas adalah satu tindakan kurang siuman. masakan aku berdaya hendak melawan teori yang dikeluarkan oleh tokoh pemberi nasihat. Sedangkan beliau di mata aku seorang yang terlebih otai.

Apa yang aku buat? Aku ikut cara-cara saintis dan jurutera. Cuba aplikasi pemikiran dan gaya ahli sains.

macamana?

Apabila ada masalah macamni, kita kena buat eksperimen. Kan dah ada objektif, jadi mudah.

Caranya, aku sebagai subjek. Dan muzik sebagai apparatus serta laptop sebagai instrument. Procedure? Study!

Aku pun dengan penuh semangat dan tawakal memulakan sesi pembelajaran tanpa kehadiran apparatus iaitu muzik.

Hasilnya, tak sampai 5 minit aku mula tidur.

.
.
.
.
.

Lagi cepat aku tidur berbanding 10 minit dengan kehadiran muzik.


maaf Dato'. Saya terpaksa tolak teori Dato'.

Tuesday, September 28, 2010

Gossip Facebook

Jom bergossip pasal facebook.

....

Selepas berfikir panjang, maka aku mendapati tak salah kalau aku menggunakan facebook untuk bersosial dengan dunia luar. Dah nama pun jaringan bersosial. Ye tak?

Jadi, aku buat keputusan berani mati iaitu untuk approve kesemua 150 friend request yang aku hold buat sekian lama. Tekad. Biarlah. Tak salah berkenalan melalui facebook ni. Mungkin menarik. Aku menyedapkan hati sendiri.

Semua mereka-mereka yang asing dan tak dikenali termasuk beberapa orang yang aku anti aku approve. Biarkan. Tak berisiko sangat. Aku meyakinkan hati aku lagi.

Ah. Lagipun mungkin ada beberapa kerat yang add sebab kenal aku melalui blog. Aku mula berusaha keras mencari point-point untuk dijadikan sandaran yang berasas. Ye la. Aku tak kisah kalau orang add sebab kenal aku ikut blog. Blog ni bagus.

Tapi.

Malam tadi. Sedang syok aku online, melayan diri sendiri dengan segala maklumat di hujung jari, ada 2 orang yang approach aku punya facebook chat. Aku syak Ik, tak pun Syafik. Paling-paling optimis la tu.

Rupanya tak. Yang ping aku tu adalah 2 orang yang aku baru je approve. Tak kenal. Asing. Biarlah. Mungkin peminat blog. Aku mula lupa diri dan berangan-angan. Jadi aku pun layan.

Sambil-sambil layan, aku perasan style chatting yang pelik dan begitu out dated. Maka aku merajinkan diri aku untuk membuat sedikit kajian peribadi keatas 2 orang humo sapien yang tak dikenali tersebut.

Lepas sedikit research.

.
.
.
.
.


Dem!

Kenapalah bengap sangat aku pergi layan.
Seorang tu umur 15. Seorang lagi umur 14.

Masing-masing sibuk cari teman nak mengawan agaknya.

Cepat-cepat aku remove from friends.

Monday, September 27, 2010

Review Cerita

Hari ni aku nak update review cerita yang aku dah layan minggu ni.

1. Resident Evil.

malas nak cerita panjang pasal movie ni. Awal-awal lagi dah tau yang jalan cerita dia bosan dan tak hebat. Cuma sebab terlampau bosan dan sebab-sebab sampingan yang lain, aku tonton jugak. Efek ok la. Jalan cerita tak ok. Jadi overall tak best.

2. magika.

Lepas dengar sinopsis dan serba sedikit komen dari mereka-mereka yang terlibat dalam pembikinan cerita ni, aku decide untuk pertaruh wang aku keatas cerita ni. Sebab apa? Sebab dari apa yang aku dengar, dan sinopsis yang aku baca, jalan cerita dia macam unik. Lain dari yang lain. Lagipun , berunsurkan budaya dan lagenda melayu. Lagi la aku suka.

Dan lepas tengok, aku memang puas hati. Satu kelainan dari Edry.

Cuma kekurangan cerita ni adalah sebab terhad. Ramai pelakon-pelakon otai dalam cerita ni. Tapi semua muncul sekejap-sekejap je. masa terhad.

Lagi menarik, walaupun cerita ni menghimpunkan watak-watak lagenda, tapi dia ubah perwatakan watak lagenda tu. menarik bukan?

Lawak pun menjadi dan tak basi. Paling aku suka lawak Sabri Yunus ketika bercakap dengan Puteri Gunung Ledang. Kritikan dan bidasan yang lawak, tapi penuh dengan makna.

Efek animasi pun cukup hebat. Tak keterlaluan la kalau aku samatarafkan animasinya dengan cicakman.

Sebenarnya panjang kalau aku nak cerita satu persatu. Jadi secara ringkasnya, walaupun ada sedikit kekurangan, tapi bagi aku tetap mantap. Satu kelainan bagi industri perfileman di tanah melayu. Thumbs up!

3. Liar Game movie.

Sirius. Aku kecewa.

Tak banyak saspen dan perkara-perkara yang tak boleh diduga dalam cerita ni. Kalau kau seorang pengikut dan peminat tegar Liar Game, dari awal sampai habis korang boleh agak dan teka apa benda yang bakal terjadi. Walaupun dia cuba terapkan unsur saspen macam dalam drama, tetap tak menjadi.

Cara Akiyama berlawan biasa je. Tak ada skill genius tahap dewa. Tak ada. Semua simple. Siap kalah bodoh di awal game. Apekejadahnya?

Ending pun mengecewakan.

Overall? Kecewa. Tapi bagi yang tak pernah tengok Liar Game, aku rasa elok juga tengok cerita ni. Kenalkan diri anda dengan cerita menipu ni. Tak rugi.

Ok.

Sekian kali ni.

Sunday, September 26, 2010

Review Kolej matrikulasi kedah

Jumaat lepas bertolak ke kedah.
Malam semalam bertolak ke Shah Alam balik.

