Friday, August 12, 2011

Wordcomplex Friday

Pada awalnya aku fikir biarlah aku diam dan membisu. Biarkan isu ini akhirnya perlahan-lahan dilupakan dan tenggelam dalam arus kepesatan kronologi internet. Aku percaya, warga kita intelektual. Warga melayu kita bijaksana. Tapi, one thing menganggu aku. What if- benda ni menjadi cycle. Kehidupan kita memang seringkali berulang, dan isu ini juga mungkin berulang.

Melayu kita terlalu mudah percaya, melayu kita terlalu mudah taksub, melayu kita terlalu mudah menetapkan hukum. Aku serba salah dari mana aku hendak mula susun kata dan baris ayat untuk bercerita. Untuk aku pusing ke 10 tahun yang lepas di mana isu ini mula menular adalah kelakar.

Okey- aku tahu ramai yang sudah terpinga. Aku bercakap soal emel berantai-teori konspirasi-berita palsu and whatsoever yang palsu yang femes di facebook dan twitter - tak lupa blog.

Mungkin kebetulan atau tidak, dalam bulan ramadan ni saja sudah beberapa kali benda ni terjadi. I wonder, apa perkiraan tuhan terhadap perkara ini. Orang kita asyik menyebar dakyah-dakyah palsu yang mana mereka dibutakan dengan kebaikan. Kiraan aku senang, mereka menyebar fitnah. Jadi, dosanya seperti yang termaktublah. Tapi mungkin tak tepat, sebab mereka tak sedar itu palsu. Mereka tak sedar bahawa mereka ditipu. But, salah mereka jugak. Mereka tak selidik, mereka tak kaji. Apa mereka tahu, sebar-sebar-dan sebar. Sebab bagi mereka, this is a serious thing. Islam dalam bahaya. Islam sedang dihancurkan lawan. Apapun, tanyalah ulama/ustaz/orang-yang-pakai-kopiah.

Isu terbaru blogpot, sebelum tu syiling emas, lama sikit starbuck, lama lagi cadbury, lama lagi gegaran dari kerak bumi, lama lagi rangka tulang manusia. etc. Oh, tak lupa isu iluminati dan freemason. Isu kegemaran melayu.

Ya, aku tahu freemason tu betul. Iluminati tu ada. Kau baca perihal Adam Wishaupt. Kau baca Goldman Sachs. Kau tengok the arrival. Kau kaji serba serbi tentang teori konspirasi. In the end, the only thing yang kau jumpa adalah Islam sedang ditindas. Muslim dalam bahaya. Dajal hendak keluar. Pope menguasai dunia. Lalu kau takut, kau bacul. Jadi, kau tulis emel berantai/status berantai. Supaya ramai orang sedar, supaya lebih ramai orang takut, supaya lebih ramai muslim tahu, Islam sedang dihancurkan. Semua ini angkara pope/kristian/kafir laknat.

Soalan aku, di celah mana benda-benda tu boleh tolong majukan Islam. Supaya lebih ramai orang Islam waspada? Heh, kelakar. Waspada setakat mana pun, tak ada benda boleh buat. Dan ini memberi kau satu semangat baru, untuk mendapat sokongan muslim-muslim yang lain- iaitu dengan menunding jari kepada musuh Islam.

Sama ada ini satu habit umat islam sekarang, atau melayu - entah. Suka tunding jari. Bagi mereka, semua orang salah kecuali diri sendiri. Mereka ditindas. Semua orang salah kecuali orang Islam.

Benda ni sama seperti yang berlaku di Selangor- orang kita murtad. Lalu, benda pertama yang kita buat adalah cari individu yang bersalah. Cari anak haram mana yang berani murtadkan orang Islam. Itu prosedur pertama orang kita : cari salah orang. Perihal kenapa muslim tu nak murtad, kenapa muslim tu tergerak hati menyertai musuh, kita tak soal. Kita tak nak tahu. Islam itu betul, jadi kita pun betul. Maka secara matematiknya, mereka yang bukan Islam lah yang salah. Sama seperti yang diaplikasi oleh emel berantai : mereka salahkan orang dahulu.

Islam itu betul. Ya, benar. Tapi bila kita lihat di dunia, Islamlah yang paling mundur. Kenapa? Sekali lagi, kita salahkan Amerika Syarikat, kita salahkan orang kafir yang terlibat. Kita tak nak mengaku, salah kita. Islam itu satu, tapi cabangnya ada banyak. Wahabi, Sunnah dan Syiah. Sunnah terbahagi kepada 4. Hanbali, Hanafi, Syafie, Maliki. Syiah pula terbahagi kepada 3.

Ada dua persamaan disebalik setiap cabang yang terpisah ini. Satu- mereka beragama Islam. Dua - setiap mazhab merasakan dialah yang paling benar. Sebab itu ada orang kata haram ikut imam lain dalam ahli Sunnah. facepalm. Inilah sebabnya Islam mundur. Bayangkan, di persidangan pertubuhan Islam, ketua-ketua dari negara Islam berjumpa dan bersalam. Masing-masing senyum- tak kira mazhab apa. Tapi hakikatnya di negara sendiri, sesiapa yang tidak sealiran dengan haluan yang ditetapkan, akan dipenjarakan.

Berbalik kepada isu emel palsu - kenapa orang kita terlalu taksub? Jawapannya adalah sebab kita suka menyalahkan orang. Kita berpegang pada prinsip Islam betul, jadi kita betul. Dan kita adalah orang yang teraniaya.

Tapi sama ada kita sedar atau tak, orang yang lebih teraniaya adalah orang yang disalahkan dalam emel berantai. Makanan yang halal dituduh haram. Benda yang baik diajak boikot - semua dikaburkan dengan alasan Islam. Sudahlah, satu benda yang dicapai dengan emel berantai adalah Islam makin mundur.

Wait a minute. Mungkin ada yang tanya aku - kenapa aku sibuk bercakap soal Islam sedangkan topik aku pada awalnya adalah emel berantai? Jawapannya : 90% emel berantai yang aku terima akan dikaiktkan dengan Islam. Tak ada pula setakat ni aku dengar atau terbaca emel berantai Kristian ditindas. Kristian mangsa keadaan. Ironi kan?