Tuesday, March 30, 2010

Kertas Kajian versi 1

Salam Sejahtera.

Minggu ni aku sibuk menyiapkan kertas research aku. Mulanya aku ingat nak mintak kelulusan dari hea dulu, pastu nak jilidkan, tapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal, aku buat keputusan nak publishkan research aku kat blog ni ajelah. Lagipun, tadi time aku pegi hea nak mintak kelulusan, muka minah yang jaga kaunter tu semacam je. Aku syak PMS. Aku takleh kalau perempuan PMS ni. Elergik.


So, inilah hasil research yang aku buat...


Pengenalan.

Facebook jika didefinisikan dari sudut sesuka hati adalah merujuk kepada sebuah laman web sosial di mana para pengunjung boleh bersosial sesuka hati mereka. Kalau di dunia realiti kita bersosial atau pun melepak di kedai-kedai mamat, pantai dan sebagainya, di dunia facebook lain pula ceritanya. Para pengunjung facebook melepak di sebuah tempat yang agak unik iaitu dikenali sebagai dinding.

Sebagai sedikit penerangan ringkas, apabila seseorang itu mendaftar di facebook, maka mereka akan mendapat sebuah "dinding" secara percuma. Mereka bebas mencarut dan mencaci apa-apa sahaja di dinding tersebut. Ini juga dikenali sebagai "status". Dan, bagi menjadikannya lebih menarik, kawan-kawan pengunjung boleh komen apa-apa sahaja mengenai "status" tersebut.

Isi Kandungan.

1) Facebook dan efeknya kepada manusia.

Apa yang bagusnya facebook ni, kau boleh kenal orang tu dari segi hati mahupun fizikal. Kalau nak kenal dari segi fizikal, kau boleh usha gambar orang tu sepuas-puas hati. Kalau nak kenal dari hati pulak, kau boleh buat kajian sendiri tentang cara-cara dia bersosial, berfikir dan bertafakur.

Dan dengan hanya melihat gambar-gambar sahaja, kita sebenarnya boleh melihat warna-warni dunia. Ada perempuan yang bertudung, tapi bergambar macam laki bini dengan lelaki lain. Padahal status terang-terang single. Oh, sila lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Inilah kehebatan facebook. Kerana para pengunjung tidak akan malu untuk menunjukkan kepada dunia diri sebenar mereka. Mengapa ini terjadi? Terlalu banyak motif untuk dikaji dan disebabkan aku malas, sila jangan tanya soalan ini.

2) Status dan Komen

Apabila seseorang itu "post" status terbaru, kawan-kawan mereka boleh komen mengenai post tersebut. Dan jika kita kaji secara lebih mendalam mengenai komen itu, secara kasarnya, kita boleh kategorikan si pengomen/kawan tersebut ke dalam beberapa kategori.

Katakan lah kau post status mengenai masalah kau.

Akan ada kawan yang akan support kau dengan memberi kata-kata semangat. Ini adalah contoh kawan yang terbaik. Dan juga mungkin kawan yang bahaya. Memandangkan mungkin mereka adalah dalam golongan yang hipokrit yang mana sekadar suka-suka komen bagi mengisi masa lapang.

Akan ada juga kawan yang suka dan ketawa. Ini dah tentu jenis kawan yang tidak boleh diharapkan. Dengan mudahnya kau boleh mengenalpasti kawan cecacing seperti ini.

Juga akan ada kawan yang berlagak macho. Komennya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menunjukkan kehebatan dirinya. Ini adalah jenis kawan gred d yang mana gilakan populariti. Kebanyakan daripada golongan ini adalah single.

Penutup.

Secara konlusinya, kita tidak boleh menolak kepentingan facebook kepada kita. Meskipun ada desas desus mengatakan bahawa facebook sememangnya melalaikan [sehingga ada individu yang sekejap "deactivate" dan sekejap "activate" akaun mereka], namun ternyata facebook telah memberi banyak kebaikan kepada manusia sejagat.

