Musim bola dah kembali memunculkan diri.
3 perlawanan EPL sudah berlalu. Chelsea sebagai "bekas" pasukan paling utama dalam jiwa aku berjaya mengekalkan rekod bersih. Pada hemat aku Chelsea sekarang masih di landasan yang tepat. 3 kemenangan, 14 gol, dan 0 bolos. Satu pencapaian yang tidak salah untuk dibanggakan. Berbanding seteru lain yang tampak sedikit goyah.
Tapi elok aku ketepikan cerita EPL dahulu. Dari dalam jiwa aku, aku jauh lebih mengagumi taktikal dan psikologi bola sepak. Kemenangan sudah tentu. Tapi, aku tidak taksub terhadap sejarah kelab tertentu yang boleh membuatkan aku begitu terikat kepada kelab tersebut. Bagi aku, itu semua tidak wujud. Sejarah hanya untuk rujukan dan sedar akan asal usul, bukan untuk ditangisi mahupun dipegang sampai mati.
Jadi, Chelsea aku letak di belakang sebentar. Tersemat sebagai kelab kedua di dalam jiwa aku.
Bila aku bercakap soal psikologi dan taktikal, dah tentu aku merujuk kepada pakar taktikal, Jose Mourinho. Oleh kerana itu aku beralih angin kepada Real Madrid. Kelab yang selama ini aku letak ditempat kedua didalam jiwa aku.
Selalunya taktikal Mourinho seimbang. Dia pandai menyesuaikan formasi mengikut keadaan lawan. Serta yang paling menarik, dia tidak lupa untuk mengadakan perang psikologi. Satu keadaan yang menghiburkan bagi aku. Inilah lumrah bola sepak. Disinilah letaknya keghairan bola sepak. Bukan sekadar untuk mencari kemenangan dan bermain cantik.
Tapi, entah di mana silapnya, Real Madrid seri semalam. Kepada kelab bukan ternama, Real Mallorca. Aku tidak menonton perlawanan itu secara penuh, sebaliknya aku cuma melihat kepada highlight. Apa aku dapat katakan, pasrah.
Silap Mourinho bagi aku adalah kerana dia tidak membuat keputusan dengan cepat. Mungkin dia cuba untuk mengambil langkah yang berhati-hati. Tapi, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Higuan merupakan punca Real Madrid ketandusan gol.
Tapi aku yakin dan sentiasa akan yakin akan kebolehan Mourinho untuk membawa Real Madrid kembali kepada zaman kegemilangan, sekaligus menghampakan peluang seteru sejarah, Barca.
Mungkin silap percaturan. Tapi tidak mengapa. Masih boleh bertongkat dengan paruh. Masih di awal garisan. Real pasti boleh bangkit. Ya. Aku menyedapkan hati sendiri. Itu sekadar yang mampu.
Monday, August 30, 2010
Sunday, August 29, 2010
Imbas Kembali
Duduk lesu di hadapan laptop. Tangan mengerut dahi.
Buku bersepah disebelah, tidak tertutup. Memang jenis aku. Sialkan kata-kata orang tua ilmu keluar kalau tak tutup buku. Bodoh tak bertempat kata-kata itu. Fikir aku.
Bila time-time macam ni, fikiran mulalah nak melayang. Dari segenap kisah aku kecil, sampai kisah aku sekarang. Mula mencari point-point kecil dalam hidup untuk diperbesarkan. Untuk ditelitikan natijahnya.
Seminggu lagi sahaja. Ya. Hanya seminggu lagi untuk "pause" berjuang. Untuk menghadap buku, derive formula, hafal teori dan berdebat penyelesaian. Satu jangka hayat hidup yang tidak ada apa-apa untuk dinikmati. Seminggu.
I'm sure I can afford that.
.....
Imbau lagi. Aku tersengih. Heh.
Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa aku pilih kos elektronik. Ketagihan aku pada teknologi? Mungkin barangkali. Tapi tak pernah sekali aku jumpa subjek yang menarik minat aku. Signal, Electronic, Power. Semua merangkupi perkiraan. Matematik pada dasarnya. Jadi di celah mana aku nak "enjoy" bersama matematik?
Kadang-kadang aku lebih bahagia bila bersama buku. Aku mudah ketawa bila membaca blog, majalah. Aku mudah terlupa dunia bila menonton drama,movie. Serta aku suka membaca barisan-barisan ayat yang bermetafora. Sukar untuk difahami. Mempunyai 1000 makna untuk diterjemahkan. Mungkin disitu letaknya minat aku. Sastera barangkali. Tapi, sejauh mana minat boleh bawa aku? Aku sendiri tak terjawab.

Friday, August 27, 2010
Debat
Kenapa berdebat. Sampai mata merah. Tubuh geletar. Gigi mengigil?
Point mana yang menang. Point mana yang salah?
Aku tak tahu. Tapi yang pasti aku tak akan berdebat dengan orang yang pandai bercakap. Sebab di akhirnya, orang yang menang bukan orang bawa point yang paling efektif dan betul, tapi orang mana yang pandai belit ayat, pandai putar fakta.
Tak payah buang masa aku. Heh!

Wednesday, August 25, 2010
Merdeka.
Petang hari ni petang rabu. Jadual aku kosong sekali. Satu timing yang dinantikan sejak isnin pagi lagi.
Maka, petang yang free perlulah diisi dengan tentatif yang berfaedah. Yakni tidak sia-sia. Lebih-lebih lagi ketika bulan ramadhan.
Aku pun decide nak pergi gunting rambut. Dah panjang sangat. Tak hensem kalau lecturer tengok. Boleh bagi jatuh standard. Silap-silap sekali dengan markah test boleh jatuh. Aku cukup pantang kalau perkara tak masuk akal ni terjadi.
Maka lepas habis kelas tadi, cepat-cepat aku pergi.
Tengah-tengah jalan raya, tengok lampu hijau. Cepat-cepat kejar. Kejar punya kejar, tengok kereta depan sikit pun tak gerak. Hairan. Aku usha punya usha, nampak la. Ada konvoi kereta. Konvoi merdeka.
Setiap kereta ada jalur gemilang. Dalam kereta ada lebih kurang 4 - 5 orang. Masing-masing pegang bendera. Hayun kat luar. Wah. Terkesima. Ada jugak semangat merdeka. Kagum aku.
Baru nak kagum lebih-lebih.
.
.
.
.
Tertengok kat dalam kereta, ada awek free hair,blonde, pakai baju ketat, dan yang pasti Melayu.
Chait. Merdeka konon.

Sunday, August 22, 2010
Chelsea
Bukan nak berlagak.
Jauh sekali riak. Tak baik. Bulan puasa ni boleh buat pahala kurang. Tak bagus. Tak afdhal.
Cuma.
Baru lepas 2 game, tapi dah skor 12 gol, tanpa bolos. Ni gua tak tahan nak warwar ni. Aish.