Dan pagi ni dah ada dekat Hakim, sementara menunggu Anas yang tak sampai-sampai dari Sungai Buloh.

....

Secara puratanya, aku kagum dengan kedah. Dari pemandangan sampailah kepada budak-budak matrik, aku cukup puas hati.

Seperti kebiasaan, perkara yang celaka akan terjadi bila-bila masa tanpa mengambil kira apa-apa.

Aku, sebagai seorang yang berwawasan tapi dengan tahap kemalasan yang tinggi sering menjadi mangsa. Sebagai contoh, aku diberi modul untuk dikhatamkan sebelum sesi LDK bermula. Tapi, macam biasa aku tak akan buka dan kaji modul tersebut sehinggalah minit-minit terakhir.

Asalnya LDK dijadualkan bermula pukul 2 petang. Sedang aku selak muka halaman pertama modul pada pukul 10 pagi, masuklah seorang AJK berbadan sasa dengan ayat yang sangat celaka.

" Ok. Pertukaran jadual. LDK bermula sekarang. Pensyarah yang sepatutnya bagi talk pagi ni sesat pergi kolej matrik lain"...

Dan ayat-ayat ini adalah satu jenis carutan yang tidak seharusnya aku dengari. Dan sememangnya mimpi ngeri bagi aku. Kejadah apakah ini?

Aku belum sempat nak study lagi modul. menatang apa program aku nak tibai bagi dekat budak-budak nanti. oh. Dem!

.....

Dan tuhan maha pemurah. Dia tolong bagi aku ketenangan dan kemachoan yang dibuat-buat.

Akhirnya dengan secara spontan, semuanya siap.

Cuma aku sedikit sedih. OBE ataupun Objective Program aku tak kesampaian. macamana aku nak capai OBE kalau ada hanya 1 atau 2 je awek yang cun? Ini mencabar amarah. Time aku mula-mula sampai, kolej ni heaven bagi aku. Dipenuhi dengan awek-awek bijak pandai yang berbakat besar untuk menjadi model.

Tapi, bila aku dapat ahli kumpulan, aku cukup kecewa. Cukup lain. Pasrah.

Dan sekarang aku tengah berusaha keras mengusha nama awek yang lawa tu dalam facebook. Tahu sebutan saja, tapi tak tahu ejaan. Celaka.

p/s - Keyboard laptop aku rosak. Huruf m tak boleh nak tekan. Dan sekarang ni aku taip m dengan menggunakan copy & paste.

Thursday, September 23, 2010

23.09.2010

Hari ini jadual bizi gila. Tak sempat nak beragenda sendiri.

Pening. Runsing. Kecewa. Marah.

Esok nak ke Kedah. Berjuang demi secebis aktiviti luar kampus. Bercampur dengan keadaan dan fikiran aku ketika ini , bermakna sekarang bukan dalam mood yang baik untuk update blog.

.
.

Aku update lain kali. Sekian.

Bye.

Wednesday, September 22, 2010

Ringkasan Hari

Hari ini hari rabu. Kelas ada time pagi sahaja. Jadi membolehkan aku untuk melaksanakan segala agenda melalaikan diri sendiri.

Uniknya, hari ini aku cipta sejarah. Sebab apa. Sebab aku seorang diri. Aku tak tahu kenapa, tapi aku cuba untuk berseorangan. Maka hari ini, tanpa menghiraukan teman seperjuangan yang terperuk kebosanan dekat rumah, aku keluar seorang diri demi mencari titik-titik hiburan untuk dinikmati.

Tentatif aku hari ini bermula dengan kedai Popular, MPH dan diakhiri dengan TGV Cinemas. Bertempat di Jusco Bukit Raja.

Sementara lepak-lepak dekat MPH, berjenuh aku cari buku yang best-best dan bertemakan indie. Tapi susah nak jumpa. Semua buku berdasarkan teori semata, tanpa hiraukan macamana dunia telah terjadi. Come on. Let's forget the theory. Focus more on reality!

Mujur perkhidmatan MPH ni professional. Aku try adjust pekerja dia suruh cari buku Mohd Jayzuan. Tak jumpa. Tapi dia cakap ada dekat MPH kat SACC. Apa lagi, aku terus reserved. Dan malam ni buku tu dah ada dengan aku. Menanti untuk dinikmati.

.....

Sekarang aku dengan dunia.

Susah aku nak terang. Perkara kat sekeliling aku menjadi komplikated lebih daripada apa yang aku jangka. Masalah datang dengan riang dan kejamnya. Tanpa menghiraukan status pemikiran dan perasaan aku. Aku tak cari, aku tak buat, tapi aku terlibat. Kalau difikirkan balik, apakejadahnya semua ni. Orang cakap sendiri buat sendiri tanggung. Ni tak. Aku tak buat, aku jugak yang kena tanggung.

Rumitnya masalah memang ditahap celaka. Aku baru 20. Tapi tahap masalah aku boleh buat orang 40 tahun yang sakit jantung terus gugur tersungkur ke tanah. Kaunseling? Go to hell!

Akademik aku dah tak risau. Sebab aku dah hilang minat untuk merisaukan diri aku dalam benda-benda macam ni. Teori. Teori dan teori. Perkiraan pun berdasarkan teori. Teori bermakna fakta. Dan fakta adalah ilmu. Ilmu pula sebenarnya perkara yang lepas. Iaitu benda yang dah dirungkai dan dicipta berkurun yang lepas. Satu-satunya cara untuk menguasai perkara yang lepas adalah dengan menghafal.

Jadi, secara ringkasnya mereka-mereka yang berjaya dalam akademik adalah mereka yang berjaya menghafal dengan cemerlangnya. Tapi, sejauh mana menghafal boleh membawa kita berjaya dalam hidup? Setakat dengan CGPA tinggi. Buat apa semua ni? Dapat kerja? Tak relevan buat aku. Aku belajar demi satu sebab saja. Sebab Islam menuntut kita untuk mendalami ilmu.

Okey. Sekian update pening hari ini.

Tuesday, September 21, 2010

Terengganu (Super Sirius Entri)

Kalau hari ini aku ada dekat Terengganu.

Aku bercita-cita untuk pergi ke Pulau. Atau sekurang-kurangnya ke Pantai. Sama ada Batu Burok, Tok Jembal, mahupun Chendering. Tempat di mana segala keriangan, ketenangan dan tenaga positif berkumpul. Walaupun suasana mungkin tidak semeriah di kota metropolitan yang besar dan sesak, aku masih merinduinya.

Keunikan di Terengganu adalah lain. Terengganu adalah bandar yang humble. Yang terpelosok di nun satu sudut di timur Malaysia.

Terengganu dicaci dan dikutuk. Semata-mata kerana ketiadaan bangunan-bangunan megah. Kerana ketiadaan shopping complex, cinema, dan sebagainya. Ya. Aku salah seorang pengutuk. Tapi itu ketika mental aku masih mentah, dan ketika diri aku memberontak dengan kota sendiri. Sebab aku rasa ketika itu Terengganulah yang mengokong aku. Terengganulah yang menyebabkan pemikiran aku tidak bebas dan global.

Tapi aku silap.

Perbandaran dan pemodenan merupakan satu keperluan. Tapi bukan satu kewajipan. Terengganu boleh membangun seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Tapi identiti Terengganu bakal lenyap. Lapuk dek kemodenan. Hilang angkara ketamakan dan kejahilan.

Lihat saja di Kuala Lumpur. Usah dibandingkan apa yang Terengganu tiada. Sebab terlalu jauh dan rendah darjatnya. Tapi, bandingkan apa yang Kuala Lumpur tiada.

Kuala Lumpur punyai bangunan yang megah. Mercu tanda berdiri gagah. Menunjukkan kepada warga dunia, kita setanding dengan mereka. Kuala Lumpur punyai berpuluh shopping complex. Sesuai dengan keperluan masyarakat metropolitan yang kerpeluannya tiada batasan. Terengganu akur. Tidak setanding di situ.

Tapi. Adakah Kuala Lumpur mempunyai nilai nature yang tersendiri? Tidak. Ianya telah hilang dan tenggelam di arus pemodenan.

Tapi, Terengganu masih mengekalkan keunikan alam semulajadinya. Memang tak semua orang yang menghargainya, tapi masih ramai yang menginginkannya. Malahan, manusia memerlukannya. Jika punyai wang dan keinginan, Terengganu boleh mengupah arkitek, jurutera dan mereka yang mahir bagi membina bangunan megah. Tapi, tak kisahlah dengan kepakaran berapa puluh tenaga kerja professional pun, Kuala Lumpur tak mungkin boleh membina dan mencipta alam semulajadi seperti yang ada di Terengganu.

Seluruh warga Malaysia tahu. Dari mana datangnya sumber paling berharga negara, iaitu minyak. Satu sumber yang ditagihkan oleh seluruh penduduk kota, malahan dunia. Sila kaji dan kira, berapa keuntungan kasar Petronas, dan berapa pula royalti yang dibayar kepada kerajaan Terengganu.

Jadi, boleh sahaja negeri ini membangun. Mudah sahaja negeri ini lupa diri. Tenang saja negeri ini membazir wang demi hiburan rakyat jelata.

Tapi perlukah itu?

Terdapat 1 bangunan Shopping Complex terbiar terletak di tengah-tengah pusat bandar K. Terengganu. Pada awalnya, setelah kira-kira 50% proses pembinaan siap, bangunan ini terbiar sekian lama. Namun, setelah bertukar tangan kerajaan, projek pembinaan diteruskan. Uniknya, setelah siap, bangunan ini bersambung terbiar kembali. Hanya terdapat 2 3 premis yang menjalankan perniagaan.

Tanyalah kepada rakyat Terengganu. Apa ceritanya bangunan ini? Tak siapa yang tahu. Dahulu mereka memberontak, tapi sekarang mereka sudah hilang minat. Mereka hilang keinginan. Nyata mereka masih boleh menikmati hidup mereka tanpanya. Jelas, bangunan ini keperluan. Tapi bukan kewajipan.

Jadi, walaupun Terengganu pada amnya dicaci dan miskin kononnya, tapi aku tetap rindukan Terengganu yang kaya dengan nilai, budaya dan 'nature'nya.

Mungkin sebab aku dilahirkan di Terengganu. Dan sudah pasti, Terengganu dan aku ada "chemistry".

Monday, September 20, 2010

Double Triple Multiple Entri!

Akhirnya sampai jugak aku di Shah Alam.

Lepas hantar anas. Merewang aku sorang-sorang kat Sungai Buloh. Cuak jugak takut tersesat. Bukan cuak apa. Cuak kena bayar tol. Haish!

....

Tentang situasi aku sekarang.

Bila entah "feel" nak mari balik.

Sebab ni la kadang-kadang aku cuba untuk bersikap anti holiday. Sebab bila dah cuti, segala mood dan pemikiran yang tengah aktif akan jadi pasif balik. Bila dah habis cuti, semua tu perlukan masa yang lama dan persekitaran yang segar barulah nak aktif balik macam asal. Dan perasaan sementara masa tu nak sampai memang rasa macam celaka.

Tapi. Secara praktikalnya, holiday is holiday. Sama ada berfikir secara rasional ke tak. Cutilah masa untuk kita menikmati hidup. Cutilah yang memberikan masa untuk kita menjadi kita. Supaya otak menjadi tenang. Jadi, tak kisah apa yang bakal aku rasa, cuti perlu dinikmati.

***

Uniknya kali ni aku bawak kereta ke Shah Alam. Moto memang dah keluar dari topik.

