Thursday, March 11, 2010

Trend Cinta Moden Versi Radio

Salam Semua.

Kepada sesiapa yang merasakan pelik dengan tabiat menyapa aku ni..andaikan lah aku mula belajar sedikit tatasusila dalam dunia blog. Tidak perlu riuh rendah dengan tabiat baru aku ni. Oh. Terima Kasih jika ada yang memuji.

---

Hari tu, lepas kelas, aku rasa letih. Bila letih aku macam biasa lah. Masuk bilik, dah tak hirau malaun-malaun sekalian yang duk sembang kat dalam bilik, masuk, tukar baju, terus tidur. Bukan apa. Nanti next class tak ada lah aku duk tersengguk sengguk ngantuk. Tak sopan pulak dengan lecturer.

Sambil tidur petang, adalah menjadi satu kenikmatan bila tidur sambil dengar lagu. Tapi aku malas nak dengar lagu butterfingers dan monoloque macam tu. Memang la lirik dia best. Tapi aku tak tahu lah kenapa, muzik penutup dia panjang sangat. Buat aku sakit kepala dengar lama-lama. Jadi, aku dengar lah radio.

Dah agak lama sebenarnya aku tak dengar radio. So, aku tibai je la radio XFM aritu. Takde mood nak dengar radio Hot & Era. Nak dijadikan cerita, ada lah satu segmen. Aku tak ingat nama segmen tu. Tapi segmen yang bagi aku tak masuk akal.

Aku rasa tu segmen cinta lah kot. Sebab, dalam segmen tu, pemanggil “bertuah” boleh suruh DJ kol mamat/awek yang dia suka, lepas tu luah lah ayat jiwang segala. Kadang-kadang nak muntah jugak dengar dieorang berjiwa-jiwa dalam radio. Heran aku. Tak malu langsung. Tapi kadang-kadang aku rasa lawak pulak. Nak-nak bila awek yang kol lelaki. Pastu lelaki tu macam rejek dia. Pedih ulu hati aku gelak. Si DJ pulak macam biasa lah, duk cover 2 orang tu.

Aku tahu lah bila jiwa muda ni sibuk nak kapel. Tapi agak-agak la. Apekejadahnye nak guna radio luah perasaan segala ni. Bukan sorang 2 kot yang dengar radio. Tak tau la kalau dia rasa romantic sikit guna cara ni.

Hari tu aku ada jugak dengar segmen ni kat FlyFM. Lagi lawak. Sorang lelaki tu macam desperate gila. Dia cakap kat DJ yang dia rasa awek ni ada perasaan la sikit kat dia kot. Last-last bila kol lain cerita. Si awek kutuk dia puas hati. Siap cakap

“Awak ni pathetic la. Saya terpaksa tukar nombor telefon saya kerana awak tau tak? Saya dah ada teman lelaki yang jauh lagi hebat dari awak, tolong la jangan ganggu hidup saya lagi..”

Tergamam jugak aku dengar.. Lepas sari, aku cepat-cepat beli paper, ingat ada la berita orang bunuh diri. Tapi tak ada. Kuat jugak mental lelaki tu rupanya…

p/s- iklan kat XFM tak leh blah. Skema gila.

p/s- tulisan lain sebab aku guna microsoft word. jangan tanya aku kenapa...

5 comments:

crazy_labelle said...

errr... tp ak rse mcm romantik...

razee.. said...

aku thu knape kamu gune microsoft word..
haha..

eyemeroll said...

@labelle - ah. perempuan. Susah nak faham. Hehe

@razee - shh..senyap2.

teoriputaralam said...

wei,at last,,,patik stuju dgn ko..
mmg muntah darah la patik klu dgr segmen 'brother love' kt xfm tu.
iklan dy mmg skematikus platypus..

eyemeroll said...

brother love..haha..

nak2 kalau dia sebut.."sayang sangat".