Friday, August 20, 2010
HAK Perempuan?
Kadang-kadang salah bila tak menegur.
Memang betul pun.
Jadi, daripada dibiarkan tak menegur dan terus menerus berpegang kepada ajaran jahiliah, aku yang jahil ni terpaksalah menegur.
........
Hari itu tenang. Ya. Tenang. Kelas pun start lambat. Memberikan aku masa yang lebih lama untuk mengubah fikiran dan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri supaya lebih rajin ke kelas. Jadi, aku dengar radio.
Sambil DJ bercakap-cakap. Terpacullah dari mulut minah mana entah.
Okey. Jadi. Sebagai mukadimah.
Forgive me for being a man. As i'm a sinner. For not be able to control my senses. I can't control my eyes when there's a sexy woman in front of me. I'm not perfect. Yes. I am a sinner.
Tapi.
Apa ni? Dasar mana yang beliau guna pakai aku tak tahu. Ni seolah-olah menggunapakai undang-undang manusia 100% dalam kehidupan.
Daripada dia punya slang, aku jamin dia melayu. Jadi, bila melayu, dengan mengabaikan perkara-perkara lain, boleh dikatakanlah bahawa minah ni seorang Islam.
Jadi, hak apa yang dia maksudkan. Nak sangat aku tanya.
Hak ikut undang-undang dunia..? Dah tentu. Tapi, kalau dah beramal dengan undang-undang dunia, lagi suka ikut cara manusia reka, tak nak ikut cara yang Islam dah bawa, ni Islam tang celah mana?
Banyak lagi aku nak huraikan. Tapi disebabkan aku sibuk, terpaksalah aku pendekkan.
Memang kalau ikut situasi tadi, lelaki yang salah. Tapi, lupa ke. Yang perempuan tu dari awal-awal lagi dah bersalah pada diri sendiri? IC Islam. Pakaian firaun.
Memang bila perempuan pakai seksi, lelaki sibuk nak tengok. Tapi, sebenarnya bukan sebab lelaki nak sangat tengok. Dah dieorang tunjuk, lelaki pun tengok ajelah. Kalau lelaki ni gila sangat kemaruk nak tengok pun, tak perlu nak tunggu pergi tempat orang ramai, tak perlu nak pergi shopping complex. Banyak lagi alternatif. Internet, cd. Bermacam-macam. Tapi time puasa ni, kebanyakannya tetiba terdapat balik iman yang secebis.
Ada yang mencuba untuk meninggalkan kejadah haram tu semua. Bersusah payah kawal nafsu. Alih-alih, ada pulak kaum perempuan yang pakai macam ni. Siapa mangsa keadaan kalau ikut dari sudut hati sendiri? Sila fahamkan.
Aku memang menyumpah sangatlah minah-minah yang pakai seksi pergi bazar ni. Iman aku lemah. Jadi tolonglah faham. Haish!~

" Mana boleh salahkan perempuan pakai seksi ke bazar. Dieorang ada hak. Lelaki lah yang salah sebab tak pandai nak jaga mata"

Thursday, August 19, 2010
"BAU" Bazar
Hari-hari pergi bazar. Dah jadi jadual harian.
Tapi aku perasan. Bazar kat sini tak sama dengan bazar kat Terengganu..
"Bau" dia biasa. Seingat aku, bazar kat Terengganu ada "bau" yang melambangkan identiti sendiri....
*
*
*
*
Ah. Rindu bau asap sata, pulut lepa dan otak-otak.

