Friday, April 30, 2010

Review Iron Man 2

Bagi terus mengisi kekosongan entri, aku mempersembahkan review Iron Man 2.

Aku bukan lah peminat Iron Man sebenarnya. Cerita kartun Iron Man, komik Iron Man , dan muvie Iron Man 1, tak pernah aku tengok. Cerita superhero macam ni memang bukan fetish aku agaknya.

Tapi bagi mengisi kekosongan masa yang agak terlampau lapang dan berbekalkan duit syiling, aku terus melangkah maju ke pawagam berdekatan bagi menonton muvie ni. Juga semata-mata kerana ingin membuat update di belog. pergh. Ada nampak semangat tak?

***

Sebab tak pernah tahu apa kisah disebalik Iron Man dan tak tengok Iron Man 1, aku ambil masa jugak lah nak fahamkan cerita ni.

Okey, tentang cerita ni, agak pening di bahagian permulaan [sebab aku tak tengok yang 1], tapi tak susah sangat nak faham. Mudah aku nak ikut flow cerita ni. Walaupun dia tak straight to the point, tapi dia berjaya gambarkan dengan jelas.

Perkembangan cerita dia pun agak okey. Klimaks sedap. Ending pun hebat. Jadi , jalan cerita boleh dikatakan mantap lah. Tak sampai tahap buat aku kata "woo", tapi cukup dengan okey!

Yang aku kagum adalah dia punya grafik. Mantap gila lah bagi aku.

Dan. Oh. Aku suka bila keluar Scarlet Johansson dalam muvie ni. Cuma aku tak faham, kenapa dia tak tonjolkan lebih aksi beliau. Hanya ada satu babak yang menonjolkan dia bertarung hebat-hebat. Itu tak cukup bagi aku. Kalau lebih banyak, dan kalaulah dia join sama dengan Iron Man lawan musuh, mesti lagi gempak.

So, rating.

Jalan cerita : 6.345/10
Grafik : 8/10.

Setakat ni cerita yang cukup aku puas hati untuk tahun ni adalah "My Name Is Khan"..Dan aku sedar aku tak buat review untuk cerita tu. Sebab aku tunggu keluar dia punya DVDrip torrent baru tengok, so, agak lambat dan aku rasa tak perlu lagi review cerita tu.

Thursday, April 29, 2010

Menyingkap Konspirasi Barca VS Inter xKlusif

Aku rasa hari ni aku pecah rekod. Update terpantas. Aku usha dalam eurosport pun belum ada sebarang update lagi. Peh.

Bukan nak mencarut ke apa. Aku masih memegang motto berentri dengan professional. Se celaka mana sesuatu itu, jangan terbawa lebih-lebih. Itu kata orang tua-tua.

***

Tapi.

Kad Merah. Gol Offside.

Tak nampak macam konspirasi kah? Serius aku tak puas hati bai. Terus terang aku cakap, sepanjang aku hidup, game tadi paling buat aku sakit jantung. Kalau aku da ada sakit jantung, mau dah masuk ICU. Gila saspen, penuh ketensenan.

Possesion bola tak perlu dicakap. TV tipu. Dia cakap 86% Barca , 14% Inter. Tapi apa yang aku nampak 99% Barca, 1% Inter. Nampak tak gap dia? Tak perlu pandai matematik mahupun kalkulus untuk membezaknnya.

Sampaikan inter main 100% defend. Dengan hanya berbekalkan 10 orang pemain di atas padang, menentang Barcelona, tak semua team mampu survive. Arsenal tewas 4-1 meski bermain 11 - 11.

Tak perlu aku nak cakap pasal corak permainan. Inter main tak ada corak langsung. Bahkan 0 shot on goal rasanya.

So, aku rasa agak menarik jika dilihat dari sudut Barca.

11 orang pemain. Termasuk Adik Messi yang gila celaka dia punya skill. Melawan Inter. 10 Orang. Barca menyerang selama 94 minit. Tapi, hasilnya 1 gol. Dan ingin aku tegaskan disini bahawa gol itu amat jelas lah bahawa offside.

Di mana agak nya silap nya? Kelab no. 1 di eropah kah ini kawan-kawan? Haha

Wednesday, April 28, 2010

Malam Fenomena Penyair Terhandal [Sasterawan Wannabe]

Susah jugak aku nak terang panjang-panjang pasal entri ni. Masa free aku pun agak limited jugak lah.

Nak senang dan dipendekkan cerita, ni puisi yang aku cilok dari komputer aku sendiri. Asalnya dalam bentuk notepad. Tapi folder pun dihidden kan. Tak faham jugak aku. Ingat kan ada video "sensor" segala. Jadi daripada terabai dan sebelum aku delete sebab malu awek tengok, baik aku post kat sini.


----------


Fikiran bertalu,
Kombinasi tak tentu,
Kudrat mula kelu,
Mengikut hasrat tak mahu.

Aku berfikir sejenak.

Hati mula memberontak,
Kepala tersentak,
Segala daya telah disuap,
Aku bertadah apa yang dapat.

Kekadang aku lupa bertaubat,
Bertongkat di jalan yang silap,
Mengabai apa yang tersirat,
Lupa dimana aku berpijak.