Tomahan sesetengah pihak yang mengatakan facebook merupakan agenda terbaru freemason dan iluminati dalam usaha meracuni pemikiran manusia sejagat adalah sangat tidak masuk akal dan begitu lawak sekali.

Sekian Terima Kasih.

Sunday, March 28, 2010

Pakej

Kehebatan di pertengahan sem.

1) Masalah datang dalam pakej.
2) Markah test datang dengan pakej.
3) Assignment datang dalam pakej.


Aku syak ni trend baru. Pakej.

Gila bizi aku. Tunggu aku free aku update panjang ye.

Tuesday, March 23, 2010

Propaganda Diri

Kau.
Maafkan aku.

Kau ingin aku sempurna.
Aku menjadi tiada warna.

Kau ingin aku jadi orang berguna,
Nasihat segala aku pun tak guna.

Kau suruh aku jadi gentleman.
Tapi aku bukan lah superman.

Kau tipu aku dengan ayat semangat,
Tapi ayat kau tak pernah aku ingat.

Kau cakap kau dibelakang bila aku melayang,
Aku jatuh tapi kau entah dimana hilang.

Kau cakap jangan putus asa,
Kau tak tahu aku tak pernah berusaha.

Kau bimbing aku melangkah,
Tapi 2 3 langkah aku dah lelah.

Kau cakap kalau orang boleh buat, begitu juga aku,
Jadi kenapa orang tak boleh jadi macam aku?
Oh. Aku tahu. Kau tipu.

Aku bukan lelaki hebat,
Tiada badan berbulu lebat.

Aku tahu aku lemah,
Tapi aku masih berhemah.

Meski aku hilang dalam masyarakat.
Bukanlah bererti kebebasan aku tersekat.

Aku cuma mahu kaya,
Setiap hari senang-senang sahaja,
Hidup macam orang berada,
Dilayan macam kerabat raja.

Sunday, March 21, 2010

Semalam Yang Gundah Gulana

Semalam aku join aktiviti kelab.

Ramai jugak yang pelik, sebab sepanjang tahun Hijrah ni, belum pernah lagi aku merajinkan diri dengan join aktiviti kelab sebenarnya. Bermasyarakat dalam satu kumpulan bukanlah minat aku. Tunjuk hebat, lagak, dan bakat terpendam. Langsung tak menarik perhatian aku. Ok. Mungkin aku sedikit kolot disini.

Tapi semalam sebab kepuasan yang terlampau, aku join jugak lah. Join aktiviti amal sket. Gotong royong segala...



Dialog paling best daripada mak cik penjaga tempat tu..

" Saya kalau buleh nak pasu ni letak sama corak. Susun biar sama. Ikut susunan macam mak cik dah buat ni, Yang satu lorong kat depan ni pulak mak cik nak kamu kosongkan. Buleh ye?"

Aku - " No hal la mak cik..."


Situasi:

- Time tu pukul 12.15, gotong royong abez pukul 12.30.
- Kejadah pasu bunga banyak gila. Mau esok pun tak sempat aku nak susun.
- Kumpulan aku hanya ada 4 orang.


Penyelesaian:

-Buat-buat bizi.
-Konon sibuk mengangkat.
-Tepat 12.30, kami hilang dalam debu.



Join aktiviti amal pun still tak ubah penyakit teruk aku ni.....Haish...

Thursday, March 18, 2010

A tribute To The Special One

Salam Sejahtera.

Update kali ni mungkin sedikit pending. Jadual yang kadang-kadang pack kadang-kadang free adalah punca segala-gala.

Tapi aku tak nak melepaskan peluang menulis entri berikutan kekalahan Chelsea pada Internazionale.
-----
Awal-awal lagi aku dah publisitikan yang aku secara rasminya berpaling tadah daripada Chelsea bila Chelsea lawan Inter hari tu. Tapi macam biasa, masih ada 2 3 suara-suara sumbang yang duk kutuk Chelsea depan-depan aku. Aku tak kisah. Jose menang.


