Monday, August 30, 2010

Real Madrid.

Musim bola dah kembali memunculkan diri.

3 perlawanan EPL sudah berlalu. Chelsea sebagai "bekas" pasukan paling utama dalam jiwa aku berjaya mengekalkan rekod bersih. Pada hemat aku Chelsea sekarang masih di landasan yang tepat. 3 kemenangan, 14 gol, dan 0 bolos. Satu pencapaian yang tidak salah untuk dibanggakan. Berbanding seteru lain yang tampak sedikit goyah.

Tapi elok aku ketepikan cerita EPL dahulu. Dari dalam jiwa aku, aku jauh lebih mengagumi taktikal dan psikologi bola sepak. Kemenangan sudah tentu. Tapi, aku tidak taksub terhadap sejarah kelab tertentu yang boleh membuatkan aku begitu terikat kepada kelab tersebut. Bagi aku, itu semua tidak wujud. Sejarah hanya untuk rujukan dan sedar akan asal usul, bukan untuk ditangisi mahupun dipegang sampai mati.

Jadi, Chelsea aku letak di belakang sebentar. Tersemat sebagai kelab kedua di dalam jiwa aku.

Bila aku bercakap soal psikologi dan taktikal, dah tentu aku merujuk kepada pakar taktikal, Jose Mourinho. Oleh kerana itu aku beralih angin kepada Real Madrid. Kelab yang selama ini aku letak ditempat kedua didalam jiwa aku.

Selalunya taktikal Mourinho seimbang. Dia pandai menyesuaikan formasi mengikut keadaan lawan. Serta yang paling menarik, dia tidak lupa untuk mengadakan perang psikologi. Satu keadaan yang menghiburkan bagi aku. Inilah lumrah bola sepak. Disinilah letaknya keghairan bola sepak. Bukan sekadar untuk mencari kemenangan dan bermain cantik.

Tapi, entah di mana silapnya, Real Madrid seri semalam. Kepada kelab bukan ternama, Real Mallorca. Aku tidak menonton perlawanan itu secara penuh, sebaliknya aku cuma melihat kepada highlight. Apa aku dapat katakan, pasrah.

Silap Mourinho bagi aku adalah kerana dia tidak membuat keputusan dengan cepat. Mungkin dia cuba untuk mengambil langkah yang berhati-hati. Tapi, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Higuan merupakan punca Real Madrid ketandusan gol.

Tapi aku yakin dan sentiasa akan yakin akan kebolehan Mourinho untuk membawa Real Madrid kembali kepada zaman kegemilangan, sekaligus menghampakan peluang seteru sejarah, Barca.

Mungkin silap percaturan. Tapi tidak mengapa. Masih boleh bertongkat dengan paruh. Masih di awal garisan. Real pasti boleh bangkit. Ya. Aku menyedapkan hati sendiri. Itu sekadar yang mampu.

3 comments:

Darkk said...

Real Madrid tak best.

kaxx said...

Real Madrid tak best jugak. Barca! Kehkehkeh

eyemeroll said...

Ah. Ah. dan Ah.