Monday, December 7, 2009

Review Cincai

Kalau ada yang perasan, sampai sekarang, masih belum ada sebarang review aku buat mengenai movie, drama mahupun anime. Bukan sebab aku tak layan benda-benda tu. Tapi sebab utama adalah disebabkan oleh ketiadaan panggung wayang di sini. Kalau tentang anime pulak, aku hanyalah jenis takat-takat layan. Langsung tidak berkelayakan untuk memberi review mahupun menilai anime-anime tersebut.

Tapi kali ni, aku nak memecahkan rekod tersebut dengan membuat sedikit ulasan ataupun review cincai.

Sebab dah takde kerja sangat, aku nak buat satu review tentang movie lama. Tapi agak best bagi aku.



Sargeant Bilko. Satu movie yang ringkas, penuh dengan lawak, dan mempunyai satu jalan cerita yang agak unik.

Sinopsis : Mengisahkan kehidupan askar yang tidak berdisiplin, diketuai oleh ketua yang kepala otak gila gila dan tak pernah serius. Konflik dalam cerita ni adalah bila si ketua askar ni yang bernama Sargeant Bilko dan konco konconya songlap duit askar rejimnya sendiri. Duit yang disonglap tersebut sepatutnya digunakan untuk kajian dan pembuatan kereta kebal ala-ala hoverkraf. Sebab tak cukup bajet, pembinaan kereta tu gagal. Rejimnya pulak diarahkan tutup sebab kegagalan tersebut. Oleh sebab tak nak rejim tersebut ditutup, Sargeant Bilko dan konco-konconya menggunakan pelbagai helah untuk menjadikan pembinaan kereta tu berjaya.

Rating lawak movie ni aku bagi 6/10. Lawak dia memang lawak. Walaupun kadang-kadang tak logik dan nampak dibuat-buat, persekitaran dan watak utama cerita ni membuatkan lawak itu tetap berkualiti.

Yang menariknya, cerita ni berkisarkan kehidupan askar. Kalau yang biasa-biasa, cerita tentang askar mesti yang berdisiplin, tegas dan kehidupan yang perit. Tapi dalam cerita ni, kehidupan askar tu macam best gila. Hari-hari berjudi, lepak-lepak, main game.

Yang takleh blah, dieorang berjaya menjadikan projek kereta tu satu kejayaan dengan menipu.

So, bagi aku kepada yang masih belum menonton cerita ni, sila download cepat-cepat dan layan.

Rating aku bagi movie ni : 7/10.

3 comments:

macha_sezs said...

Tak penak lagi tengok cerita ni. Hm..tak sebodoh Pink Panther kan?

eyemeroll said...

Pelakon yang sama. Bagi aku lawak dia ala-ala sama je dengan Pink Panther, cume takde la bodoh gila gila macam Pink Panther tu.

eik`S noName said...

ala..aku da xleh nak donload...dah kena banned dah...hahaha
so leechers ekpom,,