Thursday, February 17, 2011

Skill membaca

Gua, sebenarnya ada satu perangai pelik. Perangai pelik gua ialah gua suka membaca masa makan. Membaca ni bukanlah bermaksud membaca benda-benda yang berilmiah (baca:study),tetapi seperti buku indie, komik, surat khabar dan sebagainya. Selagi benda tu tak berkaitan dengan subjek yang gua belajar dan boleh dibaca, gua akan baca.

Membaca masa makan ni, memang nampak tak beradat. Tapi gua heran apa. Gua memang kurang sikit adat dan sivik ni. Sebab tu gua rasa gua ada masalah besar dengan mak mentua nanti. Tapi itu kedian kira.

Membaca masa makan perlu sedikit skill. Sebab apa, kalau kau tak ada skill, silap-silap nanti takut benda-benda tak patut masuk ke dalam perut. Yang itu bahaya, dan ya, itulah risikonya. Mana la tahu, sebiji kepala ikan kau telan, mahu tempah kubur nanti.

Gua tak usah cakaplah. Bab skill makan sambil membaca ni gua dah fasih. Nasi, mee, ikan, ayam, semua gua terer. Bagilah apa benda sekalipun, nescaya gua boleh makan dengan selamat, insyaAllah.

Nak dijadikan cerita, haritu gua pulang ke rumah dengan sebungkus nasi. Perut pulak tengah lapar time tu. Tengok nasi pun penuh bernafsu. Tapi gua cari buku dulu, santapan minda konon-kononnya. Gua tengok ada buku shin chan. Gua pun tibai ajelah.

Sedang-sedang syok gua makan, sikit lagi nak telan, tetiba ada satu naluri lawak yang menyebabkan gua rasa nak suka. Dan bila nasi hampir-hampir antara nak masuk ke dalam tekak dan tidak, dan ketika tu kau nak suka pulak, hasilnya adalah kau akan rasa sangat celaka dan seolah-olah katil ICU memanggil-manggil.

Jadi, konklusinya, sila jauhkan buku shin chan kalau nak makan sambil membaca. Lawak dalam buku tu patut diletakkan label PG13. Lawak tahap berat. Gua sirius!

3 comments:

- koroe - said...

saye macam pernah tahu hobi dan tabiat awak ni. saye saye sarankan awak print entri dari mistisfiles dan baca masa makan.

siyes syok dan kompem kenyang gila makan kalau baca benda tu.

saye pernah try dan hasilnya, saye tak sedar nasik saye dah habes.

eyemeroll said...

gua tak nak kait dengan konspirasi ni... haha

Miqael Arshad said...

Blog anda telah tersenarai dalam calon pengundian... anda boleh jalankan kempen untuk meraih undi dalam Contest Mudah | Promosi Blog Anda

Refer : http://miqaelarshad.blogspot.com/