Tuesday, March 16, 2010

Salam Sejahtera.

2 3 hari ni kepala aku dah kosong sangat. Test aritu pun tak tahu macam mana. Dan aku sekarang ni masih lagi dalam slot cubaan untuk menyedarkan diri. Sila lah doa aku kembali ke pangkal jalan cepat-cepat.

So, bagi mengatasi sindrom kebosanan tahap cipan , aku dengan ajaibnya dapat menyiapkan sebuah nota kaki dengan kepanjangan ayat 350 patah perkataan mengenai karenah dan spesifikasi kawan-kawan aku mengikut kos.

-----

1) Budak Engineering

Bagi aku, kalau lelaki, rata-rata kos ni susah nk cari yang sesuai buat suami mithali. Kejadah perangai sekor sekor macam haram. Ada yang umo dah 23, tapi perangai macam tak nak matang-matang. Kena sunat kali ke 2 baru nak matang kot. Dan ayat yang serasi untuk “hampir” semua warga jantan kos ni adalah “malas dan tidur”.

Kalau perempuan pulak, agak sama, sebab susah nak cari yang sesuai buat isteri mithali. Walaupun rata-rata kaum hawa kos ni pandai matematik dan mahir berfikir secara logik dan analitikal, tapi dieorang gagal bab rumah tangga. Pernah sekali aku masuk bilik KP aku. Bekas Nescafe pecah kat lantai. Bau bilik semerbak Nescafe gold. Buku dan kertas sepah merata-rata. Tak ada sentiment kewanitaan langsung. Kekemasan toksoh cakap la. So. Sila berjaga-jaga wahai kaum adam kalau nak pilih awek/isteri kos ni.

2) Budak Art

Mula-mula aku duduk sebilik dengan budak art, aku tak habis-habis sumpah seranah. Jeles bebenor. Kaum ni macam tak reti nak study. Atau aku rasa memang kos dieorang tak yah study. Tak pernah jugak aku dengar dieorang pergi test. Gila hebat. Aku dah mula plan nak tukar kos dah waktu tu. Tak hirau dah walaupun kemahiran melukis orang hitam aku takat gred D saja. Lukis circuit pun masih terhenjut henjut.

Tapi lepas 1 2 bulan. Aku serik. Aku lagi rela bergelumang dengan buku dan teori teori circuit dari join budak art. Apekejadahnya sekali buat assignment, seminggu terus tak tidur. Muka seko-seko pun macam mayat tak cukup tidur. Yang jadi mangsa balik balik aku jugak. Tidur sambil lampu terbukak. Mujur lah ada sifat berkompromi sikit dalam diri aku. Tu sebab aku nak cari bilik sorang-sorang sem depan. Ikut suka hati aku nak tutup buka lampu. Haha

Oh. Aku baru perasan ada sekor kucing kat kolej aku ni ada kaki warna biru. Aku syak ni budak art punya kerja jugak.. Tak tahu lah kalau ada fenomena alam kucing warna biru pulak.

3) Budak Sains Komputer

Kadang-kadang aku tak faham macam mana budak sains komputer boleh hidup. Walaupun ketagihan aku dekat internet dan komputer agak dasyat, tapi tak ada seteruk budak sains komputer. Dulu aku pernah dapat rumet budak sains komputer. Hidup gila tak sosial. Balik kelas depan laptop. Malam depan laptop. Tak pernah kuar lepak. Dating apetah lagi. Tapi kepala toksoh cakap la. Geliga.

Hari tu ada kes budak UiTM kena buang. Budak Sains komputer jugak. Kes ‘alter’ result. Bengong jugak fikir-fikir aku. Dah tahu malas study, otak tak berapa nak cerdas, alter sikit-sikit sudah la. Kasi cukup-cukup makan. Ni apehal nak alter sampai dapat 4 flat. Ingat lecturer tak sekolah ke ape.

4) Budak Office Management


Tak ramai lelaki kos ni. So tak banyak aku nak komen. Kalau ada yang lelaki pun, setakat ni aku jumpa yang jenis nak menghala ke arah dwi jantina sikit. Aku malas nak sentuh lagi bab dwi jantina ni.

Tapi kalau yang perempuan kos ni fuuh. Tak tercapai akal aku nak tulis. Ramai yang cun-cun. Oh. [Cun aku di sini hanyalah cun muka semata-mata. Aku tak layak lagi kot nak tulis pasal awek yang cun akidah.] Tapi awas, mereka-mereka ni agak high class.


5) Budak Kulinari


Aku suka kawan ngan budak kulinari walaupun sorang dua je kawan aku kos ni. Aku suka sebab dieorang pandai masak. Dulu time aku sebilik dengan budak kulinari, tiap-tiap malam dapat makan sedap. Kalau bertuah, dieorang siap bawak balik kek. Fuh. Aku kalau buleh nak tiap-tiap sem dapat sebilik dengan budak kulinari.

Nanti kalau nak mintak resepi pun senang. Nak-nak bagi aku yang agak elergik dengan dapur. Eh. Bukan aku yang elergik dengan dapur. Tapi dapur yang elergik dengan aku.

7 comments:

razee.. said...

geng2 engineering mane ade mls dan ske tido..
sume rajin gile2..

[rajin disini x sesuai dipakai dalam konteks pembelajaran]

aku engineering jugakk,
tp aku rajin..

r e n z said...

dak art boleh dikategorikan manusia yg melawan hukum alam. xleh nk smart2 la, gile la nk pkai kemeja p wat oil paint

eyemeroll said...

@rul - mu la yang "paling" rajin..haha

@renz - kalau xleh nak smart aku terima lagi..tapi tak tido aku takleh nak terima. haha

Aiman IX said...

haha ape yang ko kate tu agak betul gak la. kitorang budak sains komputer memang ngadap laptop je keje haha

tapi dari pemerhatian aku kat sini, kitorang sume selalu je lepak2, dating2, futsal kadang2, joging petang2, dan byk lagi aktiviti luar bilik. mungkin roommate ko dulu tu je yang tak sosial kot. haha

eyemeroll said...

@aiman- hehe..betul la. memang tak semua. ramai je budak cs yang normal. tapi bila depan laptop..fuh....haha

teoriputaralam said...

haha..patik like this..
apa yg patik perasan ko ni asyik pindah2 bilk je.ko brapa taun duk uitm..repeat sem ke hapa??!!
ko xda kwn yg amik science extreme ke??nk tau gak patik life depa

eyemeroll said...

lol. dah 2 taun aku duk uitm. 4 sem. 3 sem dapat 4 orang rumet baru. sem ni lagi hebat. dapat 5 orang. Haha.

Oh. Science extreme tak kenal lagi. Nanti-nanti lah. Kalau awek tu nak jugak aku kenal.