Wednesday, October 13, 2010

Ini cerita aku nak cerita

Bila otak dah lesu, time ni lah kita perlukan segala apa jenis benda yang boleh hiburkan minda.

Biar kekecewaan yang dialami semasa menghafal serta memahami teori yang kompleks dan serabut terubat.

Mungkin benda ini telah dijadikan sebagai pasangan. Yeah. Good things always come in pairs.

Kalau aku, lagu tu memang sentiasa mengiringi aku time study. Kalau tak ada, maka agak mustahillah aku nak study. Ye. Begitulah jahiliahnya student seperti aku.

Jadi bila dah letih, otak tak boleh nak hadam, mata tak boleh usha, dan fikiran dah tak boleh nak catch up, aku kena henti. Lari daripada muzik. Jauhkan diri daripada sebarang teori ilmiah.

Time ni kebiasaannya aku akan cari alternatif yang simple. Hiburan yang ringkas, tapi berkesan. Bukan sembarangan hiburan kerana kalau silap boleh buat mood aku lari, dan terus-terusan caci maki satu hari.

Selalunya, aku pilih untuk layan Chuck. Tak pun House. Tapi sekarang, ada satu lagi boleh buat minda aku jadi tenang.

The Big Bang Theory.

Cerita dia ringkas, padat dan berkesan.

.
.
.
.


Walaupun sumpah sikit pun aku tak faham lawak dia.

Apa aku kisah. Janji boleh buat aku tenang.

3 comments:

Darkkadabra said...

IMO, untuk faham The Big Bang Theory. Kena jadi nerd and geek. And do tons of research. Mostly dia lawak based on fact.

eyemeroll said...

Aku rela tak faham daripada jadi geek.

- koroe - said...

a guy banging his girl.

thats funny.

haha..