Aku mencantas apa yang datang,
Tapi tak terhalang segala yang menerkam,
Mungkin aku terlupa kadang,
Ralat itu lahir dari badan.

Ganjaran menanti sedia terhidang,
Aku berdosa dibutakan peluang,
Merana lagi meratapi siksaan,
Silap itu tanda kebiasaan.


Agak-agak kalau aku hantar kat buku asuh atau kawan, lepas tak peringkat saringan?

Monday, April 26, 2010

Rumusan Hari Ini

Flight lagi 1 jam setengah.

Buku baju bersepah. Baru nak bersiap segala.

Exam lusa. Tak lama lagi. Study baru separuh habis. Tak apa. Masuk akal lagi kalau aku nak push sampai gila-gila esok. Aku dah bajet. Balik. Terus study satu hari. Lepas jawab exam. Qada' tidur 2 hari.

Cukup terancang. Cemerlang sekali aku merancang.

Dah tak sabar sangat aku nak habiskan paper ni. Study tu aku dah tak heran. Yang penting kepala aku dah terbawa-bawa sangat nak honeymoon. Sebelum ni pun aku dah enjoy macam orang dah habis exam.

Dulu time study week, aku tak pernah nak merancang study hebat-hebat. Tapi sekarang, kepala aku dah cukup dengan rancangan lepas exam. Heh.

Semalam aku buat gila. Tukar tiket last minute. Kejadahnya. Mujur lah dapat jugak.

Oh. Nak masuk bab bola sikit. Aku bukan nak berlagak ke apa. Tapi kalau dah 7 berbalas 0. Tak ke hebat nama nya tuh?...

Tunggu kalau menang game lawan team big 7 minggu depan aku up entri. Kalau kalah tak up lah kot.

Friday, April 23, 2010

Study Week dan Exam Week

Bila musim exam dah tiba.


1) Facebook

Ramai orang bertekad meninggalkan facebook. Mengatakan facebook membuatkan mereka 'lagho'. Lalu mereka "deactvate" akaun mereka. Tidak kurang juga yang terus tutup akaun tersebut.

Tapi. Tetap tidak study.


2) Bola

Ada yang berpantang bola sepak. Selalu dulu tiap-tiap malam berjaga. Semata-mata nak tengok Champions League. EPL. Walaupun team sendiri kalah tak apa. Janji tengok tu dah tanda sokong. Kadang-kadang mata dah jadi macam panda. 2 hari direct tak tidur. Semua game ditengoknya.

Bila exam, tak lagi kuasa bangun pagi-pagi. Tidur kena cukup. Kata mereka.

Tapi tetap tengahari baru nak bangun pagi.

3) Lepak

Tak ramai dah yang lepak kat kedai mamat. Kata mereka lepak membazir masa serta duit. Sampai mamat geleng kepala. Tengok kedai dah tak laku. Patut la mamat elergik benor dengar study week dan exam week.

Tapi tetap lepak kat bilik.

4) Chatting dan Bergayut

Ada jenis jenis yang ada awek dan mat gayut, tiap-tiap malam chatting dan bermesra segala..tapi sanggup meninggalkan kerja wajib tu. Semata-mata kerana nak fokus exam. Ada jugak yang terus break up. Yang tu memang komited bebenor terhadap exam. Gila terharu aku nengok.

Tapi tetap sibuk bermesej. Sambil study diselangi mesej.

5) Buku

Dulu tengok buku langsung dia tak pandang. Habis-habis kalau beli pun buku komik. Buku 5 memang dah berlambak dekat kedai mamat. Kadang-kadang sorang ada 2 buku 5 kat situ. Patot la da tak pegi kedai mamat. Konon-konon nak study. Tapi sekarang semua buku dibelinya. Dari buku study hinggalah kepada buku cara study. Tak lupa buku bagi mereka yang gagal study. Cukup lengkap dieorang beli.

Tapi tetap tak baca-baca.



Sebab tu bagi aku study week dan exam week tiada beza sebenarnya...

Monday, April 19, 2010

Review : KAIJI

Salam Sejahtera.

Hari ni nak review-review cerita. Tak hirau lah lusa exam pun. Walaupun study tak habis lagi, carry mark tak tengok. Aku tak kisah. Yang penting aku nak review cerita.

Tajuk cerita : KAIJI

.......

Gambar tak ada ye. Digi punya pasal. Kombinasi 3g yang lembap dengan download rate yang pantas. Ada sapa-sapa boleh tolong tanya kat Digi apa kelebihan download rate yang pantas jika line yang lembap?...

.......

Ok. Pasal cerita Kaiji. Silap sebab aku terlampau mengharapkan yang cerita ni macam cerita Liar Game. Tak pasal-pasal aku tercarut ketika tengok cerita.

Tak banyak psyco, tak banyak main-main sama minda berbanding Liar Game.,.Tapi yang sama dengan liar game adalah sebab dalam game dia melibatkan penipuan. Tak ada gambling black jack ke hape ke. Tak ada "main tipu", "keretapi" dan sebagainya. Macam liar game jugak, game dia berpaksikan judi konon-kononnya. Sebab tu lah ada nama gambling kat tajuk dia.