Ini maknanya kebebasan. Kat mana aku nak merantau, lari dari keadaan, lepak-lepak, tergantung kepada aku. Asalkan duit masih tersemat di dalam dompet. Heh!

***

Aku tiba-tiba jadi malas nak update pasal bola. Bukan sebab tak ada feel. Juga bukan sebab bola dah tak ada seni.

Tapi sebab bola dah tak mengancam.

Tengok Chelsea. Menang memanjang. Baru 1 bolos. Apa ni? Bukan nak berbangga, mecarut atau riak. Tapi mana dia feel tengok bola? Mana perasaan saspen. Mana feeling sedih. Ye la, macamana nak sedih bila result pun dah tau?

Real Madrid pula aku tak reti nak cerita. Permulaan dia teramatlah slow. Mourinho tak jumpa lagi rentak rasanya. Saspen? Ada jugaklah. Cuma, satu kekurangan la liga adalah sebab dia tak ada banyak team yang hebat macam celaka. Yang ada cuma barca, real madrid, dan Valencia.Mana lagi team lain?

Selain daripada Barca VS Real. Real VS Valencia dan vice versa, mana lagi super (hujung minggu) game?

***

Malam ni ada dinner dekan. Aku rasa macam sial.

Buat apa aku pergi kalau pointer cukup makan? Dah tentu berbanding dengan orang lain yang ada time dinner tu, pointer akulah yang paling rendah.

Aku bukan cendekiawan. Aku bukan nerd. Dan aku tak hidup untuk study. Pergi celakah anda dengan anugerah anda.

Kalau ikutkan hati memang aku tak nak pergi. Tapi aku dah tersangkut dalam situasi mustahil. Dalam satu keadaan yang mana kalau aku melarikan diri, pasti aku tak lari dari soalan-soalan sumbang. Oleh mereka-mereka yang dari awal dah tahu tahap aku belajar.

Lagipun, dah orang bagi. Tak baik menolak. Ye dok?

***
Dah cukup rasanya. Tak boleh nak update panjang lebar.

Sebagai penutup. Aku bagi satu situasi kenyataan separa bodoh yang berlaku kat dalam kelas aku tadi.

***



"Melayu memang macam ni..."

.
.

" Bodoh!"

Kata lelaki melayu itu.

Aku syak dia bercakap dengan cermin.

Sekian.~

Sunday, September 19, 2010

Entri Rawak

Sedikit kupasan hidup.

Esok pagi-pagi sebelum ayam sempat bangun lagi aku dah nak kena drive, pergi Shah Alam. Nak tak nak, terpaksalah aku abaikan game Real Madrid malam ni. Demn.

Ok. Sekian pasal kupasan hidup. Sekarang kita bercakap pasal entri pula.

Sebab idea macam sedikit tak kreatif, jadi hari ni aku tulis entri rawak. Serawak-rawaknya. (Baca : Rawak).


****

Semalam kini telah pergi,
Menjauh dari diri,
Tapi tak lekang dari hati.

Kini.

Ku tetap berdiri, gah memerhati.
Membiarkan yang semalam terus datang,
Melayang dan terus terkenang.

Semalam takkan berulang,
Tak akan pusing kedepan,
Asalkan dilihat dengan tenang.

Jika dilupakan semalam,
Maka sesatlah engkau tiada tujuan,
Terbiar dan igau tanpa pegangan,
Tanpa ada sebarang penglihatan.


Semalam takkan datang,
Tapi jangan sesekali dilupakan,
Biar yang berseri itu tertanam,
Janji yang hitam itu tidak dicanang.

****

See. Aku dah kata rawak.

Saturday, September 18, 2010

Awok-Awok

Maka tersebutlah kisah sebuah persatuan sosial kampung aku dan daerah sekitarnya. Namanya awok-awok (baca: teman/kawan/sekutu).

****

Macam lain-lain hari dan seperti kebiasaannya,perjumpaan harus diadakan sesama awok-awok sebelum masing-masing berangkat balik.

Ahli awok-awok tak ramai. Cukup dengan sekadar 5 orang. Atau kadang-kadang 6. Dan kadang-kadang lagi 7.

Ahli tetap seramai 5 orang ialah Aku, Ik, Anas, Cat & Amad.

Untuk mengadakan satu perjumpaan awok-awok , satu skuad khas perlu diwujudkan. Ini bagi memastikan perjumpaan itu berjalan dengan lancar, dan mencapai misi, objektif serta agenda tertentu. Ini menunjukkan betapa komitednya kami. Dan juga betapa terancang dan professionalnya kami.

Aku macam biasa. Pengelola kenderaan. Kalau aku rajin, aku rembat semua orang dengan kereta. Senang. Tak payah nak kena tunggu, sesat dan lain-lain hal yang susah nak terang dengan akal. Dengan cara ni, kalau nak kemana-mana, pertukaran rancangan, kecemasan yang dibuat-buat semuanya dapat di"handle" dengan mudah.

Dan "awok-awok" yang lain akan bertindak sebagai penganjur dan perancang. Tarikh dan masa perlu ditetap dan dipersetujui ramai. Tak boleh syok sorang-sorang. Tapi selalunya idea sorang akan diterima ramai.

Setelah perancangan dibuat, diatur dan dipersetujui.

Maka keluarlah kami melaksanakan agenda yang dirancang.


.
.
.
.
.

Bila lepak. Masyarakat kat tepi kami dah tak sedar. Isu yang sedap-sedap ditimbulkan. Mana yang perlu ditambah aku tambah. Mana yang perlu dibincang aku usulkan. Dan mana yang perlu dilawakkan kami lawakkan.

Sedar-sedar, dah 2 jam. Air dah kering. Rokok masing-masing dah tinggal abu.

Aku tengok sekeliling. Ah. Jahanam. Tanda dah muncul.

Tanda-tanda awal...

.
.
.
.
.
.

Cuti dah nak habis. Kepala nak kena perah balik. Mood nak kena rajinkan balik. Mental nak kena kuatkan semangat lagi. Haish. Demn betul.

