Hari itu akhirnya tiba, tepat-tepat di penghujung tahun, 31/12. Suasana dalam rumah kayu itu riuh rendah. Ditemani cahaya pelita, suasana begitu tegang. Pintu sekejap terbuka, sekejap tertutup. Angin kencang menikam tulang bomoh, pawang, tabib dan tok bidan. Cemas semuanya sambil mulut terkumat kamit mencarut mantra.
" Yang laut, pulang ke laut! Yang darat , pulang ke darat! Jangan kau ganggu cucu adam yang baru ini! " Jerit Pawang Uda.
Bomoh lain sibuk perasap kemenyan. Ustaz di sebelah sekadar melihat. Syirik fikirnya. Tapi, dia sendiri sudah tak berdaya lagi.
Di depan mereka terbaring seorang perempuan muda. Dalam pertengahan 30-an. Wajahnya lesu. Pucat. Urat-urat marai jelas kelihatan. Badannya terketar-ketar. Darah membasahi kainnya. Tok Bidan masih rakus memberi sorakan.
"Push mun, push! Jangan engkau tak push!" Berurat tekak Tok Bidan bagi mendengarkan suaranya yang tua itu. Bertahun sudah dia menjadi bidan, ini antara yang paling mencabar. Siapakah anak yang bakal dilahirkan. Dan apakah kaitan jasad anak ini dengan gangguan makhluk halus ini. Pasti bukan calang-calang. Fikirnya. Celaru otaknya bukan main.
Seekor dua biawak cuba masuk ke dalam rumah. Segera dihalau saudara mara disitu. Cicak berbunyi tak henti-henti. Nun jauh kedengaran, jeritan musang sering bersahutan. membuatkan orang tua-tua tak sedap hati. Jeritan musang ketika melahirkan bayi, pasti satu petanda fikir mereka.
Saudara yang lain sekadar memerhati dengan penuh cemas. Siapakah gerangan cucu adam ini. Apakah yang dia akan jadi apabila besar kelak. Lahirnya bukan calang-calang. Si ibu hampir separuh mati. Si ayah pucat lesi. Bimbang dilihat bininya bertarung nyawa penuh mencabar sekali. Air mata si ibu sudah kering. Bukan tanda reda, tanda kehabisan air mata.
Selang beberapa jam selepas itu.
Rumah itu ceria. Bayi akhirnya selamat dilahirkan. Ibu tarik nafas lega. Ayah senyap, tak terkata. Bomoh, Pawang, Tabib dan Bidan semua mengesat peluh.
"Apa nama budak ini Su?"..... Tanya Pawang Uda pada si ayah..
" Amirul. Amirulhafiz..." ujarnya dengan nada yang gembira
....
Ok. Gua beranak dekat hospital aje. Itu semua rekaan semata. Terimas pada yang wish selamat hari lahir. Gua terharu. Jangan wish touching-touching lain kali, kalau gua nangis, jatuh image gua!
Friday, December 31, 2010
Sunday, December 26, 2010
Cerita Pendek (5)
Dia sarungkan baju sejuk, ambil kunci, sekotak rokok dan handphone, lalu terus keluar dari rumah. Angin sejuk malam mula memamah tulangnya. Ngilu. Ah. Lega dirasainya. Suasana inilah yang bisa tenangkan pemikirannya, dan membolehkan dia bermain-main dengan benaknya sendiri.
Dia berjalan seorang diri menyelusuri kawasan urban itu. Lagak manusia sekeliling dipandangnya tanpa hirau. Sinis pandangannya.
Bertemankan rokok, dia seolah berjalan dalam dunianya sendiri. Kepalanya ligat berfikir dan bermain-main dengan falsafahnya sendiri. Itu memang kebiasaannya. Bila dia rasa kosong, tiada idea, hilang punca, dia akan berasmara dalam kelompok malam. Lampu-lampu jalan bisa menghiburkannya. Angin sejuk malam boleh mendodoikan fikirannya. Kesunyian malam boleh menajamkan fokusnya.
