Saturday, July 16, 2011

PHD

.

Badan Tomi kejap. Berderau darahnya. Ingin saja dikuatkan semangat dan pinta bayaran. Benda lain dia tak berniat masuk campur. Pizza dah terhidang di atas meja. Bayaran RM 25.50 cik. Eh, puan rasanya.

"Are you mad?" Tengking lelaki berbadan tegap. Dari muka, riaknya bengis. Kalau tak polis, mesti askar. Atau pun mungkin juga ahli perniagaan. Masakan polis dan askar boleh pakai Audi? Desis Tomi. Ahli perniagaan juga perlu bermuka bengis. Baru pekerja tak naik kepala. Tomi masih tak bergerak. Dari tadi pinggannya dipeluk perempuan muda disebelahnya. Berdasarkan resit, Elly namanya.

Kepala Tomi runsing. Celaka, kalau tak bayar pasti gaji kena potong. Tapi, lelaki di hadapannya masih tegap. Takut juga. Sekali penumbuk, tak terbangun aku nanti. Alahai, kerja macam ni pun ada risiko rupanya.

"No. He is my new boyfriend. You can go Remy!" Jerkah Elly seraya menguatkan pelukannya. Nafas Tomi kencang. Lepaskan aku, Rumah 2205 masih menunggu aku. Tapi dia pendam. Namun kata-kata itu sekadar tersekat di kerongkong.

"No he's not. He's pizza guy, Ingat I tak tahu?" Balas Remy. Kerongkongnya kering. Ubunnya mula gatal.

Tomi sudah tak tahan. Nanti gaji kena potong, masak. Aku perlu duit.

"I'm with her right now. I love her. Now, boleh tuan pergi? Jangan kacau Elly lagi?" Matanya tenung ke dalam mata Elly. Lepaskan aku lepas ni.

Remy renung tajam. Kalau boleh dia ingin hadiah penumbuk. Tapi biarlah. "Fine!" Seraya itu dia capai kunci keretanya. Bam! Pintu ditutup kuat.

Tomi tersedar dari lamunan. Nafas ditarik. Dia masih berbaring malas. Di tepinya, Elly masih lena tidur. Senyum. Hai, siapa sangka. Jadi penghantar pizza pun boleh cari jodoh bini?

....

2 comments:

eima.manan said...

kisah realiti ke sekadar lepas dalam ilusi karangan sendiri?

eyemeroll said...

Mungkin ada kisah realiti sebegini, siapa tahu. ye dak? ahaks.