Saturday, January 15, 2011

Entri Ceramah Versi Sirius!

Sejak dua menjak ni, aku bangun dari tidur, dan melihat dunia tanpa satu pandangan yang absolut. Dalam kerakusan perubahan dunia sekarang, aku rasa dunia semakin berubah kearah yang tiada siapa tahu.

Dunia, dalam konteks pemikiran aku (sekarang ini) adalah sedang menjunam kearah kerumitan yang dasyat.

Aku akur dan terima, bahawa semuanya sedikit sebanyak berpunca daripada aku sendiri. Walaupun dunia secara umumnya tidak akan terhakis hanya kerana seorang manusia, tapi secara teorinya, ianya memang bermula daripada seorang manusia. Tidak boleh tidak, prinsip ini adalah absolut di alam pementasan manusia ini.

Dan pokok pangkal kerumitan (baca:masalah) ini, terpaksa aku sandarkan pada kejahilan. Kerana, dunia sebenarnya tidak akan terhakis, terguris mahupun tercemar sekiranya kitab yang diturunkan itu dipegang dan bukan sekadar dijunjung, tapi turut difahami. Untuk aplikasi sesuatu ajaran itu, kita perlu fahamkan terlebih dahulu segala isi yang diajarkan. Bukan sekadar terkumat kamit berlagu di bibir tanpa faham sebaris mahupun sepatah habuk yang dibaca. Pandai membaca, mengalunkan irama ayat adalah okay. Tapi perlu difahamkan bahawa okay itu tidak bermakna bagus. malahan, ianya masih jauh daripada bagus.

Beberapa perkara (baca:ajaran) yang aku agak kurang faham, samar dan tak jelas sebelum ini banyak telah aku fahami. Tapi, aku sendiri terpaksa terima hakikat, bahawa dengan sekadar memahami juga hanya meletakkan seseorang itu pada kelompok bagus. Bukan hebat. Secara matematikalnya, Hebat>Bagus. Hebat itu adalah apabila kita faham dan berupaya untuk aplikasi kefahaman kita itu sendiri.

Aku secara terang-terangan mengaku, ada hal-hal didalam kitab yang aku faham secara teorinya. Tapi, aku masih tidak aplikasi kebanyakan daripada ajaran itu. Kenapa? Ini yang aku sendiri sedang cuba ungkaikan. Tohmahan-tohmahan (dari individu yang kononnya alim) yang tak menentu , entah apa-apa dan kurang ilmiah (seperti tak boleh fikir, iman lemah, bodoh dsb) aku tolak ketepi awal-awal. Ini langsung tidak menjawab persoalan aku sebenarnya.

Terpaksa aku ingatkan disini juga supaya jangan bercakap besar, mengutuk lebih-lebih dan berasa diri ada iman yang cukup untuk aplikasi ajaran-ajaran itu, seandainya belum lagi terkena cubaan dibatang hidung sendiri. Bercakap besar adalah dibolehkan jika kau tidak terjebak dengan benda itu. Tapi, fikir sekejap. Kenapa tidak terjebak? Adakah kerana iman kuat? Jika itu halnya, maka tiada canggahan lagi. Tapi, adakah kerana kau belum lagi diberi peluang mahupun berhadapan sendiri dengan cabaran itu? Kalau itu halnya, sila kuatkan iman sekuat mungkin. Dan anda ada hak untuk berdebar, kerana bedepan dengan nafsu yang berdindingkan syaitan serta kejahatan adalah satu cabaran yang agak ekstrem untuk iman seorang muslim sebenarnya.

Dan bersebabkan itu, aku merasakan dunia kita sedang menghala straight kearah kerumitan. Kita perlu lekas-lekas sedar, menyedar dan saling menyedarkan. Ini bukan perkara main-main. Ajaran dalam kitab bukan sekadar untuk menjadikan dunia ini satu tempat yang harmoni, tapi juga bagi menjadikan manusia itu sebaik-baik makhluk. Semakin rumit kerumitan yang terhasil, semakin rosaklah dunia.

Sesi kejahilan, akan sentiasa berterusan sampailah kau sedar ketika kau sudah agak terlambat.

No comments: