Apabila seorang yang jahil mula bercakap isu ketuhanan, isu yang membabitkan kefahaman terhadap hadis dan quran, hukum dan hakam, itu boleh dikatakan satu tanda akhir zaman. Itu kata-kata ustaz. Tipu ustaz, tipulah aku. Tapi sekarang ini, aku yang jahil ingin bercakap tentang agama. Akhir zaman? Yes, it is.
Tapi, perihal dunia sekarang terlalu pelik. Terlalu taksub dan heboh dengan liputan-liputan kebodohan yang seperti tiada pangkal hujung. Kita tidak perlu jadi seorang genius untuk mengetahui di mana kebodohan pemikiran dan amalan sekarang, tetapi kita perlu menjadi seorang genius untuk mula berfikir dengan akal, tanpa biased dengan perasaan sendiri, bahawa kita kadang-kadang tidak selalunya betul.
Dalam islam yang memeningkan, sekarang ada soal hudud. Perlaksanaan hudud bukan senang, it is a matter of time and intellect. Dalam soal ini, aku nampak jelas kenapa PAS bekeras ingin melaksanakan hudud. Ada dua pendapat. Satu, mungkin Nik Aziz merasakan kewajipan melaksanakan hudud sekarang. Dan pemimpin pas, seperti yang aku katakan tadi, merasakan dirinya adalah betul. Well, mereka ada orang alim ulama, why not?
Second point, PAS tiada cara lain. They have to relied on their history. Supaya orang nampak konsistensi di dalam pentadbiran. Malah, in a fair point of view, jikalau PAS tidak mengamalkan hudud, kerajaan akan menuduh PAS tidak tetap pendirian. So what's left?
Dalam soal hudud, pendapat aku yang jahil memang seharusnya diabaikan. Tapi, aku bersetuju dengan pendapat Dr Maza . Hudud adalah satu mekanisma. Di saat dunia penuh kejahilan, suasana Islam tidak hadir, dicelah mana keadilan dapat dikembalikan? Keadilan yang ditekankan, itu yang pertama di dalam Islam. And please don't say Dr Maza is wahhabi. Please accept that you are too stupid for another explanation.
Itu soal tepian. Sekarang, ramai golongan muda yang kononnya menjadi pengikut ustaz dan mula mencapai tahap 'maksum' telah pertikaikan hukum hakam sendiri. The time has come for malaysian to prepare a guideline untuk sesiapa menjadi ustaz.
Ustaz memainkan peranan penting dalam society hari ini. Jadi biarlah ustaz dari golongan yang berpelajaran. Sekurang-kurangnya yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan berfikir secara bijaksana. Biarlah hanya orang yang ada master dalam syariah, phd dalam pengajian hadis yang digelar ustaz. Kata-kata ustaz lebih diterima pakai dari kata-kata ahli sains, cikgu dan pemimpin. Even ustaz tadika sekalipun. In such way, mungkin ini perkara bagus.
Tapi itu hanya jika ustaz betul-betul berfikiran seperti ustaz. Apa yang memeningkan adalah ustaz tidak begitu bijaksana, dan rakyat terlalu buta. Apa yang diluahkan oleh ustaz aku ditelan mati-matian. Tapi sebenarnya bukan dalam semua perkara, hanya perkara-perkara yang boleh menampakkan bijaksana dalam kaca mata mereka. Tidak boleh memakai baju pink, tidak boleh konvo. Kalau betul tak boleh konvo kerana baju konvo blablabla, kenapa tak ada ulama atau mufti yang persoalkan terlebih dahulu? I dont think you are too stupid to think that way.
Berpuluh tahun umat Islam ditelan zaman. Dipinggir, mundur dan kekal miskin. Yang kaya sekadar menjadi boneka kebodohan kristian. The only reason yang mulim jumpa adalah mereka mundur angkara kristian, yahudi dan atheis. Mereka menjadi mangsa. Kristian mereka-cipta itu. Yahudi mereka ini. Dan umat islam menjadi mangsa. This is another stupid crap. Islam tak pernah salah, dan seharusnya Islam itu kekal kuat dan megah. Tapi hakikatnya rakyat Islam ditindas,miskin dan mundur adalah kerana wujudnya golongan macam ni. They blame other too much, without realizing that they are actually the problem of Islam. Their thinking, their state of mind is causing islam to sink.
Their habit, mengharamkan itu, ini tanpa sebarang usaha untuk mencipta atau mencari jalan keluar supaya umat Islam dapat menikmati kesenangan yang sama adalah contoh, yang mereka inilah punca masalah.
3 comments:
Dari gaya dan penulisan awk nampak sgt awk macai dan x berilmu.. sorry..rakyat sekarang tak bodoh dan macai macam awk..
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
午夜聊天直播间网站 , 三色午夜免费聊天室 , 三色午夜秀聊天室 , 午夜秀聊天室 , 免费午夜聊天室 , 午夜聊天室 , 秀色秀场直播 , 秀色吧 , 藏色阁 聚色阁 秀色阁 , 寂寞在线聊天室
Post a Comment