Dia ibarat jiwa muda yang selalu bertelagah dengan arus semasa. Keadaan dunia yang bodoh dan kotor dipandangnya dengan penuh serius. Kadang-kadang pandangannya penuh dengan kejijikan. Tapi apakan daya, dia hanya seorang yang berjiwa muda. Tiada siapa mendengarnya. Tiada siapa menghiraukannya. Sebab itu dia suka suasana malam. Ada bulan, ada bintang, tapi tak banyak orang. Orang yang merosakkan kehidupan ini. Orang yang menghancurkan dunia ini.
Dia singgah di kedai 24jam untuk membeli setin minuman. Perlu ada kemanisan, bagi terus merancakkan pemikiran. Keluar dari kedai, dia cari satu sudut untuk berehat. Dia duduk di bus stop seketika. Gayanya seperti pengemis. Itu sudah kebiasaanya. Peduli kata orang. Kalau adapun orang saat itu, orang itu juga sama sepertinya. Dituduh kutu rayau. Dihina pengemis bangsa. Katalah dia anarkis sekalipun. Pedulikan. Itu manusia. Berasa betul, padahal salah. Berlagak alim, padahal hina.
Dia rakus menikmati sisa malam. Khayal sekali perasaanya. Penuh perasaan. Lepas puas bersendirian, dia berjalan pulang.
Sampai di rumah.
Tanpa bicara panjang dia tidur. Lepaskan segala kerisauan, pasrah pada malam, bergantung pada mimpi untuk membawanya pulang ke dunianya yang sebenar.

Friday, December 24, 2010
Teori Dunia
Tokoh falsafah dunia, Plato pernah mengeluarkan teori..
"At the touch of love everyone becomes a poet."
Jadi, kalau ada orang perasan hidup dan segala entri aku pelik akhir-akhir ini, jangan salahkan aku. Salahkan wanita.

Tuesday, December 21, 2010
Cerita Pendek (4)
Di tengah kota metropolitan itu, dia berdiri. Sediri seorang diri. Dibasahkan dengan hujan sedap-sedap bahasa. Dia tak ubah seperti orang gila. Orang gila yang sesat dan hilang akibat pembangunan pesat.
Dalam basah kuyup itu, dia merayau. Bukan mencari nasi, jauh sekali dari mencari wang, tapi dia mencari diri. Dirinya yang hilang. Ya, dia kehilangan dirinya. Saat itu, dia sedang rakus mencari identitinya. Siapa dia, siapa mereka? Satu persoalan yang sedang lunak bernyanyi dalam kepalanya.
Apabila buntu, dia mendongak kelangit. Langit luas, hitam, gelap tapi bercahaya. Dia suka. Dia dapat satu perasaan, yang mengatakan bahawa dirinya adalah cahaya dalam kegelapan. Agak mustahil fikirnya. Tapi perasaan tak pernah menipu. Dia tahu.
Dia mula pening, runsing, dan celaru. Fikirannya haru biru. Lantas, dia gagahkan kaki, lari sekuat hati. Dunia ini kejam. Kenapa seberat ini? Apa penyebab ini? Bagaimana bisa dia jumpa dirinya? Dia cuba berputus asa. Kerana apa yang dilihat dihadapannya adalah hitam, tanpa sebarang harapan.
Sedang kuat dia menghayunkan tangan, gagahkan kaki, dia terlanggar seorang gadis. Jatuh terjelopok gadis itu. Begitu juga dia. Dia rasa serba salah. Belum sempat dia membantu, dia terpesona.
Gadis itu, wajahnya ibarat puteri. Kalau ada bulan, dia boleh disamakan dengan bulan. Wajahnya seolah memantulkan cahaya. Rambutnya lembut, irasnya cantik. Boleh patahkan sejuta hati lelaki, dalam satu hari. Fikirnya.
Hatinya berdegup kencang. Begitu kencang. Tiba-tiba dia tersenyum.
Dia silap rupanya. Silap ketika menyangka dia adalah cahaya kepada kegelapan. Dia dah jumpa dirinya. Dan sebenarnya dia adalah kegelapan.
.
.
Dihadapannya itu adalah jawapannya. Ya. Gadis itulah cahayanya.....
Ah. Baiknya dunia, indahnya suasana...

Sunday, December 19, 2010
Update Cuti (8)
Satu masalah harian yang aku kena akui sebagai seorang student adalah ketidakcukupan wang. Sepertimana student-student yang lain, wang adalah salah satu perkara pokok yang perlu diambil kira tiap-tiap hari. Dan seperti kebanyakan student juga, aku adalah tergolong dalam mereka-mereka yang boros, dan agak tidak sedar diri.
Dan agak mengecewakan, berusaha keras untuk mendapatkan biasiswa tampak bukan satu usaha yang mudah. Disamping ideologi "malas itu hebat",sistem keadilan yang diamalkan oleh kerajaan juga agak membantutkan peluang aku untuk mencilok sedikit biasiswa JPA. Nyata, kerajaan kita amat adil, dan hanya mereka yang benar-benar nerd dan sanggup membelakangkan life demi masa depan sahaja yang layak untuk menerima tajaan mereka. Kerajaan lebih prefer student yang hebat kokurikulum? Kepala lutut mak bapak dia. Janji tak pernah nak kota. Tak percaya? Tengok harga minyak sudah. Dulu janji tak naik tahun ni, alih-alih selamber dek naik. Orang buta senyum nampak gusi, next pilihanraya undi lagi.
Sebenarnya ada beberapa point yang aku tak puas hati dalam isu pembahagian biasiswa. Sebagai contoh, JPA tak pernah adakan temuduga untuk biasiswa PIDN. Bermakna pembahagian biasiswa tak pernah telus. Katakan kau meniru, tak kena tangkap, dan dapat result gempak. Kau cuma perlu apply dan terus dapat. Apa cerita pulak siswa/siswi yang aktif kelab, result gempak tapi tak meletup? Apa guna jadi menteri kalau isu kecil macam ni pun tak dapat fikir?
Berbalik kepada isu wang. Dengan pinjaman ptptn dan gaya hidup kurang sedar diri ni, nyata duit tak pernah nak cukup.
Sedang rakus aku memikirkan isu yang tak berkesudahan ni, dapat pula tawaran yang sedap. Buat sesuatu yang dapat jaminan income tiap-tiap bulan. Ya, sedap bunyinya.
Cuma masalahnya kepakaran aku dalam kejadah ni agak terhad. Dan aku tidak punyai sebarang sijil untuk menggelarkan yang diri aku ini berkemahiran. Juga, aku tak dapat nak jamin aku punyai masa yang cukup untuk buat kejadah ni tiap-tiap bulan.
Tak, ini bukan mlm. Dan aku bukan ajak korang untuk join aku mahupun jadi orang bawah aku. Juga aku bukan nak promote mahupun puji benda-benda ni.
Aku cuma perlukan sedikit ketenangan, sambil memikirkan masa depan. Wang,masa dan belajar. Satu gabungan padu yang boleh buat aku pening kepala.

Saturday, December 18, 2010
Update Cuti (7)
Selalunya, dulu-dulu, kepala aku tak macam sekarang. Hidup aku dulu kosong. Jiwa, kalau kosong jawapannya parah. Kalau ikut kehidupan di kota metropolitan, bila rasa kosong, kau akan cari hiburan untuk diisi. Parah sikit lagi, kau akan cari ayam. Janji, jiwa kau penuh. Penuh dengan dosa? Dosa dah kemudian kira masa tu. Kalau di kota yang rendah diri, macam tempat aku berada sekarang, kau akan alih tumpuan. Cari kebodohan untuk berasmara dengan dunia sendiri. Berdiri pada paksi yang mana kau sendiri tak sedar kau cari.
Tapi itu orang lain. Bukan aku. Aku anak soleh. Orang kampung cakaplah. Aku tak tahu. Mungkin aku berjaya hipokrit depan orang kampung. Atau, mungkin juga aku memang soleh. Kau tak setuju? Tiada siapa kenal aku. Malah, dari sudut temubual aku dengan kawan sekolah dulu yang aku rapat sekarang, jelas dia masih tak tahu aku. Orang suka pandang aku dengan pandangan yang agak stereotaip. Dibutakan dengan fizikal aku, dibodohkan dengan mental sendiri. Perlu aku tunjuk siapa aku? Tak perlu. Dia yang tersesat dengan mazhabnya, biarkan. Bukan aku. Aku belum cukup alim, belum cukup ilmu, dan belum cukup baligh untuk memimpin orang yang sesat.
Ok. Itu cerita dulu, tapi versi baru.
Sekarang, aku lain sikit. Tak. Aku tak jadi lagi alim, ilmu aku pun tak cukup lagi, tahap baligh aku belum tahap dewa lagi. Tapi sekarang jiwa aku tak sekosong dulu. Aku jumpa teman yang aku gila 6 tahun dulu. Teman yang sekarang dinaik taraf teman wanita. Biarlah apa orang kata, yang penting dia tak buta. Seperti mereka.
Tadi, aku cuba ingat diri aku yang lepas. Aku cuba cari segala kenangan yang lepas. Ketika aku masih rakus mencari sesuatu untuk berhibur, mengisi kekosongan dan mencari kebenaran. Ok. Ayat aku mungkin boleh buat salah faham. Sampai sekarang, aku masih cari semua tu.
Aku jumpa, koleksi buku-buku aku yang lepas. Aku tersengih seorang diri. Heh. Buku-buku ini, yang berhabuk ketika ini, adalah buku-buku yang telah membentuk diri aku, minda aku, dan mainkan peranan yang penting dalam cara aku berfikir.
Aku senyum lagi. Buku-buku ini, kalau aku tak jumpa, beli dan pinjam, aku rasa aku akan jadi sementah dulu. Masih buta, tak jumpa apa yang dicari, dan hidup dengan pemikiran yang terbatas pada pandangan sendiri. Silap di mana, aku tak tahu. Tapi disebalik silap itu, ada satu prinsip yang telah lama silap tertanam pada diri sendiri. Prinsipnya, sentiasa yakin apa yang difikir adalah betul. Duduk atau berdiri tak penting, tapi yang penting kau kena berjalan. Belajar jatuh, bergolek dan berlari. Itu baru hidup. Prinsip dan cara berfikir tak seharusnya statik. Kadang-kadang perlu berubah, bila perlu.
Ok. Mungkin entri kali ni agak pelik. Biarkan. Bergelumang dengan falsafah memang kebiasaan yang menyeronokkan.
p/s - Aku batuk, pergi klinik dan doktor bagi ubat batuk kanak-kanak. Sial. Perlu ke aku simpan jambang baru nak tahu yang aku dah baligh bertahun-tahun yang lepas?

Tuesday, December 14, 2010
Update Cuti (6)
Disebutkan kisah, hari itu, terjadi satu perhimpunan. Himpunan bukan sembarangan himpunan.
Himpunan itu, tidak melanggar mana-mana akta. Tiada sebarang senjata, kecuali sebilah pisau roti. Tiada disertai oleh mana-mana extremis, mahupun individu berhaluan kiri. Ya. Himpunan itu walaupun bukan calang-calang, tapi tetap mengikut undang-undang negara sendiri.
Himpunan itu terjadi atas satu dasar yang bernama reunion. Secara kasarnya, menghimpunkan kembali kawan-kawan lama, dalam satu pertemuan, bagi sembang kosong dan berhibur senda sesama sendiri. Tapi itu konsep reunion yang lampau. Yang lekang dek panas, dan pupus kerana ketiadaan facebook. Dengan adanya facebook, maka segala usaha perhimpunan itu dapat dimudahkan.