Yang jadi aku hangin, hero dia gila menyedihkan. Dah lah tak psycho macam Akiyama Shinichi, dia jugak seorang loser. Sikit-sikit nangis. Jerit meraung segala. Air liur tersembur sana sini. Tahan je aku tengok muka pelakon yang kena tempias tu.

Ada jugak satu game yang melibatkan tuah dan keberanian semata. Tak ada melibatkan pemikiran dan strategi langsung. Main tibai je. Tapi macam cerita-cerita lain, hero sentiasa menang. So, dia menang walaupun tak ada strategi dan sibuk nak meraung.

Ada unsur kemanusiaan. Kira bagus lah. Game yang betul-betul best ada satu je. Taktik digunakan sama dengan taktik yang di awal cerita. Tapi sedikit kompleks. So, boleh je la aku nak layan jugak. Dan ending dia boleh tahan jugak sebab ada something yang aku tak dapat nak duga hinggalah sampai ke saat-saat akhir.

Rating? Aku bagi 5.5/10.

Tengah-tengah aku tensen, sibuk nak maki hamun cerita ni, tetiba kuar lagu YUI. Oh. Tenang balik. Tak jadi nak marah-marah. So, untuk sesapa yang belum dengar lagu YUI tu, sila lah tengok cerita ni.

Sekian.

Sunday, April 18, 2010

Kebizian

Aku bizi kembali.

Ya.

"Tak tipu"...

Kata aku dengan penuh semangat.
------

Chelsea kalah. So, secara adilnya tidak adil lah kalau aku tak manaip kertas kerja bagi menerangkan segala kelakuan pemain semalam. Kalau Chelsea menang, dengan riak, takabur dan segala yang menjerumus ke arah syirik aku berpewatakan. Seolah-olah kuasa baik telah menakluki dunia. Seakan-akan lupa akan dajal tetap akan muncul.

Setan akan sentiasa berleluasa. Tapi kebaikan akan sentiasa berusaha. Setan merapatkan kedudukan, kami memantapkan perlawanan.

Ok. Mengenai game semalam.


First Half.



Macam biasa, aku tak tengok. Skip.


Second Half.


Disebabkan Chelsea mula tergugat oleh kerakusan puak Tottenham dalam misi menyelamatkan diri sendiri, mereka mula mengasak dengan gasaknya. Terang-terangan Chelsea menunjukkan bahawa mereka terdesak untuk menang dan menyekat kemaraan setan. Kebaikan harus ditegakkan walau apa cara. Gaduh pun gaduh lah. Merah pun merah lah.

Sumpah aku tak faham. John Terry sedikit dirasuk semalam. Seolah-olah meminta kad merah dari pengadil seawal-awal perlawanan. Dan pengadil dengan adil dan saksama nya menghadiakan kad merah itu. Terry dengan penuh keriangan keluar dari padang. Yes. Merah. Tanda setan lagi...

Chelsea main full out attack. Kecuali Cech tak join sama. Kejadah apa keeper nak join sama serang se awal minit pertama second half.

Serang serang dan serang. Tottenham ternyata cemas. Mereka berhempas pulas. Tapi defender dieorang bermain macam dah ready nak mati esok. Bermati-matian mereka defend. Keeper terlepas, tak apa. Defend lagi ada. See..? Unik. Selalunya defend tak ada keeper ada, tapi sekarang lain.

Dan disebabkan mereka agak kasihan melihat Chelsea begitu berhempas pulas, mereka menghadiahkan satu gol kepada Chelsea. Tanda sporting....


Setan menghampiri lagi. Aku pandang ke depan. Ah....Liverpool? Big 7....tergugat kah?..Tak tahu lah.....

Saturday, April 17, 2010

Review Bola [ MAN (City vs Utd) ]

Salam Sejahtera.

Aku tetiba terpanggil untuk membuat entri jahanam ini. Memandangkan kuasa jahat semakin menular. Jadi aku perlu mengulas serba sedikit mengikut keadaan dan kepakaran.

Pertamanya meskipun tema kita sebagai manusia yang berjaya adalah untuk mencaci, mengutuk dan anti kepada sekalian kejahatan dan kuasa-kuasa setan, hari ini aku mencuba untuk tidak "bias". Biarlah keadilan yang ditonjolkan. Aku tidak memihak kebiruan apatah lagi setan..


First Half.

Aku tak tengok. Dan tiada sebarang jaringan. Jadi kita boleh skip dan terus ke second half .


Preeeeeet [Bunyi pengadil tiup wisel]


Second Half.

Kebiruan [ Nama timangan : Man City] mengawal bola sekawal kawal nya. Team setan di anak ayam kan. Tapi bila mak ayam susun gerak, kebiruan kekalutan. Bapak ayam pulak sibuk kutuk pengadil macam biasa kat tepi padang.

Pasal Man City.....Tak ada masalah dengan mana-mana posisi mahupun gerakan. Cuma kesilapan Man City adalah terletak pada penyerang dan midfielder mereka.

Ni lah orang cakap kalau dah terer susah jugak. Adebayor, Tevez, Bellamy. Semua boleh dikatakan terer-terer. Tapi kalau dah tak ada teamwork bak kata wonderpet, macamana nak berjaya? Kartun pun tahu erti kerjasama.

