Saturday, February 27, 2010

Pejam Celik ..

Minggu ni akhirnya hampir sampai ke penamat. Detik yang aku tunggu sejak hari Isnin hari tu lagi. Minggu yang memenatkan sememangnya bukan minggu faveret aku.

Tapi agak menarik, sebab bila aku terlampau sibuk dan terpaksa melupakan beberapa benda yang aku biasa buat, baru aku sedar betapa beruntungnya aku sebab dapat buat benda tu.

So, konklusi atau review bagi minggu ni..

1)Test ada 2 lagi. Harap-harap dapat jawab semua. Diulangi. Dapat jawab semua. Bukan betul semua. Heh. Optimis betul aku!

2)Hari tu Inter Milan menang. Eh. Silap. Mourinho menang. Chelsea kalah. Penyokong-penyokong Man U & Arsenal yang agak ketagih nampaknya nak kutuk aku sebab susah nak dapat peluang tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengutuk aku hari tu.. Tapi agak sia-sia sebab aku tak rasa apa-apa. Malas lah aku nak bagitahu aku sokong siapa time tu. Nanti dituduh tak tetap pendirian lah. Apa lah. Ikut suka hati korang la...Tapi yang pasti team aku dah masuk suku akhir. Lalala~

3)Aku hairan. Gila cepat duit aku habis seminggu ni. Ada sapa-sapa tahu cara nak tambah kan duit tak? Oh. Saya tahu. Sila tekan nuff di atas. Semoga tuhan membalas jasa baik anda.

4)Minggu depan, 6hb ada gig dekat UMT. Monoloque ada perform sekali. Patut ke aku pergi? Duit dah nak habis....Tapi siyes aku ketagih kat band tu.

5)2 cerita aku bajet nak tengok minggu ni, "The Book of Eli" & "True Legend". Tapi tak sempat. Tak sangka aku ada sedikit kesedaran untuk mengahadapi test.

6)Ada orang suggest suruh aku cari awek. Ada siapa-siapa nak rekemenkan? Aku gagal bab ni.

7)Malam ni Chelsea lawan Man City. Aish. Silap lagi. Terry vs Bridge. Yang mana jelas Bridge telah kalah. Sebab Terry lagi mengancam. Tu mengikut perspektif ex makwe Wayne Bridge la.

Se professional mana dieorang boleh jadi ek, kalau dah sampai tahap awek dan bini ni...

8)Akhir sekali. Sapa-sapa ada tips nak elakkan malas study, sila kongsikan dengan aku yep.



Moga aku menjadi lagi rajin daripada diri aku yang malas ini.

Tuesday, February 23, 2010

Jangan Bayar Untuk Cetak Rompak

Tajuk seperti yang dikemukakan diatas.

Sebagai perhatian umum, ingin dimaklumkan bahawa entri ini tidak dibayar, ditaja mahupun dihasut oleh mana-mana pihak. Dan aku bukanlah sebaik-baik umat untuk menyeru ke arah kebaikan lebih-lebih lagi melalui blog yang aku guna untuk melalut sakan.

Ok. Entri bermula.

Dulu time aku sekolah, aku gila ketagih dengan kejadah cetak rompak ni. Nak nak CD cetak rompak. Fuh. Pantang betul.

Tapi cetak rompak pun, guna duit jugak. Dan faham-faham lah, income aku time sekolah tak lebih dari 3 ringgit sehari. Yang bermakna 15 ringgit seminggu.

So, aku kena pandai-pandai berjimat. Semata-mata nak beli CD cetak rompak seminggu sekali. Tu sume kes nak tengok cerita lah. Time tu tak ada lagi astro kat rumah. Apa barang tengok Tv 1 , 2 dan 3. Fikir aku.

Tapi tu dulu. Time aku kenal komputer sebagai alat bermain game semata. Asal jumpa komputer, aku install game. Tak kisah ape jenis game. Aku install je. Buleh tak buleh main, kedian kira. Kalau tak boleh main jugak, aku main Emulator King. Game lagenda aku dulu-dulu.

Sekarang lain. Google. Torrent. Serah. Dah jadi dewa bab download mendownload. Tapi tu kat rumah lah. Bila internet selaju kelajuan basikal[streamyx]. Kat kolej, internet macam kereta sorong. Kejap-kejap pancit. Apekejadah nak donwload?


Dan aku dapat lebih dari tu tanpa bayar...


Dulu, bila aku beli CD cetak rompak. Aku tak pernah puas hati dengan kualiti dia. Selalu gambar wayang. Bila tengok cite tu, kau perlukan imaginasi lebih dari analitikal. Kau kena pandai-pandai imagine sendiri gambar yang real. Sebab kadang-kadang kau nampak hitam je. Tak nampak apa-apa!

Tapi sekarang bila aku download, gambar pun gila clear. Kadang-kadang HD. Fuh. Nikmat lah aku cakap. Toksoh kata movie, drama pun sume HD. Memang mantap.

Sebab tu lah, sejak aku mula nampak kebodohan dalam membeli CD cetak rompak, aku bertekad tak akan bayar untuk CD tu lagi. Baik aku download..

Ya. Download masih lagi cetak rompak. Tapi kualiti lagi hebat. Dan tak payah bayar..Kalau aku malas sangat nak download, aku beli. Tapi yang ori...Pirate? Sorry beb..



p/s- Agak-agak kalau puak KPDNHEP baca tajuk entri aku ni, dieorang terpikat tak?

Saturday, February 20, 2010

Karutan Facebook

Facebook semakin hari semakin pelik.

Mungkin disebabkan bagi melayan karenah pengunjung facebook yang rata-ratanya terlampau bosan dengan realiti. Lalu mereka lebih sanggup duduk dihadapan laptop dan mencipta perkara yang jika difikirkan dari akal logiknya, langsung tidak perlu dicipta.

Contohnya.

1) Pillow Fight.

Ini aku rasa memang bosan tahap cipan. Dengan menggunakan sedikit akal logik dan mengaplikasikan KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kreatis) yang dipelajari sewaktu sekolah dahulu, mereka berjaya menjadikannya antara 'application' yang paling femes.

Dah la tu, sesuka hati mak bapak dieorang pulak nak conteng diding orang lain dengan gambar bantal. Aku rasa dieorang jugak mencabuli hak asasi manusia dengan mengajak orang lagi bergaduh dengan menggunakan bantal. Yang mana jika difikirkan dengan akal logik, langsung tiada bantal yang terlibat. Sebaliknya hanyalah dengan beberapa "kelikan" mouse.


2) Flowers for You.

Aku tak tahulah kalau ni cara mamat-mamat macho nak save bajet ke hape. Tapi apekejadahnye nak send bunga bunga kot facebook ni. Kalau bunga betul tu tak apa lah. Masauk akal lah jugak. Ni sekadar gambar bunga. Dah la kecik. Kalau aku google gambar bunga aku boleh dapat yang lagi besar rasanya...

Memang aku tak nampak sangat motif "application" ni. Bukannya mahal sangat pun bunga hidup kat kedai. Kalau tak mampu sangat pun, bunga kat divider jalan tu berlambak. Sila cabut mana satu. Demi awek tak apa. Sure tak kena saman. Bapak bandaran tu mesti faham punyalah!

3) I love Chocolate.

Ala-ala Flowers for You. Cuma bezanya yang ni Coklat. Sesuai untuk buat orang lain terliur.



Ada banyak lagi lah yang "application" yang mengarut kat facebook ni, cuma tak sempat aku nak selidik.

Kalau bab Kuiz tu toksoh dikata lah. Takde satu pun aku jumpa yang masuk akal. Cuma kadang kadang aku suka, sebab dia boleh buat aku release tension. Ha ha

Thursday, February 18, 2010

Letih itu Nikmat

Fuh. Letih.

Lagi letih dari buruh bangla kat kampung sebelah. Cuma nasib aku sedikit baik. Seletih-letih aku takde la sampai berpeluh macam dia. Siap boleh perah baju. Apekehal?

Oh. Ni gambar aku konon-konon buat letih.



p/s- first time aku post gambar sendiri dekat belog. Ha Ha.

Wednesday, February 17, 2010

Tora datang lagi dengan Ding Dang!

Header baru!

Nak kata aku bosan takde kerja, tak jugak. Berlambak kerja. Tapi sambil kerja sambil klik-klik. Tup Tup, siap satu header.

Semalaman aku cari idea. Tak datang. Dari design kompleks yang amat, hinggalah simple gila.

Kosong sangat nampak tak meriah. Kompleks sangat nampak macam tak reti nak hias. Jadi aku buat ngam-ngam ajelah. Ah. Header je kot..

Header ni pun siap masa aku tengah tengok game Champions League...Haha.

p/s- Tak sempat lagi nak hapdet betul-betul. Nanti-nanti lah ya..

Sunday, February 14, 2010

Terengganu negeri Tercinta

Aku tak tahu lah kenapa, tapi aku suka Terengganu dari Shah Alam. Hidup kat Shah Alam macam hidup di tempat komunis. Tak best. Paling penting, tak ada pantai macam Terengganu. Sangat kasihan kepada warga Shah Alam.

Kat Terengganu gila best. Warga nya pulak bersopan santun. Macam aku lah.

Tapi aku sedikit bengang bila ada warga-warga luar yang datang sini, bawak perangai komunis dieorang. Konon-konon hebat lah. Aku orang Kuala Lumpur. Hebat tu... Kau orang Terengganu. Ape hebat?..

Mau aku sumpah-sumpah orang macam ni. What The Fish. Dasar pandang ke arah mana yang kau guna. Orang macam ni kalau masuk politik, sah-sah tak guna kalau jadi wakil rakyat.

Sangat-sangat lah aku marah.

Aku bukan lah jenis akal pendek walaupun kadang-kadang aku suka fikir sekerat-sekerat. Aku tak main lah gaduh-gaduh. Apekejadah nak sepak terajang. Dia sakit. Aku sakit. Tak efektif langsung..

Aku yang betul. Jadi tak patut lah aku nak sakit jugak...Kurang-kurang aku bagi dia sakit hati. Tu dah cukup untuk memuaskan hati aku.

Aku suka apa yang senang. Cara aku guna mudah.

Nyalakan lampu. Bunyikan hon. Bukak tingkap. Sound maki hamun versi aku sendiri sambil angkat tangan. Tutup tingkap. Blah.

Die lawan. Heh. Mau lawan kereta. Kau orang mana. Aku orang mana. Ni kat negeri mana.... Silap beb.... Baru aku main brek-brek sikit dah tak keruan. Ha Ha.

Wednesday, February 10, 2010

Himpun kira..

Selang 2 3 hari sebelum balik kampung secara sah, hidup aku semakin musnah.


Mood study langsung tak mari.





Entah-entah dia dah balik kampung dulu sebelum aku. Siot betul. .

Monday, February 8, 2010

Arsenal beli tiket bas raya cina

Entri hari ni adalah sempena menyambut keriangan skuad Chelsea dalam menghantar pulang atau mungkin lebih sopan jika dikatakan menyekat sedikit kemaraan Arsenal dari merebut kejuaraan liga.

Penuh dramatik. Perlawanan yang cukup cantik dari Arsenal.. Sila tepuk tangan anda secara berirama!..Oh. Sebenarnya... Aku tak tengok game tu..

Tapi mengikut statistik, penaakulan serta kemahiran analitikal/analatikal (mana satu betul?) , aku dapat bayangkan game semalam. Agak sama dengan game sebelum ini, yang mana Arsenal menguasai peralawan dengan corak permainan yang cukup cantik.

Mungkin Si Arsene lupa yang permainan bola sebenarnya bukan tertakluk kepada sehebat mana anda passing bola, tapi lebih kepada sekerap mana anda berjaya sepak bola ke dalam gol.

Arsenal main lawa. Passing kemas. Banyak menyerang.

Strategi ni strategi lama. Cakap Si Ancelotti sambil mendegus hidungya. Kau ingat kau dah cukup otai? Ancelotti tanya Arsene.

Sebab Ancelotti rasa dia lagi otai, dia tak terikut-ikut taktik Arsenal.. Dia sedar. Bila Arsenal main menyerang. Dieorang main berisiko. Defend dieorang lemah. Dan dieorang sebenarnya lupa. The Drog is always there.

Oh. Dan Terry tak lupa untuk mempersembahkan yang terhebat, demi kekasih kawan yang tercinta..~


Kepada Arsenal supporters, semoga anda riang ria selalu~

Saturday, February 6, 2010

Hari Minggu Yang Tak Senang

Hari ni hari Sabtu. Ala-ala hari minggu.

Di pagi-pagi minggu yang tenang, aku sedikit tak tenteram. Entah macamana, aku boleh terlajak tidur. Sedar-sedar lagi 1 jam test calculus nak start. Terus gila-gila kejar sana kejar sini.

Dah lah sampai kat fakulti semput-semput je masa. Kelas pulak entah kat mana nak cari. Lagi sekian hal aku menggila kat situ.

Tapi mujur, semua berjalan dengan lancar.

Pun begitu, aku keluar dewan test dengan kepala yang agak berat. Mamai. Dalam hati menyumpah-nyumpah lecturer yang buat soalan. Tak boleh ke buat soalan 1+1 = ? Kurang-kurang aku nampak sikit aplikasi soalan tu dalam kehidupan seharian.

Takat pergi kedai runcit pun aku aplikasi menda tuh. Ni apekejadah nak intergrate lah. differentiate lah. Lagi satu. L'Hopital. Aku dah tahap elergik dengan mamat ni. Reka yang bukan-bukan. Dasar tak reti nak enjoy hidup dengan fikiran senang lenang.

Oh. Lepas test, aku pergi tengok wayang. Lepaskan beban kat kepala.

The Spy Next Door. Lakonan Jackie Chan. Tunggu lah. Nanti kalau rajin aku buat review pasal cerita tu. Ah. Tau dah basi. Biar la....

Friday, February 5, 2010

Isu Ketagih Gian dan Puja

Aku baru terperasan, yang semenjak dua menjak ni, tahap ketagih aku pada internet dah sampai tahap melampau.

Laptop aku pun dah sikit lagi nak transform jadi desktop. 24 jam ON tanpa sebarang external cooler. Satu tahap yang membanggakan. Sebab kalau laptop biasa aku syak dah lama demam panas. Silap-silap sampai tahap demam denggi pun ada.

Tapi, ketagih aku pada internet tak apa. Aku boleh lepas rindu tiap-tiap hari. Walaupun internet slow macam cilanat. Aku tetap dapat online. Paling-paling tak aku boleh online guna henset.


Masalahnya,,

Sekarang ni aku ada satu lagi sindrom ketagih tahap separa kronik.



Aku...


Betul-betul gian kat kejadah ni........

.
.
.
.
.

Hai. Nama saya koko kat atas.

Wednesday, February 3, 2010

Ini Kisah Teruna Kita

Bangun pagi. Mandi. Siap-siap. Tengok jam. 7.15.

Fulamak. Tabik diri sendiri. Celaka awal. Apa lagi, sambung tidur balik. Sambil dengar lagu. Gila layan lah gua cakap.

Pukul 8. Mesej kawan. Ajak gerak.

"Aku baru bangun la..." [Via Celcom SMS]

Ni la spesies homo sapien zaman sekarang. Angkara PES sampai ke pagi buta. Semata-mata untuk cipta rekod kalah tanpa menang dengan aku. Heh!

Sebagai manusia yang berjenis, aku tidak suka membazirkan masa begitu saja. Jadi, aku sambung tidur balik. Walaupun 15 minit. Tidur tetap tidur..

Kelas pukul 8.30. Pukul 8.45 baru masuk. Sekali lagi. Tabik diri sendiri. Fulamak. Gila lah awal aku masuk kelas. Ah. Sudah. Sudah. Takut riak nanti.

Lecturer mengajar kat depan..

A: "Weh, nak makan kat mana?"

B: "Seksyen 7 ahh. Nasi Lemak dia gua ketagih woo..."

C: "Ahh..Ko jangan tipu ar. Ko nak tekel amoi anak tokey tu kan??"

A: "Lantak dia la nak tekel siapa. Muka tak market tak dapat jugak lor.."

ABC : "HA HA dan HA"

A: "Lepas makan nak pergi mane?"

B: "Wayang..tak pun boling.."


Sesi perbincangan diteruskan dengan bla bla dan bla..Sehinggalah...


Lecturer : Okey. Kita sambung esok pulak....



Aku rasa hidup aku makin hari makin tak guna. Apa cerita ye..?

Tuesday, February 2, 2010

Quote of Yesterday

Quote of Yesterday...

" Mungkin pada pandangan orang lain ini kerja yang hina. Tapi mereka tidak duduk di dunia saya. Sekurang-kurangnya saya tidak mencuri. Tidak menyusahkan orang lain. Niat saya hanya untuk menampung kehidupan saya...."
-Pelacur Tegar

Gila hancur pemikiran orang zaman sekarang.