Wednesday, February 2, 2011

Kisah Si Gadis Pendek &Tumit Tinggi

Dalam suasana yang suram dan hamis sehamis bau selepas hujan itu, dia datang bersama sepasang kasut tumit tinggi.

Aku yang ketika itu di dalam kekalutan tapi berlagak kool, mula bertukar kepucatan. Ah. Celakanya. Tumit tinggi lagi!

Aleya, bukanlah sebiasa-biasa gadis. Dia, cantik. Dia, ego. Dia, demanding. Tapi, dia pendek!

Dia seolah-olah watak Princess Fiona di alam fantasi Shrek. Cantik dan ego, pastilah berkarekter. Tapi, karekternya lain, dan ikut waktu. Seperti Princess Fiona yang bertukar menjadi Shrek bila sampai waktu. Begitulah dia.

Ego Aleya perlu dikawal. Jika tak dikawal, habis. Punah ranah, hancur robeklah segala.

Itulah Aleya. Dan, dia kini, dihadapan aku. Bertumit tinggi. Tumit tinggi tanda egonya makin meninggi. Habis.

Ceritanya, pagi tadi Bibik Hasmiah terlambat bangun tidur. Bibik Hasmiah terlayan fantasi mimpi, sampai lupa bangun pagi. Lalu, tak sempat sedia sarapan pagi. Aku kata, tak apa. Lain kali jangan lambat lagi. Tapi, Aleya tak puas hati.

Dia masuk bilik, merajuk.

Dia kata,

Bibik Hasmiah orang Indon. Demand gaji tinggi. You kata tak apa. Dia buat hal, you kata tak apa. Tapi, I minta kasut tumit tinggi Jimmy Choo you kata tak boleh. You kata I membazir. I nak sokong buatan malaysia aje. Itu pun tak boleh? Apa you lagi sayang indon dari malay? Lagi support bibik dari bini?

Aleya, bila marah tak boleh dilawan. Jadi, aku biarkan dia dengan perasaan, tinggalkan seorangan.

Perempuan, tak pernah tak komplikated. Sedangkan, dalam fantasi berahi aku sekalipun, perempuan yang hadir pasti yang komplikated. mungkin takdir aku dengan perempuan yang komplikated, atau sememangnya setiap perempuan adalah komplikated. Aku sendiri tak tahu. Ah. Komplikated sungguh!

Tapi, sekarang Aleya datang pejabat. Dengan kasut tumit tinggi.

Aku syak dia nak mintak Jimmy Choo lagi.

1 comment:

nurulasmira said...

aku rasa bukan perempuan saja. semua manusia pun kompleks sebenarnya.