Saturday, July 31, 2010

A Beautiful Lady

I see your beautiful smile dear lady.

It's so charming. So cute.
You're indeed a very beautiful creature.

*
*
*

But.

With that kind of smile, I can sense something.
Something beneath your heart..

You're arrogant.
You're proud of your beauty.

Doesn't matter who you are. It makes you a sinner.



Do feel humble of your beauty please. You're just a weak human remember?

Tuesday, July 27, 2010

Upacara Memotong Ribben

AKu nak amek kesempatan ni, sempena nisfu syaaban..untuk mempromosikan 2 blog terbaru aku. 1 dah lama. 1 masih lagi baru.

1) http://busanamelayu.com

Description : Butik busana muslimah online. Sesapa nak usha baju raya (kaum muslimah) bolehlah jenguk-jenguk kat situ ye..

2) http://eyemeroll.com

Description : Blog terbaru aku. Jangan khuatir. Blog (eyemeroll.com) ni tiada kaitan sama sekali dengan (eyemerolle.blogspot.com). Di eyemeroll.com, aku mencuba untuk menghasilkan satu blog yang berinformatif. So, doakan yang terbaik ye.

Sekian. Update pagi-pagi memang syok.~

Sunday, July 25, 2010

Kenderaan Berat

Budak gemuk dua orang itu bersuka-ria.

Seolah-olah lupa akan dunia..
Mereka ketawa, riang dan ria..

Lupa yang mereka di atas jalan raya. Bermotorsikal.
Lupa akan siapa yang ada di belakangnya..

Pak Cik dibelakangnya itu tidak lagi sabar.
Mukanya merah, tanda kegeraman.

Biadap. Nak bersuka biar betempat. Ujarnya dalam hati.

Tanpa bicara panjang,
Dipintasnya budak gemuk 2 orang itu seperti Mat Rempit yang otai.

Bila sampai di sebelah motorsikal mereka..


*

*

*

"Woit, kenderaan berat duk sebelah kiri la!"



Lalu pergi meninggalkan 2 budak gemuk itu...

Thursday, July 22, 2010

Kupasan Hidup

Sem 2 ni masih baru lagi. Fresh sangat. Syukur, sampai sekarang aku masih di atas landasan yang benar. Mood study masih seimbang. Manakala tumpuan dalam kelas masih pada tahap yang membanggakan.

Fokus utama aku semester ini adalah untuk mencipta rekod baru. Yakni tiada kuiz dengan markah menyerupai sebiji telur itik. Dan yang paling utama tiada test dengan markah terendah di dalam kelas.

Mendapat markah test yang rendah di dalam kelas (yang mana purata reputasi pelajarnya membolehkan lubang hidung Koordinator Program kembang pada kadar radius yang luar biasa) adalah satu pandemik yang perlu dielakkan. Ianya boleh membuatkan kau terjunam ke dalam lembah psikologi. Mental dan fizikal boleh terencat pada kadar kurang dari 5 second. Kalau iman tak kuat, dah pasti racun tikus bakal menjadi breakfast atau sekurang-kurangnya dinner.

Walaupun aku dah ada pengalaman, aku tak lagi sanggup masuk ke dalam lembah jahanam tersebut. Terlampau cilanat rasanya.

Oh, dan yang paling penting....

Syukur sekali lagi. Kelas aku kadang-kadang heaven.

*
*
*

Sebab dapat 2 orang lecturer cun bai..Masuk kelas pagi dengan muka yang cun, pakai kemeja putih. Pfft~, tapi sayang..mood PMS. Deym!

Tuesday, July 20, 2010

Tasik yang nyaman

Pagi ini tenang. Suasana nyaman...

Aku jenguk ke tingkap. Burung beterbangan. Berkicauan. Tambahan pula tasik dijadikan pentas penerbangan. Sangat indah.

Nun di sudut pangsapuri sebelah tasik ini, terletaknya aku. Aku yang masih lagi di dalam bilik ini. Muka bengkak tanda baru bangun dari tidur.

Buntu akan apa tentatif hari ini....

Tapi apa yang pasti aku sedang tunggu mesej dari seseorang...

*

*

*

Mengatakan kelas batal. Please.

Saturday, July 17, 2010

Mamat Awesome





Mamat ni awesome bak kata orang putih. Aku nak sangat cari otak dia. Rebus. Mesti sedap..

Wednesday, July 7, 2010

Rumah Bujang, Hidup Bujang

Rumah bujang dengan kehidupan bujang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagai laptop dan internet. Sama juga seperti macintosh dan apple. Ok. Itu diluar topik.

Aku tak tahu macamana aku boleh lupa. Tapi ini aku anggap pengajaran. Dasar pelupa. Padan muka...

Apa yang aku lupa?

Aku lupa sistem uitm begitu unik. Pattern kelas nya diwarwarkan tidak semacam universiti lain. Universiti lain start kuliah 12 hb. Uitm pula 5 hb. Jelas kelainannya bukan? Tapi itu pada dasar fizikal dan di atas kertas semata. Uitm sayangkan pelajarnya. Universiti ini menggunakan sistem yang lenient kepada pelajar. As long as student feels good. Jadi, sebenarnya kuliah uitm tetap bermula pada 12hb. Dan yang menyakitkan hati aku adalah sebab aku lupa akan fakta yang precise ini. Fakta yang tepat dan penting. Lagi penting daripada fakta politik dan world cup.

Jadi, buat kejadah apanya aku balik awal-awal 4hb? Ini tidak masuk akal. Membazir masa, wang dan emosi. Boleh menyebabkan keretakan mental dan juga kecacatan fikiran.

Dan. Apa kaitannya dengan perkataan bujang di atas?

Disebabkan kuliah yang hakiki dan realitinya bermula 12hb, jadi aku terpaksa hidup dengan gaya bujang di rumah bujang dengan aktiviti yang kosong sementara tiba 12hb ni...

Terlalu dasyat untuk dibayangkan...

Sesi kuliah

Kelas dah hampir-hampir start. Tapi aku tak buat persiapan mana pun. Biasalah. Dasar pemalas.

Tadi masuk kelas intermediate elect, ingatkan lecturer takat nak sembang orang-orang muda. Sekali dia sembang-sembang otai pulak. Siap boleh masuk topik mengajar sekejap. Aku pulak jenis yang tak prepare apa-apa. Nak buat macamana, kepala otak di awal sem kosong. Sekosong-kosongnya.

Lect tu pulak siap boleh bagi soalan ilmiah pada tahap yang tinggi. Aku terus mengelamun. Nak fikir masa depan, macam dah gelap. Tapi aku buat-buat selamber aje lah. Kepala angguk. Angguk. Padahal satu habuk pun aku tak tahu dia mencarut apa.

Seram sejuk jugak lah dengar sembangan beliau. Mau tak nya. Aku tak faham pun dia cakap apa. Tapi budak-budak lain selamber siap boleh tolong betulkan pulak. Silap kelas agaknya aku....

Aku harap sem ni taklah seteruk sem lepas perangai aku. Haish...

Monday, July 5, 2010

Setuden

So, dah setat sem baru.. :

1) Agak lain sikit dia punya feel, sebab aku duduk kat umah sewa. Berlatarbelakang kan Shah Alam pulak. Dia punya atmosfera tu lain. Tak macam dulu-dulu..

2) Ptptn kena mohon baru. Aku baru nak lari-lari sana, lumba lari sini selesaikan urusan segala. Haish. Bila entah baru masuk duit nih.

3) Baru jumpa sorang lecturer. Lecturer Intermediate Circuit. Sempoi yang amat. Dari apa yang dia bebelkan, kalau aku tak buat perangai luar tabiee, mudah-mudahan A dah dalam tangan.

4) Rumah aku masih cacat sebab takde streamyx. Arini saja dah 2 kali aku pegi online dekat kedai. Feel dia pun lain jugak. Ni buat aku rasa ketar-ketar macam orang tak dapat hisap dadah ni...Malam pulak online dekat kopitiam. Macam kaya gila.

5) Aku nak kena "hensin" sikit nih. Biar jadi manusia yang berguna sikit.

6) Pasal bola pulak, aku dah malas nak tengok team lain. Dah sah-sah Jerman menang kan.

7) Aku mula melakar pelan cuti yang hebat.

8) Apa aktiviti best aku nak buat hujung minggu kat sini ye? Sapa-sapa ada cadangan bagus?

9) Aku nak biar cukup sepuluh point jugak kali ni.

10) Yes. Dah cukup. Sekian.

Cara berdakwah yang efisien


Betul-betul muslimin. Nanti aku nak try pergi ceroboh sekali. Tak payah susah-susah budak tabligh nak ketuk pintu bilik aku lagi...

Friday, July 2, 2010

Tips menjadi seorang genius tegar..

Hari ini sembang genius..

***

Sebelum ni berpeluh ketiak gua cari info macamana nak jadi genius. Habis buku gua kaji. Jumpa la sikit-sikit. Tapi bila dah besar panjang, agak susah nak jadi genius. Campur pulak dengan kemalasan tahap kronik. Kira gua redha je la kepala lembap pun.

Nak dijadikan cerita, time gua tengok world cup, gua ternampak coach Jerman. Fuh. Tak tahu lah dia genius ke tak. Tapi tengok raut wajah & muka dia tu dah nampak aura genius. Logik jugak lah gua rasa. Lagipun Jerman punya mainan bukan main mantap gua tengok. Gua pun apa lagi. Memulakan sesi kaji mengaji.

Syukur, tak sia-sia kerja gua. Jumpa jugak tips Joachim Low ni..Gua syak ni tips nak jadi genius lah. Tapi tak try lagi. Takut. Patutlah tak ramai yang genius walaupun tahu cara...Tak terkata gua nak cerita..Lu orang pakat tengok sendiri lah..



Macam makan potato chips wa cakap lu. Selamber~

Nanti kalau ada sapa-sapa dah try, sila bagitau gua. Kalau betul dapat jadi genius, nanti gua fikir sekali lagi nak try ke tak..