Monday, October 4, 2010

Semalam

Semalam aku letih yang teramat. Letih mengalahkan mat bangla. Lagi letih dari pekerja khidmat sosial yang buat kerja terpaksa suka rela.

Tapi, walau letih macamana pun aku tak lupa tunaikan hobi sunat. Iaitu online dan cek segala perihal online. Benda ni kalau tak buat, mau boleh buat aku tidur tak lena, mimpi tak basah mana dan kadang-kadang boleh tersalah siaran mimpi ngeri. Aku tak nak benda macam ni terjadi.

Jadi berbekalkan semangat dan tenaga-tenaga ikan yang ada aku tetap pergi online kat mamak.

Aku cari tempat spesifik. Ni bukan nak online ringan-ringan. Jauh sekali nak online buat assignment. Jadi port kena betul-betul strategik. Selesa, jauh dari orang, spesifik untuk teropong awek, dan yang penting privasi. Benda privasi ni benda sensitif. Aku pantang benor kalau ada mamat yang duk tengok aku upadate blog. Awek takpe.

Lepas jumpa, aku order apa jenis minuman dan makanan yang patut. Buka laptop, sambung keyboard baru dan terus online dengan lahapnya.

Lepas dekat sejam, tengok kat tv ada bola. Man City lawan. Syok jugaklah. Teringat pulak Chelsea nak lawan Arsenal. Tapi lambat lagi. Berbekalkan tenaga yang ada, aku rasa memang tak cukup. Jadi aku batalkan niat nak stay kat situ sampai start game Chelsea.

Tanpa melayan Man City, aku terus online dan buat hal-hal yang patut.

Tengah syok, tetiba datang 3 orang budak kampung mana entah datang duduk kat tepi meja aku. Apekejadah? Fikir aku. Berlambak meja serta kerusi kosong kat lain, sebelah aku jugak nak dipilihya? Hensem sangatkah aku ni? Gaykah mereka? Tapi tak apalah, bukan meja aku. Alih-alih, datang lagi satu group. Mula duduk lepak macam pelesit sekitar aku.

Ini bikin amarah aku mendidih. Segala neuron-neuron marah yang selama ni meyepi mula aktif, Ramai tak ramai. Aku nak online. Segala carutan mula bermain di otak dan dijampi di bibir pada kadar yang perlahan.

Kalau ikutkan hati memang aku nak marah.

Tapi.

.
.
.
.
.
.

Dieorang pakai jersey Chelsea. Team peminat Chelsea agaknya.

Macamana aku nak marah?

Takpelah. Aku undur diri. Moga Chelsea menang ye! Mencarut aku dalam hati.

3 comments:

- koroe - said...

aku ase chelsea menang kot season ni..haha

eyemeroll said...

awal lagi nak predict.
Tapi chelsea memang mantap season ni.

ezzat hachiko said...

haha! milo takot orang kepung ye. haha