Ya. Terima kasih mark Zuckerberg. Tapi boleh tak tukar profile dan privasi facebook? Anda nampak bodoh dengan menjadikan facebook sedemikian rupa.
Ok. Itu kedian cerita.
Himpunan hari itu, terjadi dan berakhir dengan jayanya. Aku tak tahulah sejaya mana, tapi dari mata kasar aku, tak ada yang berdendam, amuk mahupun report polis pasal himpunan hari itu. Itu sudah cukup untuk menggambarkan satu himpunan yang berjaya aku rasa.
Tapi, sejujurnya, aku tak dapat nak seru pun perasaan gembira lama tak berjumpa kawan lama. Sebab, separuh daripada ahli perhimpunan itu, aku jumpa tiap-tiap hari. Bukan calang-calang geng. Ahli wajib lepak berkelompok tiap-tiap malam jika rajin, dan jika ketagih rokok. Tapi, seperti aku katakan, sebab wujudnya facebook dan segala ini, mungkin term reunion perlu diubah satu hari nanti. Siapa tahu?
Asalnye plan nak buat bbq, tapi terpaksa ditukar kepada mcd sebab cuaca yang kurang menentu. Lagipun, ini adalah salah satu misi kearah terus memajukan perniagaan kapitalis di tempat kami. Aku heran apa? Janji ada double cheeseburger, dan sedap!
Lepas mcd, masing-masing pergi bowling pulak. Aku tak suka sangat main golek-golek bola guna tangan ni. Bukan satu exercise yang sihat. Lagipun, daripada tuju pin, aku lagi tertarik kearah longkang.Jadi, aku tak join. Agak membazir masa dan wang. Apa aku buat? Itu kedian cerita. Janji hepi dengan gadis gula.
Oh. Tak dilupakan, aku sebenarnya nak ucap terharu kepada ik. Sebab ada satu surprise birthday party. Aku mengambil masa kira-kira 5 minit untuk merungkai misteri kenapa ada kek happy birthday, dan sempena birthday siapa kek itu. Dan ironinya, lepas 5 minit baru aku tahu itu kek sempena birthday aku rupanya. Ya. Agak unik disitu. Kah3x.
Sekian.

Thursday, December 9, 2010
Antara kanak-kanak, belajar, dan masa depan.
Kadang-kadang aku tak faham, kenapa orang tua-tua suka fikir yang pelik-pelik khususnya untuk anak mereka?
Parents aku contohnya. Adik aku baru je tingkatan 2. Tahun depan masuk tingkatan 3. Dari report card adik aku, dieorang dah set nak hantar sekolah vokasional, tu pun kalau layak. Aku mahu terburai perut dengar .."sekolah vokasional, kalau layak". Apa tahap bebal kalau sekolah vokasional pun tak layak, aku tak tahu.
Aku tak tengok pun report card adik aku, sebab memang aku tak pernah kisah. Darah aku dengan dia hampir sama. Habis-habis bebal pun, aku tak rasa sampai tak layak masuk sekolah vokasional.
Yang pasti, aku sebenarnya tersenyum tengok adik aku. Di dalam proses peningkatan ke alam remaja, umur 14 tahun adalah 1 jangka masa umur yang sesuai untuk mencuba segala kegilaan. Rokok, video lucah, vendalisme, sesuai dirasai ketika umur ini. Sebab pada tahap ini kita boleh tahu dan alami perasaan mencuba gejala kuning yang penuh berahi itu. Berdasarkan pengalaman dan perasaan ini juga, kita boleh ambil iktibar untuk masa depan, dan perlahan-lahan lupakan tabiat berahi itu. Nanti besar, boleh buat modal berbangga time lepak. Heh. Rokok? Porno? Ketinggalan zaman tu sume!
Adik aku, walaupun cuba menipu aku dengan penuh skill, dia tak akan berjaya tipu orang yang ada pengalaman. Balik rumah, kaki berdarah macam jatuh motor, kata jatuh time main bola atas simen. Nak tercabut ulu hati aku. Apekejadah main bola ni. Tak pernah lagi aku jumpa dalam sejarah bola sepak, ada pemain injured berdarah macam eksiden motor. Kalau ada, ini memang case yang rare. Harian metro sepatutnya cepat-cepat buat liputan case macam ni.