Bila huru hara kat gawang sendiri, ramai yang turun. Bila bola dapat kat Tevez, dengan menggunakan segala kepakaran di kaki, sampai ke area gol lawan dia bawak. Kawan kat tepi dah terkebil kebil. Mintak bola tak dapat-dapat. Adebayor pulak balas dendam. Bila bola dapat kat kaki dia, sebab Tevez kedekut sangat tadi, dia pun gelek sorang-sorang jugak. Kan hebat tu?

Man U yang di ayam kan setia berlagak macam ayam seperti biasa. Tapi macam Chelsea dulu-dulu di zaman Mourinho, pantang diberi masa lebih. Dekat-dekat nak tamat game tu la dieorang skor. Kalau Mourinho tu aku tak kisah. Dah memang strategi beliau konon-kononnya. Tapi sebab ni hal team setan, jadi tu semua kebetulan saja. Kata aku lah.

Muka Pak Alex segera berubah. Dari bengis terus bertukar keriangan keanakan. Menunjukkan muka cute beliau....

....


Sekian.

Rancangan Entah

Salam Sejahtera.

Nampaknya buat beberapa hari ni, aku mendapat satu hipotesis sains dalam diri aku. Semakin laju internet, semakin aku lupa untuk berblog...

----

Topik kali ni adalah mengenai rancangan di tv. Kalau pasal rancangan kat tv tu, semua orang boleh agak lah rancangan macam apa.

Maju gila rancangan macam ni. Kebanyakannya ditiru daripada negara barat. Macam biasalah. Trend orang kita. Orang barat buat, kita pun buat. Sebab tu senang puak iluminati dan freemason nak pengaruh orang lain. Ketagih benor dengan gaya hidup barat.

Antara rancangan tv yang paling popular adalah rancangan realiti seperti AF, OIAM, Malaysian Idol dan beraneka jenis lagi. Hari tu time khutbah jumaat, sempat dieorang buat pengumuman, ada satu lagi rancanagan yang bakal dihasilkan iaitu Imam Muda. Ala-ala macam tu lah. Hebat. Mengambil sudut berlawanan daripada biasa. Digabungkan dengan pemikiran orthodox. Aku respek jugak lah.

Cuma. Aku terfikir. Kenapa banyak sangat rancangan hiburan. Sedangkan rancangan yang mendatangkan manfaat hanya ada sekerat 2 je. Teringatlah pulak aku tentang rancangan Who Wants To Be A Millionaire. Untuk versi malaysia, dah lama aku rasa dihentikan. Rancangan ni nampak la jugak impak positif dia.

Aku bukak tv tadi pulak. Ada rancangan omputih. "Are you smarter than a fifth grader"..Rancangan realiti berunsurkan ilmiah. Bukan aku nak berlagak ke apa. Aku pun kepala betul dan tak betul macam orang lain jugak. Gila gila dengan hiburan, bergelumang dengan dosa. Cuma kadang-kadang aku rasa pihak media macam jahil sangat. Rancangan macam ni tak nak ditirunya pulak? Yang aku tengok tiap tiap hari Pop Kuiz ke hape entah. Kuiz pasal dunia hiburan..

Gila pentingkan keuntungan syarikat-syarikat ni.. Keuntungan diutamakan. Hasil dikeduakan. Dieorang banyak menghasilkan artis yang macam biasa, bila dah gila glamer, lama kelamaan makin lupa dunia. Hisap dadah. Buat dadah. Gaduh sana. Gaduh sini. Nak buat macam mana. Dah glamer la katakan

Tapi kalaulah dieorang buat rancangan ilmiah. Cuba la bayangkan hasilnya. Kurang-kurang keluar doktor yang buat dadah jenis baru. Tak ke berfaedah jugak tu.. Ye dok?

Tuesday, April 13, 2010

Gelak Khas

Salam Sejahtera.

Bangun pagi tadi. Tengok jam. Dah pukul 7 pagi. Tengok tarikh. 13 April. Heh. Waktu yang aku nanti dah tiba.

Tapi itu tiada kaitan langsung sebenarnya dengan entri hari ni.
---

Hari ni aku nak tulis pasal segmen Gelak Khas. Ya. Segmen bodoh yang khas dibuatkan untuk anda gelak.

Haritu aku terjumpa link donwload sitkom ni kat dalam blog mana entah. Jadi aku pun dengan rakusnya mendownload sebanyak mungkin sitkom ini. Aku memilih jugak untuk download cerita sebenarnya. Tak hebat la main tibai je semua cerita.

Almaklumlah, capacity hard disk aku ni tak reti-reti nak bertukar warna biru. Asyik merah je. Kalau dalam cerita utramen, ni tandanya utramen tu nak mati. Dah nyawa-nyawa ikan. So, time ni lah budak-budak dan pakcik yang menonton tu nak eksited. Sebab dah tahu, time ni lah utramen nak dapat tenaga macam baru lepas minum super power. Selamber je jadi ganas balik dan menang.

Berbalik kepada sitkom gelak khas ni...
Aku bukan nak maki kutuk sesuka hati cerita ni. Sekadar nak bagi review.

