Wednesday, January 6, 2010

Aku.

Aku kembali menulis nampaknya. Satu petanda yang bagus barangkali.

Terasa ingin menulis ala-ala Chedet. Hebat betul cara dia berfikir. Aku masih mengkaji bagaimana dia boleh terjumpa formula menulis dengan menyusun susunan mengikut nombor. Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.

1. Apabila merantau di tempat orang, semestinya perkara yang paling best adalah apabila kita dapat merasai suasana di tempat itu. Tapi malangnya, aku terkena tempias demam monsun. Sekaligus menyaksikan penyeksaan peringkat separa siksa. Memandangkan aku sakit, tapi tidak tahu mahu kemana.

2. UiTM memang hebat dalam menyiksa pelajar-pelajar mereka bagi melahirkan insan cemerlang yang mungkin hebat memberontak. Apekejadahnya apabila anda dipaksa untuk merelakan diri mengambil kembali beberapa subjek yang anda telah lulus dengan titik peluh study last minute sebelum-sebelum ini?

3. Kehidupan aku disini bagaikan raja di dalam istana. Tidur agenda utama. Makan. Jalan-jalan ke shopping mall berdekatan dan yang berjauhan. Entah bila kuliah nak mula. Hidup aku makin menggila.


Sekian.

p/s-sedang menguji kelajuan digi broadband.

2 comments:

Kwa3 said...

i like ur profile

jurukopi said...

nombor dua itu memang ganas. keh keh