Macam yang disangka, Jose Mourinho disambut dengan penuh riang ria oleh peminat-peminat Chelsea. Malah, lebih riang daripada sambutan peminat Chelsea kepada Carlo Ancelotti.
Memang ramai yang anti kepada beliau, tapi lagi ramai yang minat kepada beliau. Jose Mourinho bukanlah calang-calang jurulatih. Aku mula kenal beliau ketika aku mula kenal bola. Aku baru je ketagih dengan Chelsea.


Time tu Chelsea dibawah bimbingan Claudio Renieri. Game yang aku agak terkejut adalah apabila Chelsea kalah kepada Porto. Hangin betul aku time tu. Ye lah, bagi aku Chelsea big name. Porto entah datang dari ceruk mana. Aku tak tahu apa-apa lagi time tu.


Lepas Chelsea kalah, aku tengok Real Madrid pulak. 2nd team aku. Lahabau betul, kalah jugak Real Madrid dengan Porto. Pening kepala aku fikir waktu tu. Pemain Porto tak adalah sehebat pemain Chelsea. Apetah lagi Real Madrid..Sebab waktu tu adalah zaman kegemilangan Real Madrid. Roberto Carlos, Ronaldo, Zinedine Zidane dan muka lain lagi. Lagenda semua. Tapi selamber Porto kalahkan dieorang.


Time tu lah aku baru kenal nama Jose Mourinho. Jurulatih Porto. Nak dijadikan cerita pulak, walaupun dia membantu Porto melakar sejarah dengan membenam pasukan besar dan menjuarai liga juara-juara, Mourinho keluar dari Porto untuk ke Chelsea.


Bermulalah sesi pengamatan sejenak aku kepada Mourinho. Aku mula kaji dan selidik teknik-teknik beliau. Dan ternyata, beliau adalah seorang genius. Dia bukan saja membawa Chelsea menjuarai liga, tapi juga mencipta sejarah, Banyak jugak lah sejarah Chelsea yang dia cipta.


Taktikal dan Psikologi. Tak ada orang boleh lawan dia. Setakat ni, semua jurulatih bola sepak agak elergik dengan dia. Hidup tak akan tenang kalau lawan dengan team Mourinho. Yang terbaru menjadi mangsa adalah Ancelotti. Setakat ni yang masih agak kebal adalah Mr. Alex. Yang mana aku rasa cukup otai dan setara untuk lawan dengan Mourinho.


Pasal game hari tu, Inter dengan selambernye boleh menguasai perlawanan. Susah nak jumpa team boleh jinakkan Chelsea macam tu kat Stamford Bridge. Man U, Arsenal dan Liverpool semua tewas kat Stamford Bridge musim ni seingat aku.


Salah satu sebab Inter menang hari tu adalah sebab defend dieorang perfect. Terkejut jugak aku. Sebab salah satu kelemahan kelab Mourinho sebelum sebelum ni adalah defend. Macam Chelsea dulu, defend paling rapuh. Porto pun sama. Tapi Mourinho tak lupa untuk sediakan GK yang mantap. Macam Cech. Dan sekarang, Julio Cesar.


Style dia yang paling aku suka adalah dia tak akan lupa untuk berperang psikologi dengan musuh nya. Setiap game besar, dia akan kutuk puas-puas pihak lawan, dan dengan penuh yakin menjanjikan kemenangan. Walaupun kalah, dia pandai berayat. Tak cukup dengan jurulatih, pengadil pun kena. Siap ada pengadil yang letak jawatan gara-gara kerana dia. Tak perlu lah aku nak nyatakan peristiwa yang mana satu. Sebab setiap kaki bola tahu. Hint : Barcelona.


So, demikianlah siri lalutan aku kali ni.

Maafkan aku kerana entri sepanjang novel.

Tuesday, March 16, 2010

Salam Sejahtera.

2 3 hari ni kepala aku dah kosong sangat. Test aritu pun tak tahu macam mana. Dan aku sekarang ni masih lagi dalam slot cubaan untuk menyedarkan diri. Sila lah doa aku kembali ke pangkal jalan cepat-cepat.