Sitkom ni dilakonkan oleh kumpulan sepah dan beberapa orang pelakon tambahan yang beranak dari Raja Lawak. Walaupun banyak cacat cela, tapi ok bagi aku.

Kalau nak jawapan sejujurnya, sumpah lawak dieorang basi. Lawak biasa-biasa. Tak banyak lawak baru. Banyak yang mengada ditambah pula dengan nada suara menerang macam orang nak berak. Tapi ok la. Dieorang ni boleh la ganti senario.

Cuma masalah dengan malaun sepah ni, dieorang tak reti cover gelak. Dieorang buat lawak, dieorang pakat gelak sendiri. Tak ke kerja gila tu? Ada satu episod tu, dieorang tak dapat tahan gelak, so dieorang pakat gelak kuat-kuat. Nampak la macam memang adegan tu dieorang kena gelak. Aku pun gelak la jugak. Gelak sebab dieorang gelak.

Untuk lawak berkualiti, sitkom ni langsung tak menepati ciri-ciri. Tapi kalau dah assignment datang bertimbun, test datang berderet, diselangi kuiz dan markah test sebelum ni yang nyawa-nyawa ikan, tak kisah lawak jenis apa. Mesti kau tibai je kan? Kan?

Sunday, April 11, 2010

Real !@#$%&*^*

Salam Sejahtera.

Entri hari ni aku nak maki-maki Real Madrid.

Punya la kuat semangat aku pagi tadi. Nak tengok Ronaldo, Benzema dan Barca kalah punya hal. Aku bangun pagi-pagi. Kuatkan semangat. Suasana yang nyaman memang menyuruh aku untuk lupakan bola dan terus berjuang dengan tidur. Tapi. Tak apa. Real Madrid punya pasal. Aku bangun jugak.

Berbekal kan keyakinan kehenseman Ronaldo yang jauh lebih mengancam kaum perempuan berbanding Messi yang bermuka bayi basi, aku meletakkan harapan yang Ronaldo akan mempamerkan aksi hebat.

Tapi silap. Corak permainan Real Madrid gila bosan. Ronaldo macam biasa. Dengan skill tersendiri. Tapi bila tak ada resepi, jangan lah bermimpi Real nak skor.

Lepas aku tak tahan sangat..

Aku mesej peminat tegar Real.

"Kejadah apa R.Madrid main macam ni?"

....

"Oh. Ni memang style R.Madrid. Corak dia memang bosan.."

Aku tak kisah la kalau ni memang corak dia. Janji dapat menang. Tup-tup Real bolos. Dan di separuh masa ke 2 bolos lagi.

Aku memang anti-barca. Disebabkan oleh beberapa sejarah pada zaman besi dulu yang tidak dicatatkan oleh sejarawan Melayu, aku seoalah-olah memang ditakdirkan untuk membenci Barca melebihi kelab lain.

Tapi semalam aku rasa nak lempang-lempang coach Real. Real main gila hambar. Passing langsung tak kemas. Serangan tak kreatif langsung. Asyik serang dari wing, masuk tengah. Pastu bola dieorang pakat bagi kat pemain Barca balik. WTF. Dah tahu taktik tak menjadi, tak reti-reti nak tukar strategi.

Mujur Cassilas agak cemerlang la jugak. Sebab kalau tak Messi dah skor 2 3 biji lagi. Yang mana memang aku elergik tengok Adik Messi ni skor. Tapi nak buat macam mana, aku ngaku. Dia pemain Barca yang paling gila dan bahaya.

Kalau nak diikutkan, midfielder Real dah cukup ganas. Penyerang Real pun tak kurang hebatnya. Higuan. Benzema. Nak dibandingkan dengan Barca yang mengharapkan Adik Messi semata-mata.

Tapi nak buat macamana. Real Madrid akhirnya diakui setahap dengan Liverpool pada musim ini. Kecuali Real di tangga ke 2. Bukan ke 6 atau ke 7.

Dan setelah game berakhir, sememangnya Real perlukan coach yang lebih hebat. Sejujurnya aku berpendapat bahawa Rafael Benitez bukanlah orangnya. Dia telah diberi satu team yang penuh dengan bintang. Tapi gagal. Tak macam team lain yang hanya mempunyai 1 dan 2 bintang.

Mourinho kah penyelesaian nya? Memang ramai yang bersetuju. Tapi mungkin kah Mourinho sanggup berhijrah ke La Liga sedangkan cita-cita nya untuk ke EPL kembali? Aku tak tahu. Dan aku tahu kau orang pun tak tahu. Jadi, kita sama-sama lah tunggu.

Saturday, April 10, 2010

Entri Hujung Minggu [ Cinta Stiletto & Kaiji ]

Hujung Minggu tiba lagi.

Hari ni saja aku ada 2 test. Ah. Tak bersedih. Tapi tak sabar-sabar nak habiskan test. Biar otak aku lapang sikit.

Cerita di tempat lain pulak...

Kat pawagam. Ada 2 cerita aku ketagih nak tengok. Cinta Stiletto dan Kaiji.

Walaupun aku sebenarnya agak elergik tengok cerita melayu kat pawagam, tapi demi Lisa punya pasal. No hal la. Selalunya cerita yang tak best pun jadi best kalau ada Lisa.. Melainkan I'm Single ke hape entah tajuk die... Cerita yang unik. Sebab konflik terlampau sekejap dan simple. Tapi sekali lagi. Tak apa. Lisa. Haha.

Kaiji pulak. Stail cerita macam ni memang aku dah menjadi minat aku. So tak mungkin lah aku nak lepas kan peluang tengok cerita ni. Manga dia aku tak baca jugak sebenarnya. Dan..oh..seingat aku lagu tema dia lagu Yui. It's all too much ke Never say die ntah. Aku tak pasti. Tapi seingat aku antara 2 tu la. Pelakon dia pun not bad. Cuma tak hensem je.

Tapi sayang. Isnin ada test lagi. Selasa pun test jugak. Malam selasa dah balik. Tak dapat tengok jugak rasanya. Tak apalah. Ada masa aku cilok pergi tengok kat mana-mana.

Dan malam ni ada game El Classico. Kena kutuk lagi lah aku nampak nya sebab bangun untuk bola bukan untuk bertahjud. Aish. Panas-panas.


Sekian.

Thursday, April 8, 2010

R-A-F-A-E-L dan R-O-B-B-E-N

Tak perlu ulasan panjang-panjang.

Pendek-pendek cukup.


-----


Tadi ke kelas.
Tak ada jersey merah yang berlogokan setan merah.

Aku hairan. Mencari-cari kelibat di celah kerusi.
Tak nampak. Tak terjumpa.

Tapi aku nampak mamat yang selalunya berbaju merah..
Mulutnya terkumat kamit. Aku amati gerak geri bibirnya. RA-FA--ELL.

Ni coding bahasa zaman baru kah. Fikir aku.
Aish. Tidak puas hati. Aku segera google perkataan tersebut.


Oh. Rupanya....

RAFAEL kesayangan Pak Alex..

Kah3x.

Macam biasa, Pak Alex akan bergaduh sepuas-puasnya dengan pengadil setiap kali lepas perlawanan. Boleh dikatakan rutin harian selepas kalah.

Sekian.

Wednesday, April 7, 2010

Kolej Perindu yang langsung aku tak rindu.

Salam Sejahtera.

Kali ini kita sembang-sembang kolej. Kutuk-kutuk kolej la nak lagi tepat.

Sem depan aku nekad nak duduk kat luar. Sepanjang 4 bulan aku duduk kat sini, penuh dengan gejala tak puas hati dengan kolej. Kalau aku jumpa pengetua pun aku buat selamber. Maaf lah kalau aku tak respek. Kau tak layak jadi pengetua kau tau. Lagi satu JTK kolej. Heh. Ni puak-puak yang mengeksploitasi kolej demi kepentingan diri sendiri. Memanjakan student dengan hiburan. Bilik snooker dan karaoke penuh tiap-tiap malam. Surau paling maksima 2 saf je. Pengetua, presiden JTK..aku tak pernah nampak batang hidung. Sibuk? Heh. Dunia dan Akhirat cik abang oii.

Dekat kolej aku ni, ada macam-macam kemudahan. Dari kemudahan yang memang memudah kan student, sampailah kemudahan yang menghancurkan student. Aku sangat suka bila ada kemudahan macam mesin basuh dan peti jual air yang masuk syiling/kertas tu. Sangat suka. Mudah kerja aku. Lebih-lebih lagi mesin basuh lah.

Nak buat macamana. Tangan aku ni dah dilahirkan sejak azali lagi untuk menjadi tangan orang kaya. Aku tak main lah basuh baju guna tangan ni. Tak ada kelas. Heh!

Kemudahan yang menghancurkan student pulak adalah pelbagai. Aku nampak motif dia. Tapi aku lagi nampak keburukan dia. Ada bilik karaoke kat kolej aku ni. Aku ni tak ada lah kaki karok sangat. So, kalau kat kolej ni, belum pernah lagi aku jejak kaki kat bilik tu. Tak tahu lah K-Box ke apa.

Mula-mula aku dengar bilik karok ni aku terkejut. Aku pelik. Tapi aku fikir. Ah. Shah Alam. Heran apa.

Salah satu yang menarik di kolej ni, keluar-keluar bilik selamber je ada gadis lalu. Buat macam kolej dia. Pund**. Aku pun ada maruah tau. Kenapa pekeliling kolej membenarkan gadis lalu lalang dan berkeliaran di kolej lelaki pun aku tak tahu. Kalau buat masuk bilik baru la nak bising-bising keluar paper segala. Dah lah gadis boleh masuk kawasan kolej. Tapi pihak kolej tak buat pulak tandas untuk perempuan. Dah aritu aku tengok ada gadis masuk tandas lelaki. Kejadahnya?

Lagi satu bilik snooker. Aku boleh terima la sikit snooker ni. Aku tahu. Alasan dia snooker ni sukan jugak. Open minded please. Ah. Lantak lah.

Tapi aku tahu. Yang pengetua serta pihak pengurusan kolej ni cukup lembap dan langsung tak memahami student.

Tapi itu semua aku boleh berkompromi. Yang menaikkan hangin aku adalah mini-mart kolej. Sumpah kalau aku ada kemampuan dan kuasa, aku bakar je mini-mart tu. Sekali dengan mamat dan bitch yang jaga kedai tu. Nampak sangat kerja nak duit. Customer service failed.