Monday, August 16, 2010
Lagu
Lagu.
Dengan sekadar mendengar tanpa penghayatan serta berlatarkan alunan muzik yang cukup ala kadar, memang tidak dapat menjiwai lagu.
Lagu sebenarnya gabungan irama dan lirik. Tapi, lirik dan irama masih boleh dipecahkan ke dalam konteks yang lebih kompleks. Namun tak perlulah disentuh bab yang tak perlu disentuh.
Sebagai seorang yang menghayati muzik, bagi aku muzik merupakan satu gabungan seni suara dan sastera. Lagu tidak akan berjaya dijiwai andai tanpa dilengkapi dengan sebuah lirik yang memukau.
Aku tidak terlalu ketagihkan alunan muzik seperti seorang audiophile. Namun kualiti bunyi bagi aku tetap penting. Bunyi bass, treble, dan voice bagi aku perlu diseimbangkan. Bass tak perlu terlampau kuat. Tetapi tak boleh kurang. Yang lain perlu seimbang. Supaya bunyi itu smooth. Tak berat serta sesuai untuk dilayani.
Namun irama sahaja adalah cacat. Tak complete. Perlu dihiasi dengan lirik.
Lirik tak kira sama ada mempunyai ayat yang berbunga atau tidak. mahupun mempunyai ayat yang tersirat ataupun tidak.
Tetapi lirik yang berkualiti boleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa para pendengar. Pilihan-pilihan perkataan yang membentuk lirik perlulah dikaji dan digabungkan dengan betul supaya ianya sesuai dengan keadaan dan jiwa pendengar. Sekiranya pilihan ayat yang menarik, unik dan tepat, sesuatu lagu itu boleh terus menusuk ke dalam jiwa dan dari situlah bermulanya penghayatan yang mendalam.
Sebab itu, lirik yang berkualiti selalunya terhasil apabila menggunakan situasi yang sebenar. Sebagai contoh, Yui, penyanyi muda jepun. Beliau banyak menghasilkan lirik sendiri. Dan kebanyakan daripada lirik yang dihasilkannya adalah bedasarkan pengalamannya sendiri. Ini bermakna beliau meletakkan penghayatan yang penuh terhadap muzik tersebut. Jadi, pilihan perkataan dan cara beliau cuba menyampaikan lirik tersebut adalah mendalam. Beliau seolah-olah menulis melalui jiwa. Dia bukan sekadar menulis lirik, sebaliknya dia turut meletakkan perasaan dan pengalaman beliau di dalam lirik tersebut. Inilah caranya untuk menghasilkan sebuah lagu evergreen bagi aku.
Di Malaysia, aku jumpa satu contoh yang lagi menarik. Loque. Pengasas kumpulan butterfingers. Sekarang beliau sedang giat menyiapkan album terbaru monoloque.Lirik yang dihasilkannya mungkin tidak berdasarkan kepada pengalaman sebenar, tapi dia pandai menggabungkan ayat. Membentuk sepatah demi sepatah lirik yang lain dari yang lain, tetapi dengan maksud yang mendalam dan begitu sentimental. Setiap lirik yang dihasilkannya juga boleh diolah dengan maksud yang berbeza-beza.
Berbalik kepada industri muzik di negara kita, sekarang terlampau ramai kumpulan independent muncul. Cuba membawa identiti masing-masing. Namun kebanyakan daripada mereka masih lagi terikut-ikut dengan rentak semasa. Dan gentar untuk mencubat sesuatu yang baru. Kita perlukan satu reformasi. Supaya kita kembali sedar, bahawa lagu bukanlah sekadar satu alunan dengan ucapan yang sedap didengar telinga, sebaliknya ianya adalah untuk penghayatan dan menilai nilai-nilai yang tertentu.
Pergh. Aku berjaya melalut dengan serius.

Sunday, August 15, 2010
Tuesday, August 10, 2010
PC Fair
Dengan baki syiling di dalam poket dan berbekalkan iltizam yang kuat, maka pergilah aku ke pcfair hujung minggu lepas. Yakni hari ahad.
Aku punya rancangan memang mantap.. Tak main pergi pcfair dengan otaku atau geek mahupun jenis manusia yang ketagih dengan teknologi. Aku bawa teman seperjuangan yang anti-teknologi. Yang lebih taksub kepada perkara-perkara batin seperti cincin dan yang seantero dengannya. Motif aku sendiri masih belum dikenalpasti.
So, tujuan aku hanyalah satu, mencari "barang rare" yang memang "rare".
Sampai di sana. Aku senyum. Heh.
Selalu PCFair dekat tempat aku boleh kata besar sikit dari kedai runcit. Atau boleh kata sama tahaplah dengan tunas manja. Harga dia pulak takleh lawan Giant & Mydin. So, daripada aku bazir masa pergi PCFair kat tempat aku, baik aku beli barang kat mydin. Ye dok?
Tapi kat sini memang mantap. Awek promoter seperti yang dijangka. Hot. Boleh bagi tiket free ke neraka kalau tenung lama-lama. Ketaksuban aku pulak kat gadget-gadget boleh buat aku lupa yang kaki aku ada limit kilometer.
Oh. Dan barang rare yang aku maksudkan adalah headphone Audio Technica M-30. Dia punya bunyi memang mantap. Rasa macam duduk dalam speaker.
p/s- ingat nak upload gambar. Tapi tenet deym fckng slow. Lain kali lah.

