Wednesday, December 1, 2010

Review CPD

Saat aku menaip review ni, bahang kekalahan Real Madrid kepada Barcelona masih lagi terasa. Extremis-extremis bola masih lagi giat melakukan sesi penganjingan terhadap peminat Real Madrid. Kekalahan Real Madrid ini (yang aku lebih suka lihat dari sudut kekalahan Mourinho) sememangnya memberi impak yang hebat kepada aku. Ini kerana lelaki psiko bernama Mourinho itulah insan yang bertanggungjawab mengajar aku serba serbi tentang dunia objek bulat. Malah, kerana dialah aku meminati bola secara kasarnya.

Atas alasan kekalahan itu juga, aku ha
mpir-hampir buat keputusan untuk bersara dari meminati bola. Aku sudah hampir sedia untuk meminati sukan renang berirama, sukan berkuda mahupun sukan golf. Malah, aku rasa aku punyai cukup alasan objektif untuk pertahankan diri, seperti yang diusulkan oleh Bart Ahmad dalam buku CPD. Mujurlah, CPD memberi aku semangat untuk terus kekal dengan dunia bola. Terima kasih CPD!

Ok. Sekarang bercakap pasal CPD pula.

Cerita Piala Dunia, atau na
ma manjanya CPD adalah sebuah buku pasal bola kononnya yang ditulis oleh Lucius Maximus. Buku ni, bagi aku sewajarnya diletakkan sedikit description seperti, "bukan sekadar bola", "bola dari sudut lucius", ataupun "bola, global dan dunia sekitarnya".

Sebab apa? Sebab, CPD bukanlah buku yang bercerita mengenai bola seperti kita biasa baca. Bukan. Sudut bola yang dipandang Lucius lebih menarik. Dia melihat objek bulat itu dari segi sejarah, geografi, ekonomi dan politik. Gila bukan? Begitulah gilanya rasa bila baca buku ni.

Bukan setakat itu saja, melalui CPD juga, aku boleh tahu apa peranan Captain Tsubasa, boleh berlagak di depan rakan-rakan bila bercakap soal sejarah bola, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan bola di Brazil, kontroversi Maradona, masalah politik Paraguay dan sebagainya. Ya. Dan kau tak akan dapat tahu ini semua dari mana-mana buku bola lain. Aku jamin.

Lucius bagi aku sudah terlebih layak untuk menggantikan Shebby bagi terus bercerita pasal bola di kaca tv.

Sebagai bonus, juga ada cerita dari pengulas sokernet. Contohnya cerita kanak-kanak fdaus ahmad,ulasan tahap menteri bola dari pipi, kisah vovin dan sebagainya.

Cuma, aku rasa sebagai usaha menebalkan lagi CPD ni, sewajarnya dieorang letak artikel bertajuk "Bicara Bola" nukilan Lucius lama dulu. Sebab dari situlah baru aku dapat tahu, betapa dewanya pendangan Lucius terhadap bola, dan betapa pentingnya artikel itu bagi membuka mata untuk diadakan satu revolusi bola di negara kita.

Jadi, kepada yang masih belum beli, aku sarankan sila kumpul syiling sekarang. Tak mahal. Juga tak rugi.

Sekian review aku kali ini.

No comments: