Thursday, October 13, 2011

Review

iranya agak lambat saya habis menonton cerita bini-biniku gangster. Mungkin kerana saya terlalu berdukacita dengan cerita melayu sebelum ini (keluar wayang sebelum cerita ini). Dimana sebuah cerita biasa, klise dan dipenuhi jalan cerita yang lemau, entah kenapa diberi tepukan gemuruh. Ya, saya merujuk cerita hantu bonceng.

Saya ada alasan kukuh. Ya, memang saya sebelum ini tidak percaya dengan sebarang komen di arus media perdana. Tapi, cerita itu dilakonkan oleh Juliana Evans. Masakan hati saya boleh berkata tidak pada lakonan Juliana Evans? Ya, saya admit. Dia bukan pelakon hebat. Tapi entah, lelaki mana boleh katakan tidak pada dia?

Hari ini, dengan kesempatan masa yang terluang, saya sempat menonton BBG.

Mungkin jalan cerita belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan cerita mandarin atau hollywood. Tapi bagi saya, jalan cerita ini patut diberi pujian. Ada satu semangat untuk membawa kelainan dalam cerita melayu. Kisah ketua kongsi gelap yang dibawa oleh watak perempuan.

Disini akhirnya saya dapat buktikan perasaan saya sebelum ini, bahawa Yana Samsudin adalah pelakon yang hebat. Dia berjaya membawa watak lemah lembut dan kasar pada masa yang sama. Malah dia berjaya membawa watak sebagai seorang isteri yang comel walaupun dengan kerjaya sebagai ketua kumpulan gangster.

Cuma, hati saya masih melekat pada pendapat bahawa Intan Ladyana tidak seberapa. Entah, dia sekadar berjaya membawa watak yang tidak keras lakonannya. Tapi dalam lemah-lembut, dia gagal meninggalkan kesan. Dalam watak keras, dia gagal menunjukkan aspek keras. Dia masih tersekat di celah-celah usaha untuk menjadi seorang pelakon hebat.

Dan mengenai Sam. Tidak perlulah saya ulaskan. Sam kini dianggap sebagai role-model. Apa yang dia bawa, dan ekspres sebagai seorang pelakon dikira sebagai kayu pengukur.

Ending cerita ini sedikit menghampakan. Mungkin ini lumrah cerita melayu yang hebat, terpaksa diakhirnya dengan penyudah yang tidak seberapa. Tapi biarlah, saya masih boleh berekspretasi dengan jalan cerita sendiri untuk kepuasan sendiri.

Next on the list adalah Nasi Lemak. Berminggu sudah saya bersedia untuk menonton di pawagam, tapi hasilnya hampa. Akhirnya hanya sempat download. Tak mengapalah. Sama sahaja kan?