Thursday, September 16, 2010

Merentasi Zaman Persekolahan

Kisah sekolah kalau diungkitkan balik ketika umur dah cecah 20 memang nampak sedikit historical. Kita boleh nampak dia punya nostalgia, yang kadang-kadang boleh buat kita ketawa sampai kejang salur sfinkter kardium.

Sebab apa? Sebab zaman kat sekolah ni rata-rata budak belum baligh. Nak-nak budak lelakilah. Sebab kami punya proses kearah mencapai tahap "baligh" sedikit pending.. Bulu ketiak pun tak tumbuh lagi time tu. Deodorant sah-sah tak pakai. Selalu pergi sekolah guna bau nature je. Sama ada bau masam peluh, hanyir telur, atau hanyir longkang. 3 jenis bau yang memang tak akan anda dapati di pasaran perfume.

Ok. Berbalik kepada topik sekolah.

Ada budak yang nampak tahap kerosakan mental sejak sekolah lagi. Tapi memang rare jugaklah spesies macam ni. Selalu time kat sekolah kalau form 1 - form 3 ni innocence lagi. Memang berpewatakan baiklah. Kalau ada yang perangai macam haram tu, mesti sebab tererikut-ikut perangai jahiliah abang kakak.

Bila form 4-form 5, akan berlaku proses kearah tumbesaran. Kecelaruan mental dan kebuntuan identiti sendiri mengambil proses pada waktu ini. Ada yang hidup dengan cara bagaimana mak bapak dieorang suruh, dan ada yang memberontak dan terang-terangan hidup dengan cara sendiri. Dalam erti kata lain, ada yang akan hidup berdasarkan hipokritasi, dan ada jugak yang akan hidup dengan kebebasan.

Sebab apa aku ungkit zaman sekolah ni? Sebenarnya aku saje je nak cerita balik. Ungkit balik. Bak kata ahli sejarah, kalau kita tak tengok dan belajar sejarah akhirnya kita akan ulangi sejarah tu balik. Jadi aku menyahut seruan beliau, untuk cuba belajar dan meminati sejarah dari unsur keunikan peristiwa sejarah itu sendiri.

Apa yang uniknya sejarah peristiwa aku masa sekolah?

Mungkin sedikit orthodok, paradoks dan sebagainya. Tapi, hakikatnya....

.
.
.


Aku pernah ditampar oleh seorang budak perempuan. Walaupun terus terang aku tak salah, dan aku pasti dia salah orang. Err, peristiwa 6 tahun lepas (form 2)

Jadi aku sedikit kagum dengan diri sendiri, sebab dah tunjuk sikap gentlemen sejak form 2 lagi, memandangkan aku biar je budak tu tampar aku tanpa sebarang sebab, musabab dan jugak tindakbalas.

Wednesday, September 15, 2010

Realiti

Lupakan mood raya sebentar.

***

Susah jugak nak hidup ni.

Kecelaruan minda, keterbukaan pergaulan, ketidaksefahaman, kemunduran pemikiran, kejahilan akidah, kebodohan akal, ketidakmatangan tindakan, kekurangan pendidikan.

Semua buat aku pening.

Aku nak hidup tenang. Jadinya seperti manusia-manusia lain, aku lari dan cuba untuk menyisihkan sebarang masalah yang datang. Aku tepis. Aku sepak. Dan seperti biasa, aku lari.

Bodoh benar kalau aku sengaja pergi cari masalah. Aku sanggup redah dan merangkak jalan susah, janji aku tak cipta dan diganggu masalah.

Tapi hidup tak semudah tu. Kata kunci bagi hidup adalah realiti. Ya. Ni yang aku nak cakap. Realiti.

Hidup kita ni berlandaskan realiti. Bukannya teori "macamana hidup ni seharusnya terjadi". Realiti adalah realiti. Tak boleh disisihkan. Jadi, samaada nak tak nak, kena hadapi jugak. Kejam setara mana, pahit setahap mana, masin ke, tak cukup gula ke, tetap nak kena hadapi jugak.

Jadi bila aku tak ada masalah, orang lain pulak yang cipta masalah. Dan aku sebagai manusia bertamadun yang peka kepada masalah, aku terpaksa pulak kaitkan diri aku dengan masalah tu.

Maka, inilah yang dipanggil realiti. You don't have to planned it. It will planned itself.

Memang aku mencarut. Tapi, aku tak boleh terus-terusan mencarut. Inilah realiti bukan?

Sunday, September 12, 2010

Silence Reader

Kadang-kadang aku rasa blog aku unik.

Sebab apa?

Sebab blog aku ni lain dari yang lain. Dia punya pesen tu unik sikit. Lain macam. Tak macam blog orang lain. (Bab yang blog aku ni tak sehebat blog orang lain tu kita letak kat tepi dulu yer.)

Aku ada akaun nuffnang. Dan nuffnang ni pekerja yang setia bagi aku. Sistem dia memang terbaek. Dari dulu, sistem nuffnang la yang buatkan aku terus-terusan dan akan terus menulis.

Walaupun kadang-kadang idea aku lari entah kemana, kering entah mengapa, aku tetap teruskan menulis dengan penuh iktikad dan wawasan. Ya, walaupun aku mencarut entah apa-apa. Aku seorang penulis yang berwawasan.

Sebab aku aku kait dengan nuffnang ni?

Sebab kalau tengok secara fizikal, blog aku ni takde orang komen pun. Blog mencarut yang lapuk macam ni, susah sikit nak dapat penyokong setia. Aku tak sehebat blogger-blogger legend macam puak sokernet, sol-jah dan sebagainya. Apatah lagi blog puak-puak politik. Blog aku ni tak beragenda ye. Tak main politik sempit nih.

Tapi dengan adanya nuffnang, aku tau. Masih ada kaum-kaum yang melawat blog aku. Masih ada mereka yang sudi menyinggah walaupun tak dihidang dengan kopi, kuih raya, duit raya dan sekaum dengannya. Itulah uniknya blog aku.

