Lagi tinggal 1 minggu sebelum study week.
Tanda-tanda angin serta ribut kencang bakal bermula. Muet. Test. Exam. Benda ni bakal serang aku serentak. Aku dah nampak benda ni awal-awal lagi. Seawal cuti raya. Tapi aku tak kisah.
Bodohlah aku kalau sibuk nak mencari alasan, mencari titik-titik penafian semata-mata untuk melarikan diri dari cabaran semasa. Cabaran seorang pelajar. Pengalaman. Penting beb.
Kalau orang tengok peperiksaan dari sudut ilmiah semata, itu dieorang punya pasal. Dieorang punya suka kalau nak fikir yang peperiksaan tu semata-mata untuk menguji kebijaksanaan dan kemahiran menghafal. Aku pun pernah fikir macam ni.
Ya. Memang peperiksaan menguji kecekapan menghafal semata.
Kalau kau tengok realiti, keadaan semasa, berapa banyak daripada pekerja hari ini yang masih menggunapakai apa yang dipelajari semasa masih belajar dulu untuk buat kerja? Aku jamin tak ramai. Tak ramai yang masih ingat apa yang dia belajar. Lepas exam, semua lupa.
Kalau bidang engineering, tengok dekat lab, dekat tempat kerja, pasti ada buku rujukan. Buku tu jugak yang digunakan untuk buat analisis, perkiraan dsb. Kalau realiti boleh tengok buku, kenapa tak peperiksaan? Bukan ke salah satu objektif setiap universiti adalah untuk mendidik dan melahirkan pelajar seperti yang dikehendaki oleh industri?
Sebab tu aku rasa pointer tak penting langsung dalam menentukan pelajar mana paling cemerlang. Pointer cuma boleh dijadikan penanda aras.
Bagi aku peperiksaan adalah ujian mental. Ujian mental awal untuk dunia sebenar.
Bodohlah orang yang gila berbangga dapat pointer tinggi-tinggi.
No comments:
Post a Comment