Wednesday, August 25, 2010

Merdeka.

Petang hari ni petang rabu. Jadual aku kosong sekali. Satu timing yang dinantikan sejak isnin pagi lagi.

Maka, petang yang free perlulah diisi dengan tentatif yang berfaedah. Yakni tidak sia-sia. Lebih-lebih lagi ketika bulan ramadhan.

Aku pun decide nak pergi gunting rambut. Dah panjang sangat. Tak hensem kalau lecturer tengok. Boleh bagi jatuh standard. Silap-silap sekali dengan markah test boleh jatuh. Aku cukup pantang kalau perkara tak masuk akal ni terjadi.

Maka lepas habis kelas tadi, cepat-cepat aku pergi.

Tengah-tengah jalan raya, tengok lampu hijau. Cepat-cepat kejar. Kejar punya kejar, tengok kereta depan sikit pun tak gerak. Hairan. Aku usha punya usha, nampak la. Ada konvoi kereta. Konvoi merdeka.

Setiap kereta ada jalur gemilang. Dalam kereta ada lebih kurang 4 - 5 orang. Masing-masing pegang bendera. Hayun kat luar. Wah. Terkesima. Ada jugak semangat merdeka. Kagum aku.


Baru nak kagum lebih-lebih.

.
.
.
.

Tertengok kat dalam kereta, ada awek free hair,blonde, pakai baju ketat, dan yang pasti Melayu.

Chait. Merdeka konon.

2 comments:

- koroe - said...

merdeka hanya satu sambutan cuti umum.sebenarnye belom merdeka lagi.british saje je bagi kemerdekaan palsu supaye umat maleis berenti memberontak..

sekian terima kaseh.saje je komen mrepek kat sni..haha

eyemeroll said...

heh. ni mesti banyak baca blog konspirasi. haha