Thursday, January 27, 2011

Update Sekian Lama

Kebiasaannya, saya tidak pernah lambat ke kelas. Ok. Itu mungkin sedikit tipu. Jarang-jarang saya lambat ke kelas. Dan kalau lambat pun, selalunya dalam lingkungan 5 - 10 minit sahaja. Bukan nak cerita saya menepati masa, bukan nak berbangga saya budak nerd, dan bukan nak heboh saya bukan macam melayu tipikal.

Tapi, itu memang dah jadi kebiasaan saya. Macam penghisap rokok yang kena menghisap rokok tak kurang dari 5 minit selepas makan. Ya. Sama sahaja.

Tapi tadi, hujan renyai galak-galak turun ke bumi Shah Alam ini ketika saya perlu ke UiTM untuk sesi lab petang. Hendak berkereta, tapi tak efektif. Ini kerana kapasiti UiTM sebenarnya tak cukup untuk menampung kereta pelajar dan pensyarah. Lantas, saya tidak mengambil keputusan untuk berkereta.

Selesai sahaja hujan mengalakkan dirinya, saya dan kawan terus laju kearah moto dan seterusnya ke UiTM.

Masuk di dalam kelas, pensyarah sudah tunggu. Dan, tengok jam di dinding 2.30. Saya tidak punyai apa-apa untuk pertahan diri. 30 minit lambat ke kelas sebenarnya satu kebiasaan bagi budak jurusan kejuruteraan. Tapi bagi sesetengah pensyarah yang berdarah suam, ini menyebabkan darah mereka tiba-tiba mendidih lalu tersirap. Ini bahaya. Sangat bahaya dalam sesetengah kes.

Mujurlah pensyarah tadi berniat sebagai seorang pendidik. Lantas, saya terpaksa dihujani sesi ceramah secara percuma. Bodohlah hendak bagi alasan segala masa tu. Jadi saya diam, dan tunjukkan gigi sahaja.

Selesai sesi ceramah. Lecturer terbabit lantas memulakan sesi kelas. Saya tengok jam kelas, 2.45.

.
.
.

Saya tengok jam tangan saya 2.30.
.
.
Saya tengok jam hp, 2.30.


Dem! Patutkah saya balas balik?

2 comments:

- koroe - said...

whahh. saye rilek aje. masuk kelas, terus kelas tamat. baru letak double krabby patty atas kerusi, lec terus sound " oke. thats all for today "

dan saye terus jerit dalam hati.
" babiiiii !!! "

eyemeroll said...

As expected from master koroe.