Tapi itu buat aku tarik nafas lega. Bagi aku, adik aku masih dijalan yang betul. Akademik? Letak tepi dulu. Yang penting pengalaman. Dan cari segala aktiviti-aktiviti yang boleh membuktikan kejantanan semasa kecil. Parents aku duk bising banding adik aku dengan sepupu dia. Ya. Sepupu dia (sepupu aku) seperti seorang anak idaman. Belajar UPSR 5A (yang sering menjadi kebanggaan anak orang kg), dan menonjolkan ciri-ciri untuk pmr 8A.
Aku angguk. Konon-konon setuju adik aku kena marah. Tapi dalam hati, mujur adik aku tak ada ciri-ciri tu. Apekejadahnya baru tingkatan menengah rendah, balik sekolah, buat SKOR A, malam pergi tuisyen. Kesian bebenor kat budak tu. Tak ada life. Dia ingat umur 14 ni banyak kali buleh repeat ke. Time ni la nak rasa kegilaan dunia. Padahal, 8A pmr, tak pernah jamin boleh jadi doktor, lawyer mahupun engineer. This is bullshit. Asalkan result pmr sedap-sedap dah la.
Aku ingat zaman aku. Zaman menengah rendah boleh dikatakan ok. Walaupun aku tak banyak sangat aktiviti yang mencabar fizikal serta menonjolkan kejantanan, tapi aku buat apa yang aku suka. Pantang cuti, aku akan kerja jaga cyber cafe. Ini adalah heaven bagi student umo 14-15 tahun. Padahal, time ambil result pmr pun, aku tengah kerja dekat cc time tu. memang heaven. Ragnarok, Gun Bound, sume aku cuba. Friendster, forum, sume aku tibai belajar time tu. Itu hidup aku, kesukaan aku. Tapi tak adalah sampai tahap geek.
Dan sebebal-bebal aku, seteruk-teruk aku, aku masih boleh ikut arus keadaan yang sedikit betul walaupun agak tersasar. At least, masa depan aku masih ada walaupun agak suram. So, kenapa nak risau sangat? Hancur masa kecik, tak semestinya hancur masa depan. Hinggakan kadang-kadang aku rasa hancur masa keciklah yang membolehkan seseorang tu untuk ada masa depan yang cerah.

Sunday, December 5, 2010
Cerita Pendek (3)
Di malam yang gelap dan suasana suam-suam kuku, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia lihat jauh di luar tingkap, bulan masih tiada. Gelap gelita.
Dia rebahkan badannya ke katil. Kepala mula celaru.
Kemana bulan?
Sudah seminggu bulan tinggalkan dia. Dia sedih. Sangat sedih. Bulan ibarat temannya. Bukan sekadar teman, tapi teman yang sejati. Dia menangis, sedih, ketawa, lupa diri, semua bersama bulan. Sebab itu bila tiada bulan, dia jadi gila. Tak tentu hala. Perasaannya kecewa. Sangat berduka.
Cahaya bulan jarang sekali gagal ceriakannya.
Dia masih ingat saat dulu. Saat dimana dia mula menghayati bulan sepenuhnya. Ketika dia dan bulan mula-mula menjadi teman. Ironinya, saat bulan hadirkan diri itu, dia sedang bergelumang dalam dunianya. Dunianya diambang kegelapan. Sejarah hitam.
Suatu ketika dulu, setelah beberapa peristiwa, dia ditinggalkan sendiri. Semua manusia-manusia lain tinggalkannya. Tinggallah dia terdampar di tengah-tengah jalan raya di sebuah kota metropolitan. Saat itu dia begitu kecewa. Berduka lara. Jahanam semuanya. Fikir dia.
