Friday, April 30, 2010

Review Iron Man 2

Bagi terus mengisi kekosongan entri, aku mempersembahkan review Iron Man 2.

Aku bukan lah peminat Iron Man sebenarnya. Cerita kartun Iron Man, komik Iron Man , dan muvie Iron Man 1, tak pernah aku tengok. Cerita superhero macam ni memang bukan fetish aku agaknya.

Tapi bagi mengisi kekosongan masa yang agak terlampau lapang dan berbekalkan duit syiling, aku terus melangkah maju ke pawagam berdekatan bagi menonton muvie ni. Juga semata-mata kerana ingin membuat update di belog. pergh. Ada nampak semangat tak?

***

Sebab tak pernah tahu apa kisah disebalik Iron Man dan tak tengok Iron Man 1, aku ambil masa jugak lah nak fahamkan cerita ni.

Okey, tentang cerita ni, agak pening di bahagian permulaan [sebab aku tak tengok yang 1], tapi tak susah sangat nak faham. Mudah aku nak ikut flow cerita ni. Walaupun dia tak straight to the point, tapi dia berjaya gambarkan dengan jelas.

Perkembangan cerita dia pun agak okey. Klimaks sedap. Ending pun hebat. Jadi , jalan cerita boleh dikatakan mantap lah. Tak sampai tahap buat aku kata "woo", tapi cukup dengan okey!

Yang aku kagum adalah dia punya grafik. Mantap gila lah bagi aku.

Dan. Oh. Aku suka bila keluar Scarlet Johansson dalam muvie ni. Cuma aku tak faham, kenapa dia tak tonjolkan lebih aksi beliau. Hanya ada satu babak yang menonjolkan dia bertarung hebat-hebat. Itu tak cukup bagi aku. Kalau lebih banyak, dan kalaulah dia join sama dengan Iron Man lawan musuh, mesti lagi gempak.

So, rating.

Jalan cerita : 6.345/10
Grafik : 8/10.

Setakat ni cerita yang cukup aku puas hati untuk tahun ni adalah "My Name Is Khan"..Dan aku sedar aku tak buat review untuk cerita tu. Sebab aku tunggu keluar dia punya DVDrip torrent baru tengok, so, agak lambat dan aku rasa tak perlu lagi review cerita tu.

2 comments:

Darkkadabra said...

Scarlet Johansson tu anggota S.H.I.E.L.D Kalau nak tengok banyak lagi aksi dia, muvi SHIELD maybi akan keluar. Tak pun, Avengers terus. Memandangkan ni cerita Iron Man. Tak perlu lah lebih-lebih sangat pasal Scarlet Johansson tu.

eyemeroll said...

Oh. Ye ke. Tapi kan best kalau laki+perempuan involve dalam lawan pertarungan..Ni laki je macam takde penyeri plak. hehe..

Ke memang jalan cerita Iron Man macam ni? Aku tak tahu sangat..