Friday, August 6, 2010
Review Salt
Hari ini kita review cerita Salt!
Oleh disebabkan hari ni takde kelas, jadi semua buat keputusan untuk pergi tengok wayang. Sebab haritu tengok trailer citer ni dalam tv mantap gila, so pakat tengok citer Salt ni.
Cerita ni boleh dikatakan dasyat jugaklah. Mana taknya, aku boleh jamin aksi 100%. Start citer je dah ada aksi. Sampai habis.
Cuma, aku rasa dia punya jalan cerita susah nak difahamkan kat awal-awal cerita. Tambahan pulak dengan jalan cerita dia yang berbelit dan saspen, memang pening betul nak faham. Tapi, kat pertengahan cerita tu baru la boleh tangkap slow-slow dia punya fakta dan info.
Menarik jugak sebab cerita ni buat aku tertipu. Mula-mula aku dah boleh agak siapa yang baik dan siapa yang jahat. Cuma aku tak faham motif dia. Then, kat babak akhir, ada sesuatu yang memang aku tak jangka. So, thumbs up.
Lagi satu, aku puji jugak la sebab berani betul pengarah cerita ni amek Angelina Jolie jadi watak utama. Dah lama dia tak berlakon kalau tak silap aku. Malah dah tak sehot dulu. Tapi, tetap tak mengecewakan lakonan dia sekarang. Tapi kalau aku, sah-sah aku amek Scarlet Johansson jadi watak utama.
Overall, sesiapa yang dahagakan cerita aksi, memang aku syorkan cerita ni, Dia punya aksi kaw habis. Kalah Tomb Rider.~
Next week cadang nak tengok Airbender plak.

Tuesday, August 3, 2010
Jalan kedepan, pusing kebelakang.
Tadi aku bosan.
Maka aku pun mengerah keringat untuk mencari aktiviti sihat bagi mengisi kekosongan. Masa jangan dibazirkan. Bak kata orang bijak pandai.
Aku pun tengok post-post lama aku kat blog ni. Tengok saja tak guna. Jadi aku bandingkan dengan post aku yang sekarang.
Aku syak something. Pelik. Krisis diri aku dah makin menular.
Perbezaan yang aku dapat tengok, bilangan post aku dah makin berkurang.
*
*
*
*
Dan aku syak neuron dalam kepala aku makin malas. Tak nampak intelektual. Haish~

Monday, August 2, 2010
Orang gaji
" Orang gaji saya beli henset baru. Dekat seribu. Lepas tu, dia dah tak fokus buat kerja. Cukup seminggu, saya rendam henset dia dalam air"
Berikut ialah petikan daripada perbualan di radio. Oleh kerana perbuatan tu bagi aku sedikit bersifat kapitalis, mari kita buat sedikit analisis.
1) Mungkin majikan (si bercakap) tu hanya pakai henset cikai seperti 3310 dan sebagainya. Jadi nampak macam lebih dari tokei. Mana nak tahan beb kalau orang gaji pakai hp lagi gantang dari majikan.
2) Jika kita andaikan si yang bercakap ni seorang janda ataupun single, kita dapat menghampiri kepada rumusan yang lebih efektif. Iaitu jeles. Sedangkan orang gaji daripada seberang dapat cari teman nak bermesej kat sini, dia yang lagi cukup "sempurna" takde orang nak mesej pulak. Haish.
3) Sekarang kita kaji sebab merendam ke dalam air. Sedikit pelik. Kenapa pendekatan seperti kapitalis digunakan? Walhal sebagai seorang majikan, dia berkuasa menegur. Jadi, aku pasti ada sesuatu yang tersembunyi disini. Atau mungkin dia terlebih menonton cerita detektif seperti detektif conan. Yang mana mengajar pelbagai cara untuk melakukan perbuatan sedemikian dengan lebih genius.
4) Atau mungkin jugak disebabkan dia dah terlampau bosan. Ada jugak spesies manusia yang jeles tanpa sebab. Jadi, perkara ini jugak boleh dikatakan masuk akal.
Apa-apa pun. Aku bersimpati kalau ada orang gaji yang dapat majikan macam haram tu. Kejadahnya nak rendam henset orang gaji? Berkurun dia simpan duit semata nak beli hp tu kot.
Subscribe to:
Posts (Atom)