Jadi. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat silence reader yang setia.

p/s - pehal tetiba aku macam terharu neh.

Friday, September 10, 2010

Perang di bulan syawal

Aku tak boleh nak update panjang-panjang.

Banyak lagi lemang, ketupat, sate, nasi dagang dan nasi himpit yang sedang menunggu untuk disumbat ke dalam usus.

Jadi sebagai entri ala kadar, aku persembah video perang raya yang paling dasyat di Malaysia.




Macam dah perang zaman kesultanan melaka aku tengok.

Thursday, September 9, 2010

Entri Malam Raya

Update sempena syawal.

1) Penyimpan Mohon Besar dah umum sejak semalam lagi, esok raya. Sepanjang aku kecik, sampailah aku besar, orang sama je yang duk umum raya. Gila dedicated beliau. Tak pencen!

2) Trend pertama kali di facebook, orang ramai pakat wish raya guna gambar yang di'alter' menggunakan photoshop. Kad maya elektronik katanya. Ini bermakna satu kesenian dan juga kebudayaan dah hilang. Tak ada lagi posmen hantar kad raya. Setem dan sampul surat kat pejabat pos pun dah tak laku dah. Tokei-tokei kedai yang jual kad raya semua nampak pening. Bisnes dah tak jalan. Ada yang kutuk dan caci maki. Ini semua gara-gara si yahudi Mark Zuckerberg katanya. Aku bercadang nak sarankan beliau tubuh satu kelab "I Hate Mark Zuckerberg" dekat facebook. Masuk akal tak? Tapi apa-apa pun, satu lagi trend dan kebudayaan baru dah tercipta. Dunia dah maju. Ye dok?

3) Mesej raya pun dah berpusu-pusu masuk dalam henset. Aku syak telefon aku dapat kejutan budaya malam ni. Kadar mesej masuk melampaui batas. Kalau dulu rata-rata paling maksima 2 mesej per hari termasuk mesej celcom, sekarang tetiba dapat 20 mesej per hari. Uniknya, ada beberapa mesej sama. Paling kelakar, siap ada mesej dari orang lain, tapi kat bawah ada trademark orang lain. Sah-sah mesej forward.

4) Bagi menghormati kawan dan juga sebagai adat bersosial, agak kurang sopanlah kalau aku tak balas mesej tu semua. Meskipun mesej forward, aku rasa lebih afdhallah kalau aku balas. Tapi aku balas dengan unsur minimalis. Tak main mesej lawa, ayat berayat segala. Mesej aku cuma "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". Cukup kan?

5) Bila aku main internet je, mula ada suara sumbang kutuk-kutuk aku. Tak reti nak menolong? Aku sebagai anak soleh, terpaksa redha je. Nak buat macam mana, family aku ni pandai mengugut. Tak main ugut baju raya, tak boleh berbuka puasa segala. Dia main kasar. Ugut potong internet. Ah sudah. Kalau tak ada internet, mau kejutan budaya aku kat dalam rumah ni. Macam mana nak feel raya kalau internet tak ada? Jadi, aku yang memang dah sedia rajin ni terpaksalah rajin-rajinkan diri lagi.

6) Tadi, 8.30 malam 9 september, yakni beberapa jam sebelum raya, aku baru merajinkan kaki drive kereta ke bandar semata-mata untuk mencari songkok dan butang baju melayu. Sebelum ni tak terfikir pulak nak cari. Malam-malam ni baru gelabah. Biasalah. Aku dan perangai aku. Ayah aku pun buat muka selamber je tadi. Aku ingat mau nak ceramah politik 30 minit kat aku pasal tak cari awal-awal. Ok. Berbalik kepada suasana di bandar. Aku ingatkan hardcore dia punya jem, tapi tak. Salah. Jalan punyalah kosong! Maybe orang lain ramai-ramai pakat duk kat masjid kot. Bagus betul orang negeri aku!

7) Ini point panjang berjela.

Jadi ramadhan secara rasminya dah melabuhkan tirai. Suka aku renung dan imbas balik suasana ramadhan di Malaysia. Tak kisahlah dimana-mana, sebab corak dan celoteh manusianya sama.

Bermula 1 ramadhan, kita menyambutnya dengan penuh girang. Ramadhan. Bulan yang menjemput kepada kebaikan. Maka 1 ramadhan, berpusu-pusulah orang pakat ke masjid untuk solat terawih.

Bila tiba 15 ramadhan, angka-angka di masjid tadi susut. Lagi susut dari saham proton. Daripada angka kasar di awal ramadhan, secara tiba-tiba, angka tersebut susut separuh kepada separuh angka tadi. Selepas kajian dibuat, para pengkaji mendapati terdapat unsur-unsur konspirasi di situ. Dicelah manakah?

Mereka-mereka yang susut bilangannya di masjid ini tak lain tak bukan masing-masing sibuk memperjuangkan wang-wang mereka di tempat beli belah. Wanita dengan kerakusannya , lelaki dengan kebimbanganya. Di sini kehebatan wanita terserlah. Kerakusan wanita dalam soal 'shopping' memang tak terlawan oleh kaum lelaki. Kalau selalunya kaum ini cepat letih dan lemah bila puasa, tapi tidak bila berhadapan dengan baju, beg dan kasut. Lelaki pula ada yang baut-buat letih. Terkejut agaknya tengok nafsu bini/gf yang shopping sampai lupa diri guna duit siapa.

Tapi, sedarkah kita. Hakikatnya Aidilfitri itu adalah untuk mereka yang telah berhempas-pulas menunaikan ibadat sewaktu ramadhan. Sedangkan majoriti daripada kita meninggalkan ibadat sewaktu ramadhan, semata-mata untuk menyiapkan diri demi Aidilfitri?

OK.

