Monday, December 14, 2009

Pelangi

"Dimanakah pelangi..?"

Lelaki itu tertanya-tanya kepada dirinya sendiri. Dia agak keliru. Tiada mengerti. Entah mengapa..secara tiba-tiba pelangi tidak muncul kembali. Tidak seperti dahulunya. Ketika pelangi sentiasa menerangi dunianya.

"Merajukkah ia...?"

Lelaki itu tertanya-tanya lagi. Puas sudah dia berfikir. Sepanjang pelangi menerangi dunianya, tidak pernah dia menyinggung pelangi. Tidak pernah. Ya. Dia amat yakin sekali.

Apa yang telah terjadi? Malangnya jawapan itu tiada ia ketemui.

Setelah penat berfikir, dia duduk di atas bangku...rehat seketika.

Dia menghela nafas panjang-panjang. Merenung nasib dan masa depannya. Hidupnya kini ibarat mayat. Tidak termampu lagi untuk terus melangkah. Dia perlukan pelangi. Pelangi yang sentiasa menerangi.

Di kala kesuraman itu, dia mengimbas kembali kenangan silam.

Hidupnya dahulu dalam kegelapan. Tiada asas. Tiada pegangan. Tiada tujuan. Hinggalah ke satu masa, pelangi datang dan menerangi dunianya. Betapa indahnya dunianya selepas itu. Penuh dengan warna. Sentiasa berseri.

Bukannya pelangi tidak pernah menerangi dunianya sebelum ini, tetapi dulunya dia tidak pernah mengendahkan kehadiran pelangi. Dia tidak peka akan sekelilingnya. Dia biarkan kejahilan mengaburi pandangannya. Pelangi dibiarkan sendiri.

Dan sekarang, ketika pelangi tiada, fikirannya berkecamuk kembali. Seolah-olah dia tidak lagi mampu untuk berdiri.




Dimanakah pelangi?




Akhirnya dia terpaksa menyendiri.....sambil berharap untuk bertemu pelangi kembali....

3 comments:

OngBalada said...

wa lasa lu punya pelangi terlalu bnyk warna..
bila terlalu bnyk..buat lu pening pala..
jadi lu punya pelangi mengajuk ma..
wa lasa lu punya pelangi mahu buang warna supaya lu tak pening maa..

ezzati said...

ermm..mgkin kena cr pelangi yg baru..tggu hari nk ujan lg..

eyemeroll said...

@ongbalada- da buang warna, tak berseri la nnti....hehe

@ezzati-haha..idea yang menarik. Tunggu hujan lagi!