Monday, May 31, 2010

Update Hening

Sunyi sepi.


Biar lah belog ni berhabuk buat seketika..
Takde idea memang takleh update blog..ye dok?



p/s- Baru balik Shah Alam, nak kena pergi lagi. Deym!
Nanti lah aku pergi jumpa gabenor negara...apply cop duit..

Wednesday, May 26, 2010

Kecutian

Aku plan nak bercuti tanpa gaji lah dari berblog sekejap.


.
.
.
.
.
.

Tunggu idea datang aku masuk kerja balik k..

Sapa-sapa nak bagi gaji sila lah klik nuff ye. Aku tengah kedana nih.


Sekian.

Sunday, May 23, 2010

Champions League~

Entri awal pagi.

****

Mourinho menang lagi.

Satu prinsip asas untuk menyokong dan menjadi kipas susah mati Mourinho adalah seseorang itu perlu menerima hakikat bahawa menang lebih penting daripada permainan yang cantik.

Mourinho dengan begitu geniusnya telah mencipta satu formula di mana kemenangan adalah segala-galanya dan terbukti sesebuah pasukan itu tidak mampu untuk menang dengan bermain permainan yang cantik. Arsenal begitu arif sekali mengenai teori ini. Dan hari ini satu lagi team menyertai Arsenal iaitu Bayern.

***

Dari sudut aku yang minat bola.

Game tadi agak keterbiasaan. Sebab bukan senang nak masuk final, jadi 2 2 team main berhati-hati. Tak gelojoh. Tak tamak.

Cuma tak tahu lah mungkin disebabkan bahang final ke hape, beberapa penyerang Inter dan Bayern tampak begitu eksited sehinggakan menendang bola nun jauh ke angkasa meski posisi hanya beberapa meter di depan pintu gol.

Pasal corak permainan pulak.....Corak permainan Inter aku tak reti sangat nak komen. Tak ada bunga. Tapi bila menyerang cukup complete. Dan gol pertama merupakan satu set up yang sempurna.

Bermula dari keeper > tandukan yang padu dan tepat > menerima dengan kemas >passing yang cantik = penyudah yang hebat.

Tak ada pemain Bayern yang dapat sentuh bola pun time tu.

Bayern main dengan corak permainan yang cantik dan agresif. Dengan kehadiran Robben, penjaga gol Inter, Julio Cesar sememangnya agak teruji. Namun, Altintop dan Olic gagal memberi saingan yang menarik. Dan hasilnya pemain Bayern gagal menjaringkan gol. Tapi anak buah Van Gaal memang memberi saingan yang sengit sampaikan defend Inter tidak sekukuh dulu.

Gol ke 2 Inter macam biasa. D. Milito tidak gopoh untuk menjaringkan gol. Cuma aku sedih tengok Eto yang agak halimunan.

****

Jurulatih.

Mourinho macam biasa lah. Duduk kat tepi padang, dan berleter. Namun, dalam sibuk berleter, kepala dia ligat memikirkan taktikal. Dia menghasilkan satu formula di mana tidak banyak memegang bola tapi hasilnya menang. . Oh. Dan baru hari ni aku perasan yang beliau jugak cukup suka memecahkan rekod kelab. Kalau dulu beliau menjadikan Chelsea juara EPL setelah 50 tahun tidak merasainya, sekarang menjadikan Inter juara eropah setelah berpuluh tahun tidak merasainya.

Van Gaal.

Dia bermain psikologi dengan duduk di bangku, dan minum air mineral. Muka tak ada reaksi. Raut wajah sentiasa ketat.

***

Harap-harap musim depan Mourinho jadi jurulatih Real plak.

Sekian.


p/s- Pasal entri lepas, gambar Xgig tu dah aku uploadkan dekat FB. So, kalau nak tengok sila jenguk profile aku ye. Mood aku tak datang nak upload kat sini. Haih.

Sunday, May 16, 2010

Hidup Kebujangan

Update hidup bujang.

Menurut falsafah generasi muda zaman sekarang, lelaki tidak lah didefinisikan sebagi kaum manusia yang berdada rata semata-mata, sebalik nya ianya juga merupakan sejenis kaum yang menyokong dan meminati bola pada kadar tahap yang masuk akal.

