Tuesday, October 19, 2010

Entri beraneka jenis.

Time study week ni terasa terlampau banyak pula yang nak dibaca.

Dari yang berkaitan dengan engineering, sehinggalah dunia sekeliling. Dari communication, power, electronic kepadalah ketidakseimbangan dunia, politik, sukan dan muzik.

Ini bermakna aku masih lagi tercari-cari satu subjek untuk diterokai. Sirius. Aku tak pernah dapat minat dan mengkaji sesuatu benda untuk satu tempo yang lama. Ya. Aku tergolong dalam orang yang cepat bosan. Termasuklah perempuan. Satu lagi isu yang komplikated.

I think i'm a bastard in the eyes of woman. Sebab bila sampai satu tahap, aku akan cuba melarikan diri. Cari bermacam jalan penyelesaian. Selalunya full of crap. Ajaibnya segala nonsense dan lame excuse yang aku bagi diterima. Well, doesn't matter if what I said is true or not, as long as the objective is achieved, that's enough. Dan akhirnya aku sendiri akan rugi.

***

Salah satu benda yang penting ketika aku teraba-raba subjek untuk diminati, adalah buku. Secara jujurnya, dah banyak buku aku cari, tapi susah nak jumpa yang betul-betul serasi dengan minat aku. Susah. Mahu tak susah kalau aku sendiri tak tahu apa yang aku cari.

2 buku dapat tarik minat aku sekarang ni. Buku tulisan Syed Akbar Ali bertajuk "Malaysia and the Club of doom". Lagi satu The Secret.

Buku Syed Akbar Ali dah pun aku start baca. Setakat ini masih lagi berjaya menarik minat aku. Penuh kritikan dan idealogi yang menarik. Beliau jelas nampak apa yang kita kabur. Satu benda yang menarik minat aku ialah sebab dia rujuk kepada Al-Qur'an secara dasarnya. Lupakan apa yang dikata 'cara islam', tengok dan rujuk Al-Qur'an balik untuk asas yang kukuh dan faham perkara yang sebenar.

The secret pula sebenarnya dah aku khatamkan cuti semester yang lepas. Tapi itu dalam bentuk ebook (pirate). Tak lain sebab harga buku tu agak menikam jiwa raga untuk aku beli. Jadi aku download. Tapi perasaan dan objektif buku tu kurang puas dinikmati bila dalam bentuk ebook. Jadi nak tak nak aku cuba mencari hardcopy. Terjumpa di library intec. Tunggu masa untuk aku pinjam.

***

Berkenaan bola, aku dah tulis beberapa carutan berkaitan perihal yang aku tak puas hati.

Boleh baca kat sini.

Stereotaip


***

Aku sedang dalam proses menulis cerpen. Dulu diawal time aku berblogging, aku dah pernah tulis cerpen hasil dorongan dari Dark. Dan hasilnya 100% celaka. Seperti budak tak reti menulis. Seolah-olah calon BM Julai.

Jadi sekarang aku cuba untuk buat fresh start. Harap-harap menjadilah.


Sekian.

7 comments:

- koroe - said...

aku ade tgk dokumentari the secret..haha..semangat aku tgk sem lepas.rela dop tido pas subuh nk tgk mde tu..haha

eyemeroll said...

Aku download menda tu sekali dengan ebook. Sama je video dia dengan ebook tu.

Tapi kalau salah tafsir boleh syirik bab2 belakang tuh.

Iman's Umi said...

bc ebook mmg x best...klu utk study, sy mmg print nota asal blh nampak dan pegang, bru masuk, tmbh2 lg nk conteng2 plak idea2 tmbhn. Smg berjumpa subjek yg disukai.

eyemeroll said...

ish. kalau nota ebook memang tak efektif langsung. haha

- koroe - said...

mu nk wat cerpen ke? balek nanti kite wat projek cerpen nk? haha..kite brainstorm la plot dia sket2 b4 tulis tu..baru la grand kan..aku nk tulis gok,tapi hasil nye mcm dalam stereotype tu.mcm hape je kan.haha

eyemeroll said...

orait. stuju!

- koroe - said...

orait.nanti set date n vanue.kite lepak.haha..