Sunday, June 13, 2010

Sejarah Beb!

Malam ni kita berentri ilmiah. Sekali sekala ilmiah pun perlu jugak. Ye dok?

***

Sekarang ni musim tengah caci maki hamun Israel. Ramai orang kita yang join kutuk sama. Kat facebook tu toksoh dikata. Penuh dengan status kutuk mengutuk. Siap gambar-gambar lagi.

Tapi, aku tahu, yang tak ramai yang tahu kisah disebalik sejarah-sejarah ni. Tak ramai yang berminat nak kaji. Bab tunjuk perasaan laju. Pantang ada demonstrasi, muncul je kat mana-mana. Tapi bab kena baca, kaji, selidik, hilang.

Jadi, sementara bosan menunggu bola, aku ambil peluang untuk taip 2 3 batang perenggan untuk memenuhkan senarai entri di blog ni dan cerita sebab Israel nak takluk Palestin.

***
Semuanya sebab Baitulmuqaddis

Meh aku cerita sikit sejarah Baitulmuqaddis.

Baitulmuqaddis ni sebenarnya tempat suci untuk 3 agama besar. Kristian, Yahudi & Islam. Bagi Islam, ni tempat ke 3 lah dalam senarai tempat suci. Selepas Mekkah dan Madinah.

Kalau nak diikutkan orientalis barat, baitulmuqaddis ni jadi glamer lepas Nabi Daud as takluk daripada kaum Jebusite. Tapi tu tak penting sangat lah.

Sekarang ni, orang Yahudi nak sangat takluk tempat ni sebab dieorang nak bina Kuil Sulaiman. Dulu, lepas Nabi Daud, Baitulmuqaddis ni Nabi Sulaiman yang perintah. Menurut ahli sejarah, Nabi Sulaiman as kemudiannya buat satu Kuil yang diberi nama Kuil Sulaiman. Kuil Sulaiman ni kiranya kuil yang pertama di dunia.

Tak lama lepas tu, orang Babylon takluk tempat tu daripada orang Yahudi. Nebuchednezzar II ,Raja Babylon telah musnahkan kuil tersebut.


Habis satu cerita...


Kat tengah kota Baitulmuqaddis pulak, ada Al Haram Al Sharif. Apa bendanya ni? Kalau korang nak tahu, Al Haram Al-Sharif ni lah tempat suci yang ke 3 bagi orang Islam, dan yang paling suci bagi orang Israel sebab kat situlah dieorang dakwa pernah dibina kuil bukit.

Bagi orang Islam pulak, ini tempat suci sebab kat dalam tempat ni lah ada nya Masjid Al-Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah [Dome of the Rock].

Qubbat As-Sakhrah ni antara senibina Islam yang tercantik di dunia. Ni bukan lah masjid, tapi kompleks. Kat dalam tu ada batu. Batu tu lah dikatakan tempat Nabi Muhammad saw berdiri time peristiwa Israk Mikraj.


Habis dua cerita...

Pasal konflik tanah Palestin & Israel pulak..


Dunia pun dah tahu rasanya yang kaum Yahudi ni kaum berpindah randah. Dieorang tak ada tanah sendiri. Sebab tu zaman sekarang ni kaum Yahudi ada kat merata-rata ceruk dunia.

Tapi, campur tangan British secara langsung menyebabkan huru hara kat Baitulmuqaddis ni. Time Perang Dunia 1, Empayar Turki Uthmaniyyah tewas. Jadi, tentera British masuk ke baitulmuqaddis. Orang British lebih memihak kepada pendatang-pendatang Yahudi kat situ berbanding orang Arab. Jadi, orang Arab dapat layanan yang tak adil dari pihak British.

Tahun 1947, Pertubuhan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan pentadbiran British kepada 2 negeri, 1 untuk Yahudi, 1 untuk Arab. Tapi, lain pulak jadinya, lepas British undur diri taun 1948, Perang Arab-Israel tercetus. (Gara-gara daripada pelan UNGA tadi).

Time perang Arab-Israel ni, Baitulmuqaddis terbahagi kepada 2. Timur dan Barat. Timur jadi milik Jordan, manakala Barat jadi milik Yahudi.

PBB usul cadangan supaya Baitulmuqaddis diletakkan dibawah pentadbiran antarabangsa. Tapi si kejadah jahanam parlimen Israel sesuka hati buat keputusan jadikan Baitulmuqaddis tu ibu negara Israel. Tak lama lepas tu, Baitulmuqaddis timur ditawan Israel dalam Perang Enam Hari....

Tapi, sampai sekarang, kalau mengikut undang-undang, kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tak terjawab..

***

Ok lah. Cukup dah kot rasanya cerita ni... Letih dah pun tangan aku duk taip....

Oh. Sebelum aku lupa, ramai yang tak tahu, yang Perdana Menteri Israel, Bejamin Netanyahu bukan calang-calang orang. IQ dia 180. Lagi tinggi dari Einstein (160)...

6 comments:

IMAN'S UMI said...

Nk kongsi info gak, gambar masjid al-Aqsa telah digantikn dgn Dome of the Rock utk memesongkn akidah umat Islam. Jaadi, berhati2lah. X ingt dpt info ni dri mana. Klu ayat buku Sejarah mcm ayat kt en3 ni, mesti x ngantuk study sejarah.

eyemeroll said...

betul tuh..
ada jugak terdengar..

orang salah faham dome of the rock dengan masjid al-aqsa...

2 bangunan berbeza..bersebelahan..

IMAN'S UMI said...

Yg dome kaler kuning keemasan tu kn?

eyemeroll said...

Yup. Kubah dia disalut emas..

HonEyBuNNy said...

ooooo..ada yg ila tahu..n ada yg ila xtahu..tq 4 da info..;-)

AngahSayang2314 said...

salam lama tak jengah blog nie maaf ye kesibukan masa yg tak di duga..

ooo memang bernas info yg angah dapat nie thanks for info