Jadi dimalam yang sejuk , internet separa lembab dan mesej sama tak henti-henti masuk ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN (SHR,MZB)

Sekian.

p/s : Aku tak tahan nak rasa masakan raya ni. Dah lama gian nak rasa lemang yang betul-betul true.

Ini Bukan Iklan Balik Raya

Ini bukan iklan balik raya.




Ini iklan tak nak balik raya.

Ni memang jenis tak sayang nyawa, kereta, masyarakat dan seantero dengannya.


Sekian.

Wednesday, September 8, 2010

Cerita Universiti

Hari itu aku sempat jumpa dan sembang sikit dengan lecturer aku. Lawa orangnya. Tapi sayang, hujung tahun ni nak kahwin katanya. Susah betul nak dapat peluang sebagai student untuk bersembang dengan beliau.

Dalam kepala aku ni, ada satu perkara je yang aku masih tak puas hati. Perkara yang aku masih tak dapat jawapan yang ideal. Jawapan yang complete bagi aku. Dan untuk soalan-soalan macam tu, hanya lecturer-lecturer macam beliau yang mampu menjawab.

Jadi bila dah dapat peluang ni, aku pun mulalah sesi korek rahsia.

"Err, miss..boleh dulu miss kerja ape ek? Best tak? " Tanya aku. Penuh berminat.

"Kerja engineer la. I kerja dekat kilang. Biasa-biasa je..." Ujar dia.

"Ala miss, cite la sikitt....." Aku mula buat serius, tapi dengan riak manja.

"Apa yang u nak tau haa...ok. ok. Camni. Dulu I kerja dekat kilang ******. Susah nak dapat kerja time tu. I sorang je perempuan. Yang lain semua lelaki. " Dia mula memberi penerangan.

"Kerja macam biasa, masuk pukul 9 pagi. Kalau ikutkan, habis kerja pukul 5 petang" Aku angguk lagi. Macam ok. Ni memang jawapan yang aku duk tunggu.

"Tapi selalunya ada projek besar. Kena ikut planning schedule. Takut tak sempat, jadi most of the time I balik pukul 9 malam.Tu pun sebab I perempuan. Kalau lelaki balik pukul 10 lah."

"Hari minggu macamana miss?"

"Hari minggu pun kerjalah. We are dedicated to our work you know.." Muka dia penuh taksub. Seolah-olah walaupun kerja tu letih, tapi enjoy.

Aku angguk, angguk. Dan angguk.


Dalam hati, cepat-cepat aku tukar cita-cita. Being an engineer makes you a workaholic. No life. Aku masih muda. Aku perlukan pengalaman untuk rasa erti berdosa dan insaf sekurang-kurangnya.

Monday, September 6, 2010

TV3, Iklan dan Freemason

Tv3 semalam dah buat pengumuman untuk menarik balik iklan raya yang disiarkan mereka baru-baru ini. Ini tindakan susulan setelah iklan tu dikritik dan mendapat tentangan daripada orang ramai. Ternyata, isu dalam iklan ni amat sentitif. Dan ternyatalah isu ini benar-benar serius.

Jadi, daripada isu ini kita perlu sedar beberapa perkara.

1) Isu agama tidak boleh dipolitikkan. Tidak boleh di"satumalaysia"kan. Ini keagamaan. Bukan perkauman. Bukan isu sembarangan.

2) Iklan Tv3 memaparkan realiti. Tapi seperti biasa, kita perlu disuapkan dengan input palsu. Iaitu dengan ilmu dan doktrin pemikiran bagaimana kehidupan ini seharusnya terjadi. Bukan dengan dunia realiti hari ini.

3) Aku nak komen pasal TV3 "handle" isu ni. Aku tengok sekejap aje semalam kat berita time dia umum keputusan nak tarik balik iklan tu. Baguslah dia nak tarik balik. Mengaku kesalahan. Tapi kenapa tak diolah dengan lebih detail sebab apa ada orang marah. Kurang-kurang tak adalah heboh kat facebook kait iklan tu dengan freemason & illuminati. Kejaraharam manalah yang buat kerja ni.

Kita kena sedar dan terima, yang iklan TV3 memang wajar diboikot dan ditentang, tapi sebenarnya itulah plot harian rakyat Malaysia zaman ini.

Kupasan sejarah hidup laptop

Ini kisah hidup ringkas sebuah laptop.

Hidup sebuah laptop sangat susah. Tak semua benda boleh jadi laptop. Kalau kau ambil lampu jadi laptop, konfem tak lama lepas tu akan pecah. Laptop tak boleh sensitif. Begitu susah sekali nak jadi laptop.

Hidup laptop mencabar. Laptop kena tahan tekanan. Setiap hari, kau akan ditekan. Tu tak kira lagi pengguna yang ketagih game typing. Kalau ada, nescaya lagi tertekan hidup laptop. Ditekan, ditekan dan terus ditekan. Tanpa belas kasihan! Tapi tak apa, kau ada teman. Nama tikus. Kadang-kadang tikus kongsi beban tekanan dengan laptop. So sweet~ Oh. Itu pun dengan mengabaikan gamers tegar. Kalau ada, hidup laptop tu sentiasa di hujung nyawa.

Hidup laptop kena berilmu. Pengguna laptop selalunya lembap. Dan tak ada otak berkapasiti tinggi. Jadi laptop kena berilmu. Kena tinggi kapasiti. Laptop tak boleh contohi tuan dia. Tak boleh masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Setiap kali ada input, laptop kena ada output. Output pulak kena simpan. Tak boleh hilang. Kalau hilang jugak, siaplah laptop. Nescaya dihipnosis (format) oleh tuan empunya. Hilanglah memori kanak-kanak laptop sejak dalam kilang lagi.

Hidup laptop kena jadi penghibur tegar. Kau kena pastikan, pengguna kau suka guna kau. Tak tensen. Bila dia bosan, kau kena bagi dia dengar lagu. Bila dia bosan lagi, kau kena bagi dia tengok movie. Gambar kena bagus. Sound kena elok. Kalau tak jangan harap ada orang nak beli kau.

