Sunday, December 26, 2010

Cerita Pendek (5)

Dia sarungkan baju sejuk, ambil kunci, sekotak rokok dan handphone, lalu terus keluar dari rumah. Angin sejuk malam mula memamah tulangnya. Ngilu. Ah. Lega dirasainya. Suasana inilah yang bisa tenangkan pemikirannya, dan membolehkan dia bermain-main dengan benaknya sendiri.

Dia berjalan seorang diri
menyelusuri kawasan urban itu. Lagak manusia sekeliling dipandangnya tanpa hirau. Sinis pandangannya.

Berte
mankan rokok, dia seolah berjalan dalam dunianya sendiri. Kepalanya ligat berfikir dan bermain-main dengan falsafahnya sendiri. Itu memang kebiasaannya. Bila dia rasa kosong, tiada idea, hilang punca, dia akan berasmara dalam kelompok malam. Lampu-lampu jalan bisa menghiburkannya. Angin sejuk malam boleh mendodoikan fikirannya. Kesunyian malam boleh menajamkan fokusnya.

Dia ibarat jiwa
muda yang selalu bertelagah dengan arus semasa. Keadaan dunia yang bodoh dan kotor dipandangnya dengan penuh serius. Kadang-kadang pandangannya penuh dengan kejijikan. Tapi apakan daya, dia hanya seorang yang berjiwa muda. Tiada siapa mendengarnya. Tiada siapa menghiraukannya. Sebab itu dia suka suasana malam. Ada bulan, ada bintang, tapi tak banyak orang. Orang yang merosakkan kehidupan ini. Orang yang menghancurkan dunia ini.

Dia singgah di kedai 24ja
m untuk membeli setin minuman. Perlu ada kemanisan, bagi terus merancakkan pemikiran. Keluar dari kedai, dia cari satu sudut untuk berehat. Dia duduk di bus stop seketika. Gayanya seperti pengemis. Itu sudah kebiasaanya. Peduli kata orang. Kalau adapun orang saat itu, orang itu juga sama sepertinya. Dituduh kutu rayau. Dihina pengemis bangsa. Katalah dia anarkis sekalipun. Pedulikan. Itu manusia. Berasa betul, padahal salah. Berlagak alim, padahal hina.

Dia rakus
menikmati sisa malam. Khayal sekali perasaanya. Penuh perasaan. Lepas puas bersendirian, dia berjalan pulang.

Sa
mpai di rumah.

Tanpa bicara panjang dia tidur. Lepaskan segala kerisauan, pasrah pada malam, bergantung pada mimpi untuk membawanya pulang ke dunianya yang sebenar.

1 comment:

eik`S noName said...

ANDA DITAG...AWARD DARI EIK`SNOnAME BUAT KALI PERTAMA DI: http://eiksyad.blogspot.com/2010/12/award.html