Tapi, dalam sibuk dia melayani perasaan sedih dan jahatnya itu, dia sedar. Dia tak sendiri. Dia ada teman. Teman yang akan menemaninya. Biar 1000 tahun lagipun, temannya itu tetap akan bersama. Fikirnya. Itulah saat dia menghayati bulan. Kerana, jika tiada bulan, malamnya itu bakal jadi gelap gelita. Gelap tanpa makna. Tanpa tujuan.
Dan kini, tanpa dia sedari, dia sendiri lagi. menyendiri. Termenung di suatu sudut, sambil ternanti akan bulan. Ya, dia akan setia menanti.
Bermula saat itu, bilamana malam menjelma, dia akan duduk di pinggir tingkap. merenung jauh ke luar. mengharapkan cahaya akan kembali lagi. menanti akan waktu dulu-dulu untuk berulang lagi.
Pulanglah bulan....

Wednesday, December 1, 2010
Review CPD
Saat aku menaip review ni, bahang kekalahan Real Madrid kepada Barcelona masih lagi terasa. Extremis-extremis bola masih lagi giat melakukan sesi penganjingan terhadap peminat Real Madrid. Kekalahan Real Madrid ini (yang aku lebih suka lihat dari sudut kekalahan Mourinho) sememangnya memberi impak yang hebat kepada aku. Ini kerana lelaki psiko bernama Mourinho itulah insan yang bertanggungjawab mengajar aku serba serbi tentang dunia objek bulat. Malah, kerana dialah aku meminati bola secara kasarnya.
Atas alasan kekalahan itu juga, aku hampir-hampir buat keputusan untuk bersara dari meminati bola. Aku sudah hampir sedia untuk meminati sukan renang berirama, sukan berkuda mahupun sukan golf. Malah, aku rasa aku punyai cukup alasan objektif untuk pertahankan diri, seperti yang diusulkan oleh Bart Ahmad dalam buku CPD. Mujurlah, CPD memberi aku semangat untuk terus kekal dengan dunia bola. Terima kasih CPD!
Ok. Sekarang bercakap pasal CPD pula.
Cerita Piala Dunia, atau nama manjanya CPD adalah sebuah buku pasal bola kononnya yang ditulis oleh Lucius Maximus. Buku ni, bagi aku sewajarnya diletakkan sedikit description seperti, "bukan sekadar bola", "bola dari sudut lucius", ataupun "bola, global dan dunia sekitarnya".
Sebab apa? Sebab, CPD bukanlah buku yang bercerita mengenai bola seperti kita biasa baca. Bukan. Sudut bola yang dipandang Lucius lebih menarik. Dia melihat objek bulat itu dari segi sejarah, geografi, ekonomi dan politik. Gila bukan? Begitulah gilanya rasa bila baca buku ni.
Bukan setakat itu saja, melalui CPD juga, aku boleh tahu apa peranan Captain Tsubasa, boleh berlagak di depan rakan-rakan bila bercakap soal sejarah bola, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan bola di Brazil, kontroversi Maradona, masalah politik Paraguay dan sebagainya. Ya. Dan kau tak akan dapat tahu ini semua dari mana-mana buku bola lain. Aku jamin.
Lucius bagi aku sudah terlebih layak untuk menggantikan Shebby bagi terus bercerita pasal bola di kaca tv.
Sebagai bonus, juga ada cerita dari pengulas sokernet. Contohnya cerita kanak-kanak fdaus ahmad,ulasan tahap menteri bola dari pipi, kisah vovin dan sebagainya.
Cuma, aku rasa sebagai usaha menebalkan lagi CPD ni, sewajarnya dieorang letak artikel bertajuk "Bicara Bola" nukilan Lucius lama dulu. Sebab dari situlah baru aku dapat tahu, betapa dewanya pendangan Lucius terhadap bola, dan betapa pentingnya artikel itu bagi membuka mata untuk diadakan satu revolusi bola di negara kita.
Jadi, kepada yang masih belum beli, aku sarankan sila kumpul syiling sekarang. Tak mahal. Juga tak rugi.
Sekian review aku kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)