So, bagi mengatasi sindrom kebosanan tahap cipan , aku dengan ajaibnya dapat menyiapkan sebuah nota kaki dengan kepanjangan ayat 350 patah perkataan mengenai karenah dan spesifikasi kawan-kawan aku mengikut kos.

-----

1) Budak Engineering

Bagi aku, kalau lelaki, rata-rata kos ni susah nk cari yang sesuai buat suami mithali. Kejadah perangai sekor sekor macam haram. Ada yang umo dah 23, tapi perangai macam tak nak matang-matang. Kena sunat kali ke 2 baru nak matang kot. Dan ayat yang serasi untuk “hampir” semua warga jantan kos ni adalah “malas dan tidur”.

Kalau perempuan pulak, agak sama, sebab susah nak cari yang sesuai buat isteri mithali. Walaupun rata-rata kaum hawa kos ni pandai matematik dan mahir berfikir secara logik dan analitikal, tapi dieorang gagal bab rumah tangga. Pernah sekali aku masuk bilik KP aku. Bekas Nescafe pecah kat lantai. Bau bilik semerbak Nescafe gold. Buku dan kertas sepah merata-rata. Tak ada sentiment kewanitaan langsung. Kekemasan toksoh cakap la. So. Sila berjaga-jaga wahai kaum adam kalau nak pilih awek/isteri kos ni.

2) Budak Art

Mula-mula aku duduk sebilik dengan budak art, aku tak habis-habis sumpah seranah. Jeles bebenor. Kaum ni macam tak reti nak study. Atau aku rasa memang kos dieorang tak yah study. Tak pernah jugak aku dengar dieorang pergi test. Gila hebat. Aku dah mula plan nak tukar kos dah waktu tu. Tak hirau dah walaupun kemahiran melukis orang hitam aku takat gred D saja. Lukis circuit pun masih terhenjut henjut.

Tapi lepas 1 2 bulan. Aku serik. Aku lagi rela bergelumang dengan buku dan teori teori circuit dari join budak art. Apekejadahnya sekali buat assignment, seminggu terus tak tidur. Muka seko-seko pun macam mayat tak cukup tidur. Yang jadi mangsa balik balik aku jugak. Tidur sambil lampu terbukak. Mujur lah ada sifat berkompromi sikit dalam diri aku. Tu sebab aku nak cari bilik sorang-sorang sem depan. Ikut suka hati aku nak tutup buka lampu. Haha

Oh. Aku baru perasan ada sekor kucing kat kolej aku ni ada kaki warna biru. Aku syak ni budak art punya kerja jugak.. Tak tahu lah kalau ada fenomena alam kucing warna biru pulak.

3) Budak Sains Komputer

Kadang-kadang aku tak faham macam mana budak sains komputer boleh hidup. Walaupun ketagihan aku dekat internet dan komputer agak dasyat, tapi tak ada seteruk budak sains komputer. Dulu aku pernah dapat rumet budak sains komputer. Hidup gila tak sosial. Balik kelas depan laptop. Malam depan laptop. Tak pernah kuar lepak. Dating apetah lagi. Tapi kepala toksoh cakap la. Geliga.

Hari tu ada kes budak UiTM kena buang. Budak Sains komputer jugak. Kes ‘alter’ result. Bengong jugak fikir-fikir aku. Dah tahu malas study, otak tak berapa nak cerdas, alter sikit-sikit sudah la. Kasi cukup-cukup makan. Ni apehal nak alter sampai dapat 4 flat. Ingat lecturer tak sekolah ke ape.

4) Budak Office Management


Tak ramai lelaki kos ni. So tak banyak aku nak komen. Kalau ada yang lelaki pun, setakat ni aku jumpa yang jenis nak menghala ke arah dwi jantina sikit. Aku malas nak sentuh lagi bab dwi jantina ni.

Tapi kalau yang perempuan kos ni fuuh. Tak tercapai akal aku nak tulis. Ramai yang cun-cun. Oh. [Cun aku di sini hanyalah cun muka semata-mata. Aku tak layak lagi kot nak tulis pasal awek yang cun akidah.] Tapi awas, mereka-mereka ni agak high class.


