Monday, January 3, 2011

Update Baru

Hari itu, hari Ahad. Hari Ahad di kota metropolitan bukan calang-calang Ahad. Kalau Ahad di Terengganu, kau boleh berdiri tengah-tengah jalan selagi tak peak hour. Tapi kalau di kota metropolitan macam ni, kalau iman lemah, baik jangan bawak kereta sana sini. Sebab mulut tak akan terlepas dari perkataan yang mecarut dan sebagai dengannya.

Sebab aku malas nak mencarut, iman aku lemah dan aku tak kuasa nak bertukar jadi super saiya pada hujung minggu, aku pergi Jusco Bukit Raja je. Dekat, tak jem dan tak mahal. Dia punya parking fee pun Rm1 je paling mahal. Tak macam Sunway Piramid si kapitalis Rm 3 untuk beberapa jam yang pertama. Aku syak tiket parkinglah salah satu sumber kewangan terbesar dieorang.

Ok. Itu kedian cerita. Yang aku nak cerita ni adalah agenda aku, iaitu tengok wayang. Gila punya ketagih nak tengok wayang, 2 cerita sekaligus aku rembat. Tu tak termasuk malam sebelum tu yang mana aku tengok Tron 3D dengan harga tiket yang amat mencabar dompet. Ok. Maaf. Tersasul lagi. Aku tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) & Ngangkung. So, ini reviewnya.

Cer Cerita Cer Cerita!

HKLBR adalah satu cerita yang superb, dan boleh buat anda ketawa sampai buasir tahap kritikal. Dia punya lawak, amat sirius dan betul-betul lawak. Ya. Bukan main-main punya lawak.

Scene yang paling aku suka dan buat air mata aku tersembur keluar adalah scene di mana para watak lari dari hantu. Satu idea yang amat kreatif.

Lagi satu, penonton disajikan dengan lawak dan saspen pada seluruh babak cerita. Tak boleh relaks langsung. Baru nak relaks, gelak kuar air mata. Baru nak relaks balik terkejut pulak. memang tak membazir duit ptptn.

Malas aku nak tulis panjang-panjang. Aku bagi 4.5/5. Ini cerita yang best dan boleh buat kau digelar gila kalau tak tengok.

Pasal Ngangkung.

Sejujurnya, mungkin faktor promosi membuatkan cerita ni dapat kutipan 8 juta. Sebab bagi aku kalau nak diikutkan daripada kualiti cerita, HKLBR lagi mantap dari Ngangkung.

Jalan cerita Ngangkung agak lere dan kadang-kadang bosan di pertengahan cerita. Namun, kualiti lawak tetap hebat. Kecuali lakonan Adzlee Senario yang sejujurnya buat aku rasa muak & tak sabar-sabar nak tampar beliau. Lawak basi.

Ok.

Tak perlu nak cerita panjang-panjang. Cerita ni pun dah agak ketinggalan di pawagam dan dah ramai yang tengok. Tapi aku peduli apa. Janji aku boleh cerita.

Sekian.

No comments: