Monday, February 8, 2010

Arsenal beli tiket bas raya cina

Entri hari ni adalah sempena menyambut keriangan skuad Chelsea dalam menghantar pulang atau mungkin lebih sopan jika dikatakan menyekat sedikit kemaraan Arsenal dari merebut kejuaraan liga.

Penuh dramatik. Perlawanan yang cukup cantik dari Arsenal.. Sila tepuk tangan anda secara berirama!..Oh. Sebenarnya... Aku tak tengok game tu..

Tapi mengikut statistik, penaakulan serta kemahiran analitikal/analatikal (mana satu betul?) , aku dapat bayangkan game semalam. Agak sama dengan game sebelum ini, yang mana Arsenal menguasai peralawan dengan corak permainan yang cukup cantik.

Mungkin Si Arsene lupa yang permainan bola sebenarnya bukan tertakluk kepada sehebat mana anda passing bola, tapi lebih kepada sekerap mana anda berjaya sepak bola ke dalam gol.

Arsenal main lawa. Passing kemas. Banyak menyerang.

Strategi ni strategi lama. Cakap Si Ancelotti sambil mendegus hidungya. Kau ingat kau dah cukup otai? Ancelotti tanya Arsene.

Sebab Ancelotti rasa dia lagi otai, dia tak terikut-ikut taktik Arsenal.. Dia sedar. Bila Arsenal main menyerang. Dieorang main berisiko. Defend dieorang lemah. Dan dieorang sebenarnya lupa. The Drog is always there.

Oh. Dan Terry tak lupa untuk mempersembahkan yang terhebat, demi kekasih kawan yang tercinta..~


Kepada Arsenal supporters, semoga anda riang ria selalu~

Saturday, February 6, 2010

Hari Minggu Yang Tak Senang

Hari ni hari Sabtu. Ala-ala hari minggu.

Di pagi-pagi minggu yang tenang, aku sedikit tak tenteram. Entah macamana, aku boleh terlajak tidur. Sedar-sedar lagi 1 jam test calculus nak start. Terus gila-gila kejar sana kejar sini.

Dah lah sampai kat fakulti semput-semput je masa. Kelas pulak entah kat mana nak cari. Lagi sekian hal aku menggila kat situ.

Tapi mujur, semua berjalan dengan lancar.

Pun begitu, aku keluar dewan test dengan kepala yang agak berat. Mamai. Dalam hati menyumpah-nyumpah lecturer yang buat soalan. Tak boleh ke buat soalan 1+1 = ? Kurang-kurang aku nampak sikit aplikasi soalan tu dalam kehidupan seharian.

Takat pergi kedai runcit pun aku aplikasi menda tuh. Ni apekejadah nak intergrate lah. differentiate lah. Lagi satu. L'Hopital. Aku dah tahap elergik dengan mamat ni. Reka yang bukan-bukan. Dasar tak reti nak enjoy hidup dengan fikiran senang lenang.

Oh. Lepas test, aku pergi tengok wayang. Lepaskan beban kat kepala.

The Spy Next Door. Lakonan Jackie Chan. Tunggu lah. Nanti kalau rajin aku buat review pasal cerita tu. Ah. Tau dah basi. Biar la....

Friday, February 5, 2010

Isu Ketagih Gian dan Puja

Aku baru terperasan, yang semenjak dua menjak ni, tahap ketagih aku pada internet dah sampai tahap melampau.

Laptop aku pun dah sikit lagi nak transform jadi desktop. 24 jam ON tanpa sebarang external cooler. Satu tahap yang membanggakan. Sebab kalau laptop biasa aku syak dah lama demam panas. Silap-silap sampai tahap demam denggi pun ada.

Tapi, ketagih aku pada internet tak apa. Aku boleh lepas rindu tiap-tiap hari. Walaupun internet slow macam cilanat. Aku tetap dapat online. Paling-paling tak aku boleh online guna henset.


Masalahnya,,

Sekarang ni aku ada satu lagi sindrom ketagih tahap separa kronik.



Aku...


Betul-betul gian kat kejadah ni........

.
.
.
.
.

Hai. Nama saya koko kat atas.

Wednesday, February 3, 2010

Ini Kisah Teruna Kita

Bangun pagi. Mandi. Siap-siap. Tengok jam. 7.15.

Fulamak. Tabik diri sendiri. Celaka awal. Apa lagi, sambung tidur balik. Sambil dengar lagu. Gila layan lah gua cakap.

Pukul 8. Mesej kawan. Ajak gerak.

"Aku baru bangun la..." [Via Celcom SMS]

Ni la spesies homo sapien zaman sekarang. Angkara PES sampai ke pagi buta. Semata-mata untuk cipta rekod kalah tanpa menang dengan aku. Heh!

Sebagai manusia yang berjenis, aku tidak suka membazirkan masa begitu saja. Jadi, aku sambung tidur balik. Walaupun 15 minit. Tidur tetap tidur..

Kelas pukul 8.30. Pukul 8.45 baru masuk. Sekali lagi. Tabik diri sendiri. Fulamak. Gila lah awal aku masuk kelas. Ah. Sudah. Sudah. Takut riak nanti.

Lecturer mengajar kat depan..

A: "Weh, nak makan kat mana?"

B: "Seksyen 7 ahh. Nasi Lemak dia gua ketagih woo..."

C: "Ahh..Ko jangan tipu ar. Ko nak tekel amoi anak tokey tu kan??"

A: "Lantak dia la nak tekel siapa. Muka tak market tak dapat jugak lor.."

ABC : "HA HA dan HA"

A: "Lepas makan nak pergi mane?"

B: "Wayang..tak pun boling.."


Sesi perbincangan diteruskan dengan bla bla dan bla..Sehinggalah...


Lecturer : Okey. Kita sambung esok pulak....



Aku rasa hidup aku makin hari makin tak guna. Apa cerita ye..?

Tuesday, February 2, 2010

Quote of Yesterday

Quote of Yesterday...

" Mungkin pada pandangan orang lain ini kerja yang hina. Tapi mereka tidak duduk di dunia saya. Sekurang-kurangnya saya tidak mencuri. Tidak menyusahkan orang lain. Niat saya hanya untuk menampung kehidupan saya...."
-Pelacur Tegar

Gila hancur pemikiran orang zaman sekarang.