Ada satu hari tu aku pergi print kat sana. Aku tanya. "Kak, printer yang mana satu ni? " Sebab ada 2 3 printer kat situ. Mudah je soalan aku. Boleh jawab dengan ringkas je.

Tapi dia jawab macam ada markah lebih je kalau jawab panjang.

" Printer kat depan tu. Tekan sekali je. Kalau awak tekan banyak kali, rasa dah cukup kaya sangat, awak bayar la semua "

What the fish. Sumpah aku rasa macam nak sepak-sepak je beliau. Dah lah dengan nada macam tak puas hati. Aku tanya cukup sopan. Dengan nada lelaki melayu yang soleh lagi. Heh.

Malam tu pulak aku teman kawan aku pergi beli topup kat situ.. Kawan aku mintak RM5. Bitch tu tersilap tekan RM10. Dah dia suruh kawan aku bayar RM10. Hoho. Aku dah lah memang tengah cari pasal. Dia cari pulak pasal. Tapi time tu ada 2 3 mamat lelaki jaga kedai tu. Aku tak boleh nak cari pasal lah. Kang tak pasal-pasal aku tak boleh masuk terus mini-mart tu nanti.

Tapi sumpah aku tak puas hati. Kalau "customer" cuai, tekan print 2 3 kali, kena bertanggungjawab. Bayar semua. Ok. Aku boleh terima. Tapi kalau dia silap. "Customer" kena bayar jugak walau macam mana. Ni falsafah mana yang dia guna aku tak tahu.

Banyak lagi lah kes yang aku tak puas hati. Aku ada 6 orang rumet. Dan nampak nye 3 orang yang sentiasa pergi ke mini-mart kerana kepentingan yang tidak dapat dielakkan, semuanya tak puas hati dengan mini-mart. Kalau ada alternatif lain, sumpah aku dah tak jejak kaki kat situ.

Sekian.

Tuesday, April 6, 2010

Kupasan Kisah Labi Labi

Salam Sejahtera.

Hari ini aku renung-renung lagi.
Nasib si anak teruna. Haish. Mengeluh lagi.

Kalau nak efek lebih. Hisap rokok. Aku ingat kata-kata tu. Mamat mana entah.
Rokok. Hmmph. Tak apa lah. Aku kedekut sangat-sangat. Nak beli rokok lagi la aku kedekut.

Bukan kedekut sebab sifat azali. Tapi kedekut tang kejadah ni.

Bila jenguk blog orang lain, semua merengek kerja setimbun. Haish. Nasib badan . Aku pun sama. Tak perlu lah aku nak luah kat sini. Bila tahu masalah orang sama dengan aku dah cukup. Kepala dah cukup pening. Tak perlu jadi lagi runsing.

Test datang serentak. Memang dah tabiat lecturer. Pantang betul aku. Tak boleh ke buat mesyuarat dulu sebelum tetapkan tarikh. Muafakat sama-sama. Aku tak kisah masalah apa yang ada. Yang penting aku dapat jawab dengan selamber. Ada gaya komunis tak?

Tapi aku tak fikir yang tu. Aku fikir 13 hb ni. Ada apa sama 13 April?13 hb ni aku pulang barangkali. Macam biasa. Tabiat lama. Aku tak suka study week pendek-pendek. Kalau UiTM buat pendek. Aku panjangkan. Jadual aku biar aku yang tetapkan.

Tapi jadual exam ternyata celaka amat. Hari pertama UiTM bermula exam aku dah ada paper. Mula-mula aku tengok hati dah gelisah. Ah. Tak apa. Habis awal la tu. Dengus hati aku. Tapi ternyata kecelakaan melanda juga. Paper last aku adalah pada hari last exam. See. Sebab ni aku betul-betul meluat. Lepas paper pertama ada selang 7 hari sebelum paper berikutnya. Kejadah. Hati memberontak. Gila tak puas.

Bila start exam? 2 minggu depan. Dah tak lama. Tapi mata aku tak boleh nak melangkau jauh-jauh. Ada 4 test menanti dulu. Digital, Calculus, Electronic, dan Circuit. Digital aku dah pasrah. Lecturer ajar gila laju. Kejadah pulak pening-pening. Haish.

Maki maki lagi. Bila nak senyum sampai nampak gigi?

Sekian.

Saturday, April 3, 2010

Segemen BBC Lagi ~

Salam Sejahtera.

Time aku tulis entri ni, boleh dikatakan rata-rata penyokong Man U masih lagi cuba mengesat linangan air mata masing-masing. Ada yang siap dengan hingus. Sedih benor.

Sejujurnya, aku pun terkejut jugak dengan keputusan ni. Walaupun slot permainan diisi dengan beberapa kontroversi, hasilnya tetap Man U 1 Chelsea 2.

Sebelum perlawanan, aku tak berani nak simpulkan kemenangan Chelsea memandangkan gelanggang perlawanan adalah kubu kuat setan berwarna merah ini, Old Trafford. Tapi ketiadaan pendokong utama iaitu Wayne the Rude Boy dalam team setan merah ternyata mencacatkan keseluruhan pergerakan team setan ini.