Jadi, jika kita simpulkan teori ini, tidak kira lah se sasa mana badan seseorang itu, mahupun seketul mana perut beliau, tidak akan layak digelar lelaki jika tidak meminati bola. Mudah nak faham kan.

Dan, bagi bergelar lelaki, tidak kira lah jika anda berkaki meja sekalipun, anda haruslah sekurang-kurang nya tahu atau pernah bermain bola. Yang mana satu permainan taktikal yang melibatkan pergerakan kaki dan sebiji objek bulat sebulat bumi.

Jadi, cuti-cuti macam ni, aku macam biasa. Bila cukup orang, aku ajak main futsal. Boleh bersukaria, besosial dan bersenam pada masa yang sama. Walaupun badan tak berketul, tapi aku berjaya buktikan aku lelaki. Setidak-tidaknya.

Kadar keseronokan game malam tu pada takat rendah. Performance aku tidak dipuncak bukit. Aku gagal menyerlah. Tapi oke lah. 5 bulan tak sentuh objek bulat tu, tapi skill masih ada sikit-sikit. Cuma...cuma....lepas 5 minit aku dah KO. Aisey man.

Keesokan hari tu pulak ada aktiviti lain dari yang lain.

Aku terjoin perlawanan futsal gempak selebriti astro. Malas aku nak hurai macamana eksiden boleh berlaku sampai aku terpaksa terjoin. Bukan calang-calang tournament ni. Hebat jugak lah dari segi nama. Tapi tak seprestij Piala Dunia agaknya. Tapi orang kata kalau tak pandai, sekadar main-main sudah lah. Ni siap join tournament apekejadahnya. Memandangkan hadiah tempat pertama RM3000, dan aku ni jenis mata duitan, aku akur. Join jugak.

Lepas 2 game. Keputusan begitu memberangsangkan lantas mendorong aku dan team aku untuk cepat-cepat kemas barang dan terus pulang. Team lain badan macam raksasa, team aku badan macam anak patung. Kiut miut. Macamana nak menang beb? Ada 1 game lagi sebenarnya. Tapi ditambah pulak petang tu ada Xfm Xgig, aku tak hirau. Kepala aku duk fikir nak layan gig tu je. Stamina nak layan gig kena jaga!

Sekian.

Oh. Nanti kalau aku rajin aku upload gambar gig. Siap ada gambar dengan selebriti hot. Tapi takut jugak kalau aku upload awal-awal takut jadi gosip pulak nanti. So, tunggu dulu lah ye.

Friday, May 14, 2010

Spesies Tag Terancam

Dulu, di awal permulaan karier blogging aku yang amat sentimental, aku mengambil sedikit masa untuk mengaplikasi dan memahami beberapa aktiviti sosial sesama blogger. Dan, setelah mengerahkan keringat, sumpah aku tak faham beberapa konsep yang digunakan. Tak tercapai akal bak kata Elyana.

Dan, ketika itu jugak aku mengucapkan kata-kata "I don't give a damn" terhadap gejala sihat tersebut. Ala-ala tajuk lagu Avril Lavigne jugak lah. Aku main cakap guna bahasa orang putih high class. Tak main broken-broken ni.

Tapi, bagai penganggur yang lapar dihulurkan duit, aku tetiba diberi tag oleh cik IANA [read : Fiziana]. Gila skema apa panggil Fazliana. Peh!.. Oh. Apa kaitan peribahasa "bagai penganggur yang lapar dihulurkan duit" dengan situasi ini masih lagi dikaji oleh Dewan Bahasa dan Library.

Tanpa berbicara panjang, dan disebabkan kemarau idea yang berpanjangan, aku tibai aje lah tag ini. Pandai jugak IANA nih. Tau-tau je aku tak ada modal. Aku syak dia guna "benda" nih.


***

1. Adakah anda rasa anda hot?
Tepat sekali. Aku tah tahu lah di mana silap nya. Tapi sekarang Terengganu macam penuh dengan dosa. Hot sekali.. Duduk dalam bilik pun peluh boleh menitis. Panas tahap apakah ini?