5) Budak Kulinari


Aku suka kawan ngan budak kulinari walaupun sorang dua je kawan aku kos ni. Aku suka sebab dieorang pandai masak. Dulu time aku sebilik dengan budak kulinari, tiap-tiap malam dapat makan sedap. Kalau bertuah, dieorang siap bawak balik kek. Fuh. Aku kalau buleh nak tiap-tiap sem dapat sebilik dengan budak kulinari.

Nanti kalau nak mintak resepi pun senang. Nak-nak bagi aku yang agak elergik dengan dapur. Eh. Bukan aku yang elergik dengan dapur. Tapi dapur yang elergik dengan aku.

Friday, March 12, 2010

Semangat Dalam Jantung


"Saya gagal 8 daripada 9 subjek SPM. So saya ambil SPM kali ke 2. Dan sekarang saya seorang lecturer"..
-Pendengar Hot Fm



Aku nak simpan lah ayat ni. Buat kata-kata hikmat. Takde lah tensen sangat kalau gagal sem ni nanti..

Thursday, March 11, 2010

Trend Cinta Moden Versi Radio

Salam Semua.

Kepada sesiapa yang merasakan pelik dengan tabiat menyapa aku ni..andaikan lah aku mula belajar sedikit tatasusila dalam dunia blog. Tidak perlu riuh rendah dengan tabiat baru aku ni. Oh. Terima Kasih jika ada yang memuji.

---

Hari tu, lepas kelas, aku rasa letih. Bila letih aku macam biasa lah. Masuk bilik, dah tak hirau malaun-malaun sekalian yang duk sembang kat dalam bilik, masuk, tukar baju, terus tidur. Bukan apa. Nanti next class tak ada lah aku duk tersengguk sengguk ngantuk. Tak sopan pulak dengan lecturer.

Sambil tidur petang, adalah menjadi satu kenikmatan bila tidur sambil dengar lagu. Tapi aku malas nak dengar lagu butterfingers dan monoloque macam tu. Memang la lirik dia best. Tapi aku tak tahu lah kenapa, muzik penutup dia panjang sangat. Buat aku sakit kepala dengar lama-lama. Jadi, aku dengar lah radio.

Dah agak lama sebenarnya aku tak dengar radio. So, aku tibai je la radio XFM aritu. Takde mood nak dengar radio Hot & Era. Nak dijadikan cerita, ada lah satu segmen. Aku tak ingat nama segmen tu. Tapi segmen yang bagi aku tak masuk akal.

Aku rasa tu segmen cinta lah kot. Sebab, dalam segmen tu, pemanggil “bertuah” boleh suruh DJ kol mamat/awek yang dia suka, lepas tu luah lah ayat jiwang segala. Kadang-kadang nak muntah jugak dengar dieorang berjiwa-jiwa dalam radio. Heran aku. Tak malu langsung. Tapi kadang-kadang aku rasa lawak pulak. Nak-nak bila awek yang kol lelaki. Pastu lelaki tu macam rejek dia. Pedih ulu hati aku gelak. Si DJ pulak macam biasa lah, duk cover 2 orang tu.

Aku tahu lah bila jiwa muda ni sibuk nak kapel. Tapi agak-agak la. Apekejadahnye nak guna radio luah perasaan segala ni. Bukan sorang 2 kot yang dengar radio. Tak tau la kalau dia rasa romantic sikit guna cara ni.

Hari tu aku ada jugak dengar segmen ni kat FlyFM. Lagi lawak. Sorang lelaki tu macam desperate gila. Dia cakap kat DJ yang dia rasa awek ni ada perasaan la sikit kat dia kot. Last-last bila kol lain cerita. Si awek kutuk dia puas hati. Siap cakap

“Awak ni pathetic la. Saya terpaksa tukar nombor telefon saya kerana awak tau tak? Saya dah ada teman lelaki yang jauh lagi hebat dari awak, tolong la jangan ganggu hidup saya lagi..”

