Thursday, August 18, 2011

Cerita Pendek 9

Hai, aku Leonel. Aku dahulunya jejaka tipikial di sisi dunia. Sentiasa cuba untuk terbang galak mecari sesuap sisipan cumbu cinta. Mencari sang purnama kononya secantik bidadari syurga.

Hari-hari aku sekadar menanti panahan tajam cahaya cinta. Biar ia terjunam rapat ke dalam hati aku, lalu angkat aku ke bersamanya ke alam maya. Aku sentiasa mimpi, panahan itu datang ketika aku sedang rakus menanti. Biar indah saat itu datang untuk aku hayati. Tapi penungguan aku ibarat tiada tepi, tanpa sebarang bukti ironi untuk meyakinkan hati. Aku sekadar menyaksikan hari berlalu pergi, meninggalkan aku sendiri.

Walau itu semua terjadi, aku tetap percaya pada diri. Biarlah tujahan-tujahan hamburan kesat ejek cuba datang meragut jiwa-jiwa keyakinan aku, aku tetap di sini.

Seolah seperti Superman yang gagah berusaha menyelamat, meski di-lontar dengan kriptonite angkasa. Itulah aku. Cuba menjadi sekental itu, cuba menahan halangan sepejal itu.

Tapi secara tiba-tiba, aku didatangani melankoli-melankoli seni. Membawa ribuan hamburan alunan pujaan untuk aku tatapi dan nikmati. Aku tanpa sedar, menjadi terlalu intim dengan melankoli itu, lantas kekadang timbul intimasi dalam nafsu sanubari. Aku ingin bercumbu khalwat dengan melankoli seni. Biar ia tahu, aku sentiasa bersyahwat.

Melankoli seni yang lembut akhirnya terpaksa menyelamatkan diri. Dia ambil kayu sakti-nya, (mengikut sejarah-sejarah sastera, kayu sakti adalah penawar segala duka, pengubah derita durjana. Dalam bahasa lain, kayu sakti adalah seperti dragon ball dalam versi realiti). Lalu dihayun laju dengan mantera bersemi, memanah aku serakus-rakus amanah.

Aku, akhirnya.

Terperap dalam kotak. Kotak berbentuk hati. Setengah jiwa mungkin berbangga. Alahai comel indah manisnya kotak berbentuk hati ini. Tapi, jiwa itu mungkin tidak tahu. Kotak berbentuk hati yang bersimbolkan cinta itu sebenarnya kota berbentuk punggung wanita. Ya, itulah asal simbol cinta. Simbol punggung wanita.


3 comments:

eima.manan said...

aku lebih suka baca gaya tulisan kau yg dulu2. sempoi. gila-gila. skang kau suka tulis guna sastera.

eyemeroll said...

Ouh, sekarang sedang bereksperimentasi. Sedang cuba untuk mempelbagaikan gaya bahasa.

Thanks for the critics though. +1! Sangat dihargai.

Lucifer said...

Gaya penulisan kau jenis yang romantis, ce baca 'Kau' Aloy Paradoks, mungkin kau suka.