2.Update wallpaper pc/laptop yang anda gune sekarang


3. Cerita pasal gambar ni?
Malas nak letak gambar awek seksi. Purata aku tengok wallpaper laptop dekat 7 jam sehari. Tak tertanggung dosa nanti. Dah banyak sangat ni..So, default window7 wallpaper aje lah.


4. Kali terakhir makan piza?
Ehem. erm.. Aaa...Aku tak main pizza-pizza ni. Membazir duit syiling aje....

5. Lagu terakhir anda dengar?
Wali - Kekasih Halal.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Makan. Nak sikit?

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Milo.

*Tolong jangan tanya kenapa....*

8. Tag lagi 5 orang yang nak kene tag?

1. Jose Mourinho
2. Chedet
3. Monoloque
4. Lisa Surihani
5. YUI

9. Sape orang no 1 dengan anda?
Oh. Yang pasti kitorang bukan gay.

10. Katekan sesuatu kepade orang no 5?
Watashi wa Amirul desu. Agak-agak dia faham tak?

11. No 3 ade hubungan dengan sape?
Dah kawin. Hubungan dengan bini dia lah..

12. Bagaimana dengan orang no 2?
Tahap pemikiran dia tak tercapai akal orang lain.

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4?
aisey..jangan la camni...malu i tau...*blushing*

14. Berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?

1. Jose Mourinho - Jurulatih genius separa gila.
2. Chedet - Blogger tertua di Malaysia.
3. Monoloque - Seniman berbakat.
4. Lisa Surihani - Pelakon yang berkelayakan menjadi Peguam.
5. YUI - Rockers jepun tercomel.

Wednesday, May 12, 2010

Entri Cuti

Bila mood cuti, kadang-kadang aku lupa diri. Tak sedar dah dekat 3 hari tak update blog.
Tu lah pasal. Banyak sangat dalam kepala kejadah aktiviti segala.

.
.
.
.
.
.


Update hari ni tak perlu panjang-panjang. Aku tak ada topik. Tak ada idea. Idea aku tengah bercuti nampak nya.

Oh. Sebelum aku lupa, entri ini khas buat Fiziana dan Ik.

Buat fiziana..see, cuti akan datang jua~
Buat Ik..kejadah apa orang cuti kau da masuk sem baru nih?

Saturday, May 8, 2010

Pagi Yang Hening

Pagi tadi aku dengan perangai aku lagi.

Lepas subuh. Aku tidur. Bangun-bangun dah pukul 7.50. Exam pukul 8.30. Cantik lah!

Lekas-lekas macam orang gila aku bergegas siap. Sampai kat tandas, muka mamai lagi. ABC pun aku tak boleh nak susun betul-betul rasanya time tu. Mamai tahap dewa orang cakap.

Tengah asyik aku gosok gigi. Ada mamat kat sebelah buat mesra..

" Eh, ko letrik kan? ....Good luck r nanti."

Aku bagi gigi. Dengan penuh buih. Aku bagi senyuman paling menawan yang aku boleh bagi time tu. Kalau ada gadis tengok mesti tangkap lentok la gua cakap lu.

Tak tersusun pulak ayat time tu. Jadi aku senyap. Dan aku blah macam tu je. Terus melangkah ke bilik mandi.

Time mandi, aku terfikir ayat mamat tu. Terngiang-ngiang kata-kata beliau.


"Ko letrik kan?"...


Aku sengih...



Agak-agak berapa volt ye aku ni? Boleh selesai guna mesh analysis tak?

Thursday, May 6, 2010

Dinding Facebook Yang Bewarna Warni

Seminggu lepas.

Wall facebook penuh dengan kata-kata semangat. Tak kurang jugak dengan luahan tak puas hati dengan jadual exam. Macam-macam jenis status. Semuanya berkaitan dengan "student life".

Tu masa study week, dan jugak exam week. Masuk akal lah.


Sekarang.

Ada la jugak yang dengan status agak celaka bagi aku seperti memperagakan cuti masing-masing. Yang lain standard lah..

Tapi, ada satu yang aku perasan. Tetiba ramai yang dengan status tak puas hati, cari gaduh dan yang sama waktu dengan nya. Apekejadah nya ni?

Musim mengawan aku boleh terima lagi. Tapi musim bergaduh? Hurm..

