Tuesday, March 23, 2010

Propaganda Diri

Kau.
Maafkan aku.

Kau ingin aku sempurna.
Aku menjadi tiada warna.

Kau ingin aku jadi orang berguna,
Nasihat segala aku pun tak guna.

Kau suruh aku jadi gentleman.
Tapi aku bukan lah superman.

Kau tipu aku dengan ayat semangat,
Tapi ayat kau tak pernah aku ingat.

Kau cakap kau dibelakang bila aku melayang,
Aku jatuh tapi kau entah dimana hilang.

Kau cakap jangan putus asa,
Kau tak tahu aku tak pernah berusaha.

Kau bimbing aku melangkah,
Tapi 2 3 langkah aku dah lelah.

Kau cakap kalau orang boleh buat, begitu juga aku,
Jadi kenapa orang tak boleh jadi macam aku?
Oh. Aku tahu. Kau tipu.

Aku bukan lelaki hebat,
Tiada badan berbulu lebat.

Aku tahu aku lemah,
Tapi aku masih berhemah.

Meski aku hilang dalam masyarakat.
Bukanlah bererti kebebasan aku tersekat.

Aku cuma mahu kaya,
Setiap hari senang-senang sahaja,
Hidup macam orang berada,
Dilayan macam kerabat raja.

3 comments:

razee.. said...

aaa.....

aku ase cam paham je ayat2
pelik mung ni miru..
hehe..

eyemeroll said...

sape lagi pelik ni..mu ke aku? haha

razee.. said...

kamu la yg salu wat tubek ayat pelik..

saye x reti berpuitis..

tp ade se ayat yg aku thu..

i tip an invisible hat for you..