Tergamam jugak aku dengar.. Lepas sari, aku cepat-cepat beli paper, ingat ada la berita orang bunuh diri. Tapi tak ada. Kuat jugak mental lelaki tu rupanya…

p/s- iklan kat XFM tak leh blah. Skema gila.

p/s- tulisan lain sebab aku guna microsoft word. jangan tanya aku kenapa...

Sunday, March 7, 2010

Apabila Tabiat Dibuang

Salam Sejahtera.

Macam biasalah, hari minggu hari paling riang. Kawan-kawan pulang ke kampung. Aku terperap dalam kolej.

Sem depan aku bercadang nak cari bilik kat luar lah. Bebas sikit.

Banyak perkara aku duk fikir 2 hari ni. Tapi aku tak campur lah masalah dunia seperti freemason, kemanusiaan ataupun masalah negara seperti krisis politik yang tak reti-reti nak berdamai. Tak nampak motif aku nak memeningkan kepala dengan perkara demikian tanpa sebarang gaji mahupun elaun.

Markah test buat kepala aku lagi runsing. Kejadah apa entah. Bukan senang aku nak dapat mood belajar. Alih-alih result gila tak kaw. Mujur peratus nak dapat A tak kurang. Tak apa. Kau main-main sama aku ya result...heh. Darah menyirap ni.

Dan...tetiba entah dari mana...aku teringat terengganu. Aku pasti bukan homesick. Sebab....aku rasa aku rindukan pantai........

Friday, March 5, 2010

Test

Markah test sudah dapat.

Sekarang...





Masa untuk beristighfar.....

Monday, March 1, 2010

Berita yang Aku Rasa Tak Masuk Akal

Kata-kata aluan hari ini.

"Digi..Kau memang berani memainkan perasaan aku..."...

--------------------


Ada manusia yang perangainya pelik, bodoh, lembap dan pelbagai lagi. Selalunya dulu aku buat-buat senyap je pasal ni. Tapi sekarang rasa dah agak naik kepala.

Contoh berita dalam surat khabar yang memang tak masuk akal.

1) Gadis kena rogol.

Ni memang gadis-gadis pendek akal. Rela lari ikut mamat bangla. Lepas tu kena rogol. Sape nak salahkan? Yang terbaru aritu lari ikut mamat indon yang kerja buruh. Aku tak tahu lah kat mana hensem nya buruh-buruh indon kat negara kita ni. Macam lelaki melayu dah takde je...Lawa pulak tu. Siot tul!

Ada jugak yang macam terperangkap dek taktik lama. Pakwe ajak kuar date kat ladang sawit. Pastu kena rogol ramai-ramai. Memang tak masuk akal. Tau la anak felda. Kot ye pun, apekejadah nak date kat ladang sawit? Takde tempat romantik lagi ke? Tengah-tengah sawah ke..

2) Anak bunuh ayah

Agak sentimental sebenarnya bila aku baca berita ni. Tak tahu lah jin ifrit ke apa yang dah hasut beliau ni, sampai bapak sendiri pun sanggup dibunuh. Manusia jenis apa pun aku tak tahu lah. Nak kata panas baran pun, sila agak-agak lain kali ye.

Aku memang agak anti jugak dengan orang yang panas baran. Macam orang yang akal pendek. Pengecut sebenarnya. Tapi suka tunjuk macho. Ok. Ok. Agak keluar topik nampaknya..

3) Dera anak/ Buang anak/ Bersalin dalam jamban dll

Ni bagi aku jenis yang macam dah takde agama. Orang lain berebut nak anak, dia selamber je dera anak. Buang anak.

Yang bersalin dalam jamban tu pulak malas la aku nak komen lebih-lebih. Kalau tak tahan sangat. Dah rasa sanggup tahan azab nanti,. Guna la kondom kot-kot pun.

4) BF mak belasah anak sampai mati.

Ni adalah winner of the week. Tak tahulah sindrom down ke apa. Tapi memang tak masuk akal langsung.

Gila sadis aku lepas baca berita ni. Hancur gila dunia sekarang. Sampai bayi tak bersalah pun boleh mati kena belasah..