Wednesday, May 5, 2010

Update 12.45 pagi

Jiwa raga kadang-kadang tercabar jugak. Satu blok kolej yang tiap-tiap malam selalunya bising macam orang tak bertamadun, tiba-tiba sunyi sepi.

Tapi tak apa lah. Tu aku dah tulis dalam entri lepas. Kita abaikan aje lah.

Banyak lagi jugak aku nak kena baca ni. Tak kurang jugak masa yang begitu sempit walaupun jurang yang agak ketara. Ni lah angkara hidup mewah lupa diri di awal study week. Oh, dan juga exam week.

Aku tengok Macha siap dah pekena berger saiz xxl. Terliur jugak aku. Mau je terus pergi McD. Tapi bukak dompet terus ingat masa depan. Haish. Tak boleh.Iman kena teguh.

Darkk pulak siap boleh pergi tengok citer Kick Ass . Lagi la terliur aku. Tapi dengan baki syiling yang tak seberapa dan masa yang tak cukup, iman aku kuat kembali. Lagipun banyak jugak cerita yang aku dah khatam minggu ni. Termasuk lah manga dan anime. Aku baca manga One Piece pun kadang-kadang lagi banyak daripada aku baca buku ilmiah 2 3 hari ni. Hebat betul. Aku cadang nanti nak suruh lecturer buat nota dalam bentuk manga pulak. Baru nampak gempak. Baru la aku rajin sikit nak baca.

Dan Ik macam biasa, cuti tak habis-habis. Aku tak tahu lah nanti kalau kerja macamana. Hidup dengan cuti je. Jeles punya pasal kan.

Tapi walaupun kat blok ni tinggal budak elektrik aje lagi, dan 2 3 kerat spesies yang memang tak balik, aku tetap bersemangat. Berbekal kan dengan kata-kata semangat dari St. Gaspar del Bufalo:


'The time will come when we shall no longer be seated near the rivers of Babylon, tearful and sad, but sedebimus in pulchritudine pacis, in requie opulenta.."


Sekian.

Tuesday, May 4, 2010

Minggu Tenat

Sekarang musim tenat.Ramai orang wajah tensen-tensen. Tapi walau setensen tahap gaban pun, ramai yang hidup dengan cara berhemah. Mungkin sekadar semantara ya. Mungkin. Macam bulan puasa jugak lah. Orang beramai-ramai buat kebaikan. Tak perlu disuruh.

Ramai yang terpaksa memilih untuk hidup dengan skema sekarang ni. Kalau dulu tengahari baru nak bangun sembahyang subuh. Tapi sekarang subuh tak masuk lagi bau badan dah pun wangi. Tak ada lagi bau air liur basi dan ketiak masam. Mandi seawal mungkin..

Dulu walaupun sembahyang subuh time tengahari, tetap ramai yang sambung balik tidur lepas tu. Perangai macam puaka. Takkan bangun sebelum dipaksa dan direjam. Tapi sekarang dah tak tidur lepas subuh. Rezeki kurang kata nya. Time tu lah kepala diperah. Study. Mana-mana orang tua tengok memang terliur nak buat menantu lah.

Kalau dulu biasanya kepala bengap. Sekarang gila ligat. Tanya je soalan apa. Sekejap siap dijawab. Lepak-lepak kat kedai mamat masih menjadi tabiat. Tapi tak main lah lepak kosong. Semua berilmiah. Lepak-lepak sekarang sembang pasal formula, cara nak analisis circuit, anatomi badan, molekul, elektron dan lain-lain segala. Hebat bukan?. Mamat bangla tengok pun gila teruja. Gadis-gadis yang dengar kat tepi cepat-cepat buat-buat manja. Tunjuk muka cute. Maunya tak terpikat kalau tengok laki semat penuh ilmu.

Tu tak lain tak bukan tandanya minggu exam. Aku pun terpaksa ikut flow sama. Tinggal lagi 2 paper.. Ramai jugak student yang dah balik. Bukak je pintu bilik, tengok dieorang lalu dengan bagasi besar. Macam dah tak nak balik u dah... Aku cepat-cepat tutup pintu. Tak boleh. Lemah semangat. Kadang-kadang semangat aku ni pun suka lari ikut orang balik..Haish...