Sunday, January 17, 2010

Kisah Tragis

Amat kelihatan bengang. Marah. Mukanya macam setan. Kalau dalam komik dragonball, dah lama dia bertukar menjadi super saiya. Betul-betul marah.

Tadi kawan dia call. Bagitahu awek dia jalan dengan mamat lain. Siap pegang tangan.

Masuk akal jugak lah muka dia jadi macam setan. Siapa boleh tahan tengok makwe curang. Dah tentu rasa nak bunuh orang. Silap-silap aribulan kalau iman tak cukup dah lame pergi sihir. Tapi tu bila iman dah tak ada lah. Iman Amat masih ada. Tetap ada walaupun sedikit.

Amat tak boleh nak tahan lagi. Bimbang kalau tahan lagi ada orang meninggal. Badan dia ketar-ketar. Terus dia kumpul "awok-awok". Nak pergi serang.

Plan dia cukup simple. Pergi maki-maki makwe die. Lepas tu belasah mamat tu. Kemudian blah. Kalau rasa cukup lelaki, duk kat situ pun tak apa. Tunggu polis datang. Belasah polis sekali.

Begitu ligat kepala Amat time tu. Dia boleh berfikir melampau batas. Itu hebatnya Amat. Di situ "cute" nya Amat. Itu kata-kata makwe Amat sebelum ini. Baru kini Amat sedar. Itu kata-kata dusta barangkali.

Setelah cukup "awok-awok", mereka pergi ke tempat makwe Amat date.

Berderau darah Amat tengok keserasian 2 orang pasangan itu. Lelaki itu sedikit tua. Tapi Amat tak nampak sangat. Sebab dia tak pakai spek. Biasa lah. Trend masa kini. Buta, tapi buat-buat tak buta. Apa hebat pakai spek. (Spek = Kacamata).

Tanpa buang masa, Amat pergi dan jerkah makwe dia.

"Woi. Agak-agak ar kalau nak curang pun. Tak sangka camni perangai kau ea. Macam setan! Kalau macam ni, tak ingin aku nak jadikan kau isteri!"

Segala ucapan kini telah disemburkan. Sedikit puas ati Amat.

Awek Amat kelihatan sedikit takut. Muka bersalah. Tapi macam ada sesuatu hendak diberitahu...Baru saja dia nak bersuara..Lelaki ditepi awek Amat pun bersuara....

.
.
.
.
.


"Aku pun tak hingin kau jadi menantu aku......"



Dan... Kini Amat cuba berubah menjadi seperti seorang tabligh.....tapi mungkin sudah terlambat....


p/s 1- Siapa cakap takde Abang Drog Chelsea takleh menang. Tengok. Slamber 7-2 beb!
p/s 2- Salah ke kalau suka kat seseorang, tapi tak nak bagitahu?

4 comments:

ezzati said...

padan muka Amat

Pengomen said...

cukup tragis!!!
siapakah Amat itu?
p/s 1 : abg lam bawa taring mase tuh
p/s 2 : sukajerlah!!..

eyemeroll said...

@ezzati-perempuan mesti memihak perempuan..hehe

@pengomen- entah. tiba-tiba idea datang time subuh. Haha

p/s1:aku kadang-kadang tak reti nak predict chelsea punya game..haha

p/s2:simple nasihat anda. Aku suka!

the Lady Of sHolatt said...

haha.. amat memalukan