Melihatkan Abang Berbatov dan Mamat sepet dari asia sebagai pendokong utama ternyata satu kelegaan bagi semua penyokong Chelsea.. Satu kesilapan taktikal dari pihak setan. Mungkin para jin-jin tidak dapat menyenaraikan pemain yang lebih baik daripada ini bagi mengganti Rooney.

Chelsea pula mengambil kesempatan daripada rehat panjang [ terima kasih kepada team Mourinho yang menghantar mereka pulang awal ] dan ketiadaan The Rude Boy untuk mendominasi permainan. Sejujurnya, inilah permainan terbaik daripada Chelsea sejak dibawah kendalian Ancelotti. Menggunakan peluang sebaiknya, defend dengan kemas, banyak pintas bola, dan kawalan bola yang rapi. Cukup sempurna.

Gol Joe Cole menjadi gol pemisah memandangkan aku syak ada beberapa kerat dari penyokong MU yang tidak akan lekang mempersoalkan gol Abang Drog the Rock Guy yang mana kelihatan offside. Oh, sudah pasti Pak Alex juga akan memberontak sekeras kerasnya berhubung keputusan ini memandangkan itu adalah hobi sampingan beliau. Mengutuk dan mencari masalah dengan pengadil.

Jika dilihat dari sudut kemanusiaan pula, gol MU juga sepatutnya dipersoalkan oleh peminat Chelsea. So, situasi kelihatan adil kepada aku.

Lupakan kontroversi tu...oh dan aku tak tahu lah kalau ada kes bakar kerusi atau meja dari pihak setan merah ni. Mungkin ada ya. Mungkin. Kerana team bola warna merah selalunya tak pandai nak main mudah-mudah. Kalau menang dieorang ketawa. Kalau kalah dieorang memberontak. Situasi yang sama di Malaysia.

Jadi, persoalan mengenai perebutan takhta liga.

Arsenal - Hampir tertutup.
Liverpool - Err..sejak bila Liverpool rebut piala liga?
Man U - Perlu mengharapkan ihsan Chelsea untuk menjadi juara.
Chelsea - Oh. Tak perlu aku huraikan lagi...


Dan sebelum aku terlupa. Ada beberapa pihak cuba mengatakan bahawa Manchester United adalah salah satu daripada propaganda freemason. Ada logiknya. Malahan team ini sendiri telah mengaku bahawa mereka adalah Red Devil yang juga bermaksud Setan Merah. Jadi, kita sebagai umat manusia perlulah bersama-sama menentang kuasa jahat ini..Sila renung dan fikirkan.

Ok. Sekian segmen BBC. Moga Chelsea menang musim ini~

Friday, April 2, 2010

Segmen Jom Kita Bandingkan.

Entri hari ini dimulakan dengan ucapan takziah buat keluarga Din Beramboi.

Al- fatihah.

-----------

Buat beberapa minggu ni, terdapat beberapa orang yang nampak nya sibuk menyelesaikan teka-teki mengapa aku melayan lagu independent sejak 2 3 minggu ni.

Sebelum salah faham berlaku dengan hebat nya, ingin aku tegaskan bahawa aku hanyalah sekadar melayan. Dan aku tak pernah pergi mana-mana gig setakat ini. Tapi memang masih berharap lah. Cuma ada satu kejadian menyadiskan di mana aku secara tak sengaja termasuk ke dalam sebuah dewan di mana berlangsungnya gig band hardcore. Yang menariknya, aku tak faham 1 pun dari ayat yang disebutkan. Hebat.

Jadi, pada hari ini, aku menyeru kepada anda-anda sekalian, mari lah kita melihat perbezaan di antara lirik lagu indie dan lirik lagu biasa.

Untuk bertindak adil, aku memilih lagu bertemakan cinta bagi lagu indie dan lagu biasa.

Lagu biasa yang bertemakan cinta...

Tajuk : Ketulusan hati
Penyanyi : Anuar Zain

Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa

cinta ku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku

Mencintai mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu
Selalu...

Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia
Untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih mu

Mencintai mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu
Selalu...

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku

Mencintai mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu
Selalu...


Dan sekarang kita lihat lagu indie yang bertemakan cinta pula...

Tajuk : Maharani
Penyanyi : Butterfingers

VERSE 1
Mereka kata ku gila
Lagilah aku suka
Otakku geliga
Fikiran luar biasa

VERSE 2
Mereka kata ku samseng
Tapi ku tak ambil pusing
Pedulikan semua
Fikir apa yang penting

CHORUS 1
Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

VERSE 3
Mereka kata ku tipu
Tapi ku tak meniru
Mereka semua pemburu
Pemburu yang cemburu

CHORUS 2
Semua tuduhan fitnah belaka
Ada yang suka juga ada yang benci
Biar peluru menembus kulitku
Suatu yang pasti
kekal abadi
Akan ku taati Maharani

VERSE 4
Mereka kata kau sama
Tiada apa yang berbeza
Aku tau kau tak serupa
Tak silau lihat harta


Kalau anda jenis yang tak jiwang, anda akan faham perbezaan sebenar. Tapi kalau anda jiwang...sila teruskan melayan lagu normal. Sila fikir dan rumuskan~