Hidup laptop kena gagah perkasa. Tak boleh lembik. Laptop ada seorang musuh. Nama virus. Tapi dia ada sedara. Sedara virus ada pelbagai kaum. Ada kaum malware, spyware, adware, dan macam-macam lagi. Benda alah ni pantang kalau laptop tu lembik. Mesti dia nak rasuk laptop. Sebab itu laptop kena upah bodyguard. Tapi bodyguard laptop tak adalah ganas-ganas. Tak sampai tahap 3, 4, mahupun 5 line, tak sampai tahap perkasa, pekida dan sebagainya. Bodyguard laptop simple. Nama pun cute je. Contohnya panda, avira, kaspersky.

Susah betul nak jadi laptop ye!
.....

Sunday, September 5, 2010

Ini soal hidup

Ini soal aku, dunia, dan aku.


Ketaksuban. Keduniaan. Ketamakan. Kecelakaan. Homolistik. Idealistik. Cinta. Dengki. Kreativiti.
Pendirian. Persefahaman.



Bila kepala nak berehat dari menda alah ni?

Saturday, September 4, 2010

Isu dapur arang, teknologi moden dan kebudayaan.

Semalam sampailah jugak aku ke negeri Terengganu. First time jugaklah aku rasa perasaan balik dari jauh semata-mata untuk beraya. Dapat feel. Feel raya. Tu tak kira feel time dengar lagu raya lagi. Syahdu betul!

Entah kenapa, tapi aku tetiba menjadi seorang nasionalis. Perasaan kagum terhadap Terengganu membuak-buak. Tak kiralah negeri ni mundur, tak ada sebarang JJ, Parkson, TS mahupun MidValley, aku tak kisah.

Itu semua bangunan manusia. Ada duit, ada politik kotor, ada ketamakan, kau boleh buat. Senang. Bila-bila saja boleh buat.


Jadi bila dah sampai di Terengganu, maka aku tak sabar-sabar nak pergi bazar ramadhan. Port tetap tiap tahun, bazar dekat Chabang Tiga.

Dalam hati, aku rindu nak ambil bau asap pulut lepa, sata, otak-otak dan sebagainya.

Tapi, haramjadah. Bila dah sampai, bau-bau tu semua dah tak ada.

Semua usahawan dah maju. Dah pandai berteknologi. Tak main dah bakar sata, pulut lepa dan otak-otak guna arang. Sekarang guna dapur moden. Maju.

Aku bukan nak bersifat anti-teknologi ke apa, memang ada banyak pro dia guna dapur moden yang tak guna arang ni. Tapi, bagi aku bila buat macam ni kesenian dia hilang. Kebudayaan dah pudar. Tak ada lagi antik dan uniknya cara membuat pulut lepa, sata dsb. Bau yang memberikan nostalgia dulu-dulu dah hilang.

Apa salahnya dapur arang ni? Melambatkan kerja? Menyusahkan proses? Dah bertahun aku duduk dekat Terengganu, dari dulu lagi orang kita guna arang untuk bakar kuih ni semua. Tak pernah pulak ada timbul isu leceh, lambat dan susah. Mungkin lambat tu betul. Tapi dalam proses membuat kuih ni, proses menghidupkan arang tu sendiri dah jadi normal. Yang penting "natural". Ada bau asap api.


.....

Maka aku pulang kerumah dengan pulut lepa moden tanpa bau asap api.

Friday, September 3, 2010

Adat.

Quotation daripada Balzac.

"Manners are the hypocrisy of a nation."

Melayu memang sebati dengan adat. Jadi tak kira kau seorang pelaung kepada anti-hipokrit atau sebagainya. Kau tetap seorang hipokrit. At least jika kau benar seorang melayu.

Melayu terkenal dengan adat. Biar dikutuk, dicaci dan dimaki, Melayu tetap kekal dengan adat. Biar jauh dalam diri, aku kadang-kadang kurang selesa dengan adat. Terlalu banyak pantang, terlalu banyak peraturan.

Tapi aku tetap bangga dengan Melayu. Beradat. Tak kira tempat.

Melayu mungkin hipokrit.


But at least we have some manners. Don't we?

Thursday, September 2, 2010

Nostalgia hari khamis

Lepas 2 3 hari baru dapat update balik. Terima kasih encik internet. Anda memberi saya masa dan semangat yang waja untuk belajar dengan tekun sekali bagi menghadapi test.

.....

Menulis kadang-kadang perlukan ilham. Dan kadang-kadang hanya perlukan carutan. Bergantunglah kepada mood, ilmu serta kreativiti pada waktu itu.

Dan sekarang aku menulis berdasarkan mood. Lupakan grammatical error. Kalau cikgu bm aku masa sekolah dulu baca artikel ni, mesti dah merah telinga aku kena maki. Apa jenis melayu ni guna "dan" di awal ayat. Dan seperti biasa, mesti dia ugut aku untuk ambil spm julai. Aku buat-buat cemas. Macam biasa. Kena tunjuk reaksi gelabah sikit. Berlakon. Ok. Itu cerita lain.

Merdeka dah lepas. Oleh sebab encik internet kedekut internet 2 3 hari lepas, tak sempatlah aku nak update mahupun mengucapkan kata-kata nasionalis kepada pembaca.

5 test dah berlalu dengan jayanya. 3/5 dapat dijawab dengan penuh berhemah. 2 daripadanya dijangka bakal membuatkan aku mental down di masa hadapan. Apa-apa pun, past is past. Salah aku, sebab tak sediakan toyol dengan jayanya.

Dan hari ini hari khamis. Cuaca mendung. Mendung tak hujan. Best. Ada petanda orang muda-muda cakap. Petanda jiwa gembira. Tu orang muda-muda cakaplah.

Oh. Dan aku rasa ada betulnya. Sebab.




Nanti 9.30 malam, sani express.

Terengganu, jangan kau lari dari peta.