Friday, January 22, 2010

Saya Gatal Tangan Untuk Update

Baru aku perasan. 2 3 minggu ni aku kurang menulis. Aku tak sedar. Ok. Mungkin aku sedar. Tapi aku lupa.

Juga sempat aku perasan, aku kurang update mengenai situasi aku. Aku tau. Entri syok sendiri adalah entri yang bakal dikritik, dicaci dan diabaikan. Tapi aku tak kisah.

Soalan wajib orang tanya aku sekarang adalah macamana hidup aku kat sini.

Menyesalkah..? Aku kalau boleh tak nak jawab soalan ni. Nak jugak kadang-kadang jawab dengan penampor. Tapi agak kurang sopan di situ. Jadi aku jawab dengan berhemah. Supaya nampak beradab. Macam kata kawan aku. Bab adab ni takpe kalau hipokrit. Dikira sunat. Fikir-fikir balik ada logiknya disitu.

Sedang dalam perkiraan aku, sebenarnya hidup aku sedang menjerumus kearah jahanam dari semasa ke semasa. Aku berbelanja macam anak raja. Padahal hidup aku hutang yang taja. Dan bila hidup dalam dunia ijazah, tetapi hutang anda ditaja tahap diploma, sudah pasti masalah ini akan timbul. Siapa yang salah? Entah. Yang pasti bukan aku.

Bab belajar macam biasa. Aku tak tahulah kat mana lain nya. Tapi kadang-kadang aku rasa subjek yang aku dah ambil masa diploma dulu, jadi berganda-ganda lagi susah belajar kat sini. Pelik. Masih lagi menjadi tanda tanya.

Hujung minggu agak sedikit cacat disini. Ramai kawan-kawan aku ada penyakit kronik yang dinamakan homesick. Cilaka. Mentang-mentang rumah dekat, sume nak berangkat time hujung minggu. Aku? 8 jam + harga tiket. Aku rela menyepi di kamar sendiri. Ho Ho.

Tapi bila semua kawan takde. Maka pergi lah makan kat restoran sorang-sorang. Tertengok pulak couple tengah bermanja kat sebelah. Ada sedikit perasaan aneh. Terasa nak sepak-sepak beliau. Kenapa ya?

Sekian. Adieu~

9 comments:

Emon. said...

haha, normal lah tu.

RumaTenat said...

frustratred!!

whatever said...

sgt kisian!!!

eyemeroll said...

@emon - normal ke? Hehe

@Ruma Tenat - Oh tidak. Hidup saya ceria~

@whatever - kesian ke? Hehe

eik`S noName said...

hahaha...baru mu tau gane lau duk jauh...cu mu pikir...ape rase saing2 mu hok mase mu duk uitm dungun.,...mu blik tiap2 minggu gop....
baru tau rase...haha

eyemeroll said...

eish..dieorang lain..aku balik senyap2..dieorang x tahu..haha

eik`S noName said...

ceh...sobeng wak muke innocent lorh

eyemeroll said...

haha...dah mu gane..pernah merasa? hehe

the Lady Of sHolatt said...

haha,, agak cemburu tgok couple2 kot.